Salam. Ahmad Maslan bertegas dalam Parlimen semalam, walau apa halangan yang mendatang, FGVH akan tetap disenaraikan di Bursa KL selewat-lewatnya bulan Jun ini.
Menjawab soalan Salahuddin, peneroka tidak perlu khuatir kerana katanya:
"Macam mana peneroka boleh rugi kerana penyenaraian ini langsung tidak
melibatkan tanah mereka. Tanah 10 ekar sebutirpun tidak disentuh, tapak
rumah mereka seincipun tidak sentuh, malah saham mereka satu sen pun
kita tidak sentuh,"
Malahan peneroka Felda akan peroleh durian runtuh!
Ayuh, Ahmad Maslan, usah peduli Mazlan Aliman, usah peduli injuksi mahkamah, teruskan rancangan saudara, dan kita sama-sama lihat, adakah gugusan Felda akan tetap "fix deposit" UBN.
Kalau boleh, Anwar, LKS, TGHH, TGNA pun turut sama sokong...
No comments:
Post a Comment