Salam.
Di tengah-tengah keriuhan dan gegak gempita AGM 1 Perkasa dan pemilihan MCA, penyokong Pakatan Rakyat dan ahli PAS tentu sedang resah menanti mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas esok. Hal ini kerana dalam mesyuarat esok, penentuan sama ada Majlis Syura Ulama Pas memperoleh Mursyidul Am yang baru atau TG Datuk Hj Nik Aziz kekal sebagai pengerusi majlis ini.
Khabarnya, dan sedang bertiup kencang Ustaz Hj Ahmad Awang tidak dilantik semula sebagai ahli majlis ini. Bagi penyokong PR, mengetahui dengan jelas prinsip dan pendirian Ustaz Ahmad Awang dalam soal UG dan survival PR. Malahan dalam muktamar yang lalu, Ustaz Ahmad dengan lantang mendedahkan ada personal pimpinan tertinggi Pas yang meminta beliau menubuhkan kerajaan negeri Perak dengan UMNO, dan beliau menolak mentah-mentah.
Itu soal Ustaz Ahmad Awang, bagaimana pula dengan TGNA?
Perkhabaran juga sedang bertiup kencang bahawa TGNA tidak dilantik semula sebagai Mursyidul Am Pas. Memang TGNA menjelaskan pendirian beliau dalam Malaysiakini bahawa beliau begitu bahagia jika tidak dilantik semula atas alasan kesihatan dan kesibukan mentadbir Kelantan.
Kita kenal siapa TGNA. Beliau tidak sekali-kali meminta jawatan. Ini tabiat asas seorang yang bergelar ulama sejati - tidak meminta jawatan. Namun, beliau juga menegaskan bahawa apabila ahli Majlis Syura masih sudi akan pimpinannya, beliau bersedia.
Analisis MSO hanya melihat kenyataan TGNA ini pada lapis pertama atau permukaan sahaja atau yang tersurat sahaja. MSO melihat bahawa TGNA telah surrender kerana kesihatannya, tanpa menilai lebih jauh bahawa inilah sikap seorang ulama yang perlu ditunjukkan bahawa jangan sekali-kali memperlihatkan bahawa kita meminta sesuatu jawatan. Dan satu hal, saya sendiri tidak hairan dengan sikap MSO terhadap TGNA. MSO telah lama tidak senang dengan sikap TGNA. Antaranya melantik menantunya sebagai COO dan CEO PBMK yang akhirnya mencetuskan kontraversi. MSO juga tidak senang dengan sikap enggan melepaskan jawatan MB Kelantan, dan enggan menamakan penggantinya.
Saya kira MSO gagal melihat akan survival Pas dalam arus kebangkitan politik baru yang dibawa oleh PR. Kita dapat melakarkan dengan jelas akan sikap dan pendirian yang konsisten dalam soal perlunya mengukuhkan PR, dan Pas perlu menyokong dan proaktif tanpa berdolak-dalik. Kita juga dapat lakarkan dengan jelas TGNA menjadi ikon keadilan Islam dalam konteks multiracial.
Keadaan ini agak berbeza sekiranya Dr Haron Din, seperti yang dicanangkan oleh MSO sebagai pengganti TGNA. Tanpa mempersoal keulamaan Dr Haron Din, namun dua sikap beliau yang jelas, pertama, terlibat dalam team berbincang dengan UMNO untuik bekerjasama membentuk kerajaan. Kedua, pendiriannya yang bercanggah dengan pendapat rasmi Pas tentang isu kalimah Allah oleh penganut Kristian. Dua sikap dan keadaan ini memeperlihatkan bahawa wujud pertentengan antara cita rasa dan falsafah individu dengan kehendak majoriti.
Kedudukan Mursyidul Am sebagai penjaga dasar maka Mursyidul Am bertanggungjawab secara tidak langsung dalam memantau hala tuju dan pengendalian organisasi parti oleh Presiden. Mursyidul Am bersama Majlis Syura Ulama harus menentukan Presiden dan organ-organ parti berjalan selaras dengan dasar parti dan ketetapan Muktamar.
Pada saya, dan berkongsi rasa yang sama dengan Tulang Besi, Kerabu Bersuara, dan yang lain-lain merasakan bahawa dalam keadaan suasana politik baru, demi survival Pas, serta mengekalkan sokongan bukan Melayu, TGNA wajib dikekalkan sebagai Mursyidul Am Pas.
Pengguguran TGNA sebagai Mursyidul Am Pas akan mengundang padah dan mendatangkan persepsi yang cukup negatif terhadap Pas secara umumnya, apatah lagi kecenderungan sesetengah pimpinan Pas masih berdolak-dalik tentang UG. Dan, penyokong PR dengan mudah beranggapan bahawa Presiden dan teamnya sedang menyusun agenda tertentu menjelang muktamar akan datang. Sayugia diingat, imej Pas sedang tercalar teruk, dan PRU13 semakin hampir.
Kita berdoa agar masa depan Pas terus cemerlang, dan dijauhi daripada anasir-anasir yang boleh membawa Pas ke zaman malapnya.
Simpang 4, AS.
memang PAS dah jadi anjing belaan DAP dan PKR. Sahih saya kata kan yang PAS sudah lari jauh dari landasan asal perjuangan.
ReplyDeleteHanya kerana nak menang pilihanraya dan dapat sokongan bukan Muslim sangup turun melutut patuh kepada DAP.
Tuih..