26 August, 2012

Tentang Mansor, Anwar Kecewa Lagi

Salam Syawal. Kes kebocoran mesyuarat strategik politik PKR Pulau Penang memang mengecewakan penyokong PR khususnya PKR. Mansor sendiri mengesahkan kebenaran butiran yang tersiar itu.

Saya beranggapan butiran yang sengaja dibocorkan itu bukan minit mesyuarat tetapi transkrip rakaman. Maksudnya, terdapat orang-orang dalam mesyuarat tersebut yang merakam keseluruhan perjalanan mesyuarat tersebut, untuk tujuan tertentu.

Kenapa sengaja dibocorkan? Sekurang-kurangnya ada dua tafsiran. Pertamanya, kepimpinan Mansor mungkin tidak disenangi sesetengah pemimpin PKR Penang. Kita tidak pasti adakah stail kepemimpinan Mansor atau lebih kepada sikap dan perangai peribadi Mansor yang kurang disenangi itu. Yang pasti memang Mansor tidak disenangi. Butiran transkrip itu memaparkan dengan jelas siapa Mansor - pandangannya tentang LGE dan DAP Penang keseluruhannya.

Kedua, mendedahkan sikap rakyat Penang khasnya kaum Cina tentang LGE dan DAP Penang. Kata-kata Mansor tentang LGE sebagai tokong, pada saya ialah Mansor cuba memperjelas sanjungan masyarakat Cina terhadap LGE DAP khasnya. DAP Penang nampak kuat kerana sanjungan terhadap LGE, mungkin kerana peribadinya atau gaya kepemimpinannya.

Dengan kedudukan dan sanjungan masyarakat Penang terhadap LGE dan DAP, wajarlah DAP menikmati kuasa tawar-menawar yang tinggi.

Seharusnya, Mansor dan PKR Penang melihat kekuatan LGE dan DAP ini dari sudut positif iaitu cuba menjadikan LGE sebagai teladan dalam berkhidmat kepada masyarakat Penang. Dalam keadaan kekuatan peribadi dan gaya kepemimpinan LGE memang agak payah untuk Mansor bergandingan dengan LGE. Yang penting ialah masyarakat Penang dan seberang dapat menanggap bahawa Mansor dan PKR Penang memiliki daya juang yang tinggi dalam menyampaikan khidmat ke bawah. Yang utama ialah kepedulian kepada masyarakat, bukan memfokus kepada kedudukan dan jawatan.

Cabaran utama dalam berkhidmat dalam komuniti Cina ialah kemampuan memperoleh kepercayaan masyarakat Cina terhadap kekuatan peribadi dan stail kepemimpinan.

Nampaknya Mansor boleh dikatakan gagal untuk menyaingi atau seiring dengan LGE.

Dan, dari segi "damage" kepada imej PKR Penang, kita agak kesal dengan kebocoran tersebut. Namun dari sisi yang lain, mendedahkan bahawa mugkin telah tiba masa Mansor digantikan dengan orang lain. Tidak rugi untuk menggantikan seseorang pemimpin yang secara jelas hanya berfikir untuk diri sendiri dan kelompok. Era politik kini ialah kepedulian kepada rakyat!

Barang kali mesej inilah yang cuba disampaikan oleh seseorang yang secara sengaja membocorkan sebahagian butiran mesyuarat tersebut. Mesej itu cuba disampaikan kepada Anwar sebenarnya. Wallahualam.

23 July, 2012

Hebatnya TPM Kita (3)...Referendum


Secara ringkasnya adakah wajar Referendum ini dilaksanakan, bolehlah kita nilai berdasarkan beberapa soalan di bawah:

1.  Masa:  Kini masa yang kritikal, saat-saat menjelang PRU13. Silap percaturan akan membawa padah.

2.  Hujah Khalid: Pengurusan SYABAS, harga air, dan sistem penyampaiannya. Di manakah tahap pencapaian SYABAS dalam soal membekalkan air terawat kepada rakyat Selangor?

3.  Hujah TPM: Benarkah berlaku krisis air di Selangor sehingga perlunya Pusat membela SYABAS dan bertegas ingin melaksanakan Langat 2?

4.  Siapakah stake holder dalam isu ini?

Jika stake holder dalam isu ini ialah rakyat Selangor maka wajarlah referendum ini dilakukan. Kerajaan Selangor tidak akan rugi apa-apa kerana peswastaan air sebenarnya dalam kuasa Pusat. Jika rakyat bersetuju maka kerajaan Selangor tidak dapat dipersalahkan kerana persetujuan rakyat itu bermakna rakyat Selangor sanggup membayar apa saja kos daripada program penswastaan (pembinaan Loji Langat 2).

Namun adakah Pusat sanggup menerima keputusan referendum itu? Bagaimana sekiranya hasil referendum menunjukkan rakyat tidak bersetuju?

Hemat saya ialah TPM telah terjerat dengan egonya sendiri! Nasihat saya untuk sekian kalinya ialah jangan sampai rakyat dapat membuat rumusan bahawa TPM semata-mata menjaga kroni daripada menjaga kebajikan rakyat Selangor!

Hebatnya TPM Kita (2)...

Agaknya kenapa TPM cuba menjadi jaguh dalam isu air selangor ini. Adakah kerana ingin menjaga air muka Noh Omar sebagai orang no 2 UMNO Selangor? Atau membela kroni UMNO, TS Rozali? Atau pada hematnya untuk menunjukkan betapa Pusat begitu prihatin akan nasib rakyat Selangor? Seolah-olah Khalid Ibrahim dan kerajaan Selangor hanya berminat bermain politik, dan bukannya membela nasib rakyat Selangor khususnya keengganan Khalid bekerjasama dalam pembinaan Loji Langat 2. Atau untuk menunjukkan betapa kerajaan negeri Selangor di bawah PR adalah kerajaan yang gagal?

Jika kita membaca lebih jauh TPM cuba mengaplikasi kaedah yang digunakan Isa Samad, Ahmad Maslan, dan Najib dalam menjayakan penyenaraian FGH walaupun ditentang hebat oleh ANAK dan sebahagian peneroka Felda.

Hakikatnya rakyat Selangor mampu menilai akan rasional tindakan Khalid dalam soal isu SYABAS dan isu Langat 2 ini. Khalid bertindak dalam rangka kebajikan rakyat Selangor dan Khalid tidak ingin selagi kuasa kerajaan Selangor berada di bawah PR, Khalid tidak mahu bersekongkol dengan kerakusan UMNO dan kroninya membebankan rakyat Selangor dan membiarkan Pusat bertindak sewenang-wenangnya dengan dana yang begitu besar semata-mata atas alasan dan hujah untuk rakyat Selangor, sedangkan hakikatnya rakyat Selangorlah yang dimangsai oleh TPM dan Pusat.

Jika kita bertanya lagi, adakah TPM berasakan dia telah menang? Apa yang cuba ditunjukkan ialah TPM cuba menjadi juara/ jaguh, sedangkan tindakan Selangor untuk "step in" pengurusan SYABAS masih lagi dalam pertimbangan Pejabat Peguam Negara.

Agaknya apa pula reaksi TPM dan Noh Omar apabila Selangor bercadang untuk melaksanakan REFERENDUM dalam isu air Selangor ini?

Isu Loji Langat 2: TPM Kita Ada Kelas...

Salam Ramadhan. Isu SYABAS, antara air mentah dan air terawat di Selangor telah beberapa kali diisukan, dan kali ini rasanya sedang menghampiri puncak atau klimaks. SYABAS dan CEOnya, TS Rozali sering menjadi fokus kerana pendapatannya berjuta-juta setahun,khabarnya mencecah 5 juta.

Kini, SYABAS memainkan isu catuan air di KL, WP, dan Putrajaya sekiranya situasi bekalan air yang meruncing. Kerajaan Selangor menolak cadangan SYABAS tentang catuan air ini kerana didapati bekalan air terawat masih mencukupi, apatah lagi air mentah.

Isu SYABAS ini sebenarnya isu kronisme dan salah urus yang jelas yang sinonim dengan UBN. Penswastaan air di Selangor berlaku sebelum PR ambil alih Selangor. Satu fakta yang ada ialah pengurusan SYABAS untung, kerajaan negeri Selangor rugi kerana seluruh aset perngurusan air milik Selangor diserah kepada SYABAS. Rakyat pula kerugian kerana harga airnya yang tinggi tetapi perkhidmatannya yang lemah.

Lantas, isu catuan air yang cuba dilaksanakan oleh SYABAS menyebabkan pentadbiran Selangor hilang sabar dan Khalid memutuskan untukambil alih SYABAS mengikut lunas-lunas undang-undang. Jelas, isu catuan air ini memerangkap pengurusan SYABAS kerana ternyata SYABAS lemah dalam pengurusan air terawat dan gagal mengurangkan di bawah 30% air terbuang. Pada masa sama air mentah di Selangor berlebihan.

Rupa-rupanya isu catuan air ini mempunyai muslihat tertentu, iaitu untuk mewajarkan pembinaan Loji Langat 2 yang menelan kos 8.65 bilion. Antara tujuan pembinaan loji ini penyaluran air mentah ke Selangor dari Pahang. Tujuan ini tersasar kerana air mentah di Selangor termasuk air bawah tanah berlebihan.

Pembinaan Loji Langat 2 ini mau tidak mau akan meningkatkan harga air sehingga 70%, sedangkan pada pandangan kerajaan Selangor projek ini tidak perlu.

Hebat TPM kita, beliau menegaskan akan meneruskan Loji Langat 2 walaupun tanpa Selangor. Apa maknanya ini? Adakah TPM benar-benar yakin bahawa rakyat Selangor menerima pembinaan loji yang amat mahal ini? Adakah TPM hanya mendengar pandangan kontraktor atau pihak yang terlibat dalam pembinaannya? TPM ini harus faham, rakyat Selangorlah yang akan menanggung kosnya.

Apatah tentang rasionalisasi pembinaan Loji Langat 2, fakta tentang gaji CEO SYABAS pun telah menyesakkan nafas masyarakat Selangor. Maknanya, jangan sampai rakyat Selangor menilai dan merumuskan bahawa SYABAS cuma batu loncatan sahaja. Yang ingin dicapai TPM ialah kroni dan wang atau dana untuk pilihanraya, dan memangsakan rakyat Selangor.

Memang sungguh ada kelas TPM kita!!!

20 July, 2012

Nampak Gaya PR Kempunan ke Putrajaya..

Salam Ramadhan. UBN dengan segala bala tenteranya serta aparatnya sedang mengasak PR tanpa jemu dan begitu tekun.

Terkini, PR didakwa  mula diresapi unsur-unsur subversif dan ganas. Mengikut Bukit Aman, melalui risikan mereka, PAS diresapi elemen JI, dan komunis menyelinap dalam DAP. Bukit Aman mengemukakan dakwaan pemimpin-pemimpin PR sering ke Bangkok dan selatan Thailand.


Bukit Aman juga mendakwa siri demonstrasi yang disokong PR seperti demo Lynas, Bersih dan Oren adalah tanda-tanda elemen JI dan komunis sedang menunggangi PR.

Adakah Najib sedang bergerak ke fasa akhir dalam mengekang kemaraan PR ke Putrajaya, iaitu dengan menggunakan thesis, ancaman dan penderhakaan terhadap kedaulatan negara, khususnya penderhakaan kepada institusi YDP Agong?

PR Selangor juga sedang dilanda kemelut Syabas dan pembinaan Loji Langat 2, serta perletakkan jawatan Latheefa Koya sebagai ahli majlis MPPJ (kerana komennya terhadap Khalid Ibrahim atas isu keprihatinan terhadap setinggan). Sebelum ini tercetusnya isu Faekah, SUP MB Khalid Ibrahim.

Khabarnya, pemimin-pemimpin tertinggi PR khususnya PKR akan diserang dan diaibkan melalui klip video biru yang telah  pun siap. (untuk perhatian pembaca, sila ke blog MSO untuk mengetahui maklumat tentang klip video biru ini!).

Anwar memulai siri ini dengan laporan blog proUBN tentang adanya laporan polis bahawa seorang mahasiswa utara tanah air telah diliwat Anwar walaupun polis telah menafikannya. Namun ini tidak mustahil untuk berlaku sebaliknya.

Najib melalui cybertroopernya sedang menyediakan minda rakyat untuk ke sekian kalinya menggunakan kaedah pembunuhan karektor pemimpin tertinggi PR - Anwar, Azmin, Nurul Izzah, Mohamad Sabu. Najib bergerak selangkah lagi dengan aparatnya cawangan risikan polis Bukit Aman - resapan elemen ganas JI an komunis dalam PAS dan DAP. Malahan, dakwaan ini sehingga kepada pembiayaan dan latihan oleh NGO luar terhadap PR!.

Politik adalah perjuangan persepsi. Setakat ini, PR telah berjaya mengungguli persepsi umum terhadap UBN dengan segala unsur kebejatan.

Adakah dengan orak langkah terbaru Najib ini, UBN akan berjaya mendominasi persepsi buruk terhadap PR khususnya aktor-aktor utamanya? Jangan lupa, Najib ada satu lagi instrumennya ialah Bajet 2013!

Adakah rakyat sekali lagi akan terpana dan terpesong? Hanya masa menentukannya!

08 June, 2012

PTPTN dan UNISEL: Kesian Najib, TPM dan MPT Tidak Cerdik!


Salam. Khaled Nordin, menteri Pengajian Tinggi mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar baru UNISEL. Katanya, pembekuan ini untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor untuk menyediakan percuma.

TPM, Mahyudin pula mempertahankan tindakan Si Khaled ini, dan komen Noh Omar begitu cerdik sekali, katanya, pinjaman ini akan dipertimbangkan sekiranya pihak kerajaan Selangor mengaku tidak mampu menyediakan pendidikan percuma.

Khairy pula menempelak tindakan PTPTN atau Kemnterian Pengajian Tinggi (KPT) membekukan pinjaman ini. Rasanya Khairy melihat seolah-olah UBN menjadikan pelajar sebagai mangsa atau dendam dalam soal perbezaan tanggapan antara UBN dan PR tentang pedidikan percuma.

Permainan psikologi ini yang digerakkan oleh Khaled ini amat berbahaya kepada survival UBN. Walau apapun alasan yang diberikan, rakyat, para pelajar yang terlibat, dan para ibu bapa mereka akan membaca bahawa ini tindakan balas dendam dan politik tidak bertamadun. Ini akan mengundang kejengkelan dan rasa meluat kepada UBN semakin merebak, apatah lagi dalam kalangan mahasiswa.

Rakyat akan mendapat mesej bahawa kedua-dua menteri yang bergelar Datuk Seri dan kedangkalan TPM begitu cetek deria ilmu tapi begitu tebal dengan sikap dan tindakan balasa dendam!

PR membentangkan pendidikan percuma dari Tadika hingga ke peringkat Ph.d dalam kerangka ekonomi yang lebih besar dan urus tadbir ekonomi yang telus dan sifar rasuah dan setalah menguasai Putrajaya. Pendidikan adalah tanggungjawab Persekutuan bukannya tanggungjawab kerajaan negeri perse.

Kalau kerajaan Selangor tidak mampu, rakyat memahaminya. Namun, mereka akan terjerat nanti sekiranya kerajaan Selangor untuk membantu pelajar-pelajar baru UNISEL tanpa bantuan PTPTN. Khalid Ibrahim mula bertindak dan memberi komitmen kerajaan negeri Selangor akan membantu. Khalid menyatakan sebagai langkah awal, dana bantuan ini akan dapat ditampung melalui pengapungan aset UNISEL iaitu 600 ekar tanah mlik UNISEL yang bernilai sekurang-kurangnya 30 juta.

Bayangkan sekiranya kerajaan Selangor benar-benar nekad untuk menjadi model pendidikan percuma, dan sekiraya mereka mampu menyediakan dananya, akan mengesahkan bahawa PR mampu melaksanakannya sekiranya menguasai Putrajaya pada PRU13 nanti. Dan, saya percaya kerajaan Selangor mampu merealisasikannya.

Hasil akhirnya ialah rating PR akan melonjak naik, dan UBN akan tercungap-cungap terjerut dengan permainan yang sengaja mereka mainkan. Jadi, yang sebenarnya memusuhi rakyat bukannya PR tetapi UBN sendiri!

29 April, 2012

Anwar Fobiaisme 1: Hishamuddin Conteng Arang


Salam. Saya akan memulakan siri yang saya namakan sebagai Anwar Fobiaisme. Saya tidak pasti akhirnya siri ini namun niat di hati saya ialah sekurang-kurangnya sampai PRU13 nanti. Sentral serangan terhadap PR ialah Anwar. Pada sisi pemikiran penstrategis UBN ialah runtuhnya Anwar, maka pergabungan Pas, Dap, dan PKR akan berkecai.

Persoalan yang begitu kabur jawapannya ialah mengapa dan kenapa Hishamuddin mengulangi cara dan taktik KDN dalam melayani Bersih 2 terhadap Bersih 3. Apa sebenarnya yang ada di dalam kotak pemikiran pemikir-pemikir KDN dengan organnya PDRM (Cawangan Khas (SB), FRU, Anggota Beruniform)?

Apakah Hishamuddin tidak dapat menjangka bahawa dalam zaman ledakan teknologi IT, pihak KDN amat sukar membuktikan tahap profesionalisme dalam mengikuti SOP Polis dalam menyurai perhimpunan? Adakah provokasi-provakasi yang dibuat dalam dapat disembunyikan?

Kini pun telah terserlah siapa yang benar dan situasi sebenar dalam insiden "terbalikkan kereta polis". Begitu juga tentang siapa yang memulakan memecahkan benteng hadangan yang mengelilingi dataran merdeka sebaik sahaja Anwar memulakan ucapannya?

Insiden peserta Bersih disuraikan dengan ganas dan dipukul malahan bukan sahaja melibatkan pemimpin PR malahan melibatkan para peguam pemerhati dan wartawan media alternatif. Adakah insiden-insiden ini boleh mewajarkan tindakan polis?

Adakah dengan tindakan Hishamuddin ini, Bersih 3 gagal? Ambiga mengisytiharkan berjaya dengan anggaran kehadiran secara keseluruhannya 300,000 peserta.

Sebaik sahaja Hishamuddin meletakkan tugas kepada Datuk Bandar KL untuk tidak membenarkan dataran merdeka digunakan sebagai venue baik atas apa alasan pun, Hishamuddin telah meletakkan DBKL dan Ketua Polis KL berada dalam tahap tekanan psikologi tertinggi. Hal ini kerana penganjur Bersih tetap menyasarkan dataran merdeka sebagai venue mereka.

Kita boleh bayangkan tahap "fear" dan "gementar" di pihak penguatkuasa DBKL, Polis, dan FRU untuk menghadapi rempuhan jangkaan puluhan ribu peserta bersih. Mereka adalah manusia biasa yang terpaksa melunaskan tanggungjawab dan arahan. Mereka sebenarnya sedang mempertaruhkan nyawa. Berbeza dengan peserta Bersih, tahap kesediaan mereka untuk menerima risiko adalah tertinggi. Peserta bersih didorong oleh harapan dan cita-cita. Mereka bertekad mencipta sejarah.

Maka dalam keadaan yang bertentangan ini, sedikit insiden yang terhasil daripada provokasi mudah membakar dan marak. Maka terjadilah "keganasan".

Siapakah yang harus memikul tanggungjawab ini? Ambiga? PR? Anwar? atau Hishamuddin? Siapakah sebenarnya yang menanggung aib dan akibatnya?

Inilah yang saya maksudkan kerana fobia akan Anwar dan gabungannya telah memesongkan akal jernih dalam tindakan yang akhirnya imej Najib yang telah sedia tercalar kian tercalar dan hitam, bukan sahaja pada khalayak rakyat tempatan malahan di pentas antarabangsa.

Wajarkah PRU13 berlangsung dalam waktu terdekat ini? Adakah Najib berani menanggung musibahnya? Dapatkah Hishamuddin dan IGP tidur lena mulai sekarang.

23 April, 2012

Isu PTPTN: Anwar Harus Jawab Dakwaan Mahathir dan Saifuddin


Salam. Dalam konteks PTPTN ini, PKR dan PR sedang merangka pemansuhan PTPTN dalam rangka pendidikan percuma untuk rakyat sehingga ke universiti. Saya menjangkakan isu PTPT dan pendidikan percuma akan menjadi konsensus PR dalam manifesto PR pada PRU13 nanti. UBN mula meniup isu bahawa tiada kesepakatan dalam PR tentang isu ini. Kita mengharapkan Pas dan Dap bertindak bijak dalam hal ini.

 Pada hemat saya, ada beberapa isu atau persoalan berhubung dengan isu ptptn dengan pendidikan percuma yang cuba diperjuangkan oleh PR.

Pertama, isu ini amat dekat dengan isu generasi muda dan mahasiswa. Apabila isu ini dijuarai oleh PR, dengan mudah dapat memancing kebangkitan generasi muda dan mahasiswa, yang rata-ratanya datang daripada keluarga golongan menengah dan berpendapatan rendah baik berasal dari kota dan desa.

Rakyat terbanyak rasanya memahami dan menerima akan komitmen PR dalam usaha pemansuhan PTPTN dalam rangka pelaksanaan pendidikan percuma kepada rakyat. Ini sebenarnya selaras dengan Buku Jingga dan penerusan visi PR iaitu ketuanan rakyat. Rafizi sendiri telah pun sanggup berdebat dengan Khairy tentang isu ini malahan telah pun merumuskan beberapa prinsip dan dasar asas dalam usaha PR merealisasikan pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN.

Kedua, sejauh mana keikhlasan PR dalam memperjuangkan isu ini, adakah semata-mata ingin memancing undi generasi muda dan mahasiswa dalam PRU13 ini? Persoalan ini cuba dieksploit oleh UBN.

Ketiga, isu pemansuhan PTPTN ini dianggap oleh UBN sebagai momokan dan satu usaha pemancingan undi. Hujah asas mereka ialah hanya beberapa negara di dunia ini yang menjalankan dasar pendidikan percuma, itupun dimungkinkan oleh faktor cukai yang tinggi. Hujah UBN, jika PTPTN dimansuhkan, negara akan bankrup.

Tentang hujah UBN bahawa isu PTPTN dan pendidikan percuma ini hanya satu momokan dan hanya semata-mata usaha pemancingan undi oleh PR, maka dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Sekurang-kurangnya terdapat dua kenyataan pihak UBN bahawa Anwar juga terlibat dalam usaha mewujudkan PTPTN pada tahun 1997. Pertama, dinyatakan oleh Mahathir, dan keduanya oleh Timbalan KPT iaitu Datuk Saifuddin Abdullah. Ketika ini Anwar ialah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Saifuddin mengaitkan pewujudan PTPTN selari dengan cadangan Prof Ungku Aziz (1973) supaya diwujudkan Tabung Siswa. Hemat saya cadangan Ungku Aziz ini lebih dalam konteks biasiswa, dan tentunya lebih berorientasikan kebajikan dan tidak membebankan mahasiswa dan keluarganya.

Kenyataan Saifuddin agak luar biasa dan menyimpang daripada stail politiknya. Cuba teliti, kenyataan Saifuddin ini,  “Namun pada 1997, kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Oleh itu, kerajaan terkilan dengan tindakan ketua pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan.
“Tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai,”

Saifuddin menuduh Anwar bermuka-muka, tidak jujur aka tidak ikhlas dalam usaha Anwar mereformasi PTPTN dan mengusahakan pendidikan percuma kepada rakyat sekiranya PR menguasai Putrajaya.

 Satu hakikat ketika itu merupakan tahun-tahun kritikal dalam hubungan Anwar dengan Mahathir. Tahun 1998 Anwar diheret ke penjara. Tentunya, ketika ini pandangan-pandangan Anwar dalam polisi kerajaan tidak lagi dipedulikan oleh Mahathir.

PTPTN ini diusulkan oleh Najib yang ketika ini ialah Menteri Pelajaran. Ketika ini juga Najib membentangkan Akta Pelajaran yang baru yang membolehkan penubuhan IPTS dan penggunaan BI sebagai bahasa pengantar di IPTA dan IPTS.

Ketika ini juga kita boleh lihat bercambahnya IPTS seiring dengan dasar meluaskan peluang pendidikan tinggi dalam kalangan rakyat. Jadi, IPTS memerlukan dana untuk operasinya, maka perlu disediakan dana yang besar untuk menampungnya. PTPTN ialah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan dana untuk IPTA dan IPTS sekali gus melanggar perlembagaan iaitu pelajar bumiputra perlu diberi biasiswa dalam konteks hak istimewa orang Melayu dan bumiputra.

Tentunya ketika itu, Anwar berharap pelaksanaan PTPTN tidak seperti hari yang membebankan mahasiswa, dan Anwar sebenarnya tidak sempat memantaunya kerana tahun 1998 beliau dihumban ke penjara.

Kita sebenarnya tidak tahu dengan pasti apa pandangan dan harapan Anwar terhadap PTPTN pada waktu mula-mula diwujudkan. Tentunya Anwar ada falsafah dan prinsipnya sendiri.

Maka untuk menghapuskan kekeliruan ini dan menjawab dakwaan Mahathir dan Saifuddin bahawa Anwar bermuka-muka aka tidak jujur dalam isu PTPTN ini, wajarlah Anwar memberi penjelasan dalam ceramah-ceramahnya tentang prinsip dan falsafahnya mengenai PTPTN.

19 April, 2012

Anwar Gigil Kena Tibai


Salam. Kesian kita terhadap Anwar Ibrahim, nampaknya kali Anwar akan kena tibai teruk oleh geng bekas pengasas PKR. Anwar tentu sedang risau sekarang. Geng ini bukan calang-calang pemimpin, dan mengikut Mursyidul Amnya Muhammad Zahid Mat Arip, mereka meyokong Umno dan ditunjangi Perkasa.

Nampak harmonis gerakan menentang Anwar ini, Ibrahim Ali melalui Perkasa memperkuda geng bekas PKR ini untuk Tibai Anwar.

Kata Muhammad Zahid, Tibai akan bergerak dan menumpukan kekuatan mereka di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan. Mereka juga akan berada dalam setiap ceramah Anwar mulai 22 April ini.

Malang sungguh Anwar, baru-baru ini Geng Nalla cuba membunuh karektor Anwar dengan dakwaan Anwar seorang biseksual, dan bagi mereka, Anwar tidak layak jadi pemimpin. Namun geng Nalla ini dah mula menyepi. Anwar tetap juga berceramah, dan tetap juga berada dalam majlis-majlis antarabangsa untuk menyampaikan ucapan.

Kini, giliran Tibai pula. Apakah isu-isu yang dijangka akan dikupas oleh mereka? Kita jangkakan isu-isu pokok mereka ialah:

a)  Anwar kaki sex - seorang biseksual - mereka akan ulang balik Liwat 1 dan Liwat 2, dan video sex trio.
b)  Anwar pengkhianat Melayu - menjadikan Malaysia negara republik, hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan, dan menerapkan fahaman Malaysian Malaysia.
c)  Anwar pengkhianat Pas - menyerap Anwarinas dalam Pas dan mengurangkan pengaruh ulamak dalam Pas.
d)  Anwar tunduk kepada DAP dan trojan horse DAP.
e)  Anwar agen Barat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu yang didokongi Umno.
f)   Anwar berfahaman agama pluralisme.
g)  Polisi ekonomi Anwar akan mengbankrupkan ekonomi Malaysia.
h)  Anwar penghasut golongan muda dan mahasiswa supaya menentang kerajaan Umno yang selama ini membela Melayu melalui pendidikan.

Pemikiran politik geng ini amat mudah. Berikan sejumlah bajet kepada kami, dan kami akan Tibai Anwar, kalau boleh sampai menelanjangi siapa Anwar. Rakyat pasti akan percaya dan akan tolak Anwar.

Barangkali pada pemikiran mereka, tahap pemikiran rakyat masih sama seperti pemikiran mereka. Mereka harus bertanya, mengapa begitu ramai yang hadir mendengar ceramah Anwar atau pemimpin Pakatan? Adakah Anwar ada membela jembalang? Adakah isu-isu  yang dikupas Anwar, pendengarnya hanya menelan bulat-bulat segalanya. Adakah rakyat atau audien begitu bodoh dan begitu taksub dengan Anwar sehingga menjadi seperti lembu dicucuk hidung.

Alahai Ibrahim Ali, Muhammad Zahid, Ruslan Kassim, Zul Kulim. Kini bukan zaman pelita minyak tanah tetapi zaman maklumat di hujung jari. Setiap isu yang diketengahkan oleh  Anwar atau Pakatan, tentunya mereka akan sahkan dengan maklumat yang kunyah sendiri.

Sesungguhnya, yang menggigil nanti ialah mereka, bukan Anwar! Rakyat telah pun mengenali sosok badan mereka ini. Strategi politik untuk menyerang Anwar dengan menubuhkan kelab ini tetapi awal-awal lagi telah diisytihar siapa diri mereka - menyokong Umno dan ditunjangi Berahim Perkasa.

Sedangkan apa yang berlaku sekarang ialah arus perdana penolakan UMNO secara total dan BN umumnya.  Rakyat tidak dapat bersabar lagi tentang kebejatan polisi ekonomi dan moral UMNO.

Persilakanlah geng Tibai ke medan masyarakat dan kita akan lihat nanti rakyat akan menibai siapa. Strategi pun dah terjadi kontradiksi. Satu lagi usaha yang dirancang oleh pencacai Najib yang tentunya akan mempercepat kejatuhan Najib.

13 April, 2012

Ahmad Said Sengaja Menempah Maut

Salam. Rasional ke Ahmad Said ini? Nama program ini pun telah mengundang cemuhan. Program Pas: Parti Ajaran Sesat (P:Pa) yang diusahakan di Terengganu malah akan dibawa menjelajah seluruh Malaysia. Saya nasihatkan Najib berfikir sejuta kali untuk membenarkan program yang tidak masuk akal ini diwar-warkan seluruh Malaysia.

Apa pula kata Pas Terengganu? Ustaz Abu Bakar Chik menganggap isu ini terlalu berat. Pihaknya tidak mahu memanjangkan isu itu dari sisi politik kerana menganggap isu sesat adalah perkara yang tidak boleh dibuat main-main kerana boleh berbalik semula kepada diri sendiri.

Apakah Ahmad Said begitu takut, bimbang akan pengaruh Pas mula meresap seluruh Terengganu dan akhirnya menelan dirinya? Carilah pendekatan lain yang tidak menyebabkan rakyat mempersoalkan siapa dirinya - akhlaknya, taraf pendidikannya,tindak-tanduk politiknya.
Pelancaran program ini sesungguhnya mampu menenggelamkan jasanya yang agak baik terhadap perkembangan sosio-ekonomi Kemaman.

Apakah program ini, pada pemikiran Ahmad Said mampu mengubah persepsi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya terhadap Pas?

Siapakah sasarannya? Adakah setiap program ini dilaksanakan, rakyat Terengganu hadir secara suka rela? Adakah yang hadir itu penyokong Pas, anak-anak muda, pengundi atas pagar atau sekadar yang dihimpunkan (itu pun dengan kerahan sama ada umpanan duit atau paksaan) ialah penyokong UMNO tegar?

Saya yakin yang akan hadir itu ialah penyokong UMNO yang tegar, simpatisan UMNO dan pengundi atas pagar sama sekali tidak akan hadir kerana nama program itu sendiri pun begitu kasar dan bersifat fitnah dan menyinggung sensiviti agama. Saya percaya mereka tidak akan hadir kerana mereka enggan bersekongkol dengan agenda yang seolah-olah mempersenda Islam itu sendiri.

Jika Ahmad Said sempat berfikir dan menilai, sagugialah beliau membatalkan program ini. Hal ini kerana bukan sahaja memyebabkan penyokong partinya sendiri yang akan protes dalam diam malah mengundang kebencian dalam kalangan rakyat jelata, yang akhirnya menyebabkan timbulnya situasi "kalah sebelum berjuang".

Ahmad Said perlu sedar sifat dan sikap orang Pas, selagi mereka diasak, tambahan dengan asakan yang tidak masuk akal atau berunsur fitnah, mendorong mereka untuk lebih kuat berusaha atau akan "all out" untuk menghapuskan legasi UMNO Terengganu. Dan ini sebenarnya tidak mustahil berdasarkan dasar-dasar ekonomi, sosial, dan politik Najib yang amat lemah, serta kurang peka Najib terhadap isu moral dan akhlak, apatah lagi soal menambahbaik perkembangan agama Islam yang tidak terserlah, unsur rasuah yang menonjol, program Ahmad Said ini sesungguhnya mempercepat kejatuhan Najib.

Perlu Ahmad Said sedari, Mahathir sendiri pun mengakui bahawa partinya, UMNO, kian lama kian tersisih daripada golongan cendekia dan profesional maka soal sinergi antara Pas dengan siasah dan Islam telah pun difahami dan diterima oleh rakyat terbanyak hatta oleh bukan Islam kerana dalam PAS sendiri bregitu banyak didokongi oleh tokoh-tokoh ilmuan agama dan profesional.

Kerana itu, rakyat akan bertanya, siapa kamu Ahmad Said jika nak dibandingkan TG Hj Hadi? Rakyat akan berkata, cerminlah dirimu dahulu, sebelum mengatakan orang lain sesat. Buktikan dahulu bahawa parti kamu bebas dari rasuah dan skandal moral.

Rakyat akan membaca isyarat bahawa memang benarlah kamu hanya takut dan resah terhadap Pas dan pengaruhnya di Terengganu, akan akhirnya kamu dan rakan-rakan kamu yang akan tersingkir dari singgahsana kuasa!

11 April, 2012

Hebat Mahfuz Omar Sanggup Dia Bertarung Meredah Api..

Salam. Mahfuz sebenarnya kini sedang bermain dengan api. Apa tidaknya, dakwaan beliau wujud Task Force berpangkalan di Jabatan Perdana menteri, memberi IC kepada warga asing membolehkan mereka mengundi dalam PRU13 nanti. Cabaran dan dakwaan beliau ini mewujudkan keadaan gelisah dan tidak selesa pihak SPR, JPN dan KDN serta MKN. Sudah tentu, mereka mengintai peluang untuk menyerkap Mahfuz! Awas wahai Mahfuz!

Senarionya begini. Bersih 3.0 telah pun dilancarkan. Exercise-exercise pra pelancarannya pada 28 April ini sedang giat dibuat. Banyak NGO lain termasuk antiLynas akan bergabung. Malaysia akan menyaksikan perhimpunan terbesar dalam sejarah moden Malaysia bertema "bantahan" aman terhadap kemuncak penipuan kerajaan Najib. Ku Li telah pun beri bayangan bahawa Amanah akan turut serta jika pada hemat Amanah, matlamat Bersih 3.0 sejalan dengan perjuangan dan hasrat penubuhan Amanah.

Saya boleh andaikan pada 28 April ini merupakan Tsunami 2.0 dalam politik moden Malaysia sebelum PRU13 yang anggap Tsunami 3.0.

Apakah agaknya reaksi kerajaan atau KDN atau Hishamuddin terhadap Bersih 3.0? Hishamuddin, nampaknya tiada pilihan. Jika KDN cuba menghalang, saya percaya ombak tsunami itu berupaya menjadi ombak yang lebih besar, dan "damage" terhadap Najib akan lebih parah, dan "rating" Najib akan lebih merudum.

Kerana itu, Hishamuddin, dalam nada yang sedikit tertekan, memberi bayangan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 ini akan dibenarkan atas alasan semangat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam konteks ini Mahfuz Omar mencabar SPR dan kerajaan Persekutuan Najib untuk memberi penjelasan  akan dakwaaan wujugnya Task Force pemberian IC terhadap PATI agar boleh mengundi pada PRU13 nanti. Mahfuz mendakwa beliau mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

Wan Ahmad SPR cuma menafikan yang beliau tidak terlibat, dan tidak menafikan kewujudan Task Force tersebut. Wan Ahmad menganggap dakwaan Mahfuz ini sebagai karut.

Mahfuz bergerak selangkah lagi, dengan PAS menubuhkan Jawatankuasa Anti Pemansuhan IC (Api). Beliau sebagai Pengerusi, dan anggota lain ialah Dr Hatta Ramli, Suhaizan Kaiyat, dan peguam Zul Hazmi Shariff.

Mahfuz memaklumkan pada Isnin ini Jawatankuasa ini akan bermesyuarat untuk membincangkan pertemuan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi menghantar memo supaya menubuhka RCI menyiasat hal ini.

Langkah Mahfuz ini memang tepat masanya. Peluru mesti dilepaskan kepada sasaran yang tepat! SPR mesti ditekan sekuat-kuatnya agar agar mereka berasa tidak selamat. Peluru-peluru ini, seperti Laporan Minoriti dan bersih 3.0, dan yang terbaru ialah pendedahan penganalisis pilihan raya, Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan “menjadi 400,000 pengundi meragukan".

Menurut Ong Kian Ming, jika dibahagi dengan 222 kerusi parlimen, jumlah pegundi yang diragukan bersamaan 35 kerusi parlimen yang purata penambahannya 1,800 pengundi. Cukup untuk BN menang dengan majoriti tipis jika keadaan sentimen 2008 tidak berubah.

Memang jika daftar pemilih ini tidak dibersihkan, dan kerajaan serta SPR tetap berdegil menggunakannya, memang PR akan kecundang. Yang mungkin selamat ialah Kelantan atau Pulau Pinang sahaja.

Saya mengandaikan Mahfuz bermain api kerana sesungguhnya Mahfuz perlu bersedia untuk menanggung risiko kerana dakwaan tentang task force ini melibatkan JPM dan MKN. Tentu mereka tidak akan berdiam diri.Namun, beranikah mereka bertindak atau sekurang-kurangnya mengheret Mahfuz ke mahkamah? Kita tunggu apa reaksi Najib, JPM, SPR, dan Majlis Keselamatan Negara. 

Akhirnya,  serangan-serangan terhadap SPR harus diteruskan dan diperhebat agar rakyat sedar bahawa kemenangan UBN nanti ialah kemenangan berasaskan penipuan. 

09 April, 2012

Sanggupkah Najib Menghalau Hantu...

Salam. Rasanya sebahagian besar rakyat mempercayai bahawa satu-satunya talian hayat UBN khasnya UMNO ialah SPR dan daftar pemilihnya.

Pemberian RM100 bantuan persekolahan, baucer buku RM200 untuk pelajar pengajian tinggi, BRIM 500, pembatalan SBPA dan digantikan dengan SSM yang akan ditambah baik (dengan penyelarasan 13% ), nampaknya impak sokongan terhadap UBN tidaklah menyerlah.

Yang menyerlah ialah cubaan asakan melalui pembunuhan karektor Anwar Ibrahim oleh Geng 7 diketuai Nalla dan dibantu peguam Muhammad Shafee Abdullah, dan gangguan-gangguan fizikal oleh remaja dan Perkasa di ceramah-ceramah PR. Yang terbaru ialah di Alor Setar apabila Anwar dijadualkan merasmikan Pusat Khidmat PKR. Pengacaunya ialah Perkasa.

Ini menggambarkan bahawa UBN benar-benar terdesak dan mereka menyedari akan penghakisan sokongan sebahagian besar pengundi muda, pengundi atas pagar, dan sokongan solid kaum Tionghua terhadap PR.

Maka satu-satunya talian hidup UBN ialah manipulasi daftar pemilih yang akan digunakan pada PRU13.

Dalam konteks ini mengapa Parlimen menolak untuk menerima Laporan Minoriti PSC Reformasi Pilihanraya? Atas alasan tiada presedens, tetapi telah terbukti oleh Azmin dan lain-lain bahawa di negara-negara komenwelth yang lain Speaker menerima Laporan Minoriti.

Hal ini bermaksud jika Parlimen menerima Lopran Minoriti ini bermakna UBN mengakui bahawa daftar pemilih ini amat banyak keraguannya, maknanya tidak bersih. Dan apabila diterima maka mahu tidak mahu SPR wajib membersihkannya. Kerana sebab inilah MP UBN menolaknya. Lopra Minoriti ini sebenarnya tentang eviden atau aduan tentang tidak bersihnya daftar pemilih 2012.

Tentang bila Najib akan umumkan pembubaran parlimen, umumnya menekanya pada JUN 2012. Nampaknya tarikh ini akan dipilih Najib berasaskan MP UBN berkeras menolak Laporan Minoriti PSC Reformasi Pilihanraya tersebut.

Tetang analisis benarkah JUN 2012 Najib akan mengadakan PRU13, Stanley dan Nawawi Mohamad mengulas panjang lebar dalam tulisanya di Malaysia Cronicle. Saya tidak ingin mengulas panjang, bolehlah diikuti di sini.

Pada saya, Najib sebenarnya dihantui dilema yang cukup berat. 28 April ini, BERSIH 3.0 akan dilaksanakan, dengan moto: DUDUK dan BANTAH. Mereka menyasarkan 500,000 rakyat akan turun. Adakah Najib akan mempertahankan daftar pemilih yang telah diketahui umum tidak bersih? Membersihkan daftar pemilih juga ke lubang kubur.

Najib juga diigau mimpi ngeri yang dahsyat, skandal Scorpene telah pun bermula di Perancis. Kata Anwar, perbicaraan ini akan mengaitkan Najib dengan unsur rasuah dan Altantuya.

07 April, 2012

Najib Jaga Wanita Pulak..Apa Maknanya Tu...

Salam. Apa agaknya persepsi wanita dan rakyat apabila Najib mulai esok mengambil alih portfolio Shahrizat, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?

Rasanya yang akan terlintas ialah siapa di belakang Najib untuk mengurus kementerian ini. Tentulah isteri tersayang beliau, Rosmah. Soal benar atau tidak tidak penting. Saya percaya rakyat akan percaya begitu, dan ini tidak mustahil berlaku. Bagaimana dengan imejnya sebagai PM? Tentulah akan diperlekeh lagi.

Sepatutnya Najib jika tidak mahu melantik senator baru menggantikan Shahrizat, najib boleh menyerahkan portfolio itu kepada timbalannya. Damage terhadap imejnya dapat dielakkan, dan malah menaikkan sedikit ratingnya kerana percaya akan timbalannya.

Rakyat juga akan menilai bahawa begitu tandusnya tokoh wanita dalam kerajaan Najib atau dalam wanita UMNO sehingga seorang pun tidak boleh menggantikan Shahrizat. Najib juga akan dilihat tidak mempercayai tokoh-tokoh wanita yang ada dalam UMNO, dan ini akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada persiapan Najib untuk pilihanraya nanti.

Nampaknya Najib cuba mengelak berlakunya politiking dalam kerajaan dan wanita UMNO apabila beliau meletakkan portfolio di bawahnya. Wanita UMNO ialah sayap UMNO yang amat berharga dalam pilihanraya nanti. Namun, dengan adanya Rosmah di belakang Najib dan tidak cuba mencari calon menggantikan Shahrizat daripada kalangan wanita UMNO atau Puteri, persepsi buruk terhadap Najib tidak dapat dielakkan.

06 April, 2012

Azmin, Saham, dan DNA

Salam. Ekoran episod pemilihan PKR yang dibuat secara langsung pada tidak lama dahulu khususnya melibatkan pemilihan Timbalan Presiden PKR antara Azmin dan Zaid Ibrahim, Azmin dikritik hebat. Saya tidak mahu singgung soal ini yang telah pun menjadi sejarah. Dan saya yakin, episod ini menjadi pengajaran pahit untuk PKR dalam menentukan survivalnya pada masa mendatang.

Namun, apabila kita meneliti perbahasan-perbahasan dalam Parlimen yang melibatkan Azmin, bagi saya kehebatan Azmin setara dengan Saifudin Nasution dan Salahuddin Ayub.

Dalam sidang Dewan Undangan Selangor baru-baru ini, Hassan Ali menyerang Azmin tentang saham dan status anak Azmin berhubung dengan Anwar Ibrahim.

Bagi menjawab isu ini yang diwar-warkan semula Hassan Ali ini, saya petik daripada blog Tukang Lawan yang saya jumpainya secara tidak sengaja.

Tentang rasuah saham,

 Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk siasatan kes Datuk Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan dan melindungi Setiausaha Sulitnya (Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa polis gagal menemui sebarang bukti kukuh.

Tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar itu juga telah digugurkan". Perkara ini turut diulas oleh Datuk Shafee Yahaya dalam biografinya “The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief” di mukasurat 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah.


Tentang dna anaknya,

 Ujian DNA,
Kedua-dua laporan ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan Shamsidar adalah ‘biological parent’ kepada Farah Afifah ".

Laporan daripada hospital di Singapura itu menyebut; “The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).

Laporan DNA yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur atas arahan Tan Sri Musa Hassan (Ketika itu Penolong Pesuruhjaya Polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) juga menunjukkan keputusan yang sama,” 
 
Bacaan lanjutnya, di sini
 
Jadi, kita boleh persoalkan sesuaikah bagi seorang (Hassan Ali) yang memproklamirkan dirinya sebagai pejuang agama menjaja isu, yang kalau diteliti boleh kita anggap sebagai fitnah.

01 April, 2012

Bayan Mutiara: Syok Sangat Cari Salah, Pemuda Umno PP Masuk Lubang


Salam. Begitu ghairah Ketua Pemuda Umno P.Pinang  mempertahan kawasan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara hingga sanggup menerima padah saman Lim Guan Eng (LGE). Malah Ketua Pemuda ini mencabar supaya dipercepat saman itu sebab banyak lagi dokumen yang akan didedahkan.

Rupa-rupanya LGE sengaja enggan respons kerana ternyata kejahilan tentang jangka hayat pelan yang diluluskan pada tahun 2006, yang di dalamnya termasuk tapak masjid dan kawasan sekolah.

Kenyataan yang dibuat oleh Rahmad Isahak, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang menjelaskan segala-galanya. Menurut Rahmat, kesilapan UMNO PP yang berkuasa pada tempoh itu (2006 - 2008) tidak mewartakan dan memecah lot untuk tapak masjid dan sekolah. Kealpaan UMNO PP itu menyebabkan tempoh hayat (satu setengah tahun) pelan yang diluluskan itu menyebabkan kedua-dua tapak itu hilang apabila kuasa kerajaan bertukar tangan ke PR.

Jadi, jelas di sini ialah kesilapan sebenar ialah ketidaksungguhan UMNO untuk menjadikan kedua-dua tapak diserahkan kepada Majlis Agama Islam PP dan Kementerian Pelajaran.

Namun begitu, pihak Ivory Properties Group Berhad (IPGB)  yang membeli Bayan Mutiara  telah memberikan komitmen untuk tetap membangunkan masjid dan sekolah di Bayan Mutiara walaupun mereka menyedari tidak tertakluk kepada pelan asal yang telah diluluskan pada 2006.

Inilah yang dikatakan kerana terlalu ghairah mencari salah orang lain, tanpa sedar pihak UMNO membuka pekung sendiri. Merekalah yang sebenarnya yang alpa dan tidak bersungguh, dan menuduh pihak lain untuk menutup kelemahan mereka.

Antara Pongahnya Najib, Yakinnya Noh di Selangor


Salam. Dengan pongahnya, Najib mengumumkan di Bera, bahawa pada Mei depan yang disifatkannya sebagai "durian runtuh" kepada para peneroka bersempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Perdana Menteri berkata, pengumuman itu disifatkan beliau bakal membuatkan para peneroka "tersandar, rebah dalam kejutan".

"Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? tunggu, kita akan buat pengumuman nanti," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka Gugusan Bera di Felda Triang 3, dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 peneroka itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob,  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan dibuat dalam satu perjumpaan besar-besaran bersama warga peneroka di Pahang pada Mei depan.

Najib begitu yakin bahawa penerusan rancangan penyenaraian FGVH pada Jun 2012 ini akan diterima oleh sebahagian peneroka Felda, dengan janji "durian runtuh" yang besar, di tengah-tengah asakan sebahagian NGO Felda yang menentang penyenaraian malahan telah pun mendapat injuksi mahkamah tentang mesyuarat agung KPF.

Najib barangkali menyangka penentangan sebahagian peneroka terhadap kesan buruk penyenaraian ini hanyalah mainan pembangkang atau Pakatan Rakyat atas dasar memperoleh faedah politik. Najib mungkin berasakan penentangan ini cuma penentangan picisan. Mungkin juga Najib berasakan bahawa masyarakat peneroka akhirnya akan tetap bersama UBN apabila mendapat habuan besar sebaik penyenaraian berlaku.

Mungkin, pada saya, Najib akan tetap meneruskan penyenaraian atas sebab dana pilihan raya, atau Najib yakin bahawa walaupun penentangan ini benar-benar berasaskan realiti akar umbi Felda, UBN akan tetap dapat mengekalkan Putrajaya pada PRU13. kelihatannya hampir pasti PRU13 akan berlangsung pada Jun 2012 nanti.

Mengapa saya mengandaikan begitu? Cuba telitikan kenyataan Noh Omar tentang keyakinannya, UBN akan memperoleh 36 kerusi DUN daripada 56 kerusi.

Mengapakah Noh begitu yakin? Adakah ini hanya berupa gimik atau "psyche war" atau untuk menyemarakkan semangat UBN Selangor agar terus bekerja untuk mengembalikan sokongan pengundi Selangor menyokong UBN?

Sinergi antara kepongahan Najib untuk terus menyenaraikan FGVH, dan kenyataan Noh yang yakin itu membawa suatu pertanyaan, adakah UBN telah benar-benar bersedia memasuki zon perang PRU13 pada Jun nanti?

Melihat keyakinan Najib ini, walaupun Daim Si Tukang Tilik, dan Mentor Najib, Mahathir meramalkan tidak mudah untuk UBN menang dengan selesa jika berlaku PRU13 nanti. Malahan Mahathir menggerhanakan lagi momentum Najib ke arah membubarkan Parlimen, dengan kenyataannya yang UMNO begitu kurang golongan profesional dan intelek sebagai penggerak/ pendokong UMNO.

Ini menjurus kepada suatu fakta yang sukar dihujahkan bahawa SPR telah selesai menyusun atur pengundi-pengundi dalam daftar  pemilih yang akan diguna pakai pada PRU13 nanti.

Dan, hampir pasti UBN akan mengekalkan Putrajaya pada PRU13 nanti kecuali suatu tindakan drastik dan bersepadu dilakukan oleh PR dalam mendesak SPR "membersihkan" daftar pemilih.

29 March, 2012

Awas, Kata-Kata Daim Mula Memukau PR...

Salam. Tertanya-tanya adakah Daim ingin popular sebagai penganalisis politik yang realis, dan melupakan hubungan 3 seginya - Daim, Mahathir, Najib?

Memang ramalan Daim "menjadi" untuk PRU12 (2008), namun adakah niat Daim boleh kita samakan dengan realiti politik pasca 2008? Adakah Daim, dengan ramalannya dan hasil analisisnya bahawa pada PRU13 nanti hanya 3 negeri yang selamat bagi UBN - Johor, Melaka, dan Pahang, Daim berniat ingin menghancurkan legasi UBN yang pernah menjadi lubuk hartanya?

Dalam hati kecil saya, seolah-olah ada "hidden agenda" Daim apabila berkata-kata hanya 3 negeri yang selesa untuk UBN, selain Pulau Pinang dan Kelantan kekal di bawah UBN. Adakah Daim rela kerusi PM di Putrajaya diduduki oleh musuh no 1 beliau, Anwar Ibrahim?

Senarionya begini, adakah SPR benar-benar bebas? Adakah SPR akan patuh kepada syor-syor PSC yang akan dibentangkan pada 10 April ini? Memang SPR telah setuju, tentunya Najib telah pun merestuinya akan menggunakan calitan dakwat kekal untuk PRU13 nanti. Cuba kita tanyakan lagi, mengapakah mereka bersetuju dan akur? Adakah Najib sanggup menggadaikan kuasanya dengan terlaksananya penggunaan calitan dakwat kekal ini? Maksudnya mereka telah pun yakin bahawa pelaksanaan calitan dakwat ini tidak akan menjejaskan undi terhadap UBN.

Kita boleh kaitkan dengan gerakan pemutihan PATI oleh KDN, dan dengan kerjasama dengan JPN, didakwa ratusan ribu PATI diberi kad pengenalan. Jika andaian ini tepat, UBN tidak harus runsing dengan calitan dakwat.

Pemimpin PR dan blogger PR juga ada mendedahkan bagaimana SPR memanipulasi daftar pemilih tanpa kita sedari. Juga bagaimana SPR melaksanakan pembetulan sempadan SPR dengan sempadan negeri. Perpindahan alamat juga didakwa sedang giat dilakukan di negeri-negeri dikuasai PR.

Jadi, apabila Daim dalam wawancaranya yg terkini mengatakan bahawa hanya 3 negeri yang selesa bagi UBN jika berlaku PRU13, sebenarnya Daim berhasrat untuk melekakan PR dan supaya PR berasa selesa bahawa Putrajaya telah confirm jatuh ke tangan PR.

Kita dapat merumuskan yang Daim berniat untuk mengalih perhatian terhadap agenda tersembunyi SPR terhadap daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRU13 nanti.

Hemat saya, Daim menyedari bahawa dasar transformasi Najib lebih berupa retorik dan segala pemberian wang dan projek serta janji Najib tidak mampu lagi mengubah persepsi sebahagian besar rakyat terhadap kebobrokan UBN. Talian hayat terakhir dan ampuh UBN ialah SPR dan daftar pemilih, termasuk undi pos.

Begitu juga dengan gerombolan yang diketuai Nalla untuk menelanjangi kegiatan sex tersembunyi Anwar dengan dibantu peguam Muhammad Shafee, antara tujuannya untuk mengalihkan tumpuan PR dan rakyat daripada daftar pemilih yang begitu meragukan itu.

Oleh itu, bangunlah dari lena dan angan-angan. Usahlah seronok akan kejayaan Rafizi embongkar skandal Fidlot itu. Memang usaha Rafizi itu boleh kita kalungkan bunga atas kegigihannya hingga jatuhnya Shahrizat. Tapi, ada tugas yang lebih besar dari itu, jika isu daftar pemilih ini tidak diselesaikan dan didedahkan, angan-angan ke Putrajaya hanyalah fatamorgana.

28 March, 2012

Urgent! Telitikan Amaran Tulang Besi

Apabila membaca posting Tulang Besi tentang manipulasi SPR untuk memenangkan UBN, hati menjadi cukup risau. Tulang Besi memberi isyarat bahawa Selangor akan jatuh ke tangan UBN pada PRU13.

Saya turunkan sedikit ringkasannya, bahawa dengan kerjasama SPR dan JPN, UBN akan menang 43 kerusi DUN, PR hanya menang 13 kerusi sahaja. Kerisauan TB berasaskan keadaan berikut:

1.0 Menukar puluh ribuan pengundi2 Pakatan Rakyat dari DUN masing-masing
2.0 Mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah
3.0 Menukar alamat pengundi2 UMNO dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS
4.0 Mendaftar banyak pengundi2 hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor

Saya juga telah menurunkan kerisauan yang sama oleh Matsamankati dalam posting saya yang lalu. SPR mengambil peluang secara sembunyi mengalih pengundi melalui perubahan lokaliti mengundi.

Adakah PR atau Majlis Pimpinan PR tidak menyedari hal ini? Kita risau, PR tidak memfokus kepada isu yang real ini yang kita memandang remeh hal manipulasi SPR dan JPN ini, PR pasti tersungkur pada PRU13.

Cerdik Juga Hujah Mereka Ini Nak Jatuhkan Anwar

Salam. Seronok apabila kita membaca dan meneliti modus operandi geng ini nak menjatuhkan Anwar. Nampak mereka kian nekad, dengan Nalla menjadi bos dan dibantu peguam Muhammad Shafee.

Sebelum itu saya amat tertarik dengan hujah blogger umno ini, kenapa Anwar tidak layak menjadi PM. Cuba teliti hujah blogger ini:

 "Bagaimana pula komen kenalan rapat yang tahu luar dalam dan bersama dengan beliau di dalam kerja-kerja peribadi?

1. Saya mendedahkan ini demi untuk menyelamatkan Malaysia dari berperdana menterikan seorang yang rosak moral.

2. Saya ada bukti, malah sayalah orangnya yang membekal dan menguruskan wanita-wanita untuk hidangan beliau.
3. Sayalah orang ketiga yang dilihat di dalam video tersebut.
4. Seorang biseksual tidak layak dan tak boleh sama sekali dibenarkan untuk menjadi Perdana Menteri.

Buka mata besar-besar. Buka minda luas-luas. Beristighfar dan minta petunjuk supaya hati menjadi rasional dan sentimen taksub terhapus. Lapangkan dada, jiwa dan pemikiran dari sebarang sifat bias dan asobiyyah
."


Siapakah yang dimaksudkan oleh blogger ini tentang kenalan rapat Anwar? Rasanya kita semua sudah maklum siapa mereka. Bagi saya mudah sahaja, jika mereka sudah tahu sejak awal akan perlakuan Anwar ini tetapi kenapa masih bersama. Baru sekarang mereka menjadi penentang Anwar dan bekerjasama dengan UMNO? Mengapa tidak sejak dahulu? Maksudnya mereka bersubhat dengan Anwar jika benarlah perlakuan Anwar seperti yang mereka dakwa.

Apabila mereka menentang Anwar dan semata-mata berfokus kepada Anwar dan membutakan mata fikir dan hati tentang apa yang telah, sedang dan akan UMNO lakukan dalam pemerintahannya dan terhadap rakyat, sebenarnya ada sesuatu yang cuba dilindungi oleh mereka.

Ambil contoh Zul Kulim, yang difokuskan ialah Anwar, Pas, dan sesekali DAP. Zul selalu menjuarai Islam dan Melayu. Tetapi, adakah UMNO benar-benar Islami dan benar-benar membela Melayu? Tidak pun Zul sentuh tentang kebocoran, ketirisan, rasuah, mempersenda agama oleh pemimpin UMNO.

Jika nak bandingkan antara Najib dengan Anwar malah Mahathir, siapakah yang benar-benar bersih? Adakah rakyat tidak tahu siapa sebenarnya Najib dan Mahathir?

Pertanyaan penting, adakah niat mereka akan tercapai? Jika tokoh politik yang selicik Mahathir pun gagal menjatuhkan Anwar, malahan dirinya sendiri yang akhirnya terpaksa berundur, apatah lagi manusia yang terlalu kecil itu untuk merempuh aura Anwar dalam politik.

Sifirnya mudah, tokoh seperti Anwar ini, kian diasak kian kuat. Malahan auranya dan seruannya kepada nurani manusia memang akan sentiasa mengundang penentangan. Dan, saya percaya, di hati kecil Anwar, beliau cukup berterima kasih kepada orang-orang seperti Zul, Zaharain, dan gerombolannya kerana akhirnya mempopularkan Anwar dan secara tidak langsung memperjelas misi dan visi Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh UBN dan aparatnya boleh kita ibaratkan membasuh daki-daki di badan Anwar, yang akhirnya membersihkan Anwar.

Oleh itu, Zul, Ezam, Zahid, Zaharain, Nalla, Muhammad Shafee, teruskanlah sarkas ini, jika anda semua menyangka rakyat seronok menontonnya. Barang kali, yang ditonton rakyat nanti bukannya Anwar tetapi diri mereka.



24 March, 2012

PR akan Kantoi Jika Memandang Remeh SPR

 Salam.Cuba kita bertanya sesiapa pun, asalkan yang bukan fanatik, adakah UBN menguasai Putrajaya pada PRU13? Rata-rata jawabannya sama ada di warung kopi, cafe, pejabat-pejabat, bahawa Najib telah pun menempah kerusi yang kini dipegang oleh Anwar, Ketua Pembangkang.

Sekurang-kurangnya beberapa isu yang menyesak nafas Najib, isu SBPA, isu Lynas, isu Fidlot, isu Shahrizat dengan Wanita UMNOnya, dan isu FGVH dan penyenaraian Felda. Daim pula menabur garam ke luka Najib bahawa jika PRU13 berlaku sekarang, hanya 3 negeri yang benar-benar selamat: Johor, Melaka, Pahang.

Daim juga meramalkan 16 kerusi parlimen sarawak, 12 kerusi parlimen Sabah akan jaruh ke PR. Isu FGVH jika Najib semata-mata menyerahkan kepada Isa Samad dan Ahmad Maslan mengendalikannya, gugusan Felda yang dulunya milik UMNO, kemungkinan besar berpihak kepada PR.

Dengan segala isu yang sedia membelit Najib, dan bulan April ini bermulalah perbicaraan komisyen Scorpene, sudah cukup untuk menjatuhkan Najib dan Putrajaya.

Namun dengan isu yang membelit Putrajaya ini, adakah PR akan menang. Rasanya, usah bermimpi di siang hari. SPR dalam senyap sedang menyusun peta kemenangan untuk UBN.

Pendedahan Matsamankati (MSK) dalam weblognya, Malaysia Times, Mission Possible 1, 2, dan 3 cukup menggusarkan.MSK mendedahkan bagaimana SPR memanipulasi daftar pengundi.

Saya sependapat dengan MSK bahawa PR memandang enteng manipulasi SPR ini. Adakah PR ada seksyen khusus menangani isu SPR ini? PR banyak blogger sukarela yang pakar di bidang IT ini. Namun mereka berkeluarga dan perlu menyara keluarga, apa salahnya disediakan sedikit dana untuk tujuan itu.

Untuk selanjutnya, sila ke link ini.


Ke mana Pemuda Pas Kedah?

Salam. Kita sebagai pemerhati politik Kedah tidak memahami apakah sebenarnya yang ingin dicapai oleh pihak Pemuda Pas Kedah apabila mereka membawa usul dalam mesyuarat Perhubungan Pas Negeri baru-baru ini supaya TPJ1 dan TPJ2, Phahrolrazi dan Dr Ismail dilucutkan jawatan politiknya?

Saya secara khususnya telah menyentuh sebelum ini akan isu ini bahawa kemelut yang berputar tentang kepimpinan Ustaz Azizan dan hala tuju pemerintahan Kedah, sebahagiannya disebabkan kegagalan sayap-sayap parti ini memainkan peranan sebagai "semak dan imbang". Mudah sahaja alasannya, sekiranya mereka berperanan, tidak timbul Phahrolrazi dan Dr Ismail menolak pelantikan semula jawatan exconya. Kenapa mereka gagal? Jelas mereka memihak, dan tidak "nutral".


Ketuanya dan safnya harus sedar bahawa Pas Kedah tidak lagi bebas untuk bertindak sendiri dan sewenang-wenangnya bertindak. Kemelut Pas Kedah bukan suatu isu yang kecil. Pas Pusat telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu (JKP). Maknanya usul pemuda itu sebenarnya cuba merombak perhubungan negeri dikira melanggar atau tidak menghormati atau tidak mematuhi formula penyelesaian yang diusahakan oleh Pas Pusat.

Jika pihak Pas Pusat yang menilai kemelut ini tidak bersedia untuk merombak kepimpinan Pas peringkat negeri, dan masa sama mengarahkan 2 exco itu menerima pelantikan semula exco, menggambarkan bahawa ada isu yang sebegitu besar dan jika tidak diurus dengan baik tentunya akan menjejaskan kerajaan pakatan Kedah.

Di sini, agak jelas bahawa Pas Pusat melihat isu ini melangkau isu peribadi tetapi isu yang menyangkut survival kerajaan PR Kedah.

Dari bacaan biasa, dalam konteks penyelesaian dan formula Pas Pusat ini, Pemuda Pas Negeri melihat isu ini dari segi individu. Jika kemelut ini adalah isu peribadi atau soal perebutan tempat, perebutan kuasa, atau soal memperoleh kontrak, formula penyelesaiannya begitu mudah semudah formula menyelesaikan soal Hassan Ali.

Situasi Pas telah kembali normal, dan Ustaz Azizan pun begitu mempertahan asakan UMNO tentang JKP bahawa JKP tidak sekali-kali merampas kuasa MB. Soal angkat sumpah kedua-dua exco yang telah pun mendapat perkenan Tuanku Sultan, cuma menunggu masa yang sesuai sahaja. Ini membawa maksud Ustaz Azizan telah bersedia (berdamai) untuk ke arah persediaan ke arah PRU13.

Dalam situasi yang mula tenang ini mengapa Pemuda Pas Kedah menimbulkan isu yang cukup sensitif ini. Mujurlah Ustaz Azizan menolak usul ini.

Terdapat beberapa tafsiran. Pertama, sedia maklum bahawa Pemuda Pas Kedah menyokong kepimpinan Ustaz Azizan. Setiap sokongan haruslah sokongan yang rasional dan bersyarat, bukan sokongan tanpa soal atau wujud unsur-unsur tersembunyi. Adakah usul ini sebagai tindakan balas dendam atau hukuman kerana TPJ1 dan TPJ2 enggan patuh kepada PSJ? Dan adakah tercetusnya usul ini dalam pengetahuan PSJ? Jika usul ini dalam pengetahuan PSJ maka bolehlah dianggap suatu isyarat bahawa kedudukan PSJ1 dan PSJ2 terancam, dan boleh ditafsirkan Ustaz Azizan tidak menerima sepenuhnya formula Pas Pusat.

Jika usul ini hanya berniat untuk menunjukkan betapa setianya kepada Ustaz Azizan, maka berapa banyak pemimpin Pas Kedah yang perlu digugurkan kerana tidak sependapat dengan Ustaz Azizan baik sebagai kapasiti PSJ atau MB? Mengapa tidak diusulkan supaya Ketua Dewan Ulamak Pas digugurkan?

Kedua, usul ini dikemukakan barang kali untuk menguji sejauh mana pengaruh Phahrolrazi dan Dr Ismail dalam kalangan saf kepimpinan perhubungan negeri. Jika pada peringkat kepimpinan negeri, pengaruh mereka tidak kuat, bagaimana pula dengan peringkat kawasan dan akar umbi? Bagaimana pula reaksi Dewan Ulamak?

Ketiga, seharusnya Pemuda Pas harus berbincang dahulu dengan PSJ sebelum usul itu dikemukakan. Saya agak yakin sekiranya telah dibincangkan, usul ini akan tertolak. Banyak kesannya apabila usul ini dikemukakan tanpa restu PSJ. Pemuda Pas seolah-olah tidak memahami isu dan cuba menimbulkan ketegangan yang sudah pun mula pulih. Bagaimana pula tanggapan perhubungan negeri, dewan ulamak, JKP, dan akar umbi terhadap PSJ (MB)?

Akhirnya, PSJ (MB) harus memastikan Pas Kedah kembali bersatu dan menggembleng semua tenaga yang ada untuk memastikan survival kuasa PR di Kedah. Kemelut itu sudah selesai. Semua unsur yang cuba untuk menimbulkan ketegangan harus diberhentikan. Pada saya, tindakan Pemuda Pas Kedah ini jika tidak diuruskan dengan betul akan mengocak kembali Pas Kedah. Dan jika ini berlaku, umpama menepuk air didulang....

22 March, 2012

Kantoi SPR, PRU13 Tertangguh...

Salam. Rumours bergentayangan bahawa PRU13 akan berlaku pada Jun 2012.
Benarkah?

Keyakinan Najib nampaknya akan goyah lagi. Anwar dalam sidang medianya di lobi parlimen mendedahkan bagaimana SPR memanipulasi daftar pengundi. Seterusnya Anwar akan membuktikan berlakunya manipulasi ini. Anwar juga mendedahkan bagaimana berlaku peningkatan mendadak pengundi baru di Pekan, parlimen Najib.

Dr Maximus juga mendedahkan PSC tentang pembaharuan pilihanraya akan membina satu sistem terbuka untuk membersihkan daftar pemilih yang diragui. Beliau juga berkata sistem ini akan dibentangkan dalam parlimen pada 10 April ini.

Nampaknya,  para penasihat dan penstrategis Najib akan kebingungan. Pendedahan Daim bahawa jika berlaku PRU13, hanya 3 negeri yang benar-benar selamat - Johor, Melaka, Pahang cukup memening kepala mereka.


Shahrizat: Wanita UMNO Mula Berfraksi

Salam. Umno kian lama mula menunjukkan hakikat dirinya. Selama ini UMNO dan pemimpinnya menjaja ke sana sini bahawa UMNO pembela bangsa Melayu. Benarkah?

Terkini, selepas Shahrizat menawarkan dirinya untuk meletakkan jawatannya menterinya ekoran tamatnya tempoh hayat senatornya, dalam masa sama mengekalkan jawatan parti sebagai Ketua Wanita UMNO (KWU), mula timbul suara-suara dalam wanita bahawa tidakan Shahrizat itu tidak memadai. Beliau perlu juga berundur dari jawatan KWU.

Alasannya, mana mungkin seorang pemimpin yang terpalit dengan isu salah guna kuasa dalam isu Fidlot sehingga suaminya didakwa pecah amanah di mahkamah. Kita memahami suara-suara terpencil ini dalam wanita UMNO. Apakah persepsi ahli umno dan rakyat keseluruhan terhadap UMNO jika pemimpin yang tergelemang dengan pecah amanah masih dikekalkan dalam saat-saat menanti PRU13?

Anehnya, menurut Wanita Wilayah Persekutuan menyeru supaya kepimpinan Shahrizat dikekalkan untuk menerajui Wanita UMNO dalam PRU13, dan disokong pula oleh Najib.

Penegasan Wanita Wilayah Persekutuan ini turut dikongsi sama Wanita UMNO Pulau Pinang.

Jelas menggambarkan apa yang dikatakan di atas, dalam Najib meminta maaf atas kesilapan UBN sehingga UBN kehilangan beberapa negeri pada PRU12, dan meminta rakyat memberi peluang sekali lagi dalam PRU13, bahawa UMNO sebenarnya hanya bersandiwara.

Adakah ini parti yang mendakwa membela Melayu selama ini akan benar-benar ikhlas dalam mempertahan Melayu atau hanya untuk mempertahan kuasa mereka?

17 March, 2012

Felda rampas harta KPF?

 Felda rampas harta KPF?

Ini yang saya maksudkan dengan isu penyenaraian SGVH dan kesannya pada peneroka Felda. Pembongkaran demi pembongkaran didedahkan.

Kenapa Ahmad Maslam tidak berani untuk berdebat dengan Mazlan Aliman, jika benar penyenaraian ini menguntungkan dan demi masa depan felda. Bercakap dalam dewan berdegar-degar, sehinngga Salahuddin menganggap jawapan Ahmad Maslam terhadap isu ini sebagai jawapan yang angkuh dan tidak bertanggungjawab.

Saya agak yakin mengambil sikap Najib terhadap SBPA, dan isu Lynas, Najib sedang mengikuti secara rapat isu penyenaraiannya. Fakta-fakta yang menyelubungi penyenaraian ini telah diketahui umum. Najib akhirnya terpaksa memilih antara keuntungan jangka pendek (dana pilihanraya) atau Najib akan berisiko hilang kuasa.

Saya percaya generasi kedua Felda tidak akan membiarkan hasil titik peluh ibu bapa mereka tergadai dan hilang hak.

Bersedialah untuk melihat drama "flip-flop" PM  negara 1Malaysia!

PRU 13: Mission Impossible

 Urgent untuk atasan PR dan aktivis PR!


PRU 13: Mission Impossible

Najib menang lagi, isu Lynas!

Salam. Chua Soi Lek, dengan memetik Malaysiakini, kabinet telah bersetuju membentuk jawatankuasa PSC untuk mengkaji isu kontraversi Lynas.

Katanya, MCA mendokong usaha ini dan ini membuktikan Najib dan Putrajaya mengutamakan pandangan dan keresahan rakyat.

Rasanya usahlah kita membazir kata-kata dan memenatkan jemari mengetip keyboard, ini adalah satu lagi ciri khas dasar Najib dan kabinetnya, "dasar flip-flop". Belum pun bahang SBPA reda, sehingga Najib memalukan dirinya dan memalukan JPA.

Terkini ialah mengkaji semula isu Lynas.

Agaknya, jika kita celik sedikit, kenapa sampai Najib bersetuju membentuk PSC untuk Lynas ini? Inilah bukti betapa berbisanya "semak dan imbanng" dalam menyuburkan demokrasi. Di sinilah wajarnya sistem dua parti.

Saya percaya, selepas ini ialah isu penyenaraian FGVH menunggu masa untuk membaham Ahmad Maslam. Saya yakin, akhirnya Najib tidak akan memperjudi nasib dirinya dalam isu FGVH ini. Segala muslihat Ahmad Maslam, Isa Samad, Sabri Ahmad telah pun terbongkar dan akan terus di bongkarkan oelh Mazlan Aliman.

Sahlah PR akan kalah, kuatnya Kak Ijat!

Salam. Nampak gayanya, PR akan kecundang pada PRU13 ini. 

Khabar dari gunung bertiup kencang, Jun 2012 PRU13 akan berlangsung. Nampaknya Najib, PM kesayangan orang Melayu desan dan Melayu Felda, dengan selesa merungkai satu persatu tohmahan PR.

Daim, peramal berambut putih pun telah membuka kitab nujumnya. UBN akan menang besar.

Isu yang saya kira akan menggemparkan warung-warung kopi dan cafe ialah betapa bernilai, betapa berharganya Kak Ijat kepada Wanita Umno. Wanita Umno dengan bangganya mengisytiharkan:

 "Pendapat seperti itu antara lainnya disuarakan penolong setiausaha Wanita Umno Wilayah Persekutuan, Khadijah Alang Ibrahim yang berkata, sayap Wanita akan sentiasa menyokong Shahrizat tidak kira apa perkara yang berlaku."

Apa pun yang berlaku pada Kak Ijat, beliau tetap Ketua Wanita Umno (KWU) untuk mengemudi wanita dalam PRU13, malahan mereka menegaskan bahawa tiada sesiapa layak menggantikannya sementara ini sehingga PRU13. Kak Fidah mesti pedih telinga mendengarnya.

  "Dia ada kewibawaan sebagai pemimpin. Tak ada siapa lagi yang layak ganti beliau. Beliau letak jawatan sebagai menteri kerana terpaksa walaupun tidak terlibat. Dia berkorban demi keluarganya. Itu pengorbanan dia,"

Begitulah sayangnya Wanita Umno kepada KWUnya. Begitu mulianya sikap dan hati Kak Ijat sehingga mampu mempesona wanita umno. Rumusannya,

a. Letak jawatan (tamat tempoh hayat senatornya!) walau tidak terlibat.
b. Berkorban demi keluarganya.
c. Tetap menyokongnya walau apa yang terjadi.
d. Tiada yang layak menggantikannya.

Jika inilah mentaliti, sikap dan pendirian Wanita Umno dalam menentukan sikap terhadap kepimpinan mereka melibatkan kepimpinan yang secara jelas terlibat dengan "salah guna kuasa", memang sahlah Najib akan menang besar dalam PRU13.

Tetapi, menang sebagai Ketua Pembangkang!

15 March, 2012

Ironis...Pegawai Kanan Felda Gunting Akhbar...

Salam. Apa nak jadi ye? Semakin disorok..semakin terbongkar!

Mahfuz membongkar insiden yang amat mengecewakan kita. Setiausaha KPF merangkap Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri, dan megikut Malaysiakini, hanya ditugaskan untuk menggunting akhbar untuk kegunaan Perpustakaan JPM.

Sebelum ini, Pengurus besar KPF, Datuk Zulkifli, telah diarahkan bercuti sambil belajar sembilan bulan. Dilaporkan kedua-dua personal peringkat tinggi KPF ini "dibekukan" gara-gara memprotes penyenaraian FGVH dan protes pelantikan Isa samad sebagai pengerusi KPF.

Fikir-fikirkanlah.Apakah yang sebenarnya berlaku dan disembunyikan?

Untuk bacaan lanjut tentang penyenaraian FGVH dan kesannya kepada komuniti Felda, sila ke sini.

Betul Ke Cakap Daim Ni?

Daim, kini, mulai dikenali sebagai peramal politik Malaysia, bersuara lagi dan menolak andaian dan dakwaan umum atau persepsi umum bahawa UMNO tidak perlu mengaut dana dari Bursa saham untuk keperluan dana pilihan rayanya.

Barangkali boleh diterima kenyataan peramal berambut putih ini kerana selagi krisis eurozon tidak dapat selesai atau pulih, tidak mungkin bursa dapat dilonjakkan dengan mendadak sebelum PRU13. Daim memberi isyarat bahawa jika berlaku kenaikan mendadak di Bursa menandakan persepsi umum itu betul.

Kalau kata-kata Daim ini boleh diterima, apa jadi dengan dana UMNO. Perangai Najib ialah menghamburkan wang untuk menyelesaikan setiap masalah yang menyangkut kerajaannya, apatah lagi dalam pilihanraya, Najib pasti akan berbelanja lebib mewah!

Soalannya dari mana Najib peroleh stok UMNO ini?

Adakah ini bermakna "warlord" UMNO sudah bersedia untuk membuka kantungnya seluas-luasnya kepada Najib dan UMNO? Termasuk Daim?

Ini juga membawa kepada persoalan "calon boleh menang" Najib. Bukankah "warlord" UMNO ini akan membiarkan Najib menentukannya sebebas-bebasnya?

Fikir-fikirkanlah....

Pakat-pakat Sokong Ahmad Maslan Senaraikan Felda

Salam. Ahmad Maslan bertegas dalam Parlimen semalam, walau apa halangan yang mendatang, FGVH akan tetap disenaraikan di Bursa KL selewat-lewatnya bulan Jun ini.

Menjawab soalan Salahuddin, peneroka tidak perlu khuatir kerana katanya:

"Macam mana peneroka boleh rugi kerana penyenaraian ini langsung tidak melibatkan tanah mereka. Tanah 10 ekar sebutirpun tidak disentuh, tapak rumah mereka seincipun tidak sentuh, malah saham mereka satu sen pun kita tidak sentuh,"

Malahan peneroka Felda akan peroleh durian runtuh!

Ayuh, Ahmad Maslan, usah peduli Mazlan Aliman, usah peduli injuksi mahkamah, teruskan rancangan saudara, dan kita sama-sama lihat, adakah gugusan Felda akan tetap "fix deposit" UBN.

Kalau boleh, Anwar, LKS, TGHH, TGNA pun turut sama sokong...

14 March, 2012

Khairy Menelan Jadam Isu Anwar dan Israel


Salam. Khairy atau KJ terpaksa menelan jadam apabila cuba mempertahan UBN dan menegakkan pendiriannya tentang sikap dan pendirian Anwar tentang Israel dalam parlimen semalam. KJ cuba memprojeksi diri sebagai seorang yang pintar berhujah.

Anwar dalam ucapan perbahasan titah Agung telah mengambil peluang memperjelas sikapnya terhadap Israel ekoran temu ramah dalam AWSJ, yang dimanipulasi oleh media arus perdana. KJ mencelah dan membidas ketua pembangkang itu, katanya ketua pembangkang itu menyelindungkan sokongan tanpa syarat Anwar terhadap Israel.

Tujuan Anwar ialah supaya Putrajaya mengawal medianya dan menerapkan semangat demokrasi dalam media mereka, dan menolak fitnah.

Sebenarnya KJ silap percaturan. Akibat celahannya itu membolehkan Anwar, dan dibantu oleh Saifuddin dan Yusmadi memperjelas dalam dewan akan sikap sebenar UMNO dan Putrajaya dalam isu Irael dan Palestine. Faktanya jelas, bahawa wujud hubungan dagang antara Israel dan Malaysia dan penggunaan khidmat APCO oleh Putrajaya, dan 3 surat mantan PM kepada PM Israel (disiarkan oleh Wisma Putra).

Sebagai bacaan umum, rujuk di sini untuk menilai kewajaran sikap Anwar terhadap Israel.