Salam. Nampak gayanya, PR akan kecundang pada PRU13 ini.
Khabar dari gunung bertiup kencang, Jun 2012 PRU13 akan berlangsung. Nampaknya Najib, PM kesayangan orang Melayu desan dan Melayu Felda, dengan selesa merungkai satu persatu tohmahan PR.
Daim, peramal berambut putih pun telah membuka kitab nujumnya. UBN akan menang besar.
Isu yang saya kira akan menggemparkan warung-warung kopi dan cafe ialah betapa bernilai, betapa berharganya Kak Ijat kepada Wanita Umno. Wanita Umno dengan bangganya mengisytiharkan:
"Pendapat seperti itu antara lainnya disuarakan penolong setiausaha
Wanita Umno Wilayah Persekutuan, Khadijah Alang Ibrahim yang berkata,
sayap Wanita akan sentiasa menyokong Shahrizat tidak kira apa perkara
yang berlaku."
Apa pun yang berlaku pada Kak Ijat, beliau tetap Ketua Wanita Umno (KWU) untuk mengemudi wanita dalam PRU13, malahan mereka menegaskan bahawa tiada sesiapa layak menggantikannya sementara ini sehingga PRU13. Kak Fidah mesti pedih telinga mendengarnya.
"Dia ada kewibawaan sebagai pemimpin. Tak ada siapa lagi yang layak
ganti beliau. Beliau letak jawatan sebagai menteri kerana terpaksa
walaupun tidak terlibat. Dia berkorban demi keluarganya. Itu pengorbanan
dia,"
Begitulah sayangnya Wanita Umno kepada KWUnya. Begitu mulianya sikap dan hati Kak Ijat sehingga mampu mempesona wanita umno. Rumusannya,
a. Letak jawatan (tamat tempoh hayat senatornya!) walau tidak terlibat.
b. Berkorban demi keluarganya.
c. Tetap menyokongnya walau apa yang terjadi.
d. Tiada yang layak menggantikannya.
Jika inilah mentaliti, sikap dan pendirian Wanita Umno dalam menentukan sikap terhadap kepimpinan mereka melibatkan kepimpinan yang secara jelas terlibat dengan "salah guna kuasa", memang sahlah Najib akan menang besar dalam PRU13.
Tetapi, menang sebagai Ketua Pembangkang!
No comments:
Post a Comment