Agak menarik apabila kita ikuti senario yang menyelubungi MB Kedah ini dengan exco kanannya yang juga merupakan timbalannya pada peringkat kepimpinan parti, peringkat kepimpinan negeri. Saya kata menarik kerana hari ini sahaja Utusan sahaja memuatkan 3 berita dan satu artikel tentang kemelut ini. Baca sini, sini,
dan sini.
Apabila kita meninjau isu lebih dalam menggambarkan bahawa pertentangan idea dan cara mentadbir negeri ini bukan sahaja dalam pengendalian kerajaan malah membawa kepada pertentangan idea dalam pengurusan parti peringkat negeri.
Ustaz Azizan selain MB tetapi juga Pesuruhjaya Pas Kedah, manakala Datuk Phahrolrazi, Timbalan PSJ 1 dan Dr Ismail Salleh ialah Timbalan PSJ 2. Ini membawa maksud berlakunya pertentangan yang serius, tentang:
Pertama, pengendalian kerajaan dengan mengambil kira sistem syura. Apabila menggunakan sistem syura setiap keputusan mestilah berasaskan konsensus, bukan diktatorship / autokratik / kuasa veto. Segala pandangan exco harus diambil kira malah setiap exco diberi ruang yang luas untuk membuat keputusan dan melaksanakan keputusan berasaskan dasar dan konsensus.
Dasar dan konsensus ini pula bukan hanya tertakluk kepada agenda negeri semata-mata, tetapi harus merangkumi dasar dan konsensus yang telah disepakati oleh Pakatan Rakyat Pusat atau Majlis Presiden. Sebagai MB kerajaan PR, MB harus sentiasa menyedari setiap keputusan dan tindakannya akan membawa kesan kepada PR seluruhnya. Sebagai MB PR, seseorang individu itu tidak boleh membawa gaya dan tafsiran individu atau ideologi personal yang tidak terikat dengan dasar dan konsensus PR.
Jika seseorang exco, hatta seorang MB pun yang cuba membebaskan diri daripada konsensus PR maka seseorang itu harus meletakkan jawatan. Hal ini kerana kemenangan sesebuah negeri itu dalam PRU12 atas dasar kesepakatan dan kerjasama PR antara 3 parti (Pas, PKR, DAP).
Mengapa isu ini saya kemukakan? Hal ini saya andaikan berdasarkan tulisan Zulkiflee Bakar, Utusan Malaysia, 29 Februari 2012, dengan tajuk, "Azizan 'selamatkan' maruah Pas". Zulkiflee seolah-olah menyokong Ustaz Azizan. Bagi Zulkiflee, Azizan menjadi mangsa komplot menjatuhkannya daripada pihak-pihak tertentu yang ada kaitan dengan Anwarinas atau Erdogan atau mengikut istilah Hassan Ali ialah 'parasit" dalam Pas. Begitu berkuasanya Anwar sehingga dapat menunduki TGHH, TGNA, Mohamad Sabu, Majlis Syura Ulama Pas Pusat.
Satu klue yang amat bererti dalam tulisan Zulkiflee ini ialah....."Apatah lagi Azizan bukannya menghadapi ancaman di Kedah sahaja
malahan seperti dakwaan sesetengah pihak, ada tangan ghaib yang cuba
mengganggu pentadbiran beliau. Mereka tidak suka dengan pendekatan Azizan yang dilihat terlalu
mesra dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), malahan Azizan juga
dilihat telus melaksanakan pentadbirannya."
Zulkiflee cuba mengelirukan dan menenggelamkan isu sebenar. Yang cuba ditekannya ialah soal komplot dan menyembunyikan isu sebenar atau isu dasar.
Tentang komplot ini, Phahrolrazi telah menafikannya.
Jika teliti, sikap UMNO terhadap kerajaan-kerajaan pakatan, UMNO begitu kuat menyerang Selangor, Pulau Pinang, dan tidak kurangnya Kelantan. Serangan terhadap Kelantan lagi hebat sehingga menafikan hak royalti minyak Kelantan, malah semasa Annuar Musa menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, projek pendaratan minyak dan gas yang sepatutnya di Kelantan tetapi dilencongkan ke Thailand. Dosa Annuar dan UMNO pada kelantan cukup besar dan tak berampun.
Tetapi mengapa UMNO pusat dan negeri begitu lunak dengan kerajaan negeri Kedah yang juga diterajui oleh Pas malahan media arus perdana yang diboikot oleh Pakatan Rakyat tetapi dilihat begitu mesra dengan Ustaz Azizan.
Isu kedua, kepimpinan Pas negeri. Sekiranya gaya dan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Ustaz Azizan tidak dipersetujui oleh kelima-lima exco ini, tentunya secara terus akan menjejaskan kestabilan jentera Pas negeri. Pertentangan ini tentunya akan merencatkan program-program Pas negeri dalam usaha melebarkan pengaruhnya dalam kalangan pengundi atas pagar dan generasi muda.
Sekarang pun, terlalu banyak isu yang sedang berlegar di peringkat jentera akar umbi. Dalam keadaan pertentangan pendapat yang kritikal ini, bolehkah ustaz Azizan dapat bersangka baik terhadap kepimpinan pelapis yang tidak sebulu dengannya. Kreativiti kepimpinan pelapis dan penonjolan kepimpinan pelapis akan terencat.
Maka, daripada ulasan ringkas ini, saya nampak isu ini bukan lagi isu peribadi tetapi menyangkut survival kerajaan negeri Kedah dan Pas negeri.
Benarkah lanskap "psyche" Melayu telah berubah? Marilah sederap bersama membina masyarakat Malaysia yang adil, telus, dan berjati diri tanpa melupakan hakikat sejarah kenegaraan kita.
29 February, 2012
Krisis PAS Kedah: Isu Kepimpinan, Isu Dasar atau Isu Peribadi?
Salam. Saya terpanggil untuk menyinggung isu ini atas dasar saya sebagai pemerhati politik Kedah di bawah Pakatan Rakyat. Saya begitu teruja untuk menulas dari sisi pandangan peribadi saya kerana wujud dua pertentangan pandangan tentang isu ini. Pendapat Ustaz Harun Taib sebagai ketua Dewan ulamak PAS bahawa isu ini kecil dan dapat diselesaikan dengan mudah, sedangkan pandangan SUA PAS, cikgu Mustapa dan Naib Presiden, Salehudin, isu ini adalah serius.Dalam sidang media Datuk Phahrolrazi hari ini yang boleh diakses dalam Sinaronline, Malaysiacronicle, Malaysiakini, Datuk Phahrolrazi Zawawi (DPZ) sebagai exco kanan, menegaskan bahawa tiada komplot untuk menggulingkan MB, tiada kaitan dengan kumpulan erdogan atau anwarinas. Mengikut DPZ, isu dasar ialah beliau tidak lagi boleh bekerjasama dengan Us Azizan sebagai MB kerana perbezaan pandangan, pendapat tentang cara atau dasar dalam mentadbir kerajaan negeri.
Isu Kontrak
Dalam blog MSO, antara isu yang dipertikaikan ialah keputusan MB tentang kontrak maintenance jalan yang anggarannya berjumlah 5 juta (setengah sumber mengatakan 50 juta. MSO juga memetik dari sumber tertentu. Persoalan yang timbul ialah siapakah yang mendapat kontrak ini dan adakah kontrak ini diperolehi oleh pihak tersebut melalui runding terus atau tender terbuka? Jika isu ini benar-benar wujud dan berlaku, kita boleh bertanya lagi siapakah yang perlu mengeluarkan surat tawaran kontrak tersebut? Bukankah bidang tentang jalan dan kemudahan asas terletak di bawah portfolio DPZ.
Dalam isu pemberian kontrak ini, Mahfuz Omar pernah menarik diri daripada menduduki kerusi lembaga pengarah salah satu GLC kerana pemberian kontrak ini.
Sehubungan dengan isu kontrak ini, kita boleh bertanya:
a) Siapakah yang menentukan syarikat atau individu yang mendapat kontrak ini?
b) Proses tender - terbuka atau anugerah (runding terus)?
c) Adakah keputusan-keputusan soal pengisian dasar, contohnya kontrak, mengikut keputusan dalam mesyuarat exco atau pihak exco hanya menjadi rubber stamp?
d) Berpandukan maklumat yang dipetik oleh MSO itu, adakah kontrak-kontrak sebelumnya selama 4 tahun, siapakah yang mendapat manafaatnya dan apakah prosesnya?
Sistem Penyampaian Perkhidmatan di DUN
Sesuatu yang pihak di luar Kedah tidak menyedarinya, adakah kemudahan-kemudahan asas seperti pembinaan titi dan jalan tar, yang di bawah selenggaraan kerajaan negeri sama rata pengagihannya antara kawasan DUN . Cakap-cakap kedai kopi dalam kalangan wakil-wakil komuniti (MKK) antara kawasan DUN menunjukkan wujud perbezaan yang agak besar. Saya ambil contoh, DUN Pangkalan Kundor, MKK begitu resah dan tidak puas hati tentang tidak turunnya projek-projek yang telah pun dihantar ke pusat perkhidmatan DUN.
Selayang pandang, menampakkan bahawaYB bagi kawasan DUN tertentu begitu kurangnya peratus penyelesaian aduan atau permintaan di kawasan DUN tertentu, dan akibatnya YB di kawasan itulah yang dituduh tidak berinisiatif mencari dana untuk memenuhi permintaan dari rakyat. Jika ini yang terjadi, tentulah sokongan terhadap YB kawasan tersebut akan terjejas.
Sehubungan itu, kita perlu bertanya, sistem penyampaian kerajaan negeri yang lemah di kawasan-kawasan DUN tertentu, berpunca daripada YB yang tidak berinisiatif atau halangan daripada pihak-pihak tertentu. Harus diingat, dalam sesuatu tindakan kerajaan negeri, akhirnya bergantung kepada persetujuan pucuk pimpinan atas, MB.
Kerangka Dasar Kerajaan Negeri
Kita harus juga melihat isu yang lebih mendasar. Kerajaan Kedah adalah kerajaan PR. Kerajaan PR harus dan semestinya bergerak dalam kerangka manifesto Pakatan Rakyat dan pemenuhan janji-janji PR yang ditawarkan dalam PRU12.Majlis Pimpinan Pusat PR telah merangka satu dasar bersama yang telah pun dizahirkan dalam bentuk satu dokumen, BUKU JINGGA (BJ).
Soalan seterusnya, adakah kerajaan PR Kedah bergerak berasaskan BJ? Soal bagaimana untuk memenuhi BJ di peringkat negeri adalah kreativiti pimpinan kerajaan negeri masing, tetapi setiap kerajaan PR mesti tunduk pada BJ.
Satu contoh jelas, bagaimanakah MB Kedah mengurus isu KUIN dalam soal penggantungan mahasiswa KUIN yang berdemo memprotes pengambil-alihan premis tahfiz, agak jelas sikap dan pendirian MB Kedah terhadap AUKU. Malahan, pengkritik beliau dalam isu ini diherdik dengan kasar.
Untuk bahagian pertama ulasan saya ini, saya akhiri dengan kenyataan berikut bahawa selami dulu isu ini sedalam-dalamnya, sebelum kita merumuskan sesuatu terhadap individu yang berbeza pendapat. Penentangan daripada pihak bawahan (exco) terhadap pimpinan atasan (MB) seolah-olah secara automatik sebagai usaha merampas kuasa, gila kuasa, dan gila kedudukan.
Bila terluang nanti, saya akan ulas soal keikhlasan dan isu krisis peribadi dan hubungannya dengan survival parti dan kerajaan negeri.
Simpang 4.
25 January, 2012
CSL, Najib Lebih Popular Daripada Anwar, Apa Ertinya...
Quote The Malaysia Insider,
"Datuk Seri Najib Razak merupakan pemimpin pilihan untuk rakyat Malaysia kata Datuk Seri Chua Soi Lek, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya kerap kali bercakap bohong.
Presiden MCA itu juga percaya, pembebasan daripada pertuduhan liwat
terhadap Anwar telah membersihkan imej perdana menteri dan bukannya
ketua pembangkang tersebut, dan membuktikan ketelusan Badan Kehakiman -
garisan yang digunakan pentadbiran Najib selepas keputusan dibuat pada 9
Januari lalu."
Kata-kata CSL ini tidak lebih daripada untuk menyedapkan hatinya dan orang-orang sekitarnya serta sasarannya untuk halwa telinga Najib dan pakar-pakar strategisnya.
Apa lagi yang tinggal untuk MCA dan GERAKAN sebenarnya? Adakah CSL sengaja menutup mata akan pengairan dan hakisan sokongan msyarakat Tionghua kepada PR khususnya DAP dan PKR?
Hakikatnya, survival dan eksistensi parti-parti Cina dalam BN berkait rapat dengan sejauh mana sokongan rakyat pada parti terasnya UMNO. Secara ironisnya ialah parti-parti Cina ini hidup atas belas ihsan UMNO. Dan lebih menyayat ialah hakikat ini disedari dan difahami dengan jelas oleh kaum Tionghua di luar sana, dan mereka inilah yang menentukan jatuh atau bangunnya mereka.
CSL cuba mempertahan Najib bahawa Anwar bukanlah pesaing Najib. Rasanya, dari segi pengalaman dalam menerajui kabinet dan kerajaan pun Najib telah terkebelakang. Cuba bandingkan dengan idealisme dan karisma Anwar dengan Najib, rasanya tak perlu dihujahkan lagi.
Apakah semua program Najib sejak beliau ambil alih Putrajaya daripada Pak Lah telah benar-benar berjaya? Kenapa analisis-analisis situasi dan arah tuju ekonomi Malaysia di bawah Najib yang digelapkan oleh media arus perdana begitu suram? Kenapa Muhyidin sampai perlu mempopularkan motonya, "MELAYU DAHULU, MALAYSIA KEMUDIAN"?
Soal pembebasan Anwar dari skandal Liwat2, adakah Najib benar-benar jujur? Atau Najib sedar akan hakikat tekanan antarabangsa (Barat dan Asia Barat) terhadap pentadbirannya jika Anwar disabitkan pertuduhannya dalam keadaan bukti yang jelas dipertikai? Dalam hal ini, Najib sebenarnya tiada pilihan!
Jika beliau benar-benar jujur kenapa rayuan pensabitan Liwat2 diteruskan malah Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan kes hasutan Karpal Singh dan Karpal perlu membela diri? Bukankah ini wujud atau tersembunyi satu motivasi politik yang jelas.
Ringkasnya, kata-kata CSL ini cuma suatu helah bela diri dan satu usaha untuk menyelamatkan dirinya!
Simpang 4, AS.

24 January, 2012
MB Kedah, KUIN, dan AUKU: Perlunya Kepala Dingin
Jika kita menyingkap Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di Alor star, Kedah awal Januari lalu, dikatakan begitu berjaya dengan Tawaran-tawaran Jingga sebagai mukadimah Manifesto PR pada PRU13 nanti. Termasuk dalam tawaran itu ialah pemansuhan AUKU pada kala Putrajaya berjaya dirampas PR.Sedikit ironis ialah kejayaan konvensyen tersebut seolah-olah digerhanakan oleh penggunaan AUKU oleh KUIN yang sepenuhnya diurus oleh kerajaan negeri Kedah di bawah PAS dan PR. Sebagai latar belakang, diperturunkan quote ihsan "The Malaysia Insider":
"Lima mahasiswa itu didakwa di bawah kesalahan AUKU kerana
menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai
menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar
berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan
bangunan tahfiz.
Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.
Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd
Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad
Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.
Tempoh penggantungan empat mahasiswa yang digantung satu semester sudah tamat."
Ustaz Azizan menegaskan, " Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap
mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan
kesalahan."
Terkini, protes terhadap isu ini oleh mahasiswa masih muncul dan seolah-olah mengasak Ustaz Azizan menyatakan pendirian jelas terhadap isu ini. Bagi segolongan mahasiswa yang komited memperjuangkan pemansuhan AUKU, tindakan MB Kedah ini tidak selaras dengan Tawaran Jingga. Bacaan lanjutnya, di sini.
Saya sedikit keliru dengan sikap MB Kedah ini:
a) Apakah pihak pengurusan KUIN iaitu Rektornya memahami dan mendokong penuh Tawaran-tawaran Jingga dan kesepakatan PR atas isu AUKU?
b) Apakah sikap berkecuali Ustaz Azizan ini menandakan ada halangan-halangan tertentu yang akan menimpa KUIN sekiranya beliau cuba campur tangan? Hal ini memandangkan pengiktirafan akademik dan kursus atau program masih tertakluk di bawah KPM (kerajaan Pusat). KUIN juga sedang dalam proses menyiapkan kampus induknya di Kuala Ketil, Kedah.
c) Adakah MB Kedah ini tidak menyedari bahawa gerakan mahasiswa ini merupakan sebahagian kuasa generasi baru yang rata-ratanya menyandarkan harapan mereka kepada Pakatan rakyat?
Perlu kita sedari kita sebenarnya diambang PRU13, dan isu-isu yang mengganggu PR dan yang akhirnya memberikan peluru secara sengaja kepada pihak UBN seharusnya diminimumkan. Isu sebegini seharusnya diurus dengan kepala dingin. Membuka ruang perbincangan dan mencari penyelesaian yang memuaskan semua pihak, pada hemat saya, satu tindakan yang terpuji. Tidak silap saya, Pemuda PAS telah menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan cara Ustaz Azizan mengendalikan isu ini.
Didoakan agar isu ini dapat berakhir segera!
Simpang 4, AS.
18 April, 2010
P94 HS: Biodata Datuk Zaid Ibrahim
Salam.
Apabila kita bersunyi. Melarikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan harian - masalah dan kerenah di tempat kerja, kerenah dan membenahi taggungjawab asasi keluarga, menghening diri daripada tekanan mengurus kominiti teman - kadang-kadang timbul persoalan - k emana arah yang akan dibawa akan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita? Adakah kita sanggup membiarkan arah itu ditentukan oleh lenggang-lenggok tiupan angin? Ketidak-betulan, keadilan, prejudis, yang bergelumang selama ini, kita biarkan begitu sahaja? Dan selebihnya kita berserah? Adakah itu ajaran agama kita?
Datuk Zaid, sebelum ini memiliki dwitanggungjawab: POLITIK DAN BISNES.
Apabila beliau menerima tawaran Pak Lah untuk dilantik sebagai Menteri Undang-Undang, beliau telah bertekad untuk mereform Badan Kehakiman yang begitu dipertikai bukan sahaja dalam negara malah di tahap sarwajagat.
Beliau tidak bercakap kosong. Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim lain dikembalikan maruah mereka. Namun, akhirnya beliau ditentang, diherdik, dan dihina dengan begitu "berat" dalam kalangan rakan politik beliau sendiri.
Akhirnya, beliau menyimpulkan bahawa UMNO SEBENARNYA ENGGAN MAHU BERUBAH! Maka perlu apa beliau menunggu lagi.
Beliau meletak jawatan!
Kini beliau menemui ruang dan wahana untuk membuktikan siapa sebenar dirinya - apa yang dirinya kehendaki. Dunia bisnes ditinggalkan. Mengapa? Kerana beliau tahu, sekiranya beliau masih kekal sebagai ahli bisnes, masalah dirinya akan mengheret rakan-rakan korporatnya ke jurang yang dalam.
Kenapa beliau tidak memilih PAS, sebaliknya memilih medium PKR?
Orang seperti Zaid yang memiliki atau menghayati falsafah dan pemikiran undang-undang dan nuansa perjuangannya yang merentasi kaum, di samping beliau seorang yang profesional, PKR lebih sesuai dengannya. Namun Zaid seorang sedia untuk belajar. Kerapatannya dengan TGNA menunjukkan keazamannya untuk meneutralkan fahaman liberalnya dengan Islam.
Di atas ialah sedikit pengamatan saya tentang Zaid.
Dan biodatanya, saya pautkan dengan entri daripada Al-Husseyn.
Dan ingatlah, KITA SEBENARNYA TIDAK PERNAH TERLAMBAT UNTUK BERUBAH!
Kamal Lodge, Taiping.

03 April, 2010
P94 Hulu Selangor: Buktikan Dirimu, Nasha
Salam.
Mahfuz agak yakin, PR akan menang dalam PRK ke-10 ini dengan argumen bahawa PR adalah kerajaan di Selangor. Mafuz juga menjelaskan yang jentera pilihan raya Pas telah bersedia dengan diketuai oleh Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin.
Soalnya, Ustaz Nasha ini begitu mistri. Tingkahnya dan kata-katanya tidak menggambarkan bahawa beliau begitu komited dengan PR. Selingkuhannya dengan UMNO begitu jelas, sekurang-kurangnya dari segi perspektif media baru penyokong PR.
Di Selangor ini pula, peranan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasha dalam usaha untuk menggambarkan yang kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim bermasalah dan tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu. Pertemuannya dan ucapannya dalam pertemuan dengan blogger UMNO tahun lepas begitu heboh dan sebarannya begitu luas. Kemuncaknya apabila Khalid Samad dijatuhi hukuman berat manakala Dr Hassan Ali cuma diberi amaran, sedangkan pada mata umum, Dr Hassan dan dengan restu Ustaz Nasha begitu jelas cuba mencalarkan imej kerajaan negeri Selangor dan PR.
Yang terbaru, Zainulfaqar mendedahkan salah satu sikap yang konsisten dengan persepsi umum yang ustaz Nasha tidak berperanan dalam memperjuaang PR.
Dalam keadaan ini, bolehkah ustaz Nasha bekerjasama dan menggembleng segenap kekuatan Pas dalam membantu PKR memenangi PRK ini?
Dengan imej sebegitu, keadaan di bawah berkemungkinan akan terhasil:
a) Ustaz Nasha akan mengalami dilema yang berat.
b) Beranikah ustaz Nasha menyerang UBN memandangkan Noh Omar menegaskan yang UBN akan menggunakan pendekatan ofensif?
c) Tidak mungkinkah akan wujud ketegangan antara jentera Pas dan ustaz sendiri?
d) Adakah jentera PKR dan DAP boleh menerima ustaz Nasha dengan berlapang dada dan tanpa prejudis?
PRK kali benar-benar sengit. Khir Toyo sendiri menegaskan peluang masing-masing hanya 50-50. Dengan genap setahun Najib menjarah Malaysia, Najib tentu tidak mahu dimalukan dengan kekalahan. UBN akan berusaha bermati-matian.
Maka, jentera pilihan raya PR harus teguh dan "satu". Dalam keadaan yang cukup genting ini, jentera pilihan raya PR sekali-kali tidak boleh dipesongkan dengan isu-isu remeh.
Namun, saya cukup khuatir dengan ustaz Nasha ini. Mungkin pimpinan Pas Pusat memilih Ustaz Nasha bagi mengetuai jentera Pas untuk membuktikan bahawa ustaz Nasha masih mendukung amanat muktamar, tetap bersama PR. Inilah kesempatan ustaz Nasha untuk membersihkan dirinya daripada palitan-palitan hitam sebelum ini.
Pada saya, ustaz Nasha harus bekerja "allout" untuk memastikan kemenangan PRK ke-10 ini. Hal ini kerana jika PR kalah, sudah tentu, dalam post-morterm nanti, salah satu isu penyebab kekalahan ialah faktor integriti ustaz Nasha sendiri.
Saya hanya berharap agar kupasan saya ini cuma ilusi saya sahaja.

01 April, 2010
Ustaz Nasha "Kena" Lagi
Salam.
Entry ini kalau dilihat wacana dengan entri tentang Ustaz Awang, wujud perkaitannya. Masih tentang agenda UG.
Berani sungguh blogger Zainulfaqar ni, berdepan "face to face" dengan Ustaz Nasha, apatah lagi di hadapan Ahmad Husni, menteri UMNO, di Parlimen.
Zainul hairan kenapa pertanyaannya yang begitu mudah, tetapi ustaz Nasha bukan sahaja tidak menjawab soalan malah melenting!
Bacaan lanjut, di sini.

"Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau, “Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?“Ustaz Nasha harus belajar lagi tetang berkuasanya persepsi! Dapatkah kita katakan Ustaz Nasha akhirnya menjadi mangsa persepsi, sedangkan tingkahnya yang menjadi penyebabnya?
Bacaan lanjut, di sini.
Ustaz Ahmad Awang Tidak Cukup syarat
Salam.
Satu sahaja alasan yang diberikan SU Agung Pas mengapa Ustaz Ahmad Awang tidak dilantik semula kerana:
Betul ke tu? Atau ada sebab lain?
Saya rasa ustaz Ahmad Awang tidak perlu diperkenalkan lagi-semua ulama kenal beliau. Barang kali bagi SUA Pas ini yang berasakan ustaz Ahmad ini masih tidak cukup ilmu!
Kepada sesiapa yang ingin mendapat gambaran sepintas tentang kewibawaan Ahmad Awang sebagai ulama, boleh klik di sini.
Berilah alasan lain yang lebih manis, walaupun di luar sana mereka dapat menduga sebab sebenar Ustaz Ahmad Awang digugur. Alasan yang diberikan itu seoalah-olah memperlekeh keulamaan orang lain, dan menggores hati nurani empunya badan dan orang lain yang mengenali ustaz Ahmad Awang. Alasan yang diberikan itu menunjukkan sikap sebenarnya penuturnya!
Sedangkan para hadirin muktamar tempoh hari masih basah dengan kata-kata Ahmad Awang tentang kegilaan sesetengah pimpinan tertinggi Pas terhadap UMNO!
Saya kira, selepas ini, kita akan dihamparkan dengan kupasan-kupasan Ahmad Awang kerana kedudukannya yang bukan lagi PSJ dan bukan lagi Ahli Majlis Syura Ulama Pas.
Kepada ustaz Ahmad Awang, ruang perjuangan lain masih luas. Teruskan komitmen ustaz untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan menentang apa-apa sahaja anasir yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan.
Simpang 4, AS

"Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama"Juga Mustapha memberi kriteria lain, ahli Majlis Syura dipilh daripada kalangan terbaik.
Betul ke tu? Atau ada sebab lain?
Saya rasa ustaz Ahmad Awang tidak perlu diperkenalkan lagi-semua ulama kenal beliau. Barang kali bagi SUA Pas ini yang berasakan ustaz Ahmad ini masih tidak cukup ilmu!
Kepada sesiapa yang ingin mendapat gambaran sepintas tentang kewibawaan Ahmad Awang sebagai ulama, boleh klik di sini.
Berilah alasan lain yang lebih manis, walaupun di luar sana mereka dapat menduga sebab sebenar Ustaz Ahmad Awang digugur. Alasan yang diberikan itu seoalah-olah memperlekeh keulamaan orang lain, dan menggores hati nurani empunya badan dan orang lain yang mengenali ustaz Ahmad Awang. Alasan yang diberikan itu menunjukkan sikap sebenarnya penuturnya!
Sedangkan para hadirin muktamar tempoh hari masih basah dengan kata-kata Ahmad Awang tentang kegilaan sesetengah pimpinan tertinggi Pas terhadap UMNO!
Saya kira, selepas ini, kita akan dihamparkan dengan kupasan-kupasan Ahmad Awang kerana kedudukannya yang bukan lagi PSJ dan bukan lagi Ahli Majlis Syura Ulama Pas.
Kepada ustaz Ahmad Awang, ruang perjuangan lain masih luas. Teruskan komitmen ustaz untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan menentang apa-apa sahaja anasir yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan.
Simpang 4, AS
28 March, 2010
Mursyidul Am PAS: Masihkah TG Hj Nik Aziz
Salam.
Di tengah-tengah keriuhan dan gegak gempita AGM 1 Perkasa dan pemilihan MCA, penyokong Pakatan Rakyat dan ahli PAS tentu sedang resah menanti mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas esok. Hal ini kerana dalam mesyuarat esok, penentuan sama ada Majlis Syura Ulama Pas memperoleh Mursyidul Am yang baru atau TG Datuk Hj Nik Aziz kekal sebagai pengerusi majlis ini.
Khabarnya, dan sedang bertiup kencang Ustaz Hj Ahmad Awang tidak dilantik semula sebagai ahli majlis ini. Bagi penyokong PR, mengetahui dengan jelas prinsip dan pendirian Ustaz Ahmad Awang dalam soal UG dan survival PR. Malahan dalam muktamar yang lalu, Ustaz Ahmad dengan lantang mendedahkan ada personal pimpinan tertinggi Pas yang meminta beliau menubuhkan kerajaan negeri Perak dengan UMNO, dan beliau menolak mentah-mentah.
Itu soal Ustaz Ahmad Awang, bagaimana pula dengan TGNA?
Perkhabaran juga sedang bertiup kencang bahawa TGNA tidak dilantik semula sebagai Mursyidul Am Pas. Memang TGNA menjelaskan pendirian beliau dalam Malaysiakini bahawa beliau begitu bahagia jika tidak dilantik semula atas alasan kesihatan dan kesibukan mentadbir Kelantan.
Kita kenal siapa TGNA. Beliau tidak sekali-kali meminta jawatan. Ini tabiat asas seorang yang bergelar ulama sejati - tidak meminta jawatan. Namun, beliau juga menegaskan bahawa apabila ahli Majlis Syura masih sudi akan pimpinannya, beliau bersedia.
Analisis MSO hanya melihat kenyataan TGNA ini pada lapis pertama atau permukaan sahaja atau yang tersurat sahaja. MSO melihat bahawa TGNA telah surrender kerana kesihatannya, tanpa menilai lebih jauh bahawa inilah sikap seorang ulama yang perlu ditunjukkan bahawa jangan sekali-kali memperlihatkan bahawa kita meminta sesuatu jawatan. Dan satu hal, saya sendiri tidak hairan dengan sikap MSO terhadap TGNA. MSO telah lama tidak senang dengan sikap TGNA. Antaranya melantik menantunya sebagai COO dan CEO PBMK yang akhirnya mencetuskan kontraversi. MSO juga tidak senang dengan sikap enggan melepaskan jawatan MB Kelantan, dan enggan menamakan penggantinya.
Saya kira MSO gagal melihat akan survival Pas dalam arus kebangkitan politik baru yang dibawa oleh PR. Kita dapat melakarkan dengan jelas akan sikap dan pendirian yang konsisten dalam soal perlunya mengukuhkan PR, dan Pas perlu menyokong dan proaktif tanpa berdolak-dalik. Kita juga dapat lakarkan dengan jelas TGNA menjadi ikon keadilan Islam dalam konteks multiracial.
Keadaan ini agak berbeza sekiranya Dr Haron Din, seperti yang dicanangkan oleh MSO sebagai pengganti TGNA. Tanpa mempersoal keulamaan Dr Haron Din, namun dua sikap beliau yang jelas, pertama, terlibat dalam team berbincang dengan UMNO untuik bekerjasama membentuk kerajaan. Kedua, pendiriannya yang bercanggah dengan pendapat rasmi Pas tentang isu kalimah Allah oleh penganut Kristian. Dua sikap dan keadaan ini memeperlihatkan bahawa wujud pertentengan antara cita rasa dan falsafah individu dengan kehendak majoriti.
Kedudukan Mursyidul Am sebagai penjaga dasar maka Mursyidul Am bertanggungjawab secara tidak langsung dalam memantau hala tuju dan pengendalian organisasi parti oleh Presiden. Mursyidul Am bersama Majlis Syura Ulama harus menentukan Presiden dan organ-organ parti berjalan selaras dengan dasar parti dan ketetapan Muktamar.
Pada saya, dan berkongsi rasa yang sama dengan Tulang Besi, Kerabu Bersuara, dan yang lain-lain merasakan bahawa dalam keadaan suasana politik baru, demi survival Pas, serta mengekalkan sokongan bukan Melayu, TGNA wajib dikekalkan sebagai Mursyidul Am Pas.
Pengguguran TGNA sebagai Mursyidul Am Pas akan mengundang padah dan mendatangkan persepsi yang cukup negatif terhadap Pas secara umumnya, apatah lagi kecenderungan sesetengah pimpinan Pas masih berdolak-dalik tentang UG. Dan, penyokong PR dengan mudah beranggapan bahawa Presiden dan teamnya sedang menyusun agenda tertentu menjelang muktamar akan datang. Sayugia diingat, imej Pas sedang tercalar teruk, dan PRU13 semakin hampir.
Kita berdoa agar masa depan Pas terus cemerlang, dan dijauhi daripada anasir-anasir yang boleh membawa Pas ke zaman malapnya.

27 March, 2010
Mahathir: UMNO Dah Di Hujung Jalan
Salam.
Telah selesai AGM Perkasa, dengan dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir. Empat usul telah pun diluluskan, dan yang uniknya ialah diakhiri dengan 13 laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.
Begitu obses mereka kepada Anwar!
Sebagai kesimpulannya saya quote inti sari kata Ibrahim dan Mahathir sendiri.
Kata Ibrahim:

"kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan “ugutan” parti politik dan NGO Cina".Apa pula kata Mahathir:
"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,”Selebihnya, saya pulangkan kepada para penyinggah untuk menamatkan kedua-dua quote tersebut dan mentaksir adakah UMNO telah menemui jalan hujungnya!
Simpang 4, AS.
Subscribe to:
Posts (Atom)