14 March, 2012

Silap Mata Kak Ijat, Kata Kak Fidah

Salam. Kat Ijat kata, beliau akan berundur daripada menjadi menteri pada 8 April ini. Ironisnya, keesokannya, suaminya, didakwa pecah amanah dengan 4 kesalahan.

Rupa-rupanya tempoh hayat senatornya berakhir pada tarikh itu. Hebat juga Kak Ijat ini. Bagaimana pun beliau sanggup berundur juga, walapun sesetengah pihak dalam UMNO sendiri yang menyindir sebagai, "tindakan yang betul, tapi terlewat".

Tindakan Kaka Ijat ini, barangkali, dapat kita ertikan sebagai untuk menjaga air muka Najib, bos beliau, sebab kalau beliau masih enggan berundur, akan menyulitkan Najib di parlimen.


Dalam masa sama, beliau mengekalkan sebagai Ketua Wanita UMNO. Rasanya ini kesilapan Kak Ijat. Keengganan beliau untuk menyerahkan kepada Wanita UMNO untuk mempertimbangkan jawatannya telah mengundang serangan dan sindiran pihak-pihak yang tidak menyenangi dirinya, terutama musuh politiknya Rafidah Aziz. Kak Fidah menempelaknya,


"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April... "Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Hingga ke akhirnya, nampaknya Shahrizat, sebagai Menteri, dan dilantik pun hanya melalui pintu senator, sepatutnya mengikuti dhamirnya yang murni. Jika beliau meminta atau menyerahkan kepada bosnya atau Wanita UMNO untuk pertimbangkan kedudukannya sebagai ketua wanita, maruahnya akan sedikit terbela. Beliau sebenarnya, karier politiknya menemui jalan mati.

Terima kasih kepada Kak Fidah kerana memperjelas hakikat dilema Kak Ijat.

No comments:

Post a Comment