31 December, 2008

Saman Jangan Tak Saman, Wahai Rashid!

Walaupun dah bersara, tetapi masih tetap tidak berubah. Beliau dengan angkuh, "Mereka serang saya secara peribadi. Mereka ingat saya ini macam Perdana Menteri sedangkan saya mempunyai ahli-ahli suruhanjaya yang mana kita berbincang setiap kali membuat sebarang keputusan.”

"Tengoklah nanti. Saya kutip semua bukti-bukti ini. Jangan main-main kerana saya tidak akan melepaskannya begitu sahaja.

"Mungkin ada ahli Parlimen yang akan hilang kerusi nanti," katanya

Apa pula kata pembangkang?

Mereka bersedia bila-bila masa.

Memulakan proses perundangan satu hal yang amat dialu-alukan. Kita tengok nanti siapa yang akan menggigit jari.

Apabila pihak pembangkang mengatakan bahawa SPR di bawah Rashid, begitu banyak kepincangan semasa mengendalikan pilihan raya bukanlah satu fitnah, tetapi satu fakta yang boleh dibuktikan.

Fakta-fakta ini akan dipertimbangkan satu persatu oleh hakim. Dalam proses ini, akan muncul satu debat antara pendakwa dan pembela, dan segala bukti yang selama ini terpendam akan terbongkar.

Dari sini, akan terserlah dan tergambarlah siapa sebenarnya Rashid.

Rashid, ayuh saman jangan tak saman!! Kalau boleh esok terus mulakan proses. Rakyat tak sabar untuk menanti siapa sebenarnya yang “tidak bersih”.

Di Serambi Simpang 4, AS

Terbongkar ... Siapa Jenapala?

Apabila terbaca laporan dalam Mstar, 30 Disember, bahawa S.Jenapala mengumpulkan 50 pemimpin India PR untuk mengadakan forum pada hari ini, membincangkan kes Mike, dan pula sehingga membincangkan 2 opsyen: kekal atau keluar daripada PKR dan akan menubuhkan parti sendiri, saya sudah syak ada sesuatu yang tidak kena dengan Jenapala ini.

Masa yang dipilih melakukan hal ini amat tidak kena kerana PR akan menghadapi cabaran getir di Kuala Terengganu iaitu PRK36 KT.

Memang tindakan mengadakan forum ini adalah haknya. Ini negara demokrasi. Namun, apabila dia bertindak sebagai mewakili seluruh pemimpin India dalam PR adalah sesuatu yang keterlaluan!!!

Rupanya beliau telah pun digugurkan daripada jawatanya dalam PKR sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR kerana muflis Ini dijelaskan oleh R.Sivarasa, Naib Presiden PKR, dan disokong oleh saudara Gobala.

Tentang dakwaannya bahawa telah wujud rasa tidak puas hati pemimpin India dalam PKR dan PR, adalah tidak benar. Sivarasa menafikan hal ini:

"Perkara itu sebenarnya tak wujud... sebaliknya beliau sengaja membangkitkan isu perkauman seperti itu bagi kepentingan politik peribadinya.

"Tidak wujud soal perkauman dalam Pakatan Rakyat, dan beliau sendiri yang cetuskan isu ini kerana ada agenda tersendiri selepas kecewa kerana tidak dilantik semula ke jawatannya sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) menolak wujudnya diskriminasi kaum dalam Pakatan Rakyat.

"Saya tak nampak wujudnya diskriminasi kaum dalam Pakatan Rakyat kerana dalam pakata ini kami dilayan dengan baik. "Malah semua kaum membantu sesama sendiri untuk memajukan kaum-kaum masing," katanya.

Tambah beliau walaupun PSM bukan sebagai ahli rasmi dalam Pakatan Rakyat, namun beliau percaya hanya melalui pakatan itu dapat membawa perubahan positif kepada rakyat.

Jelas bahawa Jenapala sedang bermain dengan api. Kita berharap tidak akan wujud lagi spesis Ezam dan Nala.


P.S.: Untuk Mike, jawatan dalam PKR yang anda pegang adalah suatu amanah daripada seluruh masyarakat India yang menyokong PR. Belajarlah menjadi pemimpin, mengutamakan strategi bukan emosi! Jangan terlalu mencabar pihak pimpinan!


Di Serambi Simpang 4, AS

Isu Pemilihan Ketua Kampung Baru Diputar Belit Media

Di sini saya perturunkan penjelasan, dengan izin, oleh ADUN Titi Serong, Perak, Drs. Khalil Idham Lim, yang kesal dengan cara pemberitaan yang tidak adil dan berat sebelah berkenaan dengan isu ini. Posting beliau bertarikh 30 Disember 2008.

Saya kesal dengan sikap media yang tidak habis-habis memutar belit berita Kerajaan Negeri Perak dengan pemberitaan yang berat sebelah serta mengambarkan apa yang dilakukan semuanya salah dan tidak betul. Terkini dalam isu pemilihan Ketua Kampung Baru Gunung Rapat di DUN Simpang Pulai yang hangat diperkatakan media arus perdana sekarang.

Sebenarnya tidak ada percangahan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dengan dasar Kerajaan Negeri seperti yang digambarkan oleh Utusan .Yang berlaku cuma kesilapan maklumat dan salah faham yang sedang dan akan diselesaikan segera oleh kedua-dua belah pihak.Pemilihan ketua kampung tradisional yang kebanyakannya didiami oleh orang Melayu telah selesai dilakukan di semua kampung di Negeri Perak dengan cara pemilihan.

Namun begitu pemilihan ketua kampung baru tertangguh beberapa ketika dan akan diselesaikan pada tahun 2009.Sedangkan apa yang berlaku di Kampung Baru Gunung Rapat adalah kes yang terpencil yang cuba diperbesarkan malah digunakan oleh media yang tidak bertanggungjawab bagi melagakan YAB Menteri besar dengan dua orang wakil rakyat tersebut.

Sebetulnya apa yang dilakukan adalah tidak bercanggah kerana mereka mengambil kira keputusan asal cara memilih ketua kampung tradisional sebelum pengumuman baru yang dikeluarkan oleh Menteri Besar seperti disiarkan malaysiakini.Disebabkan proses yang diumumkan lebih awal dengan cara pengundian bagi memilih ketua kampung itu , adalah satu kewajaran ianya diteruskan bagi menentukan calon dan seterusnya calon yang terpilih akan disahkan oleh Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar siapakah yang paling layak.

Saya yakin ini adalah masalah kecil yang sengaja diperbesarkan bagi menutup masalah yang lebih besar. Pihak yang memutar belit berita ini difahamkan tidak menemui semua pihak untuk memberitakan keadaan yang sebenar. Pemberitaan yang dilihat sangat berat sebelah itu adalah andaian dan rekaan orang yang tidak bertanggungjawab semata-mata.

Perkataan MB Perak "terkilan" adalah perkataan yang tidak pun diucap oleh YAB Menteri Besar.Nasihat saya kepada semua ADUN Pakatan Rakyat dalam BBC supaya sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas kerana ada saja "pihak" yang ingin mencuri peluang bagi memutar belit setiap tindakan yang dilakukan kerana mereka mempunyai "agenda tersembunyi" yang semua sudah maklum.

30 December, 2008

Buat Manikavasagam dan Jenapala, Anda sedang Dinilai ...


1. Menurut P.Jenapala, esok akan berlangsung satu forum yang menghimpunkan 50 pemimpin India PR yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India PKR.

2. Seperti yang dilaporkan dalam Mstar, 30 Disember 2008, forum ini diadakan untuk menentukan hala tuju politik pemimpin India dan penyokong India dalam PKR dan PR ekoran daripada krisis S.Manikavasagam yang mengugut untuk keluar PKR. { http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/30/mstar_berita/20081230003957&sec=mstar_berita }

3. Menurut S.Jenapala, yang juga adalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, forum ini akan membincangkan 2 opsyen:

a. Kekal dalam PKR dan PR, atau
b. Keluar daripada PKR dan PR, dan menubuhkan parti sendiri.

4. Kita faham akan kegelisahan dan rasa tidak puas hati mereka, namun kalau diteliti lebih mendalam adakah hanya kaum India sahaja yang tidak puas hati? Bagaimana dengan masyarakat Melayu? Masyarakat Cina?

5. Kalau diusut lebih mendalam, adakah hanya PKR yang tidak puas hati? PAS, bagaimana? DAP, adakah mereka berpuas hati?

6. Sebelum keputusan dibuat, cuba baca sejarah politik India di Malaysia, dan di bawah BN. Apakah yang dilakukan oleh IPF, PPP, dan MIC? Apakah terbela nasib masyarakat India selama lebih 50 tahun?

7. Perlu juga difikirkan adakah sokongan masyarakat India pada PRU12 lalu benar-benar "genuine" dan akan terus bertahan jika mereka mengambil keputusan untuk bersendirian?

8. Adakah sokongan itu hanya semata-mata kerana sokongan atas personalisiti? Saya berpendapat sokongan masyarakat India itu adalah juga kerana faktor DSAI dan PAS.

9. Pada saya jika forum ini membuat keputusan untuk bersendirian dan menubuhkan parti sendiri, tidak kesemua 150,000 menyokong India akan bersama mereka. Yang simpatis atau yakin akan DSAI dan TGHH dan TGNA akan tetap bersama PR kerana mereka sedar bahawa dalam keadaan sekarang yang lebih utama ialah mengukuhkan PR dan menumbangkan BN. Soal-soal kepentingan dan keperluan kaum akan ditentukan oleh pihak pimpinan secara berperingkat setelah kuasa diambil alih.

10. Sepatutnya, nasihat saya ialah sebagai pemimpin andalah yang sepatutnya mempertahan dasar parti dan meredakan ketidakpuashatian peringkat akar umbi. Andalah yang sepatutnya mnyejukkan rasa tidak sabar itu. Andalah yang seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan hasrat akar umbi dengan berhemah. Anda pemimpin maka bertindaklah sebagai seorang pemimpin.

11. Saya berharap forum itu akan dapat menjadi gelanggang untuk berbincang permasalahan masyarakat India dengan kepala dingin dan bijaksana, di samping memfokus kepada masa depan bukan manafaat segera yang kelak akan menimbulkan padah.

Kepada Manikavasagam dan Jenapala, selamat berforum.
Rakyat Malaysia sedang memerhati dan menilai anda. Pisau ada di tangan mereka.

Di Serambi Simpang 4, AS

Amaran Merah Untuk YB PR - Jangan Nanti Anda Yang Tergigit Jari!!!


Kesimpulan yang boleh dibuat ialah:

Kegopohan, sikap kurang sabar, kurang sifat tolak ansur, tahap kerjasama kumpulan yang rendah, kurang sifat-sifat “leadership”, keakuran kepada arahan kepimpinan yang rendah, dan sentimen kelompok atau ingin menjadi juara kumpulan atau kaum

yang menjadi punca kekecohan atau kerenggangan dalam Pakatan rakyat atau hubungan dalam parti sendiri.

Umur atau usia Pakatan Rakyat baru 9 bulan. Mustahil dalam masa yang sesingkat ini, kerajaan negeri yang dikuasai PR terutama di Selangor, Perak, dan Kedah, dapat dipenuhi semua.

Satu hakikat yang harus diakui ialah kemenangan PR itu sebenarnya tidak terjangka. Gabungan parti-parti PAS, PKR dan DAP pada asalnya untuk mengekalkan status quo dan pada masa yang sama ialah untuk mengurangkan majoriti BN di Parlimen.

Setiap wakil rakyat PR tidak kira ADUN atau AP harus melihat atau bermuhasabah bahawa kemenangan mereka adalah bukan kemenangan peribadi atau kemenangan itu merupakan sokongan mutlak kepada calon itu sendiri.

Setiap wakil rakyat PR sebenarnya mewakili hasrat, harapan, dan amanah kesemua penyokong PR. Anda menang kerana sokongan atau undian secara kolektif!

Jika mereka menganggap kemenangan mereka sebagai kemenangan peribadi sama ada mewakili satu-satu kaum, misalnya mewakili Melayu atau mewakili India, atau mewakili Cina, pendirian ini adalah silap, dan “syok sendiri”.

Cuba teliti secara mendalam, bagaimana DSAI, TGHH, THNA, LKS, LGE dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan. Mereka amat berhati-hati. Mengapa? Tidak lain bertujuan untuk mengurangkan sebanyak mungkin perbezaan dan mengumpul seberapa banyak kebersamaan.

Mengapa?

Mandat yang diberi amat rapuh, dan boleh hilang tanpa apa-apa amaran umpama kabus menghilang ditelan mentari.

Apabila rakyat terbanyak mula membuat pendirian bahawa kerajaan-kerajaan negeri PR, atau wakil-wakil rakyat PR sibuk memperjuangkan agenda yang diyakini betul tanpa menghirau pendapat majoriti maka rakyat terbanyak akan membuat kesimpulan: tiada beza antara BN dan PR.

Maka lebih baik berpendah ke BN yang sememangnya cukup prasarana pemerintahan dan dokongan kewangan.

Inilah yang saya kesali apabila berlakunya insiden mencabar secara terbuka atau mengugut secara terbuka dan mengguna media umum milik BN.

Di Perak, Nizar terkilan dengan keengkaran arahan oleh AP Gopeng Dr Lee Boon Chye, dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dari PKR untuk tetap mengadakan pemilihan ketua kampung Gunung Rapat secara undian. Ini keangkuhan tanpa mempeduli keputusan kerajaan negeri.

Di Selangor pula, insiden ini berjangkit kepada AP Kapar dari PKR, S.Manikavasagam yang mengugut untuk keluar parti kerana perjuangannya seolah-olah disokong oleh pucuk pimpinan. Sekali lagi, ugutan ini dibuat secara terbuka dan menggunakan media sebagai saluran.

DAP Selangor juga dijangkiti virus yang sama. Cabar-mencabar secara terbuka antara Speaker DUN, Teng Chang Kim, dengan AP Kelang, Charles Santiago. Hal ini mendorong DAP Selangor mengeluarkan arahan agar tindakan ini dihentikan.

Kepada YB-YB ini, silalah bergaduh .. dan akhirnya anda juga yang akan menggigit jari ..

Sebelum anda menggigit jari sehingga berdarah .. kembalilah ke akar perjuangan. Belajarlah untuk hidup bersama dan belajarlah untuk akur kepada pimpinan.

Di Serambi Simpang 4, AS

29 December, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1430 HIJRAH


Buat Pembaca:


Sempena beranjaknya tahun Hijrah ini, moga-moga anjakan politik Malaysia tetap terus berlangsung atas landasan yang sebenar. Bersama-samalah kita mendokong anjakan ini sebagai bakti untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

Hudud dan TGHH: Media Telah Kalah dan Khairy Pun Terkulai ...


Kita tidak tahu apa sebenarnya niat Khairy sanggup hadir sebagai penalis dalam “Wacana Perdana: Transformasi Politik Malaysia” yang diadakan di Dewan besar, Balai Islam Lundang, Kelantan, 20 Disember 2008.

Kita sepatutnya memberi ucapan tahniah kepada Khairy sebab sanggup hadir dan berhujah mewakili partinya. Husam, dari sudut kepimpinan PAS bukan calang-calang tokoh. Jarak umur antara mereka ialah lebih 10 tahun. Khairy tokoh muda malah terlalu muda, tetapi pengalaman politiknya cepat didewasakan memalui hubungan mentua-menantu dengan Pak Lah.

Satu perkara yang kita nampak ialah Khairy ialah calon Ketua Pemuda Malaysia. Barangkali kesanggupannya itu ada hubungan dengan pertandingan merebut jawatan no. 1 Pemuda UMNO Malaysia. Saya pasti sahamnya di kalngan penyokongnya dan simpatisannya melonjak.

Namun, apabila membaca laporan { http://www.malaysiakini.com/news/95336 }Malaysiakini, 23 Disember 2008, barangkali selain menyedut political milleage, tetapi juga mencari modal untuk PRK36 Kuala Terengganu. Tema postingnya, Husam longlai digertak DAP isu Hudud, jelas menampakkan hasrat sebenar beliau measuki gelanggang debat tersebut {http://www.rembau.net.my/}.

Terdapat tiga isu yang cuba ditonjolkan oleh Khairy untuk sumber ilham di PRK36, iaitu pertama, keangkuhan kuasa. Khairy menempelak bahawa sindrom ini telah berjangkit ke PR apabila DSAI dengan yakin bahawa perubahan kerajaan akan berlaku pada 16 September. Kedua, penguasaan DAP di Perak. Khairy merumuskan bahawa YB Nizar hanya sebagai boneka DAP. Ketiga, dan terpenting soal Hudud. Khairy berjaya mendesak Husam terhadap azam politik PAS untuk melaksanakan Hudud di Malaysia sekiranya berjaya mengambil alih Persekutuan.

Bagi Khairy, isu Hudud ini menjadi fokus beliau kerana beliau faham bahawa DAP akan menentang isu ini sekiranya cuba dilaksanakan di Malaysia. Dan, jelas bahawa niat tersembunyi beliau ini telah berjaya dimanipulasi oleh media milik mereka. DAP tanpa berlengah memberi respons { http://www.malaysiakini.com/news/95275} segera melalui LKS dan LGE. Dengan respons DAP ini, Khairy tersenyum kerana umpannya telah mengena ikan yang besar. Beliau mengira isu ini akan menjejaskan hubungan PR terutama dalam meyusun atur gerak kerja di PRK36 nanti.

Namun, bagi sesiapa yang mengikuti siaran langsung wacana tersebut atau melihatnya melalui VCD nampak jelas Khairy telah diasak hebat oleh Husam malah Khairy terdiam seketika apabila Husam mencabar Khairy supaya UMNO melaksanakan Hudud di Malaysia. Boleh dikatakan ketiga-tiga isu itu dijawab dengan tuntas oleh Husam. Malahan Husam mempersoalkan akan pendirian UMNO mengapa enggan mengambil Islam sebagai wadah perjuangan. Kata Husam, perjuangan yang memfokuskan Melayu semata-mata tidak akan berjaya kerana Melayu sebagai ras tidak akan diterima oleh orang Cina dan India, tetapi Islam, katanya, bukan milik Melayu tetapi boleh diterima oleh orang bukan Melayu. Islam itu universal, sambung Husam.

Namun, yang saya amat tertarik ialah bagaimana PAS mematikan isu ini dan sekali gus menyimpul mati permainan media milik mereka. Umum mengetahui bahawa Hudud ialah agenda khas PAS, dan tokoh yang memperjuangkannya secara konsisten dan vokal ialah Presiden PAS sendiri, dan Mursyidul Am PAS.

Sesiapa pun, rasa saya, akan menjangka bahawa PAS tidak akan senada dengan DAP. Namun, dengan method siasah syariah, PAS berjaya melunakkan isu ini. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat. Untuk pengetahuan, Husam telah pun membuat pembetulan {http://www.malaysiakini.com/news/95291} terhadap lontaran ideanya dalam wacana tersebut, dan disokong oleh TGNA, namun tanpa penegasan daripada Presiden PAS sendiri, isu ini akan terus dimainkan oleh mereka.

Apabila TGHH sendiri menegaskan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil (Mstar, 27 Disember, 2008).

Secara tersirat, penegasan TGHH ini {http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/27/mstar_berita/20081227194852&sec=mstar_berita}, yang selama ini dilihat tidak rapat dengan DSAI, PKR dan DAP, telah dapat melegakan kekeliruan. Penegasan ini mensasarkan banyak pihak – mematikan langkah media UMNO dan BN, melegakan penyokong Hudud dalam PAS, melegakan rakan-rakan dalam PR, dan melegakan simpatisan PR bukan Melayu.

Tahniah dan solute kepada TGHH., yang selama ini dilihat tidak rapat dengan DSAI, PKR dan DAP, telah dapat melegakan kekeliruan. Penegasan ini mensasarkan banyak pihak – mematikan langkah media UMNO dan BN, melegakan penyokong Hudud dalam PAS, melegakan rakan-rakan dalam PR, dan melegakan simpatisan PR bukan Melayu.

Tahniah dan solute kepada TGHH.

Di Serambi Simpang 4, AS

24 December, 2008

Siaran "Ungent"




Sesiapa yang jumpai gadis in Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.comi.

20 December, 2008

Yang Tak Menyenangkan ...

Malam ini, berlangsung Wacana Perdana, di Putik, Lundang, Kelantan - mempertemukan dua jaguh, Khairy dan Husam. Kedua-duanya mewakili aliran yang berbeza.

Namun, agak mengecewakan, siaran live tidak dapat saya akses melalui broadband. Saya tidak tahu talian streamyx. Hal ini berlaku berulang kali.

Mungkin pada orang lain, wacana perdana anjuran Urusetia Penerangan PAS Kelantan ini tidak penting. Tajuk kupasan mereka memang signifikan: Transformasi Politik Melayu. Saoalan dasar ialah:

a) Benarkah berlaku transformasi itu? Sementara atau berlanjutan pada PRU13? Apakah cirinya?

b) Dengan transformasi itu, ke manakah politik Melayu itu? Apakah hala tujunya?

Kita boleh lihat dua aliran yang berbeza atau tafsiran yang berbeza. Khairy akan mengupasnya dari sudut pemikiran UMNO. Husam pula akan menyorotnya dari sudut PAS, dan PR. Namun, agak istimewanya, kerana Khary sanggup sepentas dengan Husam. Akhir=akhir ini Khairy memperlihatkan jalur pemikiran yang universal dan agak senada dengan PR.

Sama-samalah kita tunggu esok, apa hasilnya. tentu banyak blogger akan mengulasnya.

PRK36

BN telah menamakan calonnya. Wan Ahmad Farid. Begitu bersemangat Najib semasa mengumumkannnya di KT. Najib juag merupakan Pengarah Pilihanraya BN PRK36. PAS pula bagaimana?

Khabarnya esok pagi PAS akan bermesyuarat, dan selepas mesyuarat itu, dijangka Presiden PAS akan mengumumkan calonnya. Setakat ini dua nama: Mohamad Sabu dan Dr Syed Azman.

Pada firasat saya, apabila Wan Farid menjadi saingan, maka PAS seharusnya menurunkan Dr Syed Azman. Syed Azman memenuhi banyak kriteria - anak tempatan, berilmu

17 December, 2008

Bersediakah PAS ... (PRK36 KT <3>)


Posting ini lebih bertujuan untuk berkongsi pendapat dan bermaksud menegur apatah lagi pada 6 Januari 2009, PAS untuk kesekian kalinya akan diuji akan pengaruhnya di kubu kuatnya, Kuala Terengganu.

Dalam posting saya yang lalu, saya bertanya " Ke manakah PAS?", saya bermaksud untuk menegur PAS supaya bersedia menghadapi realiti politik hari ini (real politik). Tulisan saya itu dikuti pula dengan ulasan tentang posting Tulang Besi mengenai PAS Selangor ekoran penyingkiran YB Khalid Abdul samad sebagai TPJ PAS Selangor.

Banyak analisis pemerhati politik tentang PRK36 ini begitu kritikal bagi PAS, PR, dan UMNO (BN). Kekalahan bagi PAS atau UMNO akan membawa kesan yang cukup besar kepada parti masing-masing. Untuk lebih lanjut, lihat posting MSO, dan Bicara Nobisha.

Saya agak gusar tentang beberapa perkara. Saya tidak gusar kalau PRK kali ini bukan di kubu kuat PAS atau PAS sebagai "incumbent".

Pertama, soal Melayu atau Islam. Pengundi di KT didominasi oleh Melayu (88.2%). Kaum Cina pula 10.9%. Manakah pendekatan yang akan diambil oleh PAS sama ada akan memperjuangkan isu Melayu, hak istimewa, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, dan pendidikan atau memfokus terhadap isu Islam dan keadilan sejagat? Saya bimbang PAS berhadapan dengan dilema yang hebat. Memfokus kepada isu Melayu mungkin berkesan terhadap simpatisan UMNO tetapi bagaimana pula dengan pengundi bukan Melayu sama yang bersekutu dengan PAS atau di luar PAS? Begitulah sebaliknya, kalau PAS mengambil pendekatan untuk memfokus kepada Isu Islam dan keadilan sejagat.

Kedua, soal anggapan bahawa KT adalah kubu kuat PAS. Anggapan ini berpotensi menjadi silent killer kepada PAS. Jentera parti PAS peringkat negeri dan akar umbi berasakan selamat dan selesa. Oleh sebab mereka beranggapan demikian, mereka akan bersikap "tidak selesa" kalau soal pengendalian dan strategi pilihanraya berkongsi dengan PKR dan DAP. Mereka berkemungkinan bersikap terlalu melindungi kubu mereka. Kesannya, idea-idea daripada PKR dan DAP akan ditolak mentah-mentah. Suara-suara seperti ini telah mula kedengaran. Mereka akan lupa tanpa disedari bahawa orang luar mudah nampak kelemahan jentera.

Ketiga, soal fraksi dalam PAS. Soal ini walaupun tidak jelas akan bentuk kumpulannya, namun rasanya soal fraksi ini memang wujud. Saya maksudkan tentang kepercayaan PAS terhadap Gagasan Pakatan rakyat dan adakah PAS dapat memainkan peranan aktif dalam merealisasikan misi perjuangan Islamnya melalui gagasan ini. Persepsi ini jika wujud tentu menjejaskan kelancaran kempen dan mengganggu strategi pilihanraya.

Ketiga-tiga isu ini, pada hemat saya, perlu difikirkan dengan mendalam oleh PAs pusat dan PAS negeri Terengganu. ketiga-tiga isu ini tidak akan diselesaikan tanpa kejujuran dan kesediaan PAS, dan PASlah yang harus memainkan peranan untuk mengendurkan situasi ini.

p.s. : Nak cuti, balik kampung, apa pun kalau terluang akan update.

Di Serambi Simpang 4, AS.

PRK36 KT (2): ISU CAMRY, TIDAK PATRIOTIKKAH NIZAR?

1. Nampaknya isu Camry (ISC) ini berpotensi besar untuk dimasukkan senarai isu UMNO dan BN ( selepas ini saya rujuk sebagai UMNO sahaja) dalam kempen perdana mereka di Kuala Terengganu nanti.

2. Posting saya yang lalu juga ada menyentuh tentang sindiran tajam oleh Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor, dan Timbalan Presiden Gerakan merangkap Pengerusi Gerakan Perak.

3. Terbaharu, saudara Nobisha < http://nobisha.blogspot.com/2008/12/kerajaan-bukan-bisnes-rakyat-bukan.html> dalam posting 15 Disember ada menyinggung isu ini. Beliau beranggapan tindakan ini sebagai tidak wajar kalau penukaran itu dengan alasan kos selenggara yang tinggi. Beliau mengesyaki wujudnya unsur rasuah. Beliau juga menganggap tindakan ini sebagai memperlekeh projek kereta nasional dan tidak patriotik.

4. Menurut Nizar, MB Perak, di sebalik pembelian Camry ini, tujuannya untuk penjimatan wang kerajaan negeri. Kriteria penukaran kenderaan rasmi dari Perdana V6 kepada Toyota Camry 2.4 ialah faktor keselamatan, kos selenggaran, dan aspek lain yang lebih memihak kepada Toyota Camry. Beliau memberi bukti bahawa kos selenggaraan Perdana V6 begitu tinggi sehingga melebihi RM1 juta sepanjang 5 tahun lepas. Rujuk di sini
< http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=378284>

5. Untuk makluman, isu penggantian kenderaan rasmi kerajaan ini telah timbul sebaik sahaja selesai PRU12 apabila PR berjaya menawan 4 negeri selain Kelantan. Namun atas nasihat DSAI, dasar umum yang dipakai ialah tiada penukaran dan menggunakan kenderaan lama. Tentulah ada sebab-sebab konkrit keputusan penggantian Perdana ini diambil.

6. Isu Camry ini timbul selepas MB Terengganu, Datuk Ahmad Said menempah Mercedes sebagai kenderaaan rasmi kerajaan menggantikan Perdana V6. Alasan yang diberikan ialah kos selenggaraan yang tinggi.

7. Isu penggantian kenderaan ini dicetus semula oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan negeriberhasrat menggantikan PerdanaV6 ini dengan Toyota Camry. tetapi, isu ini tenggelam begitu sahaja.

Protes Prof Jomo

8. Apa salahnya atau tidak kenanya Perdana V6 ini? Isu Perdana ini sebenarnya hanyalah permukaan sahaja. Ia sesungguhnya berkait dengan kewajaran atau signifikannya Malaysia menceburi bidang automatif.

9. Seingat saya, Proton adalah projek TDM dalam menjayakan Malaysia sebagai negara perindustrian, projek pandang ke Timur, dan kerjasama strategik antara Kerajaan dan swasta. TDM memilih untuk melaksanakan industri automatif sebagai projek gergasi dengan hasrat supaya berlaku pemindahan teknologi automatif kepada anak-anak tempatan.

10. Salah seorang ahli akademik yang menentang projek ini ialah Prof Jomo K Sundram dari UM. Beliau diiktiraf sebagai salah seorang pakar ekonomi Malaysia.

11. Kini, terbuktilah mengapa secara konsisten Prof Jomo menentang program ini. Alasannya mudah:

a. Tidak dapat bersaing dengan negera-negara pengeluar kereta dunia seperti Jepun dan negara-negara Eropah. Mereka telah menceburi diri dalam bidang ini sejak ratusan tahun. Negara-negara inilah yang menguasai pasaran dunia dengan pelbagai jenama. Negara-negara pengeluar kereta ini bukan sahaja establish daripada kejuruteraan kereta malah disokong oleh syarikat-syarikat yang amat mahir dalam bidang komponen elektronik, yang menjadi vendor mereka.

b. Oleh sebab negara-negara pengeluar ini telah establish dan menguasai pasaran dunia, kesan pasti ialah kos pengeluaran mereka rendah. Hasilnya mereka boleh menjual kenderaan mereka dengan harga yang murah tetapi berkualiti dalam semua aspek.

c. Pelaburan yang tinggi. Pelaburan yang tinggi ini tidak sepadan dengan kualiti outputnya. Kepakaran kita tidak setanding dengan mereka. Ada setengah komponen, kita masih import dari negara luar.

d. Mitsubishi yang menjadi mentornya, dan pembekal kepakaran dan teknologi automatif, dianggap oleh penganalisis industri automobil sebagai teknologi lapuk dan ketinggalan zaman.

e. Dengan keadaan yang demikian, pasaran kereta nasional menjadi terhad dan tidak dapat menembusi pasaran antarabangsa, maka harga seunit kereta menjadi mahal, kualiti yang tidak setaraf, dan harga alat ganti yang menjadi tinggi.

f. Maka wujud keadaan, kereta yang dieksport, harganya terpaksa diturunkan, dan pada masa yang sama kereta nasional yang dijual dalam negeri menjadi mahal.

g. Apabila jualan kereta menurun kerana pasarannya yang terhad maka margin keuntungan menjadi kecil malah mengalami kerugian. Akibatnya peruntukan untuk R & D mengecil, dan kesannya lambat berlaku inovasi.

Soal Patriotik

12. Soal patriotik. Saya kira kita tidak menjadi patriotik hanya sekadar menggunakan kenderaan nasional, tetapi dalam masa yang sama terpaksa membeli sebuah kenderaan yang akhirnya menjerat kewangan kita.

13. Saya berpendirian MB dan exconya telah membuat penilaian yang mendalam dalam hal ini. Keputusan ini bukan kerana soal politik, tetapi kepada soal pertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan kerajaan negeri yang sumbernya begitu terhad.

14. Kita tidak boleh menyamakan keadaan atau kemandirian kewangan negeri-negeri PR dengan negeri-negeri yang dikuasai BN. Sudah tentu peruntukan pembangunan dan bantuan kewangan Persekutuan akan mencurah ke negeri-negeri BN, tetapi bagaimana untuk negeri-negeri PR. Saya percaya, untuk mendapat peruntukan perkapita atau geran wajib pun susah, apatah lagi dengan bantuan atau pinjaman daripada Persekutuan. Contoh jelas, apa yang terjadi kepada Kelantan.

15. Maksudnya, kerajaan-kerajaan negeri PR terpaksa bergantung kepada hasil negeri yang terhad. Harga Perdana V6 Eksekutif bukanlah murah, tetapi kualiti yang tidak setaraf dengan kereta sekelasnya, dengan kos selenggara yang tinggi, maka penggunaan kenderaan ini menjadi tidak ekonomik. Dengan penggunaan Camry, jaminan kualiti yang cukup ketat, dan semestinya dengan pakej yang lengkap maka kos selenggaranya akan menjadi minimum, maka lebihan wang hasil daripada penjimatan pembelian Camry tentunya akan mengalir kepada rakyat.

16. Akhirnya, penilaian sebenar patriotik, pada hemat saya, ialah diukur sejauh mana ketelusan dan penyampaian khidmat kerajaan kepada rakyat secara adil dan merata.

17. Oleh itu, penilaian kita terhadap sesuatu tindakan oleh kerajaan PR amat perlu dibuat secara adil (kena pada tempat dan keadaan) bukan semata-mata pada tafsiran selapis dan berkepentingan.

Catatan Hujung:
(Bila Hati Berdetik)

Kepada seseorang, diucapkan selamat bercuti, lupakan seketika masalah yang menjerut jiwa, berdialoglah dengan diri, berilah ruang untuk diri sendiri merasa bahagia.

Di Serambi Simpang 4, AS.

16 December, 2008

PRK36 KT (1) : Awas PR, Perang Saraf Telah Bermula

Maka perang untuk menang pun bermula. Najib telah mengorak langkah dengan mengumumkan di Kuala Terengganu, penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dengan suntikan modal RM10 bilion
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/harini?day=Sunday. Pada masa sama, sejumlah RM408.6 juta wang royalti minyak diserakan kepada Ahmad Said.

Mengapa tidak berlaku sebelum ini? Jelas motifnya adalah PRK36 KT. Akan terpedayakah orang-orang cukup umur di Kuala terengganu? Dan mungkinkah wang royalti cukup besar ini, tidak akan tercurah dalam bentuk projek dalam kempen mereka nanti? Bagaimana PR?

Itu soal pembahagian wang yang sememangnya hak rakyat Terengganu, perang ini tidak akan lengkap tanpa menembak Pakatan Rakyat. "Isu Camry" menjadi senjata mereka.

Adun Pangkor, Si Zambry melabelkan tindakan PR Perak berbelanja RM2 juta untuk membeli camry sebagai "menjilat ludah sendiri"
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/harini?day=Sunday . Dakwa si cerdik pandai ini, sebaik sahaja menguasai Perak mereka berikrar menggunakan kenderaan sedia ada (baca; Perdana V6) yang kos selenggaranya bukan sedikit.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn merangkap Pengerusi Gerakan Perak menyifatkan tindakan pembelian camry itu seperti "cakap tak serupa bikin" <http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/15/mstar_berita/20081215175421&sec=mstar_berita> . Katanya dua bulan selepas Pakatan Rakyat menerajui Perak, ia berjanji akan menjaga kebajikan dan prihatin dengan keperluan rakyat tetapi sekarang terbukti janji yang ditaburkan sebelum ini hanyalah cakap kosong sematamata kerana mereka mementingkan diri sendiri dengan niat untuk membeli kereta mewah demi keselesaan mereka.

Persoalannya, isu camry ini, dan isu-isu lain yang tercetus dalam kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat, akan dapat diungkai dengan tuntas oleh PR sepanjang kempen PRK36 nanti?

Saya mengharapkan posting bloger Ceritayan < http://ceritayan.blogspot.com/2008/12/dato-seri-anwar-ibrahim-mengumumkan.html > yang diposting pada 13 Disember tidak bermaksud demikian. Kalau ditanggap sepintas lalu maksud posting itu ialah PAS Terengganu tidak mahu PKR dan DAP campur tangan dalam PRK36 nanti, menggambarkan PAS Terengganu mahu mengawal dan mengendalikan PRK36 secara solo.

PAS Terengganu harus mengambil iktibar daripada kekalahan mereka dalam PRU yang lalu. Mereka hanya sempat menguasai Terengganu selama sepenggal sahaja. Selain kerana faktor persempadanan semula, tentu ada faktor lain yang signifikan yang menyebabkan rakyat Terengganu menolak PAS.

Bersiap siagalah PR - retorik tidak bermakna tanpa adanya gerak kerja bersepadu.

P.S. : Saya akan mulakan siri PRK36 KT - akan ada komen ringkas dan ulasan panjang. Bagi teman-teman blogger khasnya dari Terengganu, kalau sudi berkongsi maklumat, sila email kata saya.

Di Serambi Simpang 4, AS.

13 December, 2008

Komen Ringkas: Apa Tunggu Lagi Kayveas

Mstar (http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/12/mstar_berita/20081212130357&sec=mstar_berita) melaporkan yang intinya betapa angkuh dan arogancenya manusia bernama Nazri ini.

Dengan jelas PPP @ presidennya, M Kayveas dilabelkan pengemis. Dahlah dianggap sebagai pengemis dihina lagi dengan kekalahan partinya dalam PRU12.yang kerusi itu disedekahkan oleh UMNO. Nazri menegaskan bahawa ISA sekali-kali tidak akan dpinda!

Si Nazri ini merujuk kepada ugutan PPP akan keluar BN sekiranya ISA tidak dipinda. Pak Lah sendiri mempelawa atau mempersila PPP keluar BN sekiranya mereka tidak berpuas hati.

Nampaknya kemarahan Nazri ini berpunca daripada keputusan mesyuarat khas Majlis Tertinggi PPP yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PPP, Datuk Lee Heng, tanpa kehadiran Kayveas. (http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/12/mstar_berita/20081211112623&sec=mstar_berita) Mereka membuat keputusan akan kekal dalam BN sehingga PRU13. Bagi Nazri, keputusan ini seperti memperolok BN, sedangkan mereka mengetahui dengan jelas pendirian BN tentang ISA.

Saya bersetuju dengan ulasan MSO supaya Kayveas usah bertangguh lagi. Kini masa yang tepat untuk keluar, bertepatan pula dengan PRK Kuala Terengganu. Dengan kata lain, anda telah dihalau dan tidak dikehendaki lagi. Kalau ini berlaku, itu hadiah manis untuk Pakatan Rakyat.

Sikap memandang rendah rakan segabungan, kata-kata yag mengguris hati orang lain, dan tidak tahu menghormati perbezaan pendapat, dan bersikap ala Hitlerisme, menjadi contoh atau bukti versi "ketuanan Melayu" UMNO.

Ayuh, Kayveas, buktikan kejantananmu!

Alahai Tulang Besi ... Bagaimana Kalau Ada Benarnya ...

1. Pada awalnya saya tidak kisah sangat tentang ulasan Tulang besi
(http://www.malaysiawaves.com/2008/12/cerita-sebenar-mengapa-khalid-samad-di.html) mengenai pemecatan YB Khalid Abdul Samad sebagai TPJ PAS Selangor.

2. Isu ini dilaporkan dalam Malaysiakini. Terdapat dua berita yang berkaitan. Pertama, Krisis PAS Selangor Bertunas Di Langkawi, 11 Disember 2008 (http://www.malaysiakini.com/news/94680), dan dua, Setiausaha Hadi Dituduh Subversif, 12 Disember 2008 (http://www.malaysiakini.com/news/94772).

3. Saya pun ikuti secara rapat polemik Songkok Putih, bekas admin tranungkite, dengan Tulang Besi tentang isu muzakarah PAS-UMNO, sehingga membawa peletakkan jawatan Songkok Putih sebagai admin tranungkite. Peletakan jawatan Songkok Putih itu bukan bermakna mengaku kalah, tetapi kerana melanggari etik sebagai admin (webmaster) yang seharusnya bersikap berkecuali.

4. Sepatutnya hal atau isu YB Khalid atau Pak Khalid telah pun tamat. Ini memandangkan sikap Pak khalid sendiri yang profesional. Beliau menerima pelucutan tersebut dan menyedari bahawa pemecatan itu adalah hak PJ PAS Selangor. Malahan beliau akur dan memberi ruang agar Dr Hassan dapat merealisasi visinya di Selangor.

5. Namun sikap tidak endah saya itu berubah apabila saya membaca kedua-dua laporan Malaysiakini ini. Saya dapati Tulang Besi cuba memberi latar belakang peristiwa sehingga membawa pemecatan Pak Khalid dan Pak Shaari. Penjelasan Tulang Besi (TB) ini apabila diteliti mengandungi banyak maklumat yang saya kira bukan rekaan, tetapi lebih bersifat "maklumat dalaman".

6. Kalau boleh saya simpulkan apa yang dimusykilkan oleh TB:

a. Masih lagi wujud fraksi dalam PAS yang tidak yakin akan wadah Pakatan Rakyat untuk PAS memperjuangkan matlamat parti.

b. Kecurigaan yang mendalam masih wujud terhadap DSAI. Alasan mereka, barangkali, DSAI semasa dalam UMNO merupakan tokoh tegar yang memerosotkan pengaruh PAS dengan parah sekali.

c. Fraksi ini masih lagi menjalankan usahanya untuk menyingkirkan tokoh-tokoh PAS yang simpati atau cenderung kepada Pakatan Rakyat.

d. Wujud individu-individu tertentu yang berpengaruh dan rapat dengan pucuk pimpinan yang memainkan peranan sebagai dalang menyingkirkan tokoh-tokoh simpatisan PR. Orang ini amat rapat dengan Presiden sendiri.

e. Dengan tindakan sedemikian, PAS seolah-olah mengartikulasikan dirinya sebagai parti yang memperjuangkan bangsa bukan agama, persis atau klon kepada UMNO.
f. Juga secara tersirat, memperlihatkan bahawa PAS boleh berdiri sendiri, tanpa PKR dan DAP jika mereka benar-benar ingin merealisasikan secara tuntas matlamat parti.

7. Persoalannya adakah benar keenam-keenam kemusykilan ini masih wujud dalam PAS, khususnya PAS Selangor. Reatret di Langkawi, baca di sini (http://www.malaysiakini.com/news/92642) dengan tujuan untuk memperkemas agenda dan tindakan dalam memperkukuh PR serta menyatukan perbezaan pendapat, barangkali masih belum berjaya sepenuhnya.

8. Saya tidak cenderung untuk menyatakan pendapat ya atau tidak, namun apa salahnya, pihak pimpinan tertinggi PAS peka dengan setiap pendedahan yang dibuat, tidak mengira sama ada aktor tersebut berjawatan atau tidak. Tanpa sumber tertentu, seseorang blogger atau penulis atau bukan penulis, tidak akan berani mendedah sesuatu isu. Perlu difikirkan mengapa maklumat sulit itu bocor? Tentu ada ketidakbersetujuan atau tidak puas hati secara diam.

9. Sikap atau respon Roslan SMS akan cabaran TB tidak bermakna apa-apa atau dilihat sebagai "menyapu sampah ke bawah karpet" sekiranya pendedahan atau kritikan TB ini tidak diselidiki secara mendalam. Alasan bahawa TB bukan personal yang penting dalam PAS adalah alasan dangkal. Jangan melihat orangnya tetapi isi yang dinyatakan. Inilah sikap yang sepatutnya. Pendapat kita tentunya tidak selamanya benar atau tepat kerana kita manusia.

10. Kalau boleh saya sarankan atau apa yang saya harapkan ialah masa kini ialah masa untukmemperkukuh barisan. Bukan masanya untuk mencari titik-titik perbezaan. Perjuangan kita masih lagi jauh dan banyak ranjaunya. Orang-orang yang mengharapkan hasil perjuangan dalam sekelip mata, sebenarnya, bukan seorang pejuang.

11. Masa kini ialah masa kita menonjolkan tokoh-tokoh yang mampu membawa ke tengah obor-obor perjuangan kita. Tokoh-tokoh ini perlu disokong dan kalau ditegur, tegurlah secara berhemah. Bukan masanya masing-masing cuba menonjolkan kehebatan diri sendiri tanpa mempedulikan akibat kepada perjuangan parti keseluruhannya. Kalau kita bersikap hanya mementingkan nikmat yang singkat tanpa memperhitungkan matlamat jangka masa panjang, percayalah barisan kita akan hancur.

12. Pada saya, usah disalahkan TB dengan pendiriannya. Dia berhak dengan pilihannya. Yang penting ialah perhatan perlu difokuskan kepada item-item kemusykilannya. Kalau tidak benar, syukurlah. Kalau ada kebenarannya, akhirnya kita yang memperoleh manafaatnya. BERSIKAP TERBUKALAH TERHADAP PANDANGAN, KRITIKAN, TEGURAN ORANG LAIN TERHADAP KITA. RAIKANLAH PERBEZAAN PENDAPAT.

Di Serambi Simpang 4, AS.

11 December, 2008

Lingkaran Syaitan Mohamad Fairus Khairuddin

1. Saya menunggu dan menanti untuk mengulas tentang Mohammad Fairus Khairuddin (MFK) sejak Blogger Perisik Rakyat melancarkan kempen mendesak Lim Guan Eng (LGE) memecat MFK sebagai TKM1 Pulau Pinang.

2. Blogger yang prolifik ini begitu marah dan kecewa dengan prestasi MFK sebagai TKM1. Blogger ini melancarkan kempen dengan tajuk, LGE: Lucutkan Jawatan TKM1 SEGERA ... , 5 Disember 2008 (http://perisik-rakyat.com) .

3. Saya katakan saya menunggu begitu lama untuk mengulas isu ini kerana untuk berlaku adil kepada beliau, dan dalam masa sama menanti maklumat lanjut. Dalam hati saya, tentu ada sesuatu yang berlaku, yang orang lain tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

4. Blogger Perisik Rakyat (BPR) tidak berpuas hati:

a) Laporan-laporan dan cakap-cakap tentang MFK menggambarkan MFK ini begitu tegar untuk berubah.
b) MFK sukar untuk ditemui.
c) MFK sering lewat datang ke pejabat, lewat ke mesyuarat, atau sesuatu majlis.
d) Jarang turun padang ke DUN Penanti, kawasannya.
e) Rendah prestasinya sehingga LGE terpaksa melindunginya apabila setiap komen atau kritik terhadap MFK diajukan kepada beliau.

5. Dalam kes kritikan atau komen terhadap prestasi MFK sebagai TKM1, saya secara peribadi amat tertarik dengan sikap LGE dalam mempertahan anak buahnya, sehinggakan beliau menegaskan bahawa soal TKM1 adalah urusan PKR, selagi beliau tidak menerima arahan spesifik, TKM1 tetap kekal dengan jawatannya. Inilah contoh terbaik sifat seorang pemimpin. (http://www.malaysiakini.com/news/94021).

6. Sebagai seorang ketua, amat mustahil beliau tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. MFK sendiri menjelaskan bahawa hubungan beliau dengan LGE adalah tidak bermasalah dan rapat. Barangkali, maklumat tentang apa sebenar berlaku adalah sulit maka LGE mengambil sikap mendiamkan diri.

7. Begitu juga, amat mustahil isu sebesar ini tidak diambil peduli oleh DSAI. Beliaulah yang melantik MFK sebagai wakil PKR sebagai TKM1. Saya percaya MFK telah pun memaklumkan isu ini kepada mentornya.

8. Saya sendiri pun hairan mengapa hal ini boleh menjadi begitu serius. Apabila saya meneliti biodatanya, dalam blognya (http://mfairus.blogspot.com), beliau merupakan seorang anak muda (32 tahun), yang memiliki dua sarjana, ijazah sarjana muda sains politik, UIA, dan sijil pengajian Islam, UM. Anak muda ini memang hebat dari segi ilmu. Saya rasa sebab inilah DSAI tertarik padanya, selain sebagai barisan pelapis PKR.

9. Begitu serius hal ini sehingga 6 orang pegawai khas TKM1 ini meletak jawatan serentak. Ini dilaporkan dalam Malaysiakini, 4 Disember 2008 (http://www.malaysiakini.com/news/94369). Keenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu. Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

10. Yang terbaru, MFK menjadi sasaran kritikan Pemuda PAS Pulau Pinang. Mereka menyatakan selepas 10 bulan Pulau Pinang dirampas Pakatan Rakyat, Pemuda PAS negeri masih gagal bertemu secara rasmi dengan timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin walau telah berusaha beberapa kali, kata sumber dewan itu. Lalu dewan itu menganggap pemimpin kerajaan Pulau Pinang itu tidak berminat berjumpa dengan barisan kepemimpinannya. Rujuk di sini, (http://www.malaysiakini.com/news/94609).

11. Hati saya terdetik, ada sesuatu yang tidak kena, yang sebahagian besarnya barangkali bukan berpunca daripada peribadi MFK. Saya agak yakin puncanya ialah jawatan dan kuasa.

12. Akhirnya Ketua Umum PKR memecah kebuntuan saya, MFK dan Abdul Malik Abul Hassan dipanggil secara tertutup. Hal ini didedahkan juga oleh BPR dalam postingnya, 7 Disember 2008.

13. Rupa-rupanya yang berlaku ialah pertelingkahan dalaman pimpinan PKR Pulau Pinang. Khabar angin menyatakan YB Abdul Malik Abul Hassan yang menjadi dalang dalam mensabotaj MFK dan dalang di sebalik munculnya blog anti MFK. Kedua-dua personal ini diberi amaran keras supaya menamatkan persengketaan mereka, dan DSAI menegaskan bahawa MFK tetap kekal sebagai TKM1.

14. Menurut AMK Pulau Pinang, MFK telah mula menunjukkan perubahan dan peningkatan prestasinya. MFK dilihat memberi respon positif terhadap teguran dan nasihat daripada pihak berkenaan.

15. Saya sempat meneliti blog YB Mohd Fairus, posting terbaru iaitu 10 Disember, beliau turun padang ke DUN Penanti (Kenduri Korban). posting pada 8 Disember, beliau melawat lokasi kenduri korban. Ini menunjukkan beliau telah mulai bergerak secara aktif.

16. Walaupun beliau berkemungkinan disabotaj secara "senyap" namun meletakkan kesalahan pada orang lain semata-mata, tanpa melihat kelemahan diri merupakan satu sikap yang tidak profesional. Di sini MFK perlu melihat kelemahan diri sendiri dan memperbaikinya.

17. YB MFK perlu sedari bahawa ketokohan dan kepimpinan walaupun kelulusan merupakan prasyarat utama, tetapi hakikat politik adalah seni hubungan antara pemimpin dengan orang yang dipimpin. Keampuhan seseorang pemimpin ialah ketrampilan dalam mengeksploit hubungan sesama manusia. Jika pukul 3 pagi ketika kita sedang nyenyak tidur, tetapi apabila ada panggilan kecemasan berkaitan masalah rakyat, kita perlu bersegera menanganinya, kalau boleh hadir di tempat kejadian.

18. Barangkali faktor usia yang agak muda menyebabkan YB ini agak sukar bergerak di celah-celah orang-orang berpengalaman di sekelilingnya. Namun hal ini boleh dipelajari. LGE sendiri, kita teliti dari segi usia, masih lagi muda, tetapi beliau dapat bergerak dengan selesa.

19. MFK perlu lebih mendekati tokoh-tokoh yang hampir sebaya dngan beliau. Banyak tokoh seperti YB Azmin, YB Sarifudin, YB Salehudin (PAS), YB Husam, dan yang lain-lain. Belajarlah daripada mereka. Mereka adalah orang-orang yang kaya dengan pengalaman dan "lali" dengan sepak terajang politik. Musuh pula bukan untuk dijauhi malah untuk didekati dengan penuh hati-hati.

20. Sejauh mana tingginya kelulusan kita, rakyat tidak akan menilai atau menghormati kita, menyayangi kita, kalau kita sebagai ahli politik yang mewakili mereka, tiada sentuhan dengan nurani mereka. Kita sebagai ahli politik, harus bijak mengurus hati-hati manusia seluruhnya.

Catatan Hujung:
(Bila Hati Berdetik)

Luka yang terlalu dalam rasanya apabila huluran tangan kita yang ikhlas tidak bersambut dan disalah tafsir. Namun, itulah dunia. Biarkanlah...

Di serambi Simpang 4, AS

04 December, 2008

Ke mana PAS?: Satu Renungan

(dengan reaksi khusus untuk Pak Khalid tentang Kisah Khalifah Umar
Abdul Aziz Dan Anak Lelakinya
)

Begitulah apabila kita berpolemik, harus ada dasar dan hujah. Kisah Khalifah Umar dan anak lelakinya amat signifikan dengan permasalahan kontemporari iaitu bagaimana untuk mencapai sesuatu matlamat, menyentuh langsung soal pendekatan dan strategi.

Islam adalah agama dan addin. Islam adalah universal dan tetap relevan untuk setiap masa dan zaman hingga kiamat. Soalnya bagaimana untuk merealisasikan Islam dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat (berbudaya)? Menurut apa yang saya fahami, Islam menyediakan panduan dan prinsip umum yang kekal dalam aspek pengisian budaya hidup. Bagaimana untuk mengisinya bergantung kepada ruang dan waktu serta masyarakatnya?

Yang saya maksudkan ialah Islam tidak dapat ditegakkan hanya kerana adanya organisasi yang berteraskan Islam, tetapi pimpinan dan ahlinya hanya menguasai sesuatu aspek ilmu sahaja. Ilmu keduniaan wajib didalami dan dikuasai. Saya fahami juga bahawa dalam Islam itu terdiri dua hubungan yang tidak terpisah: hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan sesama manusia.

Dengan sempurnanya Islam pada saat hampirnya kewafatan Rasulullah maka soal hubungan pertama telah selesai. Tetapi bagaimana dengan hubungan kedua? Di sinilah perlunya peranan para intelektual Islam menerokanya. Islam tidak akan tertegak tanpa pendekatan dan strategi tertentu dalam meneroka hubungan yang kedua itu.Dan politik Islam itu sesungguhnya termasuk dalam hubungan yang kedua itu yakni mengurus hubungan sesama manusia dalam aspek bernegara dan bermasyarakat. Puncak atau pusat sesuatu budaya ialah politik (baca:kuasa). Islam juga telah menetapkan prinsip-prinsipnya dalam setiap aspek budaya.

Dalam konteks inilah saya rasa pendekatan dan strategi PAS harus berubah seiring dengan perubahan masyarakat. Ulamak dan umarak perlu saling bergandingan. Al Quran dan Al Hadis, Sejarah Kenabian kita, serta himpunan khazanah ilmu Islam menjadi panduan.

Sudah tiba masa PAS perlu bergerak atas landasan organisasi Islam berteraskan intektualisme. Budaya seminar perlu disuburkan melalui penubuhan institut-institut pemikiran seumpama IKD. PAS kaya dengan tenaga intelektual.

Saya yakin sesuatu organisasi terutama organisasi politik yang tidak peka atau gagal untuk menggembleng tenaga-tenaga inteletualisme akan mati akhirnya. Hal ini kerana zaman sesuatu berubah kerana alam adalah bersifat baru dan tidak abadi. Yang mampu merumus perubahan-perubahan itu ialah ilmu (baca: sains atau sunatullah atau hukum alam). Orang yang bekerja dalam bidang ini ialah intelektual.

Sikap tidak endah atau seakan-seakan memandang sepi akan perbezaan pendapat yang dilandasi oleh hujah-hujah ilmu merupakan antara ciri sikap fanatik atau dogmatik yang melulu. Sikap ini jika tidak dibendung maka organisasi itu sedikit demi sedikit akan berundur ke belakang tanpa mereka sedari sedangkan banyak kehendak dan keperluan masyarakat kini terisi dengan ideologi atas sistem “lain”. Akhirnya organisasi ini menjadi tidak tahu untuk berdepan dengan masyarakat yang telah jauh berubah, dan masyarakat pula mencari alternatif lain yang serasi dengan mereka.

Contoh jelas, belajarlah daripada apa yang sedang berlaku di depan mata kita. UMNO telah tidak relevan lagi. Parti ini hanya sesuai bagi orang-orang yang bernostalgia bahawa negara ini masih tetap kekal seperti Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Parti ini hanya sesuai untuk orang-orang yang berjuang untuk kuasa dan harta dengan alasan memperjuangkan agama dan bangsa. Para intelektual, orang-orang yang tidak sehaluan dengan mereka disabotaj dengan segala macam halangan berbentuk undang-undang. Lebih parah mereka diISAkan. Parti ini sebenarnya telah berubah menjadi satu spesis dinasaur. Rakyat sebenarnya menilai mereka dan merasakan akibat buruk dasar-dasar atau penyelewengan yang mereka laksanakan. Dan, akhirnya rakyat mencari alternatif.

Catatan Hujung:
(Apabila Hati Berdetik)

Biarkanlah mereka dengan sandiwara mereka. Kebanyakan manusia suka mengenakan topeng. Kerana itu, sebelum membuat pemilihan, kenalilah akar dirinya - kelak tentu kita akan dapat membezakan antara yang asli dan yang fatamorgana ... Esok mentari tetap menyinar dan rembulan tetap mengambang ....

03 December, 2008

Berbisanya Pakatan Rakyat: Isu Datuk Zaid Ibrahim dan Ariff Shah

Imej, kekuatan, dan kerelevanan wawasan PR terserlah jelas dalam kedua-dua kes ini. Kedua-dua isu ini menyangkut UMNO dan BN dengan Pakatan Rakyat. Betapa isu ini berat sehinggakan kes-kes kedua-dua tokoh UMNO ini terpaksa dijadikan agenda dalam Mesyuarat Majlis tertinggi UMNO yang berlangsung pada sebelah malam, 2 Disember 2008.

Mengikut laporan Malaysiakini 2 Disember 2008 (http://www.malaysiakini.com/news/94201) , Datuk Zaid dipecat serta merta daripada UMNO. Kes datuk Zaid ini amat serius kerana pelucutan keahliannya berkuat kuasa serta merta dan tidak boleh dirayu. Begitu besar kesalahan Datuk Zaid tersebut.

Puncanya hanya satu iaitu kehadiran Datuk Zaid dalam Kongres Nasional PKR pada 30 Disember 2008. Kata Zaid, beliau hadir sebagai tetamu jemputan, dan keinginannya untuk mendengar isu-isu semasa politik tanahair pada sisi PKR.

Zaid sebenarnya daripada segi kerjaya politik telah pun pudar kerana semasa era TDM memerintah, beliau telah disingkirkan daripada ketua bahagian UMNO Kota Bharu, dan sejak itu sehingga TDM bersara, beliau seperti terpinggir. Kerjaya politiknya menyinar semula selepasa Pak Lah mengambil tampuk pemerintahan Malaysia.

Beliau diangkat oleh Pak Lah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan tugas khusus tentang undang-undang melalui tiket senator. Seperti yang selalu diungkapkan oleh Zaid, beliau ingin melihat Kerajaan Malaysia bertindak mengikut prinsip undang-undang. Beliau juga ingin memulihkan kehakisan kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman.

Beliaulah yang mengusahakan sehingga kelima-lima hakim termasuk Tun Salleh Abbas menerima pembayaran ex-gratia berjumlah lebih 10 juta ringgit. Beliaulah juga yang menyatakan dengan tegas ketidak setujuan beliau terhadap penggunaan ISA dalam penangkapan personal-personal pembangkang seperti Theresa Kok, dan RPK. Beliau secara tegas menyatakan bahawa ISA perlu disemak semula.

Kedua-dua tindakan dan pendirian beliau ini mendapat kecaman hebat daripada rakan beliau dalam UMNO dan BN. Akhirnya, beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai senator.

Sejak itu beliau kelihatan akrab dengan Pakatan Rakyat. Beliau juga hadir dalam Perhimpunan Protes ISA. Kemuncaknya ialah kesetiaan beliau pada partinya diragui apabila beliau menghadiri majlis perasmian kongres tahunan PKR baru-baru ini.

Tindakan pemecatan Datuk Zaid ini memperlihatkan beberapa perkara:

a) Tindakan Majlis tertinggi UMNO tidak bijaksana. Datuk Zaid hanya mengikut naluri dan prinsip dirinya. Beliau seorang peguam yang berpengalaman. Sikap kepeguaman beliau masih menjadi landasan dirinya walaupun dalam masa sama beliau seorang politikus. Beliau mempertahankan prinsip undang-undang. Salahkah untuk bersikap demikian.

b) Alasan yang tidak kukuh. Alasan kebudak-budakan hanya kerana alasan kehadiran beliau dalam kongres nasional PKR itu dijadikan alasan. Kehadirannya itu bukan sebagai wakil UMNO tetapi mewakili dirinya. Sebagai dirinya yang bebas, beliau berhak untuk menghadiri apa-apa majlis yang beliau suka. Beliau tidak menyertai PKR dan tidak pun menyatakan sokongan terbuka kepada PKR. Sepatutnya tindakan itu memberi pulangan moral yang tinggi kepada UMNO, menandakan bahawa UMNO mengalu-alukan perbezaan ideologi dan pendapat.

c) UMNO masih gagal dalam memperbaik diri. Rakyat secara jelas menyatakan isyarat berupa protes dalam PRU12 yang lalu. Majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan oleh PR. Pendirian, dan tindakan dalam hal pemecatan hakim-hakim dulu dan pendiriannya tentang ISA sepatutnya menjadi lambang bahawa UMNO dan kerajaan sanggup merubah diri. Tetapi, orang seperti ini, yang mahu membawa perubahan kepada UMNO telah ditolak bulat-bulat malah dipecat.
Beliau tidak menyertai PKR dan tidak pun menyatakan sokongan terbuka kepada PKR. Sepatutnya tindakan itu memberi pulangan moral yang tinggi kepada UMNO, menandakan bahawa UMNO mengalu-alukan perbezaan ideologi dan pendapat.

d) UMNO masih gagal dalam memperbaik diri. Rakyat secara jelas menyatakan isyarat berupa protes dalam PRU12 yang lalu. Majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan oleh PR. Pendirian, dan tindakan dalam hal pemecatan hakim-hakim dulu dan pendiriannya tentang ISA sepatutnya menjadi lambang bahawa UMNO dan kerajaan sanggup merubah diri. Tetapi, orang seperti ini, yang mahu membawa perubahan kepada UMNO telah ditolak bulat-bulat malah dipecat.

e) Kesan negatif kepada ahli UMNO dan memberi "political mileage" kepada PR. Datuk Zaid tentunya mempunyai penyokong setianya dalam parti. Dapatkah dijangka reaksi penyokong Zaid, dan orang-orang yang simpati padanya. Bagi PR, ini menjadi bukti bahawa UMNO masih angkuh dan hanya menganggap diri mereka sahaja yang benar dan betul.

Ariff Shah pula terpaksa mengambil pendirian yang terang-terang menentang partinya sehingga mengumumkan bahawa beliau kini 30% akan menyertai PKR (baca: PR). Bagi Ariff, perlakuan buruk UMNO dalam bentuk saling mensabotaj menjadi lumrah.

Mengikut laporan Malaysiakini, 30 November 2008 (http://www.malaysiakini.com/news/94035), beliau begitu kecewa apabila beliau disekat daripada berjumpa anggota cawangan di Permatang Pauh oleh ketua bahagian UMNO Permatang Pauh, Datuk Abd jalil Abdul Majid.


Dalam kedua-dua kes ini mengambarkan dengan jelas bahawa apa yang tidak dapat diterima oleh rakyat tentang bagaimana UMNO dan BN menguruskan kerajaan dan negara jelas terbukti. Mereka masih lagi angkuh tanpa adanya rasa bersalah. Perlakuan buruk mereka dalam mengamalkan politik mencantas (sabotaj) lawan politik dan politik balasa dendam masih bermaharajalela. Mereka hanya mengira tentang kuasa semata-mata.

Walaupun Pak Lah menjelaskan sebaik beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bahawa Datuk Ariff tidak berhasrat menyertai parti lawan namun Datuk Arif sehingga kini masih berdiam diri. Adakah Datuk Abd Jalil akan bersikap lunak? Beliau masih terkilan kerana tidak terpilih sebagai calon menentang DSAI dalam PRK Permatang Pauh.

Akhirnya, kalau benar Datuk Zaid masih prihatin dengan nasib rakyat, sertailah PR. Kalau mahu benar-benar berjuang inilah ketikanya. Saya yakin beliau sedar akan akibatnya dengan kahadirannya dalam kongres tersebut. begitu juga dengan Datuk Ariff, PKR rasanya akan membuka ruang seluas-luasnya kalau beliau mahu menyertai PKR, sekurang-kurangnya memperkukuh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Buktikan bahawa anda sebenarnya mahu berbakti kepada rakyat!

Catatan Hujung:
(Apabila Hati Berdetik)

Percayalah bahawa di sebalik kejayaan seorang lelaki, berdiri teguh seorang wanita.
Hargailah wanita itu sementara wanita masih hidup dan jangan sekali-kali engkau terlambat. Apabila engkau mula ingin menghargainya, dia telah pun mengambil keputusan untuk meninggalkanmu.


Di Serambi Simpang 4, AS

28 November, 2008

Isu Pengguguran Khalid Abdul Samad: Lagi, Lagi Anwar Ibrahim!!!

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hassan telah memukul tukul hakimnya terhadap YB Khalid Abdul Samad, dan Shaari Sungip. Jawatan Khalid Timbalan Pesuruhjaya II PAS selangor telah ditamatkan (baca: dilucutkan), sementara Shaari Sungip diundurkan daripada jawatan Ketua Penerangan PAS Selangor.

Walaupun perlucutan itu merupakan keputusan sebulat suara, namun kedengaran cakap-cakap bahawa Dr Hassan memonopoli kedua-dua dewan atau jawatankuasa tersebut. Jika ini benar, (kalau benar!), perlucutan itu berkait dengan kedudukan dan kuasa Dr Hassan – rasa tercabar atau dicabar (kepanasan?).

Sesuatu yang tidak enak ialah penjelasan Dr Shafie dalam Malaysiakini, 25 November, 2008, punca Khalid dilucutkan kerana kerapatan dirinya dengan DSAI (PKR) dan gagal mewakili kepentingan PAS apabila berdepan dengan PKR. Menurut Dr Shafie lagi, PAS Selangor masih kurang berpuas hati dalam soal peranan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor dan dalam gabungan Pakatan Rakyat. Dakwanya, kerapatan Khalid denga PKR menyebabkan dirinya sukar menyatakan ketidakpuashatian PAS terhadap PKR dan Kerajaan Negeri Selangor.

Daripada penjelasan Dr Shafie ini menggambarkan Khalid sebagai salah seorang pemimpin tertinggi parti telah gagal memainkan peranan dan kewajipannya dalam mempertahan dan memperkasa kedudukan PAS sebagai rakan gabungan dalam kerajaan PR Selangor.

Khalid juga telah memberi responsnya dalam blognya, bahawa beliau akur dengan perlucutan itu malah beliau sendiri hadir dalam mesyuarat-mesyuarat tentang pemecatannnya itu. Beliau menjelaskan yang puncanya ialah perbezaan pendapat dan tidak sehaluan dengan Dr Hassan. Soal perbezaan tentang apa, tidak pula Khalid jelaskan. Hal ini kerana beliau masih lagi boleh hadir mesyuarat peringkat negeri kerana beliau merupakan Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Khalayak telah termaklum akan kelantangan Khalid dengan hujah-hujah inteletualnya. Kalau boleh saya simpulkan kecenderungan atau jalur pemikiran Khalid:

a) Ingin melihat PAS berfikir dan bertindak secara global, mampu berpolitik peringkat tinggi merentasi sempadan regional atau lokal sesuai dengan arus perubahan rakyat pada PRU12 atau pasca PRU12.

b) Tindakan politik PAS yang mengambil kira sokongan bukan Melayu terhadap PAS.

c) Bertindak dengan mengambil kira atau mempertimbangkan kesan jangka masa panjang, bukan kesan segera yang membawa padah.

d) Bertindak dengan penuh berhemah terutama dalam soal-soal berkaitan dengan pelaksanaan hukum dalam kerajaan negeri yang dikuasai pakatan. Khalid lebih cenderung pelaksanaan secara evolusi dan dakwah.

e) Memperkukuh Pakatan Rakyat kerana pada pandangan Khalid, PAS masih belum mampu lagi bergerak sendirian terutama pada peringkat nasional, berhadapan dengan khalayak perlbagai kaum, dan stigma agama ortodok yang dialami oleh khalayak Pantai Barat.

f) Hasilnya ialah PAS akan diterima baik dan diyakini oleh rakyat pelbagai ras dalam PRU13 nanti.

Saya melihat isu perlucutan ini daripada beberapa sudut, dan kesan.

Pertama, masih ada saki baki golongan yang prejudis terhadap DSAI dan PKR. Saya menyatakan ini kerana kedekatan dan keintiman Khalid dengan DSAI dan PKR yang menjadi sebab pemecatannya.

Saya ingin bertanya adakah dengan keintiman itu telah meleburkan hakikat Khalid sebagai seorang yang berjawatan dalam saf pimpinan PAS negeri dan PAS pusat? Sebagai salah seorang pendokong kuat Gagasan Pakatan Rakyat peringkat nasional tentu Khalid berkewajipan untuk menyelami falsafah perjuangan DSAI dalam konteks pembentukan Agenda Malaysia Baru. Pemahaman ini hanya boleh terjadi sekiranya perhubungan itu berlaku dalam keadaan yang “intim”.

Hal ini, saya rasa dan yakin bahawa Khalid sentiasa sedar bahawa beliau mewakili partinya, bukan mewakili dirinya sendiri. Namun, pada penglihatan orang luar, yang tidak rapat, nampak bahawa Khalid terpesona dengan penampilan individu atau personaliti DSAI – memuja tokoh. Pada saya, Khalid nampak jelas bahawa masa depan PAS buat sementara ini masih bergantung kepada kekuatan DSAI. DSAI mampu merentasi sempadan bangsa sdan ideologi.

Kedua, dengan pelucutan Khalid, bermakna PAS Selangor kehilangan suara yang berperanan sebagai “check and balance” dalam setiap dasar yang dirumuskan oleh PAS negeri dan dalam konteks pentadbiaran kerajaan negeri. PAS mempunyai tiga exco dalam kerajaan negeri Selangor. Ketiadan suara Khalid, PAS akan dapat melihat kesan daripada sudut sehala sahaja. Pada saya, tindakan perlucutan jawatan ini adalah tindakan kurang matang, dan sedikit sebanyak akan menjejaskan PAS Selangor.

Ketiga, pengguguran itu memperlihatkan kelemahan personaliti pimpinan negeri PAS Selangor. Pengguguran ini dilihat sebagai kegagalan seorang ketua untuk mengekspolit kekuatan yang dipunyai oleh anak buahnya. Tindakan yang bijak ialah mengeksploit perbezaan pendapat itu sehingga menghasilkan sintesis atau konsensus yang berimbang. Seorang ketua yang bijaksana harus mempunyai kualiti ini.

Dengan tiadanya Khalid dalam saf pimpinan negeri, dan digantikan dengan penjawat-penjawat yang serasi, dapatkah dielak wujudnya sindrom mengiyakan bagi setiap cadangan dan dasar yang diingini oleh sang ketua? Akan wujudkah perbincangan yang panas? Rasa terhutang budi, rasa malu, dan rasa hormat akan mematikan sikap kritikal. Penjawat ini akan berjiwa kerdil dan tidak bebas.

Keempat, kesan kepada rakan kongsi, PKR dan DAP. Kalau benar seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini, pendapat Dr Shafie, bahawa pemecatan Khalid berkait rapat dengan keintiman hubungan dengan PKR, isu ini telah menyentuh rakan gabungan secara langsung. Maknanya, ada sesuatu yang tidak kena dengan PKR pada pandangan PAS. Keadaan ini mewujudkan keadaan hubungan yang tidak selesa antara PKR dan PAS negeri selangor. Bagi PKR, tindakan pemecatan Khalid menjadi bukti bahawa PAS masih bermain teka-teki dalam mempertahan gabungan. Saya berharap, tidak timbul perasaan sebegini bagi pihak PKR Selangor. Ini lebih kepada masalah dalaman PAS dalam menyerap perbezaan pendapat.

Akhirnya, dalam hal ini, saya tidak membela Khalid. Saya melihat kegagalan PAS Selangor dalam mengeksploit perbezaan pendapat dan kegagalan menggembleng kekuatan tokoh yang tidak sehaluan.

27 November, 2008

Ceritera PAS Kedah, Kenapa Menteri Besar Melenting?

Terdetik juga hati untuk mengulas tentang Pak Khalid digugurkan jawatannya dalam PAS Selangor. Mengapa dan kenapa? Benarkah Dr Hassan bertindak untuk kepentingan parti? Bagaimana kesannya dalam jangka masa pendek atau panjang?

Lain kalilah, kita sentuh dulu hal di Kedah.

Khabarnya, Ustaz Azizan melenting apabila dasar Kerajaan Kedah tentang quota 50% perumahan diperuntukkan kepada bumiputera ditegur oleh Azmin (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP-Kerajaan Pulau Pinang).

Kenapa perlu melenting sehingga terkeluar kata-kata yang kurang manis. Ustaz Azizan dalam mempertahan dasarnya, mengungkapkan bahawa, “beliau tidak perlu akur akan pandangan (arahan! Benarkah teguran itu berupa arahan?), Azmin atau Guan Eng bukan ketuanya, ketuanya ialah Presiden PAS”.

Uztaz Azizan juga kelihatan marah apabila dasar yang telah diputuskan itu dikritik oleh PKR dan DAP. Menteri Besar Kedah seolah-olah mentafsir PKR dan DAP telah mencampuri hal-ehwal dalaman Kerajaan Kedah. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengkritik Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang.

Apakah kesannya?

Pertama, Kerajaan Kedah bukanlah kerajaan yang dibentuk berdasarkan kemenangan mutlak parti PAS. Berjayanya PAS memerintah Kedah sebenarnya hasil daripada gabungan PAS, PKR, dan DAP dalam menentang BN dalam PR12.

Selepas kelima-lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, disyorkan kelima-lima negeri ini dinamakan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ini membawa makna Kerajaan Kedah secara automatis bergelar Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Berdasarkan hakikat ini, pemimpin lain (PKR dan DAP) mempunyai hak untuk menegur atau mengkritik dasar-dasar KPR Kedah sekiranya pada pandangan mereka dasar itu perlu pertimbangan yang lebih lanjut.

Kedua, dengan sikap melenting dan marah-marah apabila ditegur, menggambarkan bahawa seseorang pemimpin itu mempunyai sikap diktator dan tidak mengalu-alukan perbezaan pendapat. Setiap pemimpin seharusnya menganjurkan atau meraikan pandangan yang berbeza dan menganjurkan sikap bermusyawarah. Mereka seharusnya dijemput datang berjumpa baik secara secara rasmi atau tidak rasmi untuk diberi penjelasan hujah-hujah kenapa dasar itu perlu diadakan.

Mengikut laporan Johari Abdul, dasar 50% itu tidak pun dijelaskan secara agresif ke akar umbi sehinggakan REHDA pun kebingungan bagaimana mekanisme dasar itu hendak dilaksanakan.

Untuk makluman, Kerajaan Kedah (KD) telah pun mengisytiharkan bahawa tanah-tanah pertanian (sawah padi) yang dikuasai MADA tidak lagi dibenarkan dibangunkan bangunan atau perumahan. Dasar ini untuk memperkukuh iltizam KD untuk menjadikan Kedah sebagai Negeri Jelapang Padi dan Pertanian. Dengan dasar ini, mempersempitkan lagi REHDA dalam memperkembangkan industri perumahan di Kedah.

Ketiga, Dengan sikap Menteri Besar itu, seolah-olah KD telah secara sengaja mempersempit ruang kerjasama antara kerajaan-kerajaan negeri dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Saya yakin, Kedah mewarisi hutang lapuk yang banyak daripada kerajaan lama. Apakah Kedah mampu berdiri sendiri dalam pengurusan politik negeri dan pengurusan ekonomi negeri?

Sehingga kini, setelah 8 bulan menguasai Kedah, hal-hal yang berkaitan dengan kemudahan asas baik di bandar dan di kampung masih lagi minimum. Soal tempoh kerajaan ini masih baru, bagi rakyat, bukan alasan yang konkrit. Rakyat mahu kemudahan-kemudahan yang menyentuh langsung hidup mereka disegerakan. Mereka mahu lihat bahawa kerajaan yang baru bukan hanya berminat untuk berkuasa semata-mata, tetapi untuk berbakti untuk rakyat.

Rakyat dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah beberapa kali membuat penjelasan tentang dasar dan perancangan kerajaan negeri kepada ahli parti dan rakyat. Pada saya, ini tindakan terpuji. Namun, akhirnya rakyat mahu melihat tindakan dan terasa dibela.

Saya berpendirian, KD harus meneliti dan belajar daripada negeri-negeri pakatan lain dalam mengurus kerajaan masing-masing. Kalau pun tidak mahu mendekati Selangor, belajarlah daripada Kelantan. Lihat dan belajar bagaimana TGNA mentadbir ekonomi Kelantan yang pada awal ambil alih dulu, 18 tahun dulu, pemerhati politik meramalkan bahawa Kelantan tidak akan dapat bertahan – mereka memberi masa sehingga 3 bulan, selepas itu Kelantan akan benar-benar muflis.

Ruang kerjasama adalah luas. Apa salahnya saling bertukar pandangan, saling membantu daripada kewangan, dan bertukar kepakaran. Namun, ruang itu perlu diwujudkan dan disuburkan bukan disempitkan dan disukarkan. Keterbukaan sikap pemimpin menjadi prasyarat wajib jika jalinan kerjasama ini mahu dilaksanakan.

Jadi, kita tertanya-tanya adakah dengan sikap Menteri Besar ini, beliau mahu mempertegas hasratnya untuk membela bumiputera, atau tidak senang dengan teguran orang lain sehingga teguran rakan dianggap sama seperti teguran daripada musuh, atau mempertonton sikap sebenar Ustaz Azizan yang keras, atau secara tidak langsung mempersukar ruang kerjasama antara kerajaan Pakatan Rakyat?

Di Serambi Simpang 4, AS

21 November, 2008

Ke mana Politik Melayu: Selayang Pandang politik Orang Cina

Catatan imprisionik ini adalah lanjutan daripada "Ke mana Politik Melayu?".

Apabila posting itu saya postkan ke TKO, terdapat beberapa komen yang agak menarik, yang masing-masing melihat atau merumuskan bahawa antara PAS dan UMNO terlalu dalam jurangnya. Jurangnya ialah soal diktonomi "penghayatan agama".

Memang benar kalau faktor agama, sebahagian besar pendokong PAS ialah agamawan, dan dapat dibezakan dengan jelas melalui aspek penonjolan imej, yang menjadi pemisah antara PAS dan UMNO. UMNO pula diidentifikasikan dengan kecenderungan duniawi yang menebal. Memang ini ada benarnya.

Tetapi bukan hal ini yang menjadi mauduk posting ini dan posting seterusnya. Saya ingin membawa kepada satu ruang kemungkinan peluang-peluang untukmerapatkan jurang ini.

Baiklah kita biarkan dulu soal itu. Saya akan rumuskan kemudian nanti.

Kali ini saya mahu mengajak audien melihat sepak terajang politik orang-orang Cina di Malaysia baik MCA, Gerakan, DAP, dan seumpamanya.

Politik orang Cina bersifat pragmatik. Kesetiaan mereka pada parti lebih kepada sejauh mana parti itu mampu membawa manafaat kepada mereka. DAP pernah ditolak secara total oleh orang Cina di Pulau Pinang dan di tempat lain apabila pada persepsi mereka DAP tidak lagi memperjuangkan hak-hak mereka. Apabila bermulanya "Gerak" yang dimulakan oleh arwah Presiden PAS hasil peristiwa pemecatan DSAI, DAP terlibat dalam pakatan longgar dengan PAS dan PKR dalam menentang BN. Oleh sebab, DAP terperangkap dengan isu Negara Islam, DAP ditolak oleh orang Cina.

Pada zaman TDM, orang Cina berasa terjamin. Kekuatan MCA dan Gerakan sukar digugat.
Peluang-peluang perniagaan, soal bahasa, dan budaya mereka dapat mereka pertahan. Persatuan-persatuan orang Cina begitu aktif memainkan peranan.

Kepatuhan orang Cina kepada ketua bukan politik. Yang saya maksudkan ialah ketua-ketua yang memimpin persatuan-persatuan yang dominan dalam masyarakat Cina, seperti persatuan perniagaan, persatuan bercorak budaya, bahasa, dan agama. Bagi orang Cina, pemimpin-pemimpin politik merupakan alat atau wahana dalam mempertahan survival mereka. Apabila pemimpin-pemimpin politik ini telah dilihat telah menyeleweng, dan dengan hilangnya sokongan daripada pemimpin-pemimpin persatuan ini, orang Cina sanggup mengalih sokongan tanpa mengira risiko lagi. PRU12 adalah buktinya.

Anutan orang Cina: Parti menguasai Kerajaan, bukan sebaliknya. Semasa era TDM, pemimpin politik Cina (MCA, Gerakan) dilihat sebagai alat atau wahana ampuh dalam mempertahan hak-hak mereka. Contohnya, mereka berjaya mendesak kerajaan melaksanakan dasar dwibahasa dalam pengajaran PPSMI di sekolah-sekolah Cina.

Dalam soal ini juga juga, orang Cina juga begitu cerdik dalam mengatur ke mana pemimpin mereka akan diletakkan (DUN atau Parlimen). Mereka tidak akan mengorbankan masa depan mereka. Mereka akan pastikan bahawa wakil mereka akan berada di dua-dua peringkat, DUN dan Parlimen. Kalau kita teliti, Lim Kit Siang, dan Karpal Singh tetap kekal di parlimen. Kedua-dua tokoh ini dilihat amat berguna dalam memperjuangkan isu-isu tertentu baik bersifat bangsa atau melepasi sentimen bangsa.

Cuba kita bandingkan dengan permainan politik orang Melayu dengan orang Cina. Pada PRU10 dan PRU11, boleh dikatakan semua tokoh-tokoh besar pembangkang Melayu kecundang dengan majoriti yang besar. Dan kesannya, sungguh parah kepada orang Melayu.

UMNO dalam anutan politik mereka, mereka seperti keliru antara kuasa parti dan kuasa kerajaan. Sering kali, pemimpin UMNO mengidentifikasikan diri mereka sebagai "pemimpin kerajaan" bukan "pemimpin politik" yang membawa mandat politik dalam memperjuangkan untung nasib ahli parti mereka. Dalam hal ini, sering kali orang Melayu menjadi mangsa, dan tidak dipedulikan nasib mereka dalam pelaksanaan polisi pembangunan mereka.

Nasib orang Melayu bertambah parah lagi apabila di peringkat akar umbi, intrig politik antara dua tonggak kekuatan politik Melayu: PAS dan UMNO begitu tajam dan tegang. Permusuhan politik ini memnyebabkan mereka gagal melihat untung nasib orang Melayu dalam mengharungi politik pembangunan BN yang tempang.

Barangkali benar kalau saya katakan sesungguhnya politik itu haruslah berunsurkan kebajikan. Maka renung-renungkanlah ...

... Nantikan sambungannya..

Nota Hujung:
(Apabila Hati Berdetik)

Apakah lafaz sayang itu ada ertinya jikalau hanya lafaz semata-mata? Lafaz hanya lahir daripada gerakan otot lidah semata-mata, dan berlalu bagai angin lalu tanpa apa-apa kesan.

Sayang atau kasih atau cinta menuntut pembuktian. Kadang-kadang tak terlafaz pun kata-kata itu, namun kesan kehadirannya amat sekali dirasakan - dekat, hangat, dan sesekali membara dalam diam.

Isteri, begitu menginginkan "kebersamaan". Sama sekali tidak akan terkurang sedikit pun ego seorang lelaki kalau sesekali engkau bangun mendodoikan si anak kecil yang terjerit kehausan kerana isteri sedang tidur polos dek keletihan .....

Di Serambi Simpang 4, AS.

10 November, 2008

Ke mana Politik Melayu

Pertama sekali, salam buat pengunjung yang sudi singgah.

Kali ini saya akan banyak bertanya. Sesungguhnya di sekeliling kita, kalau kita benar-benar memerhati, terlalu banyak soalan tercetus, dan terlalu banyak kontradiksi.

Terdapat beberapa persoalan yang asyik mengganggu minda bawah sedar saya.

Pertama, intrig politik orang-orang Melayu.

Intrig ini begitu tajam, tegang, dan nampak selah-olah tidak dapat dikompromi atau didamaikan. Dogmatik dan hampir-hampir fanatik. Dalam kehidupan politik orang Melayu, ada dua paksi yang menunjang langit dan persis tak mungkin untuk bertemu. Kedua-duanya tegak lurus menujah langit.

Dua paksi itu ialah UMNO dan PAS.

Mengapakah masing-masing begitu tegar untuk enggan sekurang-kurangnya berkrompomi? Kedua-duanya dianggotai dan didukungi satu bangsa yang sama. Kedua-duanya menganuti agama yang sama. Kedua-duanya bertutur dan berfikir dalam satu bahasa yang sama. Kedua-duanya hidup dalam satu budaya yang sama.

Ideologi yang berbeza? Cubalah analisis term ini secara jujur. Kalau kita jujur dan ikhlas dengan ilmu yang kita pelajari. Kesampingkan kepentingan tertentu yang bermukim. Tentu sekali kita akan menemui jawapan yang jujur.

Kedua-dua parti ini sebenarnya boleh dikompromi dari segi ideologi.

Baiklah kita cuba telusuri hujah-hujahnya. PAS meletakkan Islam sebagai asas, dan buah perjuangannya ialah Negara Islam atau Masyarakat Islam. UMNO pula mendahulukan bangsa. Namun bangsa itu ialah bangsa Melayu yang definisinya terikat kukuh dengan agamanya, Islam. Tanpa Islam, batang tubuh Melayu itu tidak lagi bergelar Melayu. Ini bermaksud, memajukan bangsa Melayu juga memperkasakan Islam sebagai agamanya.

Maknanya, seharusnya tafsiran yang betul tentang falsafah yang mendasari UMNO ialah memperkasakan bangsa dan agama. Jika tafsiran ini betul, maka hasil daripada perjuangan UMNO ialah juga mewujudkan atau merealisasikan Islam sebagai “addin” di bumi Malaysia.

Bukankah tafsiran ini menampakkan bahawa tidak wujud kontradiksi antara PAS dan UMNO? Kita tidak boleh keliru antara amalan-amalan menyimpang ahli dan pemimpin UMNO dengan erti dan falsafah di sebalik ideologi partinya.
Hal ini menampakkan bahawa kedua-dua parti ini boleh berjuang bersama-sama, dan boleh berkompromi.

Dalam hal ini, tersinggung juga soal asabiah dan nasionalisme. Persoalannya adalah nasionalisme tiada tempat dalam Islam? Namun, kita tinggal dulu soal ini.

Namun, persoalannya mengapakah sehingga kini intrignya begitu tajam sehingga menimbulkan permusuhan yang tak kenal jalan perdamaian?

Kedua, masa depan orang Melayu.

PRU12, menandakan satu titik permulaan perubahan dalam pemahaman dan kehendak politik orang Melayu. Saya kira, perubahan ini tidak menyeluruh. Yang berubah hanyalah dalam kalangan golongan menengah yang tidak “berkepentingan” dan golongan muda. Sebahagian besar golongan menengah dan golongan berumur pertengahan 40-an dan ke atas masih kekal dengan fahaman politik lama.

Yang saya maksudkan dengan fahaman politik lama ialah yang bercirikan:

a) Bernostalgia bahawa Malaysia masih seperti negeri Melayu persis zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bangsa lain adalah kelas kedua. Hakikat sejarah negeri Melayu selepas era penjajahan seolah-olah cuba dinafikan.
b) Masih berfikir dalam jalur perkauman. Jalur perkauman ini masih ekstrem. Jalur ini menjelma dalam term Ketuanan Melayu yang ekstrem yang cuba menolak hak-hak sah orang bukan Melayu dalam perlembagaan.
c) Tiada parti lain yang dapat menggantikan UMNO dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
d) Fahaman mereka tentang Islam masih dangkal. PAS dianggap seteru politik dan ditafsir sebagai parti semata-mata tanpa melihat ideologinya. Dalam minda mereka, agama hanya berkait dengan urusan peribadi, dan cuba dielak daripada diterapkan dalam segi-segi kehidupan lain.
e) Falsafah pembangunan masih terikat dengan falsafah pembangunan atau kemajuan mengikut acuan barat.

Untuk lebih spesifik, cuba kita teliti akhir-akhirnya ini apa yang berlaku dalam Mesyuarat Agung Bahagian UMNO. Muhyidin malu dengan politik wang yang telah membarah. Mengikut laporan, sebanyak 900 aduan diterima. Di Seremban, dalam mesyuarat tersebut berlaku pergaduhan sehingga mesyuarat terpaksa ditangguhkan. Reaksi Pak Lah kecewa dan malu dengan insiden itu.

Dengan berkeluasanya politik wang dan mengagungkan personaliti tanpa menilai aspek moral, ideologi, dan karisma menunjukkan para perwakilan yang membawa mandat akar umbi tidak peduli sama sekali akan isyarat bahaya PRU12 terhadap UMNO.

Persoalan yang timbul ialah mengapakah mereka tidak peduli? Apabila mereka sanggup meletakkan harga dan sanggup dibeli terhadap undi mereka, sebenarnya mereka meletakkan negara di tangan pemimpin perasuah. Mengapakah mereka sanggup menggadaikan maruah begitu sekali? Masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka dan orang lain, bagaimana?

Jadi, saya cukup hairan mengapakah boleh timbulnya pendapat bahawa UMNO masih lagi relevan (A Kadir Jasin, Tengku Razaleigh Hamzah) dengan begitu buruknya moral mereka dalam percaturan perebutan kuasa?

Tulisan ini tidak akan berhenti di sini ...

Nota Hujung,
bila hati berbisik:
(buat seseorang, yang hati jantan saya luluh apabila dia meluahkan bicara
yang lirih
...)

Layakkah kita bergelar lelaki sekiranya segala tugas-tugas rumah tangga diserahkan bulat-bulat di bahu wanita (baca: isteri)?

Layakkah kita bergelar lelaki sekiranya sebaik kita sampai di rumah, kita hanya tahu mengarah dan bertanya sudah siapkah hidangan untuk kita sambil itu kita hanya membelek akhbar? Sedangkah kita tidak pun bertanya adakah beras masihkah berbaki di persimpannya?

Di Serambi Simpang Empat, A.Star.

27 October, 2008

Apa Signifikan Ku Li Dalam UMNO

Mengikuti perkembangan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO (PPBU), butiran kasarnya seperti berikut:

a) Najib menjadi juara, dan setakat ini masih jaguh kerana tiada pencalonan untuk menentangnya.

b) Bagi Timbalan Presiden, Muhyudin masih unggul.

c) Mukhriz masih menjadi calon favourite. (Menarik juga ulasan Mohd Rashidi Hassan, Harakahdaily, 26 Oktober, 2008, "Mukhriz Hanya Menang Sorak").

d) Naib Presiden, Hishamuddin masih mendapat pencalonan terbanyak.

Trend yang ada ialah:

i) Perwakilan begitu terpesona dengan Najib, tanpa mempeduli permasalahan peribadi yang membelit dirinya. Seorang calon Perdana menteri, dalam Sejarah Malaysia, yang paling banyak skandal. Kita boleh bertanya begitu butakah orang UMNO? begitu sempit ruang lingkup pemikiran mereka. Mereka masih terlalu regional. Impian Najib untuk menjadikan rakyat Malaysia bersifat "glokal" masih tinggal impian. Pada peringkat ahli dan perwakilan UMNO pun masih gagal, apatah lagi bagi rakyat terbanyak.

Najib dalam kenyataan terbarunya, mahu DEB dihapuskan unsur-unsurnya secara beransur-ansur. Syornya yang terbaru ini persis senada dengan saranan DSAI dan Pakatan Rakyat yang selama ini mereka kutuk, hina, tidak berpijak di bumi nyata, dan antiMelayu. Apa sudah jadi dengan Najib?

Najib juga telah mengorak langkah pendekarnya dalam memulakan langkah mempertahan ekonomi Malaysia dari kesan domino kemelesetan ekonomi USA. Meminjam wang dari KWSP sebanyak 5 bilion (baca: wang rakyat) untuk menyokong pasaran saham. Kalau kita tanya, siapakah yang "bermain" di bursa saham Malaysia. Pak Tani? Penoreh getah? Pak nelayan? Mereka yang "berhibur" di situ ialah golongan yang berduit. Siapakah mereka? Suku-sakat mereka. Kroni dan proksi mereka. Soal peniaga-peniaga, soal-soal kesempitan hidup rakyat bawahan, bagaimana? Harga komoditi menjunam teruk.

Harus diingat apabila harga komoditi jatuh menjunam, harga barang pula masih kekal tinggi, maka saya khuatir kemiskinan sebenarnya telah benar-benar sampai kepada rakyat bawahan.
Apabila ini berlaku, kehidupan rakyat bawahan benar-benar terancam.

Adakah Najib masih belum sedar?

ii) Trend yang kedua ialah calon-calon yang sedang menjuarai carta pencalonan adalah calon warisan politik "pedigree" (keturunan). Calon-calon ini mempusakai warisan perjuangan borjouis (golongan bangsawan).

Sekurang-kurangnya ada dua kesan daripada trend kedua ini. Pertama, calon-calon ini disokong, dan mereka begitu terpesona adalah kerana mereka lahir daripada tokoh-tokoh besar negara. Mereka menumpang kehebatan tokoh keturunan mereka. Soal-soal kredibiliti, karisma, ideologi yang dibawa, soal-soal moral, dan keprihatinan kepada rakyat terbanyak terabai atau tidak diambil kira oleh penyokong-penyokong mereka.

Kedua, kehidupan mereka, pendidikan mereka, dan pergaulan mereka lebih bersifat bangsawan. Hidup mereka terkurung dalam wilayah pergaulan yang setaraf. Mereka tidak pernah berasa susah. Kerana itu, mereka tidak pernah memahami kesukaran hidup rakyat terbanyak.

Ketiga, dengan senario ini, adakah harapan akar umbi akan mereka beri perhatian? Adakah mereka prihatin akan isyarat PRU12 itu? Semua ini apabila dianalisis masih menjadi persoalan besar!

Saya berkeyakinan bagi yang peka dengan situasi yang dihadapi oleh UMNO kini, PPBU memperlihatkan dengan jelas bahawa UMNO masih lagi belum mengambil endah tentang pokok permasalahan protes rakyat terhadap mereka termasuk akar umbi mereka sendiri.

Dalam konteks inilah kita boleh membuat kesimpulan bahawa penawaran Ku Li untuk bertanding jawatan Presiden dipandang sepi oleh para perwakilan. Ku Li dianggap telah berusia, dan tempoh hayat politiknya telah berakhir. Ku Li bagi mereka mewarisi aliran politik UMNO yang konservatif dan tidak relevan.

Barangkali para perwakilan telah disihir dengan pangkat, kuasa, dan wang. Saya kira perwakilan ini mewakili satu spesis manusia yang buta buku.

Ku Li sebenarnya telah membentang secara lebar tentang pokok permasalahan yang sebenarnya dihidapi oleh UMNO. Surat terbuka beliau yang diterbitkan oleh Harakahdaily pada 21 September 2008, barangkali tidak mereka hadam.

Ku Li melabelkan UMNO meneraju Malaysia ibarat "Republik Pisang". Ku Li mendakwa juga UMNO melegasikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai hak warisan atau harta pusaka, tanpa menyerahkan kepada akar umbi (baca: demokrasi telah mati).

Dengan gagalnya Ku Li mendapat sebarang pencalonan, pada hemat saya, UMNO telah mengabaikan secara sengaja akan amaran Ku Li:

a) Menyokong Najib bermakna menobatkan seorang Perdana Menteri Malaysia yang sekali-kali tidak akan diterima atau dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Tidak mendapat "endorsement" daripada masyarakat antarabangsa bermakna Malaysia akan dipinggirkan dalam arus globalisasi termasuk pelaburan asing. Malaysia akan mendapat padah ekonomi.

b) UMNO gagal membaca isyarat jelas protes rakyat pada PRU12. Padahnya ialah UMNO berkemungkinan besar berhadapan dengan masa depan yang gelap pada PRU13. mengikut ramalan Ku Li, UMNO akan hilang di persada kuasa.

c) Kemaraan Pakatan Rakyat tidak dapat lagi dihalang.

d) Persoalan kkkronisme, nepotisme, dan rasuah yang menjadi pantang masyarakat antarabangsa akan lebih bermaharajalela.

e) Amalan pengurusan ekonomi Malaysia akan menjadi lebih buruk. Rakyat akan merasai bahananya.

Premis hujah saya jelas iaitu Ku Li merupakan tokoh UMNO yang cukup berpengalaman. Beliau berdarah raja, berhati rakyat. Penglibatannya dalam UMNO kini tidak lagi secara total. Ku Li lebih kepada pemerhati UMNO. Tiada sebarang jawatan dalam kerajaan. Oleh itu, pemerhatian beliau lebih tepat, dan bebas.

Maka pada hemat saya, UMNO sedang menggali kuburnya sendiri. Pada saya, menang sorak, tetapi kampung tergadai.

Menilai Kerajaan Rakyat Kedah

Selamat Menyambut Deepavali, Deepavali Nal Valthukhal

Kita tinggal dulu soal keriuhan dan hiruk-pikuk PAU'08, biarkan mereka terpana, dan ekonomi kian menyuntik racun globalnya!

Tiba-tiba sahaja datang ilham untuk berbicara tentang Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah (KPRK). Barangkali ada sesuatu yang mendesak-desak dari dalam diri. Mungkin ada sesuatu yang terkilan atau tidak puas hati atau rasa sedikit kecewa.

KPRK ditunjangi oleh PAS, dengan diterajui oleh Ustaz Azizan Ab Razak merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah. Ini bermakna apabila kita berbicara tentang KPRK, tentulah secara tidak langsung kita menilai tentang keupayaan PAS mengemudi Kedah.

Kedah adalah salah satu negeri yang jatuh ke tangan PR pada PRU12 selain Kelantan. Kalau diteliti dan dibandingkan, saya rasa, Kedahlah merupakan kerajaan yang dikuasai oleh PR yang paling perlahan momentum perjalanan kerajaannya jika dibandingkan dengan momentum yang berlaku di Perak, Pulau Pinang, dan Selangor. Saya mengecualikan Kelantan kerana Kelantan telah berjaya mengekalkan status quonya.

Kelihatannya KPRK tidak bergerak langsung,sekurang-kurangnya pada pandangan rakyat Kedah. Kalau kita tanya rakyat bawahan atau golongan menengah tentang hala tuju atau dasar pemerintahan KPRK, saya yakin, rakyat terbanyak akan menggelengkan kepala.

Untk berlaku adil, saya cuba menyenaraikan pengumuman-pengumuman yang diwar-warkan oleh KPRK.

Pertama, pemindahan tapak Kompleks Penapisan Minyak yang pada awalnya (semasa BN) terletak di Yan ke beberapa tempat yang tidak melibatkan pengambilan tanah rakyat (kampung dan sawah padi). Rakyat diberitahu yang banyak syarikat sewasta yang berminat. Tindakan ini adalah tindakan terpuji, namun kini senyap dan sunyi.

Kedua, penurunan kadar cukai tanah sekurang-kurangnya 30%. Cukai ini telah dinaikkan semasa BN memerintah. Rakyat menyambut gembira tindakan ini.

Ketiga, penebangan balak di kawasan hutan simpan. Pada awalnya, tindakan atau syor ini mendapat kritikan hebat, namun dapat ditangkis oleh kerajaan negeri. Penebangan balak ini hanya dikhaskan kepada balak-balak yang telah berusia. Dengan penebangan ini, memberi ruang kepada hutan berkembang kembali. Hal ini bermaksud memberi ruang untuk hutan ini pulih dan lebih sihat.
Namun rakyat masih kabur sejauh mana syor ini telah dilaksanakan.

Keempat, yang terkini, ialah menaikkan kuota pemilikan rumah oleh bumiputra kepada 50%. Tahniah sepattutnya diberi kepada KPRK. KPRK harus dapat mencari satu mekanisme untuk merealisasikan kuota ini benar-benar terlaksana dan bagaimana untuk melaksanakan.
Saya juga mendengar khabar, KPRK telah dalam proses melantik wakil-wakil komuniti sebagai mata dan telinga kerajaan dan pada masa sama sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan. Namun persoalannya, adakah semua wakil komuniti telah menerima watikah pelantikan, dan mereka telah diberi taklimat yang cukup tentang mekanisme tugas mereka.

Selain tindakan-tindakan di atas, KPRK seolah-olah sedang memasuki fasa “khalwat” atau “bertapa”.

KPRK harus sedar bahawa inilah kali pertama PAS mendapat peluang memerintah Kedah. Rakyat pelbagai kaum dan golongan sanggup mengambil risiko dalam usaha membentuk kerajaan baru ini.

Mereka juga sedar bahawa mereka akan menempuh kesukaran dalam pelbagai aspek kehidupan khasnya tentang pembangunan prasarana atau mengekalkan tahap “kebolehgunaan” prasarana. Mengekalkan “kebolehgunaan” prasarana ini memerlukan perbelanjaan yang besar, dan di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Begitu juga soal pelaburan, rakyat Kedah juga sedar, apabila mereka memilih PR, bermakna mereka memilih untuk hidup susah kerana peruntukan pembangunan untuk Kedah akan dikurangkan oleh Kerajaan Pusat.

Namun begitu, sebagai sebuah kerajaan, KPRK ini mahu tidak mahu terpaksa mencari jalan, walau apa cara sekali pun untuk mengurangkan keperitan rakyat. Mereka harus menggembleng sumber-sumber kerajaan negeri dengan semaksimum mungkin.

Saya rasa dan yakin bahawa rakyat tidak menuntut banyak kerana mereka faham akan kemampuan kerajaan negeri. Walaupun begitu, soal-soal yang menyentuh secara langsung hidup mereka perlu diberi keutamaan.

Contoh yang paling mudah ialah kemudahan prasarana yang dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Perkara-perkara tersebut ialah perkara-perkara dalam kuasa PBT.

Saya ingin fokuskan kepada kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam taman-taman perumahan. Sebagai contoh Alor Star. Saya dapat merasakan wujudnya protes warga Alor Star secara senyap akan kegagalan KPRK untuk memastikan tahap kemudahan-kemudahan ini berada dalam keadaan baik. Soal longkang, pemungutan sampah, dan jalan-jalan di taman yang rosak teruk.

Kita mempersoalkan adakah exco ini yang berkuasa ke atas PBT benar-benar serius untuk menangani hal ini atau mereka masih lagi berada dalam “bulan madu” – tidak puas lagi merasai kehangatan keempukan kerusi exco sehingga mereka enggan turun padang. Mereka harus bertindak sekurang-kurangnya mereka turun padang untuk menjelaskan keadaan sebenar atau menjelaskan apakah tindakan lanjut yang telah mereka aturkan. Exco ini atau KPRK harus ingat mereka telah menguasai kerajaan selama tujuah bulan. Rakyat memerhati dan menilai mereka. Suara-suara tidak puas hati telah mula kedengaran! Teman-teman sediskusi pun baik atas pagar, penyokong tegar PAS, penyokong tegar PR, dan para simpatisan menyuarakan hal sama: proaktifkah KPRK? Masih lenakah mereka?

Keadaan ini tidak timbul sekiranya mereka sanggup turun padang dan sentiasa memberi penjelasan kepada rakyat apa yang sedang berlaku. Akhir-akhir ini, Kompleks PAS Kedah agak sepi. Jarang diadakan ceramah-ceramah semasa. Ini menyebabkan wujud jurang maklumat antara rakyat dengan kerajaan Negeri.

Saya juga menjenguk laman "Kedahlanie ..." (http://kedahlanie.blogspot.com/) sekurang-kurangnya untuk memperoleh maklumat terkini tentang KPRK, tetapi maklumatnya terlalu sedikit, dan tidak membantu saya dalam memperjelas apa yang sebenarnya berlaku dalam KPRK.

Kesimpulannya, amat dirasakan sekali bahawa KPRK begitu perlahan perjalanan kerajaannya. Rakyat masih menunggu dan menunggu.

Simpang 4, AS.