18 April, 2010

P94 HS: Biodata Datuk Zaid Ibrahim

Salam.

Apabila kita bersunyi. Melarikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan harian - masalah dan kerenah di tempat kerja, kerenah dan membenahi taggungjawab asasi keluarga, menghening diri daripada tekanan mengurus kominiti teman - kadang-kadang timbul persoalan - k emana arah yang akan dibawa akan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita? Adakah kita sanggup membiarkan arah itu ditentukan oleh  lenggang-lenggok tiupan angin? Ketidak-betulan, keadilan, prejudis, yang bergelumang selama ini, kita biarkan begitu sahaja? Dan selebihnya kita berserah? Adakah itu ajaran agama kita?

Datuk Zaid, sebelum ini memiliki dwitanggungjawab: POLITIK DAN BISNES.

Apabila beliau menerima tawaran Pak Lah untuk dilantik sebagai Menteri Undang-Undang, beliau telah bertekad untuk mereform Badan Kehakiman yang begitu dipertikai bukan sahaja dalam negara malah di tahap sarwajagat.

Beliau tidak bercakap kosong. Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim lain dikembalikan maruah mereka. Namun, akhirnya beliau ditentang, diherdik, dan dihina dengan begitu "berat" dalam kalangan rakan politik beliau sendiri.

Akhirnya, beliau menyimpulkan bahawa UMNO SEBENARNYA ENGGAN MAHU BERUBAH! Maka perlu apa beliau menunggu lagi.

Beliau meletak jawatan!

Kini beliau menemui ruang dan wahana untuk membuktikan siapa sebenar dirinya - apa yang dirinya kehendaki. Dunia bisnes ditinggalkan. Mengapa? Kerana beliau tahu, sekiranya beliau masih kekal sebagai ahli bisnes, masalah dirinya akan mengheret rakan-rakan korporatnya ke jurang yang dalam.

Kenapa beliau tidak memilih PAS, sebaliknya memilih medium PKR?

Orang seperti Zaid yang memiliki atau menghayati falsafah dan pemikiran undang-undang dan nuansa perjuangannya yang merentasi kaum, di samping beliau seorang yang profesional, PKR lebih sesuai dengannya. Namun Zaid seorang sedia untuk belajar. Kerapatannya dengan TGNA menunjukkan keazamannya untuk meneutralkan fahaman liberalnya dengan Islam.

Di atas ialah sedikit pengamatan saya tentang Zaid.

Dan biodatanya, saya pautkan dengan entri daripada Al-Husseyn.

Dan ingatlah, KITA SEBENARNYA TIDAK PERNAH TERLAMBAT UNTUK BERUBAH!

Kamal Lodge, Taiping.

1 comment:

  1. Gambar Tsunami Sendai,Jepun-11Mac

    www.mindaharian.blogspot.com

    ReplyDelete