Salam.
Selamat berjumpa kembali.
(Entri ini pada awalnya ditulis untuk mengisi ruangan komen, blog Sakmongkol AK47, Re-Thinking The PKR Elections)
Maaf, saya menggunakan medium BM kerana
isu ini begitu menarik dan hati mendesak-desak untuk memberi sedikit pandangan.
Pandangan dari luar dan pandangan dari dalam
tentu membawa sudut pandangan yang berbeza.
Begitu pandangan atau pendapat atau hujah
orang politik dan hujah seseorang yang tidak aktif dalam politik, tentunya juga
berbeza. Apatah lagi jika seseorang ahli profesional atau korporat yang telah
sebati dengan prinsipnya tentunya juga berbeza dengan pandangan/hujah orang
politik.
Inilah latar yang menyebabkan susut-sudut
pandangan dalam komen tentang entry blog datuk Sabri ini.
Ini bleum lagi dimasuk kira hujah yang penuh
dengan pengaruh sentimen peribadi tanpa memahami asas kenapa peribadi itu
bertindak sedemikian.
Dalam pertandingan pemilihan PKR, antara pos
yang penting dan kritikal ialah jawatan timbalan presiden. Hal ini kerana
timbalan presidenlah yang mengetuai sekretariat pentadbiran parti yang diurus
oleh setiausaha agung (sua).
Pokok perbincangan datuk Sabri ini ialah siapa
yang seharusnya layak menduduki kerusi timbalan presiden PKR dan cuba menjawab
mengapa Saifudin, Rafizi dan Nurul Izah membentuk team?
Saya masih berpendirian Khalid tidak sesuai
sebagai timbalan presiden, begitu juga Saifudin, walaupun Saifudin sedikit disenangi
oleh Pas dan mungkin juga Dap.
Khalid bukan berfikrah politik. Khalid
menganggap jawatan MB persis sebagai ceo syarikat. Khalid lebih melihat kepada
akaun dan lebihan simpanan. Memang kelihatannya Khalid cuba menerapkan urus
tadbir yang baik dan mengurangkan rasuah, salah guna kuasa, mengelakkan kroni
dan menolak akses orang politik dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Apakah benar segala yang saya gariskan di atas
kelihatannya teratur? Di sinilah bezanya pandangan dari luar dengan pandangan
dari dalam.
Kita harus membebaskan diri daripada perangkap
minda bahawa segala tindakan atau protes atau teguran atau akses orang politik
dalam pentadbiran negeri atau glc mestilah bebas daripada cara gaya Ubn
mentadbir negara.
Untuk memahami senario pergolakan di Selangor,
seseorang perlu memahami kenapa Anwar akhirnya terpaksa bertanding di Kajang.
Jika seseorang itu memahami wawasan atau hujah atau rasional di sebalik langkah
kajang itu, maka lebih mudah untuk difahami asas kritikan Azmin terhadap cara
gaya Khalid mentadbir negeri Selangor.
Yang menegur Khalid bukan sahaja Azmin malah
beberapa kali Khalid ditegur oleh Anwar sendiri. Mengapa sehingga Anwar
terpaksa menegur? Tentu ada beberapa tindakan Khalid yang tidak dibincang
secara tuntas bersama Anwar sebelum dilaksanakan atau boleh dikatakan Khalid
seolah-olah memandang remeh pandangan Anwar.
Khalid adalah lantikan politik, bulan lantikan
suruhanjaya perkhidmatan. Khalid ahli PKR dan mewakili Pas dan Dap. Khalid
dalam mengurus negeri boleh bersifat profesional dan mengikut budi bicaranya,
tetapi Khalid sebagai MB tidak boleh berdiri sendiri. Khalid sebagai MB tidak
bebas dan dia terikat dengan dasar partinya PKR dan rakan partinya Pas dan Dap.
MB fungsi asasnya ialah menterjemahkan wawasan/ matlamat/manifesto PR.
Adakah Khalid memenuhi fungsi asasnya? Kita
ambil contoh terdekat MOU Air Selangor. Kesannya pada Selangor begitu besar
impaknya dan meungkin membawa impak besar terhadap kuasa PR di Selangor.
Mengapakah Anwar tidak dilibatkan dalam Mou tersebut? Apa pun alasan Khalid,
MOU ini menunjukkan Khalid cuba bertindak sendiri dan cuba bebas dari ikatan
dasar parti. Jika diteliti lagi, MOU imi begitu tergesa dalam keadaan Anwar
bertanding di prk Kajang.
Dalam sidang Dun yang berlangsung kini, kita
dapat lihat bagaimana adun Dap dah mula mempertikai Khalid khususnya dalam MOU
Air Selangor dan Langat 2. Sebelum ini, adun Dap tidak pernah mengkritik
Khalid. Mengapa? Ini menunjukkan Dap Selangor telah mula melihat kesan negatif
dari cara gaya one man show Khalid dalam mentadbir Selangor.
Tentu ada yang bertanya kenapa adun Pas
Selangor sunyi dan sepi. Atau adakah Khalid memberi layanan yang berbeza
terhadap adun PKR, Dap dan Pas? Saya pulangkan kepada pembaca untuk mencari
jawapannya.
Saya ingin memberi satu hujah lagi. Apakah
makna sebenar Langkah Kajang itu? Adakah Anwar masuk ke dalam Dun Selangor
hanya sebagai adun kanan atau biasa sahaja? Sebenarnya Anwar memberi isyarat
bahawa akan berlaku pertukaran MB. Sebagai seorang individu yang dilantik oleh
parti, walaupun dhubungannya dekat dengan istana, seharusnya atau sewajarnya
melihat kepentingan parti terlebih dahulu.
Kini Khalid telah memilih untuk menentang
Azmin. Walaupun itu adalah haknya tetapi sebagai seorang ahli parti dan kenalan
rapat Anwar, adakah langkah Khalid mengisyaratkan sesuatu.
Soal Azmin, apabila Azmin bersuara dan menegur
Khalid, itu bukan teguran Azmin secara individu tetapi teguran sebagai
Pengerusi PKR Selangor, mewakili parti.
Parti perlu menegur apabila sesuatu
tindakan/program yang dilihat mengancam parti atau program terhadap rakyat
gagal dugerakkan secara tuntas kerana kesannya bukan pada MB tetapi akan
ditanggung akibatnya pada parti dan PR.
Antara Khalid, Azmin dan Saifudin, siapakah
antara mereka ini yang secara konsisten berdiri di belakang Anwar baik semasa
susah atau semasa senang. Siapakah antara mereka bertiga ini yang menguasai
network parti di seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak?
Anwar dijangkakan dengan apa cara pun akan
cuba dipenjarakan, dan ini telah pun ditegaskan oleh Anwar dalam jelajah
reformasi 2.0. Maknanya PKR akan bergelut dalam PRU14 tanpa Anwar.
Pas kini hasil daripada muktamar baru-baru ini
begitu kuat arus menentang tahaluf siyasi hinggakan timbalan Presiden Pas
dicabar sengit dan hampir kalah. Suhaizan menang tipis. Apakah maknanya semua
ini. Hal ini tentunya mempengaruhi Saifudin yang dilihat rapat dengan Pas.
Saya telah cuba mengemukakan senario yang
mendasari siapa Khalid dan siapa Azmin serta jangkaan terhadap Saifudin.
Siapa yang menduduki kerusi Timbalan Presiden
akan menentukan survival PKR. Dan harus dimaklumi bahawa jika PKR lemah maka
Dapo dan Pas juga turut lemah.
No comments:
Post a Comment