Benarkah lanskap "psyche" Melayu telah berubah? Marilah sederap bersama membina masyarakat Malaysia yang adil, telus, dan berjati diri tanpa melupakan hakikat sejarah kenegaraan kita.
22 August, 2009
Cukuplah Melanyak Rohaizat, Bawakanlah Isu dan Komitmen Yang "Kredible"
Rohaizat Kebingungan, Adakah PAS Mula Menyelesakan Diri?
- Dalam pilihanraya umum 2008, Anak Pulau Pinang adalah Perdana Menteri Malaysia tetapi hari ini, anak Pulau Pinang itu telah dipaksa mengosongkan jawatan itu lebih awal dari jadual yang lebih selesa bagi beliau.
- Dalam pilihanraya 2008, Anwar Ibrahim belum dapat bertanding dan hari ini Anwar Ibrahim sudah berada ‘disitu’.
- Dalam pilihanraya 2008, belum ada sebarang ikatan diantara PAS dan DAP tetapi selepas 8 Mac 2008, ternyata masyarakat cina amat-amat selesa dengan PAS.
- Pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penduduk tempatan.
- Formula yang dibawa oleh Pakatan Rakyat telah berjaya menyakinkan banyak pihak bahawa ianya satu formula yang boleh menggantikan BN.
- Mengekalkan seorang ADUN Melayu sebagai Penyokong Kerajaan dalam keadaan sekarang lebih penting dari menambah ADUN Melayu didalam Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
BN tentu berusaha untuk membangkitkan isu ‘skandal’ ahli exco DAP di Selangor tetapi terlalu sukar bagi mereka yang berada diluar kepompong UMNO untuk mempercayainya berbanding dengan mempercayai bahawa ia suatu pengkhianatan oleh UMNO.
BN mungkin gembira untuk memainkan isu ketidak sefahaman pimpinan antara parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi BN juga terbuka dengan begitu banyak masalah dalaman yang bersedia untuk dilaporkan oleh bekas-bekas pimpinan parti komponen BN yang kini bersama Pakatan Rakyat.
Isu lapuk seperti PAS sebagai boneka DAP mungkin hanya memualkan bagi penduduk Permatang Pasir apalagi bila isu sebegitu terbukti gagal memenangkan BN di Parlimen Bukit Gantang bahkan turut gagal di Manek Urai dimana hampir 99% pengundi dari keturunan Melayu."
Untuk bacaan lanjut, sila klik(http://kickdefella.wordpress.com/2009/08/02/apa-nak-umno-galas-ke-permatang-pasir/)
Saya pun berkongsi rasa yang sama seperti Syed Azidi, tambahan lagi UMNO kini agak terdesak apabila mereka terjerat dan terperangkap dengan masalah integriti calon. Muhyidin dan Zahid Hamidi terkial-kial untuk menyucikan calonnya.
Namun, saperti yang saya ajukan, adakah PAS dan PR benar-benar ketahui, sedar, faham, dan insaf akan rasa, pandangan, kehendak, dan keperluan rakyat terutama golongan muda terhadap PAS, PKR, DAP, dan PR umumnya.
Fikirkanlah wahai individu-individu yang diamanahkan oleh rakyat untuk ditakdirkan berada dalam saf pimpinan, sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.
Dengan seruan itu, saya akan bergerak ke isu yang kedua ...
Sedikit masa dulu, cuba imbas Muktamar PAS di Selangor tempoh hari, cuba imbas balik apakah isu yang begitu menggegarkan PAS sehingga hampir-hampir membentuk dua jalur pemikiran dan kelompok ( pemikiran TGNA dan pemikiran TGHH ).
Sebelum saya tangguhkan posting ini, saya minta izin dari Sheikh Kickdefella, dan saudara Mat Saman Kati kerana "copy" dan "paste" posting kalian. Terima kasih ye.
Oops .. Sabar! Saya akan sambung ...
Di Simpang 4, AS, 7.30am.
Lanjutan Penahanan Gobala: Jawapan Untuk Komen Pengunjung
Saperti yang saya tegaskan, jenayah tetap jenayah. Seseorang yang melakukannya harus memikul risikonya. Yang dipersoalkan ialah bagaimana sesuatu kuasa yang dilaksanakan. Contoh-contoh kekerasan atau terlampau agak banyak dilakukan akhir-akhir ini.
Kata Gobala, “Polis menanggalkan seluar saya, bayangkan saya ahli parlimen dan polis menanggalkan seluar saya dan mengambil gambar. Ketika saya menjerit supaya mereka berhenti melakukannya tangan saya dipijak.
“Saya percaya mereka menggunakan pisau untuk memotongnya, apakah motif mereka melakukannya. Pada saya mereka menangkap gambar saya untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Gobala menafikan sekeras-kerasnya dakwaan stesen televisyen pro kerajaan yang menyatakan bahawa beliau bersalah kerana meyerang polis.“Apa yang berlaku pada saya adalah saya yang diserang, apa yang mereka tunjuk di televisyen seorang lelaki berdiri di belakang saya. Polis menahan saya dan berjalan bersama, terdapat seorang polis beruniform di belakang saya menendang saya dan saya mempertahankan diri.
Gobala berkata, beliau kemudiannya dijatuhkan dan dipijak anggota polis di bahagian bahu dan belakang badan sebelum menggarinya.
“Saya telah ditahan lebih dari 25 kali, saya tidak perlu publisiti murahan. Tidak perlu memberikan 20 hingga 30 orang anggota polis menyerang, mencederakan saya dan menendang saya dan memalukan saya sehingga di masukkan ke wad selama empat hari,” katanya.
Untuk bacaan lanjut, sila klik link ini (http://perisik-rakyat.com/2009/08/gobalapdrm-yang-terlampau.html). Terima kasih kepada Perisik Rakyat.
Untuk sesiapa yang berlapang dada, fikir-fikirkanlah ... apakah dan ke manakah hala tuju negara kita?
18 August, 2009
Insiden Gobala: Persoalan Status dan Hak Seorang Ahli Parlimen

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menghalang tugas polis pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir semalam (17 Ogos 2009).
Beliau telah cedera dan dibawa terus daripada Hospital Bukit Mertajam ke mahkamah. Saya percaya kes ini tidak berhenti di sini sahaja. Sudah tentu, insiden ini akan menyeret PDRM ke dalam gaung kredibiliti yang dalam.
Persoalan yang dapat kita utarakan ialah:
a) Apakah sebenarnya status dan hak penjawat yang bergelar Ahli Parlimen? Kalau di dalam Parlimen, YB-YB ini memiliki imuniti penuh.
b) Sebagai wakil rakyat yang diundi oleh rakyat, dan mewakili parti tertentu, serta penglibatan penuh dalam parlimen dalam membahas dan meluluskan dasar-dasar kerajaan - adakah YB ini boleh disamatarafkan dengan penjawat awam biasa?
c) Ahli Parlimen, pada hemat saya, merupakan personal yang menjadi puncak atau asas dalam negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen.
Maka, layanan polis yang begitu kasar dan keras terhadap YB Gobala, pada hemat saya, pihak polis telah melampaui etika dan peraturan dalam pelaksanaan tugasnya. Cuba teliti video ini (http://www.youtube.com/watch?v=LPDwuD3n0Ws&feature=related)
Jadi, timbul persoalan lain, iaitu:
a) Polis, barangkali melihat Gobala sebagai Ahli Parlimen Pembangkang, yang tak seharusnya dihormati statusnya sebagai Ahi Parlimen, atau
b) Gobala sebagai seorang berbangsa India?
Insiden sebegini tidak seharusnya berlaku dalam keadaan rakyat begitu celik tentang hak asasi masing-masing yang melampaui batas-batas kemanusiaan.
Sesungguhnya, pada saya, insiden sebegini sebenarnya menjejaskan kredibiliti dan reputasi PDRM, yang kian hari kian merosot imej mereka khususnya apabila mereka mengendalikan pristiwa-peristiwa atau perhimpunan yang berkaitan dengan politik.
Dalam hati kecil saya, tidak mungkinkah tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Gobala? Dan ternyata desis hati kecil saya terjawab apabila penyokongnya telah mengadakan sidang media membantah kekerasan polis dakam penahanan Gobala. (http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/sidang-media-wakil-penduduk-pdg-serai.html)
Saya tidak mempersoalkan jenayah yang dilakukan Gobala, tetapi yang dipersoalkan ialah bagaimana penahanan dilakukan tanpa mempedulikan sikap profesionalisme, apatah lagi Gobala adalah seorang Ahli Parlimen yang mewakili suara penduduk Padang Serai.
Di Simpang 4, AS, 10.30pm.