22 March, 2012

Kantoi SPR, PRU13 Tertangguh...

Salam. Rumours bergentayangan bahawa PRU13 akan berlaku pada Jun 2012.
Benarkah?

Keyakinan Najib nampaknya akan goyah lagi. Anwar dalam sidang medianya di lobi parlimen mendedahkan bagaimana SPR memanipulasi daftar pengundi. Seterusnya Anwar akan membuktikan berlakunya manipulasi ini. Anwar juga mendedahkan bagaimana berlaku peningkatan mendadak pengundi baru di Pekan, parlimen Najib.

Dr Maximus juga mendedahkan PSC tentang pembaharuan pilihanraya akan membina satu sistem terbuka untuk membersihkan daftar pemilih yang diragui. Beliau juga berkata sistem ini akan dibentangkan dalam parlimen pada 10 April ini.

Nampaknya,  para penasihat dan penstrategis Najib akan kebingungan. Pendedahan Daim bahawa jika berlaku PRU13, hanya 3 negeri yang benar-benar selamat - Johor, Melaka, Pahang cukup memening kepala mereka.


1 comment:

  1. kebumikan umno selepas pru 13 nanti.Meluta sungguh aku dengan puak-puak ni , macam lah negara ni harta pusaka mak pak depa.

    ReplyDelete