03 April, 2010

P94 Hulu Selangor: Buktikan Dirimu, Nasha

Salam.

Mahfuz agak yakin, PR akan menang dalam PRK ke-10 ini dengan argumen bahawa PR adalah kerajaan di Selangor. Mafuz juga menjelaskan yang jentera pilihan raya Pas telah bersedia dengan diketuai oleh Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin.

Soalnya, Ustaz Nasha ini begitu mistri. Tingkahnya dan kata-katanya tidak menggambarkan bahawa beliau begitu komited dengan PR. Selingkuhannya dengan UMNO begitu jelas, sekurang-kurangnya dari segi perspektif media baru penyokong PR.

Di Selangor ini pula, peranan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasha dalam usaha untuk menggambarkan yang kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim bermasalah dan tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu. Pertemuannya dan ucapannya dalam pertemuan dengan blogger UMNO tahun lepas begitu heboh dan sebarannya begitu luas. Kemuncaknya apabila Khalid Samad dijatuhi hukuman berat manakala Dr Hassan Ali cuma diberi amaran, sedangkan pada mata umum, Dr Hassan dan dengan restu Ustaz Nasha begitu jelas cuba mencalarkan imej kerajaan negeri Selangor dan PR.

Yang terbaru, Zainulfaqar mendedahkan salah satu sikap yang konsisten dengan persepsi umum yang ustaz Nasha tidak berperanan dalam memperjuaang PR.

Dalam keadaan ini, bolehkah ustaz Nasha bekerjasama dan menggembleng segenap kekuatan Pas dalam membantu PKR memenangi PRK ini?

Dengan imej sebegitu, keadaan di bawah berkemungkinan akan terhasil:

a)  Ustaz Nasha akan mengalami dilema yang berat.
b)  Beranikah ustaz Nasha menyerang UBN memandangkan Noh Omar menegaskan yang UBN akan menggunakan pendekatan ofensif?
c)  Tidak mungkinkah akan wujud ketegangan antara jentera Pas dan ustaz sendiri?
d)  Adakah jentera PKR dan DAP boleh menerima ustaz Nasha dengan berlapang dada dan tanpa prejudis?

PRK kali benar-benar sengit. Khir Toyo sendiri menegaskan peluang masing-masing hanya 50-50. Dengan genap setahun Najib menjarah Malaysia, Najib tentu tidak mahu dimalukan dengan kekalahan. UBN akan berusaha bermati-matian.

Maka, jentera pilihan raya PR harus teguh dan "satu". Dalam keadaan yang cukup genting ini, jentera pilihan raya PR sekali-kali tidak boleh dipesongkan dengan isu-isu remeh.

Namun, saya cukup khuatir dengan ustaz Nasha ini. Mungkin pimpinan Pas Pusat memilih Ustaz Nasha bagi mengetuai jentera Pas untuk membuktikan bahawa ustaz Nasha masih mendukung amanat muktamar, tetap bersama PR. Inilah kesempatan ustaz Nasha untuk membersihkan dirinya daripada palitan-palitan hitam sebelum ini.

Pada saya, ustaz Nasha harus bekerja "allout" untuk memastikan kemenangan PRK ke-10 ini. Hal ini kerana jika PR kalah, sudah tentu, dalam post-morterm nanti, salah satu isu penyebab kekalahan ialah faktor integriti ustaz Nasha sendiri.

Saya hanya berharap agar kupasan saya ini cuma ilusi saya sahaja.

Simpang 4, AS.

No comments:

Post a Comment