Benarkah lanskap "psyche" Melayu telah berubah? Marilah sederap bersama membina masyarakat Malaysia yang adil, telus, dan berjati diri tanpa melupakan hakikat sejarah kenegaraan kita.
01 April, 2012
Bayan Mutiara: Syok Sangat Cari Salah, Pemuda Umno PP Masuk Lubang
Salam. Begitu ghairah Ketua Pemuda Umno P.Pinang mempertahan kawasan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara hingga sanggup menerima padah saman Lim Guan Eng (LGE). Malah Ketua Pemuda ini mencabar supaya dipercepat saman itu sebab banyak lagi dokumen yang akan didedahkan.
Rupa-rupanya LGE sengaja enggan respons kerana ternyata kejahilan tentang jangka hayat pelan yang diluluskan pada tahun 2006, yang di dalamnya termasuk tapak masjid dan kawasan sekolah.
Kenyataan yang dibuat oleh Rahmad Isahak, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang menjelaskan segala-galanya. Menurut Rahmat, kesilapan UMNO PP yang berkuasa pada tempoh itu (2006 - 2008) tidak mewartakan dan memecah lot untuk tapak masjid dan sekolah. Kealpaan UMNO PP itu menyebabkan tempoh hayat (satu setengah tahun) pelan yang diluluskan itu menyebabkan kedua-dua tapak itu hilang apabila kuasa kerajaan bertukar tangan ke PR.
Jadi, jelas di sini ialah kesilapan sebenar ialah ketidaksungguhan UMNO untuk menjadikan kedua-dua tapak diserahkan kepada Majlis Agama Islam PP dan Kementerian Pelajaran.
Namun begitu, pihak Ivory Properties Group Berhad (IPGB) yang membeli Bayan Mutiara telah memberikan komitmen untuk tetap membangunkan masjid dan sekolah di Bayan Mutiara walaupun mereka menyedari tidak tertakluk kepada pelan asal yang telah diluluskan pada 2006.
Inilah yang dikatakan kerana terlalu ghairah mencari salah orang lain, tanpa sedar pihak UMNO membuka pekung sendiri. Merekalah yang sebenarnya yang alpa dan tidak bersungguh, dan menuduh pihak lain untuk menutup kelemahan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment