Salam untuk semua.
Logo di atas diambil daripada Blog Cenangau, terima kasihlah Cenangau Daun Kari ye.
Apabila kita terlalu mengikat diri (minda?) kepada satu jalur pemikiran atau tokoh, pada saat itulah minda kita menjadi tertutup. Ini adalah satu jenis ketaksuban yang perlu dielak apabila kita berada dalam satu-satu organisasi khasnya organisasi politik.
Apakah matlamat organisasi politik? Kuasa? Matlamat organisasi? Kedua-duanya adalah seperti duit syiling yang berwajah dua.
Namun, satu hakikat yang pasti ialah kuasa tidak akan bergolek datang sendiri. Matlamat organisasi walau betapa murni sekali pun tidak akan bermakna sekiranya kuasa tidak dapat diraih.
Untuk meraih kuasa, memerlukan dokongan massa. Jadi, yang menentukan jatuh bangun sesuatu organisasi khususnya politik ialah adakah massa yakin dengan organisasi tersebut untuk mereka mendokongnya.
Mengapakah saya sengaja menyentuh tentang dokongan massa?
Realitinya PRU12 menandakan PAS cemerlang, selain kerana dokongan grassroot tulennya, ialah peralihan atau anjakan sokongan bukan Melayu kepada PAS dan PR.
Kalau kita analisiskan ke mana jatuhnya PAS dalam arena politik nasional, kuasa yang diinginkan oleh PAS amat bergantung kepada undi bukan Melayu. Ini kerana sokongan orang Melayu sebenarnya berligar kepada dua jalur: PAS atau UMNO.
Oleh sebab, UMNO masih kukuh dengan grassrootnya, maka undi masyarakat Melayu kepada PAS masih tidak solid. Maka jika PAS bercita-cita untuk menjadi pemain politik tahap nasional, PAS mestilah berjaya menawan hati-hati bukan Melayu.
Undi bukan Melayu terhadap PAS di Bukit Pinang jatuh merudum. Khabarnya, kehadiran bukan Melayu dalam Majlis Jamuan Hari Raya begitu merosot.
Pada saya, politik orang Cina, cukup canggih, dan yang mesti difahami oleh penyokong PR dan saf pimpinan PAS atau PKR bahawa percaturan politik masyarakat Cina cukup lincah dan tekal.
Jadi, penanda aras kepada parti-parti politik yang bermain pada tahap nasional ialah sejauh mana pimpinan PR atau PAS menarik dan mengekalkan tahap sokongan bukan Melayu khususnya penyokong PR berbangsa Cina.
Ini realiti dan hakikatnya.
Jadi, saya tidak dapat memahami pemikiran sesetengah individu yang mempertikai saranan Nik Aziz dalam blognya yang meminta PAS mengadakan EGM atau apa-apa sahaja untuk menyelesaikan kemelut yang ada. Ironinya, mereka ini boleh bertanya, "apa kemelutnya?", malah menegaskan bahawa PAS masih kukuh dan tiada pergolakan. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm).
Barangkali Nik Aziz mengigau, pada anggapan mereka.
Saya menjadi begitu hairan dengan respons terhadap syor Nik Aziz ini. PAS Pulau Pinang dan Selangor menolak EGM atas alasan keputusan Muktamar di Perak baru-baru ini telah mempertegas bahawa PAS akan kekal malah menyuburkan penglibatan dalam PR, dan gagasan UG telah ditolak.
Tidak pula mereka persoalkan adakah TGHH diberi perspektif yang betul tentang pendekatan terbaik yang perlu diambil oleh PAS dalam konteks politik nasional dan arah aliran politik arus perdana? Adakah Haji Hadi mencuba mencari pandangan kedua atau ketiga? Atau hanya semata-mata makan sepinggan dengan geng Terengganu?
Komen saya:
Memang keputusan telah diambil tetapi tindakan sesetengah pemimpin PAS yang "elit" menampakkan bahawa PAS tidak serius untuk mengisi gagasan PAS FOR ALL, dan sering bercakap atas landasan yang seiras dengan jalan pemikiran UMNO - memperjuang kepentingan Melayu-Islam. Cuba telitikan apa yang berlaku oleh sesetengah pemimpin PAS di Selangor dalam soal arak, pengisian wanita Cina sebagai CEO Perbadanan Ekonomi Selangor, isu kuil Hindu di Seksyen 23, dan akhirnya pertikaian terbuka atau serangan terbuka terhadap SELCAT yang dipimpin oleh DAP.
Politik berkait rapat dengan persepsi.
Kejadian-kejadian di Selangor menampakkan bahawa PAS tidak konsisten dalam mempertahan dan memperkukuh PR dan ada tindakan mereka yang dilihat bercanggah dengan slogan PAS FOR ALL). Kritikan atau serangan terbuka terhadap jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri, dan agak menghairankan apabila ada pemimpin PAS yang secara sengaja menggunakan media untuk menyerang kerajaan negeri yang mereka sendiri terlibat dalam kerajaan tersebut.
Apakah Nik Aziz telah nyanyuk apabila mengeluarkan cadangannya dalam blognya? Nik Aziz itu siapa sebenarnya? Tentang UG, yang hampur meranapkan PAS, bukankah Nik Aziz yang menjerkah Nasharusin supaya tidak kemaruk? Rasanya tidak perlu saya ulas tentang ketokohannya.
Apakah Nik Aziz tidak lagi mampu berfikir sendiri sehingga memerlukan suntikan idea dariada orang luar? Sehingga ustaz Harun Taib sendiri meragui ketulenan posting dalam blog peribadi beliau sendiri. Seolah-olah Nik Aziz dipengaruhi orang tertentu?
Soal jadi atau tidak EGM sudah tidak relevan lagi. Yang penting suara Mursyidul Am telah bersipongang!
Yang penting ialah Nik Aziz telah bersuara. Sebagai Mursidul Am PAS, rasanya networknya cukup melebar dan mendasar. Maknanya, bagi saya, Nik Aziz memiliki bukti yang kuat bahawa sesetengah pemimpin tertinggi PAS seolah-olah sedang melawan arus.
Respons Harun Taib terhadap cadangan Nik Aziz sehingga menganggap wujud pemain di belakang beliau, dan Harun Taib menegaskan bahawa orang lain yang menulis dalam blog tuk guru. Apabila Harun Taib menganggap Nik Aziz dicucuk hidung dan wujud dalang, MAKA kita dapat fahami siapa tokoh yang dimaksudkan oleh Harun Taib, yang yang menjadi dalang itu. (http://cenangau.blogspot.com/2009/10/ketua-ulama-persoal-siapa-tulis-blog.html).
Kenyataan Harun Taib ini sebenarnya telah memakan dirinya. Nik Aziz memperteguh bahawa dirinya masih mampu berfikir dan menilai sendiri. Ustaz Harun tidak dapat menjangka kesan daripada responnya akibat keghairahannya bermedia, sikap yang sama yng ditunjukkan oleh Ustaz Nasharuddin.(http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/10/25/26223/)
Ini sebenarnya amat berbahaya kerana dalam pengucapan atau tindakan yang menentang arus itu telah memberi mesej kepada orang bukan Melayu bahawa PAS tidak sensitif dan tidak mengupayakan organisasi ke arah memperkukuhkan PR atau membela nasib bukan Melayu.
Testomoni jelas ialah Bagan Pinang dan sambutan bukan Melayu terhadap jamuan raya PAS Pusat.
Arah aliran sokongan bukan Melayu di Bagan Pinang menunjukkan penurunan yang drastik. Kalau arah aliran ini tidak disekat, maka saya yakin kekalahan PR dalam PRU13 akan mirip PRU 2004. Saya berkongsi rasa dan kebimbangan saya sama seperti Ahmad Lutfi, (http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=4397).
Punca sebenarnya ialah tindak-tanduk pemimpin PAS sendiri yang mereka lebih selesa bersama UMNO dan mengabaikan pengisian slogan dan manifesto PAS.
Marilah bersama-sama kita berdoa supaya perubahan dalam PAS berlaku.
Di Simpang 4, AS, 2.00am.
perubahan dalaman PAS akan berlaku lebih dasyat dari biasa kerana pAS selalu doakan keburukan untuk orang lain..sekarang..terimalah pulak
ReplyDeletePRU12 sudah menunjuk kan rakyat ingin perubahan. Kepada Ahli Setia PAS, ingatlah yang bagi menang PR bukan sume penyokong PAS. So PAS juga harus buat sedikit perubahan tanpa menghapuskan prinsip perjuanagn asal. Kalau tak 50-50 lah.....
ReplyDeleteassalam saudara, mengapa pas dan umno tidak boleh bersatu? berfikirlah yang baik,insyaallah kita boleh bersatu demi melayu islam,kalau umno ada buat kesilapan tegurlah dengan baik,begitu juga jika pas ada buat kesilapan tegurlah dengan baik..saya berdoa semoga suatu hari nanti pas dan umno bersatu seperti adik beradik..amin,insyaallah.
ReplyDelete