01 April, 2010

Ustaz Ahmad Awang Tidak Cukup syarat

Salam.

Satu sahaja alasan yang diberikan SU Agung Pas mengapa Ustaz Ahmad Awang tidak dilantik semula kerana:

"Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama"
Juga Mustapha memberi kriteria lain, ahli Majlis Syura dipilh daripada kalangan terbaik.

Betul ke tu? Atau ada sebab lain?

Saya rasa ustaz Ahmad Awang tidak perlu diperkenalkan lagi-semua ulama kenal beliau. Barang kali bagi SUA Pas ini yang berasakan ustaz Ahmad ini masih tidak cukup ilmu!

Kepada sesiapa yang ingin mendapat gambaran sepintas tentang kewibawaan Ahmad Awang sebagai ulama, boleh klik di sini.

Berilah alasan lain yang lebih manis, walaupun di luar sana mereka dapat menduga sebab sebenar Ustaz Ahmad Awang digugur. Alasan yang diberikan itu seoalah-olah memperlekeh keulamaan orang lain, dan menggores hati nurani empunya badan dan orang lain yang mengenali ustaz Ahmad Awang. Alasan yang diberikan itu menunjukkan sikap sebenarnya penuturnya!

Sedangkan para hadirin muktamar tempoh hari masih basah dengan kata-kata Ahmad Awang tentang kegilaan sesetengah pimpinan tertinggi Pas terhadap UMNO!

Saya kira, selepas ini, kita akan dihamparkan dengan kupasan-kupasan Ahmad Awang kerana kedudukannya yang bukan lagi PSJ dan bukan lagi Ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Kepada ustaz Ahmad Awang, ruang perjuangan lain masih luas. Teruskan komitmen ustaz untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan menentang apa-apa sahaja anasir yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan.

Simpang 4, AS

1 comment:

  1. Bro.. apesal lu punya ayat macam Wartawan UMNO..
    lain orang cakap.. lain tajuk berita??

    Ustaz Ahmad Awang tak layak ??
    lu baca habis tak petikan article malaysiakini tu ??
    Tengok Fakta la oi..
    Ahli tambahan berkurang dari 7 kepada 5.
    yang lain2.. di calon oleh dewan masing2..

    lu main guna mana ayat lu suka nak, ayat yang tak kena dengan cara lu nak hentam, lu tak amik..

    adil ke analisis camni??

    lu fikir laa sendiri

    ReplyDelete