18 April, 2010

P94 HS: Biodata Datuk Zaid Ibrahim

Salam.

Apabila kita bersunyi. Melarikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan harian - masalah dan kerenah di tempat kerja, kerenah dan membenahi taggungjawab asasi keluarga, menghening diri daripada tekanan mengurus kominiti teman - kadang-kadang timbul persoalan - k emana arah yang akan dibawa akan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita? Adakah kita sanggup membiarkan arah itu ditentukan oleh  lenggang-lenggok tiupan angin? Ketidak-betulan, keadilan, prejudis, yang bergelumang selama ini, kita biarkan begitu sahaja? Dan selebihnya kita berserah? Adakah itu ajaran agama kita?

Datuk Zaid, sebelum ini memiliki dwitanggungjawab: POLITIK DAN BISNES.

Apabila beliau menerima tawaran Pak Lah untuk dilantik sebagai Menteri Undang-Undang, beliau telah bertekad untuk mereform Badan Kehakiman yang begitu dipertikai bukan sahaja dalam negara malah di tahap sarwajagat.

Beliau tidak bercakap kosong. Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim lain dikembalikan maruah mereka. Namun, akhirnya beliau ditentang, diherdik, dan dihina dengan begitu "berat" dalam kalangan rakan politik beliau sendiri.

Akhirnya, beliau menyimpulkan bahawa UMNO SEBENARNYA ENGGAN MAHU BERUBAH! Maka perlu apa beliau menunggu lagi.

Beliau meletak jawatan!

Kini beliau menemui ruang dan wahana untuk membuktikan siapa sebenar dirinya - apa yang dirinya kehendaki. Dunia bisnes ditinggalkan. Mengapa? Kerana beliau tahu, sekiranya beliau masih kekal sebagai ahli bisnes, masalah dirinya akan mengheret rakan-rakan korporatnya ke jurang yang dalam.

Kenapa beliau tidak memilih PAS, sebaliknya memilih medium PKR?

Orang seperti Zaid yang memiliki atau menghayati falsafah dan pemikiran undang-undang dan nuansa perjuangannya yang merentasi kaum, di samping beliau seorang yang profesional, PKR lebih sesuai dengannya. Namun Zaid seorang sedia untuk belajar. Kerapatannya dengan TGNA menunjukkan keazamannya untuk meneutralkan fahaman liberalnya dengan Islam.

Di atas ialah sedikit pengamatan saya tentang Zaid.

Dan biodatanya, saya pautkan dengan entri daripada Al-Husseyn.

Dan ingatlah, KITA SEBENARNYA TIDAK PERNAH TERLAMBAT UNTUK BERUBAH!

Kamal Lodge, Taiping.

03 April, 2010

P94 Hulu Selangor: Buktikan Dirimu, Nasha

Salam.

Mahfuz agak yakin, PR akan menang dalam PRK ke-10 ini dengan argumen bahawa PR adalah kerajaan di Selangor. Mafuz juga menjelaskan yang jentera pilihan raya Pas telah bersedia dengan diketuai oleh Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin.

Soalnya, Ustaz Nasha ini begitu mistri. Tingkahnya dan kata-katanya tidak menggambarkan bahawa beliau begitu komited dengan PR. Selingkuhannya dengan UMNO begitu jelas, sekurang-kurangnya dari segi perspektif media baru penyokong PR.

Di Selangor ini pula, peranan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasha dalam usaha untuk menggambarkan yang kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim bermasalah dan tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu. Pertemuannya dan ucapannya dalam pertemuan dengan blogger UMNO tahun lepas begitu heboh dan sebarannya begitu luas. Kemuncaknya apabila Khalid Samad dijatuhi hukuman berat manakala Dr Hassan Ali cuma diberi amaran, sedangkan pada mata umum, Dr Hassan dan dengan restu Ustaz Nasha begitu jelas cuba mencalarkan imej kerajaan negeri Selangor dan PR.

Yang terbaru, Zainulfaqar mendedahkan salah satu sikap yang konsisten dengan persepsi umum yang ustaz Nasha tidak berperanan dalam memperjuaang PR.

Dalam keadaan ini, bolehkah ustaz Nasha bekerjasama dan menggembleng segenap kekuatan Pas dalam membantu PKR memenangi PRK ini?

Dengan imej sebegitu, keadaan di bawah berkemungkinan akan terhasil:

a)  Ustaz Nasha akan mengalami dilema yang berat.
b)  Beranikah ustaz Nasha menyerang UBN memandangkan Noh Omar menegaskan yang UBN akan menggunakan pendekatan ofensif?
c)  Tidak mungkinkah akan wujud ketegangan antara jentera Pas dan ustaz sendiri?
d)  Adakah jentera PKR dan DAP boleh menerima ustaz Nasha dengan berlapang dada dan tanpa prejudis?

PRK kali benar-benar sengit. Khir Toyo sendiri menegaskan peluang masing-masing hanya 50-50. Dengan genap setahun Najib menjarah Malaysia, Najib tentu tidak mahu dimalukan dengan kekalahan. UBN akan berusaha bermati-matian.

Maka, jentera pilihan raya PR harus teguh dan "satu". Dalam keadaan yang cukup genting ini, jentera pilihan raya PR sekali-kali tidak boleh dipesongkan dengan isu-isu remeh.

Namun, saya cukup khuatir dengan ustaz Nasha ini. Mungkin pimpinan Pas Pusat memilih Ustaz Nasha bagi mengetuai jentera Pas untuk membuktikan bahawa ustaz Nasha masih mendukung amanat muktamar, tetap bersama PR. Inilah kesempatan ustaz Nasha untuk membersihkan dirinya daripada palitan-palitan hitam sebelum ini.

Pada saya, ustaz Nasha harus bekerja "allout" untuk memastikan kemenangan PRK ke-10 ini. Hal ini kerana jika PR kalah, sudah tentu, dalam post-morterm nanti, salah satu isu penyebab kekalahan ialah faktor integriti ustaz Nasha sendiri.

Saya hanya berharap agar kupasan saya ini cuma ilusi saya sahaja.

Simpang 4, AS.

01 April, 2010

Ustaz Nasha "Kena" Lagi

Salam.

Entry ini kalau dilihat wacana dengan entri tentang Ustaz Awang, wujud perkaitannya. Masih tentang agenda UG.

Berani sungguh blogger Zainulfaqar ni, berdepan "face to face" dengan Ustaz Nasha, apatah lagi di hadapan Ahmad Husni, menteri UMNO, di Parlimen.

Zainul hairan kenapa pertanyaannya yang begitu mudah, tetapi ustaz Nasha bukan sahaja tidak menjawab soalan malah melenting!

"Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau, “Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?
Ustaz Nasha harus belajar lagi tetang berkuasanya persepsi! Dapatkah kita katakan Ustaz Nasha akhirnya menjadi mangsa persepsi, sedangkan tingkahnya yang menjadi penyebabnya?

Bacaan lanjut, di sini.

Ustaz Ahmad Awang Tidak Cukup syarat

Salam.

Satu sahaja alasan yang diberikan SU Agung Pas mengapa Ustaz Ahmad Awang tidak dilantik semula kerana:

"Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama"
Juga Mustapha memberi kriteria lain, ahli Majlis Syura dipilh daripada kalangan terbaik.

Betul ke tu? Atau ada sebab lain?

Saya rasa ustaz Ahmad Awang tidak perlu diperkenalkan lagi-semua ulama kenal beliau. Barang kali bagi SUA Pas ini yang berasakan ustaz Ahmad ini masih tidak cukup ilmu!

Kepada sesiapa yang ingin mendapat gambaran sepintas tentang kewibawaan Ahmad Awang sebagai ulama, boleh klik di sini.

Berilah alasan lain yang lebih manis, walaupun di luar sana mereka dapat menduga sebab sebenar Ustaz Ahmad Awang digugur. Alasan yang diberikan itu seoalah-olah memperlekeh keulamaan orang lain, dan menggores hati nurani empunya badan dan orang lain yang mengenali ustaz Ahmad Awang. Alasan yang diberikan itu menunjukkan sikap sebenarnya penuturnya!

Sedangkan para hadirin muktamar tempoh hari masih basah dengan kata-kata Ahmad Awang tentang kegilaan sesetengah pimpinan tertinggi Pas terhadap UMNO!

Saya kira, selepas ini, kita akan dihamparkan dengan kupasan-kupasan Ahmad Awang kerana kedudukannya yang bukan lagi PSJ dan bukan lagi Ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Kepada ustaz Ahmad Awang, ruang perjuangan lain masih luas. Teruskan komitmen ustaz untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan menentang apa-apa sahaja anasir yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan.

Simpang 4, AS