31 January, 2009

Kerajaan Perak, Ke mana Takdirnya?


Kesan lompatan Datuk Nasa di Perak begitu serius dan mampu menggugat kestabilan kerajaan Perak.

Najib sedang berusaha keras agar maruahnya tidak tercalar kali ke-3.

Khabarnya Dua exco Perak dari PKR dan dua Adun DAP akan melompat ke BN dalam masa terdekat.

Jika, Allah mengizinkan hal ini berlaku maka secara lumrahnya tumbanglah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Menurut Blogger Tarmizi, Jamaluddin {http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/01/keadaan-di-bota-gawat-kerajaan-perak.html} Md Radzi dan Osman Jalu telah pun dikuarantin oleh Najib di Pekan, Pahang. Dalam berita ini, peranan SB dan SPRM terbabit sama. Masyarakat sedia maklum bahawa kedua-dua exco ini sedang menunggu perbicaraan rasuah dalam bulan Februari ini.

Maklumat menyatakan bahawa rumah Datuk Nasa di Bota Kiri kini sedang dikepung ketat oleh AMK agar skuad khas BN tidak dapat menembusinya. Khabarnya Najib telah menawarkan Datuk Nasa MB Perak sekiranya BN berkuasa semula di Perak.

Kita berdoa dan berharap agar Allah menguatkan semangat juang kedua-dua exco ini. Agar tetap teguh dengan pendirian asal dan dijauhi daripada terkena umpan BN. Kita doakan juga agat mereka tetap tabah menahan ujian ini. Allah bersama orang-orang yang sabar dan berada di atas landasan-Nya.

Kita yakin bahawa Najib dan skuad khasnya akan berusaha bermati-matian agar kerajaan Perak tumbang. Walau apa pun kosnya usaha ini mesti berjaya.

Bayangkan kalau mereka gagal, dan dengan iizin Allah s.w.t Najib gagal memujuk kedua-dua exco ini, dan segala tipu muslihat ini terdedah, ke mana lagi Najib nak sorokkan muka, dan natijahnya mempercepat proses kejatuhan UMNO dan BN.

Sama-samalah kita berdoa ...

Di Simpang 4, AS, at 11.45pm

Politik Malaysia Berbahang ...


Agak lama juga blog ini tidak "update" - kekangan rutin. Awal tahun terlalu banyak hal yang perlu dibereskan! Insyak Allah blog in akan kembali aktif selepas tugas-tugas mendesak ini selesai.

Walaupun agak "bz" perkembangan terkini dalam dunia politik dan kemasyarakatan tetap diikuti secara dekat.

Kesan Domino Adun Bota:

Nampaknya kesan domino daripada tindakan Datuk Nasarudin (Adun Bota) keluar BN dan terjun ke PKR telah melarat pula ke Negeri Sembilan. Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya 3 Adun yang berpotensi untuk melompat, walaupun ketiga-tiga Adun ini menafikannya. MB NS, 30 Januari 2009 telah menafikan yang didakwanya sebagai khabar angin ini. Baca di sini, {http://www.malaysiakini.com/news/97316}.

Kerusi Datuk Tajol dan DS Hassan kian panas nampaknya.

Isu PPSMI, dan Pak Samad:

Begitu juga dengan PPSMI, boleh dikatakan seluruh pejuang bahasa (BM) menolak dasar ini. Satu hakikat yang diketahui umum, tetapi tidak boleh dibuktikan betapa keputusan UPSR dan PMR dimanupulasi untuk menjustifikasikan dasar ini oleh kerajaan.

Soal dasar ini, yang menjadi fokus kepada pejuang bahasa ini ialah soal rakyat terbanyak, rakyat di desa, rakyat yang sepatutnya diberi perhatian serius kerana faktor "kedaifan" sosioekonomi. Merekalah yang akan menerima kesan langsung akibat dasar ini. Saya seorang yang berkecimpung dalam pendidikan, saya maklum kesan ini.

Mengapa saya tidak timbul soal golongan menengah tinggi dalam kaitannya dengan PPSMI. Mereka adalah orang-orang yang beruntung dan mampu. Mereka boleh bila-bila masa mencari alternatif dalam pendidikan yang mereka sesuai untuk mereka. Mereka tidak berhalangan kerana mereka mampu! TETAPI BAGAIMANA DENGAN RAKYAT TERBANYAK DAN BAWAHAN? Jawapannya tentunya pembaca sudah makluminya. Ini bukan soal fahaman politik tetapi soal masa depan bangsa!

Saya teruja tentang isu ini apabila salah seorang ikon sasterawan Malaysia, A. Samad Said, bersuara bahawa jika demo hari ini gagal mencuit rasa pemerintah maka PRU13, beliau meminta rakyat menyatakan pendirian mereka {http://www.malaysiakini.com/news/97289}. Pak Samad, non partisan selama ini, dan beliau pada saya adalah ikon sastera Malaysia. Pencapaian Pak Samad dalam sastera Melayu merupakan puncak ketinggian BM. Apabila beliau mula bersuara, yang dulunya secara solo secara berani memulakan "MOGOK SENI", sudah tentu isu ini perlu perhatian yang serius daripada pihak kerajaan!

YB Zul:

Posting Nobisha yang memetik pendapat YB Zul tentang perlunya ahli UMNO menyeberangi PAS untuk kepentingan Islam dan Melayu, agak menarik, sehinggakan Nobisha menelah bahawa YB Zul menyokong gagasan penyatuan UMNO-PAS. Rujuk di sini, {http://nobisha.blogspot.com/2009/01/apa-mesej-tok-guru-kepada-pkr.html}.

Tentang YB Zul (AP Kulim-Bandar Baharu) MSO pernah mengulasnya soal pendirian kepartian beliau akhir-akhir ini. YB ini seolah-olah terkeluar daripada arus perdana PKR dan PR. Rujuklah posting MSO dalam blognya.

Komen saya:

Soal siapa lebih baik antara PKR dan PAS sebenarnya tidak timbul. PKR bergerak dalam paradigma politik yang berbeza dengan PAS. Begitu juga PAS. Namun kedua-duanya saling melengkapi dan saling memerlukan. PAS masih gagal, sekurang-kurangnya buat masa kini, untuk bergerak pada peringkat nasional dan Persekutuan. PKR lebih berkemampuan ke arah itu. PAS pula memerlukan PKR untuk sokongan golongan profesional dan bukan Melayu.

Gabungan antara PKR dan PKR adalah lebih utuh dan mengambil kira arus perdana politik Malaysia yang tidak cenderung menidentifikasikan politik perkauman. Dokongan terhadap agenda Islam dan hal-hal berkaitan Melayu dan Bumiputera akan lebih genuine.

Testimoni saya ini boleh disokong bagaimana PRK36 KT telah berjaya menggembleng ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP dalam memenangkan PAS.

Politik Malaysia adalah unik dan tidak boleh menafikan peranan bukan Melayu. Begitu juga dengan faktor pengundi baru atau golongan muda. Sifat pengundi muda yang lebih terdedah kepada pendemokrasian maklumat dan menyanjungi ciri-ciri keintelektualan dalam politik serta peranan agama dalam politik akan mendominasi politik Malaysia. Mereka tidak janggal lagi untuk mengungkapkan citarasa politik dalam perspektif multiracial.

Memang sedia maklum bahawa Gagasan Pakatan Rakyat tidak sunyi daripada kelemahan dan masalah. Mereka masih dalam proses mencari titik pertemuan, mencari keserasian, dan tentunya sedang menuju satu "sintesis". Masing-masing parti masih berperang antara kepentingan ideologi dan tuntutan ahli parti. Namun, ini pada saya, masalah yang normal, dan saya percaya amat disedari oleh pihak pemimpin teratas.

Dan jangan lupa tentang gambaran buruk terhadap prestasi dan perjalanan kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR oleh media milik kerajaan, dan sabotaj daripada kakitangan kerajaan yang masih berorientasikan kerajaan lama.

Secara ringkasya, masa depan Malaysia sebenarnya bukan lagi di bawah UMNO dan BN, tetapi di bawah PR, dengan syarat mereka tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan, dan membuktikan bahawa ideologi mereka selaras dengan tindakan. Rakyat tidak mahu melihat berlakunya "double standard" dan "dualisme" dalam pengaturan pemerintahan dan kehidupan.
Di Simpang 4, AS

26 January, 2009

Selamat Datang Datuk Nasarudin, Wan Farid, Bagaimana?


Pertama-tama, terima kasih tak terucap buat penyinggah yang setia. Blog ini agak lama tidak diupdate. Almaklum, awal tahun baru, tugas rutin begitu banyak dan mendesak.

Buat semua orang Tiong Hua, Selamat Menyambut Tahun Baru, Gong Xi Fa Cai. Khabarnya, tahun baru ini tahun lembu - menggambarkan keteguhan. Moga-moga dengan datangnya tahun baru ini, azam untuk meneruskan perubahan semakin teguh dan semakin meriah.

PRK36, keputusan siapa yang menang atau siapa yang kalah begitu meresahkan dan mendebarkan. Walaupun media internet yang proPR mengunjurkan bahawa PAS sentiasa mendahului, namun hati tetap gundah-gulana, dan saya tetap berpendirian ketika itu bahawa peluang kemenangan ialah 50-50.

Namun begitu, saya secara peribadi, begitu teruja apabila lebih kurang pukul 9 malam, media internet memaklumkan bahawa kerusi Parlimen KT berjaya dirampas oleh PAS dengan majoriti yang agak selesa. Tahniah kepada orang KT kerana sanggup menanggung risiko dan sanggup berubah sedangkan dalam PRU12, Terengganulah yang menjadi benteng kuat UMNO dan BN dalam mana negeri-negeri Melayu telah berubah.

Kata KJ dalam debat Transformasi Politik Melayu, Anwar dengan projek 916 tidak lebih daripada "arrogance of power" sebagai tempelak terhadap hujah Husam bahawa salah satu faktor kekalahan UMNO dan BN di banyak tempat kerana faktor keangkuhan kuasa. Satu persoalan yang mendasar, adakah benar dakwaan KJ itu?

Nampaknya KJ perlu lebih bermuhasabah. Kalau Permatang Pauh tidak boleh dijadikan ukuran bahawa tsunami politik politik masih berdenyut dan segar, bagaimana pula dengan PRk36? KT adalah milik BN, tetapi kenapa terlepas daripada genggaman?

Bagaimana pula dengan kemasukan Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Bota, Perak yang memasuki pintu PKR?{http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/25/mstar_berita/20090125174149&sec=mstar_berita} Beliau bukan orang sembarangan. Beliau bekas Pengerusi Felcra. Apakah isyaratnya dan apakah ertinya? Salah satu dorongan kuat yang membuatkan Datuk Nasarudin ini ialah kemenangan PAS dalam PRK36.
Terkini, singgahlah di blog Cina Islam {http://idhamlim.blogspot.com/2009/01/terkini-beberapa-orang-lagi-adun-umno.html}, khabarnya akan ada ADUN UMNO akan bersantai pada wadah Pakatan Rakyat Perak.

Dalam konteks ini, saya juga terbaca ulasan dan jawapan Wan Farid dalam Mstar, 25 Januari 2009 {http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/25/mstar_berita/20090124175048&sec=mstar_berita}. Beliau secara jelas, dalam blognya, cuba membuktikan bahawa beliau sebenarnya bukan bersifat eletis, sombong, dan sukar senyum. Ringkasnya, beliau cuba berhujah bahawa bukan faktor dirinya yang menyebabkan kekalahannya itu.

Sesungguhnya, bukan kerana faktor personalitinya, tetapi kerana parti yang dianggotainya yang dilihat masih bongkak, enggan berubah, dan elitis. Bagi UMNO dan BN, kerusi dan jawatan yang utama bukan permasalahan kesempitan dan kesusahan rakyat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini. Saya kira Wan Farid adalah mangsa, walaupun kita akui Wan Farid merupakan sebahagian daripada gerombolan Tingkat Empat.

Untuk Wan Farid, suka saya ingin mencadangkan kalau benar beliau ingin berjuang untuk rakyat, berpindahlah ke wadah perjuangan yang sememangnya berjuang untuk rakyat. Jika beliau masih bersama dengan partinya yang dilihat hanya sibuk mengatur diri dalam perebutan jawatan Mac 2009, hasrat dan perjuangannya cuma akan tenggelam begitu sahaja.

Adakah ini merupakan petanda arus dan ombak projek 916 akan mula membadai?

Di Serambi Simpang 4, AS.

10 January, 2009

Provokasi Kuil Di Selangor: Penjelasan Pak Khalid


Salah satu strategi tempur di PRK36 KT ialah provokasi ras dan agama. Soal orang India dalam PR, baru-baru ini, telah timbul oleh kegopohan S.Jenapala dan S.Manikavasagam.

Isu ini berpotensi untuk dimanipulasi oleh mesin kempen BN di KT.

Di bawah merupakan penjelasan Hj Khalid Abdul Samad, YB Shah Alam tentang provokasi Pewaris tentang kuil di Selangor, kawasan Shah Alam. Saya perturunkan sebahagiannya:

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!


Diharap jentera kempen PR di KT sentiasa bersedia dengan maklumat terkini untuk menangkis propaganda dan provokasi pihak lawan.


Di Serambi Simpang 4, AS.

UMNO SEDANG MENCIPTA BOM JANGKA!


Sesiapa yang bertekad masuk ke gelanggang pertandingan, tentu dengan satu matlamat: MENANG.

Lalu,

Segala cara, teknik dan pendekatan, serta segala sumber kekuatan akan digunakan, dieksploit dan dimnanipulasi untuk memastikan matlamat yang satu itu mesti dan tetap dicapai.

Inilah hakikat PRK36 KT.

Bagaimana pula cara yang paling efektif untuk memanipulasi minda persepsi pengundi? Tidak lain: MEDIA.

Secara permukaan (zahirnya) kelihatannya, UMNO dan BN (selepas ini akan dirujuk UMNO) telah belajar daripada kesilapan mereka. Mereka telah belajar agar media elektonik - TV dan akhbar tidak terlalu provokatif.

Namun jangan lupa, mereka juga telah belajar daripada cara-cara pembangkang mengekploit secara maksimum penggunaan media internet sebagai saluran alternatif untuk membentuk persepsi atau memaparkan visi dan misi mereka.

Salah satu portal yang pro UMNO ialah Agendadaily.com.

Agendadaily.com berhak untuk memihak atau untuk memilih fraksi mana yang mahu disokongnya dan fraksi mana yang akan mereka serang. Ini negara demokrasi, dan alam bebas cyber.

Dalam paparan muka utama, 9 Januari 2009, Agendadaily memfokuskan 3 ulasan tentang HUDUD.

a) Hudud: Hadi kata Karpal faham ... UMNO pula yang diserang

Baru 24 jam, Pengerusi DAP mempertikaikan isu hudud, hari Jumaat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan kenyataan yang berbeza dengan berkata, Karpal sebenarnya telah faham mengenai pelaksanaan hudud dan qisas. Bukan itu sahaja Hadi turut mengarahkan pula serangan kepada UMNO. Sehubungan itu, beliau berkata, beliau dan partinya tidak berhasrat untuk memberikan sebarang penjelasan kepada Karpal.
[]http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a]

b) Hudud: Pakatan pembangkang rapuh

Pertelagahan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas di kalangan parati-parti pakatan pembangkang, membuktikan kerapuhan kerjasama mereka, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Katanya, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang saling mempersoalkan pelaksanaan hukum itu menunjukkan pembangkang tidak mempunyai pendirian bersama. Sebaliknya, kewujudan pembangkang hanya bertujuan untuk menjatuhkan Barian Nasional (BN).
[http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ba1b060a-7f000010-1ab7a890-644bf856]

c) Hudud: Karpal takterima "jalan tengah" Anwar (ulasan utama!)

Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meredakan ketegangan antara PAS dan DAP mengenai isu Hudud menjelang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak sampai ke mana.Dalam ceramahnya di Kuala Terengganu Selasa malam yang turut dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan orang kuat DAP,Lim Kit Siang... Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR bukan pertikai hukum itu tetapi mahu penjelasan daripada PAS.Beliau sebaliknya lanyak media putar belit kenyataannya malam ini manakala UMNO didakwanya akan terus pukul canang dengan menggambarkan ada permusuhan DAP dengan PAS mengenai hal itu.Khamis Pengerusi DAP Karpal Singh yang pernah tegaskan langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan Hudud mengeluarkan satu kenyataan bahawa apa yang dikata oleh Anwar hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan.Beliau tetap berpendirian Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan.
[http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ba599308-7f000010-1ab7a890-dda3a029]

Selain isu Hudud, portal ini juga memfokuskan serangan kepada Anwar. Dengan tajuk, "Skrip tak lengkap Anwar: Kerana Amerika - Gaza serta 'kerja sial', portal ini mengulas:

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap guna pelbagai cerita untuk tarik simpati atau tunjuk dirinya hebat apabila berceramah atau kempen. Di Kuala Terengganu malam Rabu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau tidak dapat bersama-sama dalam perarakan mengiringi calon PAS ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu kerana berada di luar negara. Katanya, beliau bukanlah orang besar dalam isu perang Israel – Palestin tetapi berada di Ankara, Turki sebagai menyatakan sokongan terhadap umat Islam di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
[http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_b29a94c5-7f000010-1ab7a890-dfcd86d1]

Tentang Anwar ini, banyak lagi ulasan yang memperlekeh usaha-usaha Anwar untuk menawan Putrajaya melalui hujah-hujah ketidakyakinan PAS terhadap usaha Anwar itu.

Cukup dulu tentang keseronokan Agendadaily mengulas tentang Hudud dan Anwar.

Terdapat satu isu lagi yang menyentuh isu nasional dan berkait langsung dengan Melayu, bahasanya, dan Perlembagaan. Isu ini berpotensi menjadi bom jangka.

Isu ini: PPSMI.

Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana GAPENA telah menyatakan pendiriannya untuk menolak dasar ini, dan Datuk Dr Hassan Ahmad telah bersetuju menjadi pengerusi Gabungan Mansuhkan PPSMI. Dua badan ini telah cukup menjadi bukti bahawa pejuang-pejuang BM telah menolak PPSMI. {http://www.malaysiakini.com/news/96056}

TETAPI, apakah sikap KPM? Apa kata Hishamuddin?

Kementerian Pelajaran tidak akan tergesa-gesa atau tunduk terhadap sebarang ugutan berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ulasan saya:

Tiga isu ini, sebenarnya, berupaya menjadi jerangkap samar berskala besar letupannya bagi UMNO.

Semakin UMNO mensensasikan Hudud, bukan PAS yang akan dilihat oleh pengundi KT yang mempermainkan hukum Islam ini, tetapi UMNOlah yang menjadikan Hudud sebagai isu politik. Hudud bukan isu politik tetapi tanggungjawab setiap penganut Islam untuk menerimanya. Dalam hal ini, Najib cuba menjadi juara. Kita boleh bertanya, apa agaknya pengundi Islam dan bukan Melayu terhadap Najib dalam soal komitmen kepada Agama Islam?

Soal Anwar pula. Sokongan besar pengundi pada PRU12 dulumemperlihatkan kemampuannya menggembleng 3 parti yang berideologi berbeza tapi dapat disatukan menjadi satu force sehingga 5 negeri dan satu wilayah Persekutuan jatuh ke tangan pembangkang. Apabila isu Anwar diperlekeh dengan kasar akan menambah simpati dan kemarahan kepada pengundi atas pagar yang telah pun mula menerima gagasan yang diperjuangkan oleh PR iaitu "ketuanan rakyat". Rakyat umum telah faham dengan jelas apa itu "ketuanan rakyat" tidak seperti mana yang dimanipulasi oleh UMNO.

Soal Hishamuddin pula. Orang Melayu, hatta orang UMNO khasnya pengundi di KT akan bertanya kepada Hisham, menteri ini mewakili siapa dan golongan mana? Tidak sedarkah dia bahawa dia adalah menteri UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan hak-hak Melayu. Bukankah pelaksanaan PPSMI bertentangan dengan fasal Perlembagaan Persekutuan, 152? Ini satu bom jangka yang amat besar dan petaka kepada UMNO.

Fikir-fikirkanlah ye ...

Di Serambi Simpang 4, AS.

08 January, 2009

Betul Ke BN Menang Besar Di KT ...


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau optimis pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan lebih baik daripada pilihanraya umum Mac lalu.

Dengan tajuk "Najib Optimis BN Menang Lebih Besar", Najib begitu yakin bahawa BN akan menang nanti. PAS dan PR tiada isu sehinggakan terpaksa menggunakan gambar Altantuya, yang baginya, tidak relevan sama sekali. begitulah lapor Malaysiakini, 6 Januari 2009. {http://www.malaysiakini.com/news/95885}

Apa kata Wan farid pula, Buletin Utama, TV3 (7 Januari 2009), Wan Farid menjelaskan bahawa mereka melaksanakan strategi ceramah kelompok kecil, dan fokusnya atau tema kempennya ialah kesejahteraan semua pengundi KT.

Kalau diteliti, Wan Farid melampaui peranannya sebagai calon. Kata Nobisha {http://nobisha.blogspot.com/2009/01/wan-farid-kena-jadi-pengantin.html}, Wan Farid terlalu banyak bercakap sehinggakan terlepas cakap yang tidak sepatutnya khususnya cuba mengomentari kata-kata TGNA bahawa "mengundi BN itu berdosakah?".
Koh Tsu Koon juga risau tentang pengundi muda Cina yang cenderung pmengundi pembangkang.

BN juga cuba mempengaruhi pengundi KT dengan membatalkan penswastaan IJN. Melalui pengamatan tingkah laku BN selama ini, penangguhan dan akhirnya pembatalan pembelian saham IJN daripada Khazanah oleh Sime Darby, diragukan. Kalau BN jujur, alhamdulillah.

Benarkah BN akan menang besar? Apa isunya?

Isu hudud telah selesai.

Isu calon PAS yang dikatakan calon kompromi dan digembar-gemburkan bahawa kumpulan penyokong PR tidak senang dengan calon PAS, dan mungkin jika memberi komitmen penuh, bukan lagi menjadi isu. Semua pemimpin PAS turun semasa penamaan calon termasuk Husam.

Isu pertelagahan PAS-DAP tentang isu pelaksanaan syariat telah selesai. Pemimpin besar DAP hadir, LKS, LGE, Tan Sin Giew.

Komitmen Anwar? Beliau pun telah pun hadir dan memulakan kempennya di KT, malah penjelasan yang ditunggu-tunggu tentang pendirian Anwar tentang pelaksanaan syariat Islam oleh PAS dan PR telah pun diberi. "Kata ketua pembangkang itu, tidak ada hak mana-mana orang bukan Islam untuk mempertikaikan hak orang Islam".{http://www.malaysiakini.com/news/95950}.

Kehadiran Anwar ini penting untuk merealisasikan kekukuhan dan kemantapan PR. Sedia maklum bahawa Mustafa Ali (PSJ Terenggannu) pernah mempertikaikan projek Anwar, 16 September, dan seolah-olah PAS Terengganu tidak berapa berperanan semasa PRK Permatang Pauh. Dengan kehadiran Anwar ini, isu tiada kesepakatan dalam PR, dan isu PAS diperkuda oleh PKR dan DAP terhakis sama sekali.

Kini, terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi KT. Di hadapan mereka sedang terhidang dua pilihan. Pilihan pertama, dengan motto "menjaga kesejahteraan pengundi KT" dan pilihan kedua "ketuanan rakyat".

Gelanggang telah terbuka untuk orang-orang KT!

Di Serambi Simpang 4, AS


05 January, 2009

Zahid dan Tadika, Darah Gaza


Kadang-kadang sumber berita harus dinilai sama ada faktanya sahih atau tidak. Pemberitaan atau penulisan tidak berimbang dikhuatiri kita menjaja fitnah.

Keyakinan politik adalah hak mutlak peribadi. Seseorang itu berhak untuk menyokong siapa dan membenci siapa. Namun kalau kita memilih untuk menggunakan mata pena kita untuk melontarkan idea atau teguran, nasihat, atau kritikan, sumber berita harus berimbang.

Saya timbulkan hal ini kerana isu ini berkaitan dengan PR Perak.

Zahid dan Tadika di Perak

Diberitakan oleh Berita Minggu pada 4 Januari 2009, Zahid, Menteri yang diamanahkan menjaga fortpolio agama mendedahkan kerajaan Perak menutup 700 Tadika Kemas di Perak, dan katanya lagi, ini mengancam 11 000 murid tadika. Rujuk {http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090103225302/Article/}
Betul ke Zahid? Peliharalah fotrpolio itu. Dan ada blogger yang memetik mentah-mentah berita ini tanpa mendapat maklumat sahih terlebih dahulu.

Mengikut blog Cina Islam (YB Titi Serong, Perak), kenyataan Zahid ini adalah kenyataan politik, dan untuk meraih political milleage semasa musim pilihan raya kecil di KT. Drs. Khalil Idham, menjelaskan bahawa dakwaan Zahid ini adalah bohong dan fitnah.


Israel dan Gaza

Saya akui saya seolah-olah enggan untuk mengulas isu berdarah ini. Dalam hati sesungguhnya segala rasa amarah menggelegak.

Namun apabila mengenangkan jiran-jiran Palestine - Mesir dan Jordan - sebangsa dan seagama pula - tidak membuka pintu sempadan, sedangkan pembunuhan dan penyembelihan berlaku, apa lagi yang dapat kita harapkan. Stop!

Pada saya kita boleh berdemonstrasi dan himpunkanlah berjuta-juta demonstarsi di seluruh dunia Islam dan Barat, tidak akan ke mana pun.

Penyelesaiannya satu sahaja.

Selagi dunia Islam tidak memiliki seorang atau sekumpulan orang yang benar-benar dihormati oleh dunia Arab isu ini tidak akan selesai selamanya. Palestine dan Israel hanya dapat diselesaikan oleh dunia Arab sendiri. Kalau muncul individu atau kumpulan ini, maka dengan mudah untuk menggembleng segala sumber yang dipunyai oleh negara-negara Islam dan dengan mudah untuk menekan Amerika, Israel, dan PBB.

Sebenarnya masyarakat dunia Islam sedang menanti Sang Tokoh ini. Sedia maklum, dunia Islam sudah mempunyai sumber ketenteraan dan teknologi ketenteraan, iaitu Iran, dan Pakistan.

Barang kali buat masa ini, yang diperlukan oleh Palestine ialah dana. Usaha Malaysia menyediakan bantuan dana US1 juta adalah tindakan terpuji Pak Lah. Di samping itu, ,arilah kita berdoa dan solat hajat agar penduduk Palestine dan Gaza diberi pertolongan oleh Allah s.w.t.

Di Serambi Simpang 4, AS.

Beberapa Pertanyaan Untuk UMNO ...

Saya mengira lanskap politik Malaysia akan berubah dan tetap akan berubah.

Mengapa?

Politik kini bukan lagi ditentukan oleh golongan veteran atau hampir veteran. Politik kini ditentukan oleh pengundi muda, golongan pertengahan (profesional dan non profesional), dan pengundi berumur akhir 40-an. Rata-rata mereka berpendidikan, begitu terdedah dengan maklumat, mampu menilai, minda yang tidak terkongkong, kehendak dan keperluan yang berbeza, pergaulan sosial yang lebih meluas, mobiliti sosial yang aktif, dan lebih menjurus kepada proses pendemokrasian yang dinamik.

Mereka yang mencecah umur 50-an dan ke atas baik yang terdiri pengundi atas pagar, penyokong pembangkang (proPR), atau yang menyokong BN akhirnya akan memilih mana wadah (parti) yang terbaik yang sesuai dengan arus perdana.

Saya mahu fokuskan kepada pengundi berumur 50-an dan ke atas yang bersikap atas pagar (proBN) dan yang menyokong BN. Bagi yang proPR tentunya akan terus menyokong PR. Soalan yang diajukan kepada mereka ialah:

1. Pendidikan:

a. Cukupkah peluang anak bumiputera di IPTA dan IPTS?
b. Memadaikah nisbah antara graduan sains (profesional) dan sastera di IPTA? Di IPTS, bagaimana? Cukupkah usaha kerajaan dan IPTA untuk mengekalkan nisbah tersebut?
c. Kurssus di IPTA - mengapakah pengangguran garduan begitu tinggi?
d. Cukupkah dana pinjaman PPTN? Adilkah ansuran bayaran pinjaman? Memadaikah hanya kelas pertama pinjaman ditukar kepada biasiswa? Mengapakah tidak dicontohi pinjaman MARA?
e. Ke mana perginya jaminan Perlembagaan bahawa graduan bumiputera dibiayai pengajian secara biasiswa bukan pinjaman? Di manakah kebertanggungjawaban sosial kerajaan?
f. Bukankah telah termaktub dalam Perlembagaan bahawa bahasa pengantar pendidikan di institusi pendidikan adalah Bahasa Melayu?
g. Bukankah pelaksanaan PPSMI menodai bahasa pengantar pendidikan? Bukankah data-data terkini menunjukkan murid luar bandar menjadi mangsa? Sokongan data saintifik tidak mengesahkan bahawa BI tidak semestinya membawa kemajuan sains dan teknologi malahan kajian membuktikan negara-negara maju menggunakan bahasa mereka sendiri namun masih maju malah menerajui kemajuan - contoh klasik, Jepun dan Korea Selatan.
h. Banyak lagi ... Cukup dulu.

2. Ekonomi dan Politik:

Soalan ringkas yang ingin saya tanyakan ialah apakah tahap kronisme, nepotisme, rasuah, dan kemerataan pengagihan sumber? Apakah wajah sebenar pertandingan dalam Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009? Adakah semangat dan matlamat DEB tercapai? Data terkini ekuiti bumiputera, bagaimana? Apakah wajah sebenar agensi penguatkuasaan dan undang-undang serta kehakiman? Institusi Raja-Raja Melayu, bagaimana?

3. Sosial:

Soalannya, indeks jenayah? Gejala sosial, bagaimana? Di manakah komitmen pemimpin Melayu dalam kerajaan untuk membanteras gejala sosial yang sebahagian besarnya remaja dan belia Melayu? Adakah ada langkah-langkah proaktif atau bersifat reaktif dan sambil lewa? Soal PATI bagaimana? Terbelakah rakyat bawahan akibat krisis kewangan global, dan kejatuhan teruk harga komoditi?

4. Agama:

Soalan dasar ialah adakah BN mempunyai "blueprint" agar "addin" terlaksana di Malaysia atau kerajaan hanya berfungsi untuk memperlengkap prasarana agama semata-mata? Adakah wujud penyelarasan antara program-program sosial dengan nilai agama? Islam Hadhari, adakah menepati konsep Islam sebenarnya? Apakah penerimaan rakyat secara umumnya?

Jawapan-jawapan terhadap keempat-empat kelompok persoalan itu akan menentukan sama ada kerajaan bersifat:

i) Kepentingan-kepentingan bangsa Melayu dipelihara dan dapat dibuktikan.
ii) Teori pengasingan kuasa dijunjung dan dipaktikkan.
iii) Keluhuran Perlembagaan dipertahan.
iv) Nilai-nilai moral dan agama mengawal perjalanan kerajaan serta berlaku pengamalan “good governance”.
v) Sama ada kerajaan bercorak eletis atau prorakyat.

Jawablah persoalan-persoalan ini secara jujur.


Di Serambi Simpang 4, AS

03 January, 2009

Awas, PAS Mula Membuka Buah Silat!


Sebenarnya dalam sehari dua ini, minda sedang bergolak ingin menjawab beberapa komen yang masuk dalam posting blog ini. Pokok persoalannya telah lama bersarang dan dah lama dieramkan. Persoalannya "simple" tentang keyakinan dalam berpolitik dan kaitannya dengan hakikat manusia dan kemanusiaan.

Namun, biarlah dulu-persoalan ini terpaksa dieramkan lagi. Tunggulah saya akan tamatkan tempoh eraman itu nanti.

Dalam soal teka teki siapa calon PAS pada PRK36 nanti, agak mengujakan juga. Hal ini kerana banyak blog yang propakatan telah menamakan beberapa calon tertentu. Akhirnya, Presiden PAS, TGHH, memutuskan calon "kompromi", ADUN Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut. Orang lama, masuk penggal kelima mengekalkan kerusi di sini, dan kalau tak silap YDP Kuala Terengganu.

Sehingga timbulnya isu muzakarah PAS-UMNO, TGHH kelihatan kurang menonjol atas platform Pakatan Rakyat sehingga beliau mencetuskan istilah "PM Mat Jenin".

Namun, isu ini akhirnya membawa kesan yang berat juga kepada PAS sehingga timbul istilah kumpulan Erdogan - seolah-olah timbul sekurang-kurangnya 2 fraksi dalam PAS. Dan isu ini jika dibiarkan barangkali mampu memecahkan kekuatan PAS.

Oleh sebab kumpulan Erdogan yang propakatan ini bukan calang-calang pemimpin - berada pada paras pimpinan Pusat maka isu ini jika tidak diungkaikan akan menjadi virus.

Akhirnya, TGHH sedar akan musibah ini kalau beliau tidak memainkan peranan aktif dalam meredakan krisis ini.

Ekoran dari ini, TGHH mula kelihatan menonjolkan sifatnya sebagai Presiden dan mula bertindak sebagai pemimpin politik. Secara beransur TGHH mula memasuki dan berdiri atas platform Pakatan, dan mula memainkan peranan aktif.

Mutakhir ini, saya terkesan sekurang-kurangnya 2 sikap beliau yang membuktikan beliau bertindak sebagai ahli politik. Pertama, soal hudud yang dimanipulasikan oleh media ekoran daripada kenyataan Husam dalam Wacana Perdana di Kelantan. Pada saya, TGHH sanggup mengambil risiko apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang menyokong kenyataan Husam bahawa Hudud tetap menjadi agenda PAS tetapi soal kehidupan masyarakat perlu difokuskan terlebih dahulu.

Kedua, soal calon PRK36. Ini pada saya merupakan satu kebijaksanaan, mengemukakan calon yang boleh diterima oleh semua pihak. Tidak ada sebab untuk pihak tertentu berasa terkilan kerana calon yang dipilih adalah calon "nutral" dan saya kira calon"profesional".

Dengan sikap dan teladan TGHH ini, saya percaya penyusunan gerak kerja PRK36 ini dapat diatur dengan lancar, dan tentunya Wan Farid tidak akan tidur lena. Apatah lagi pengundi di KT ini adalah pengundi bandar yang cukup terdedah dengan maklumat dan faham dengan sepak terajang politik.


Di Serambi Simpang 4, AS.