Diberitakan bahawa Jamal dan Man dari Perak tu sudah pun mengisytiharkan diri mereka sebagai Adun bebas. Ini bermakna telah keluar dari PKR Perak. Kini kerajaan Perak tinggal 30 Adun, BN 27.
Agaknya boleh percaya ke Jamal dan Man ni kekal dengan status bebasnya itu? Mereka tentu gundah dengan kes rasuah itu. Kalau bersalah mereka akan hilang kerusi Adun. UMNO telah pun membuka pintu seluas-luasnya dan siap dengan habuannya sekali.
Memang kerajaan Perak akan tetap berfungsi kalau mereka berdua ini melompat parti. Namun dengan kelebihan 1 kerusi, kita dapat bayangkan betapa rapuhnya kerajaan itu.
Diberitakan juga bahawa Nizar telah pun mengadap DYMM Sultan Perak dan Sultan rasanya telah maklum dengan situasi yang agak kritikal ini. Pada hemat saya, Sultan tentu berasa gundah dengan keadaan ini. Ini menunjukkan kerajaannya selepas ini akan berhadapan dengan banyak kerenah dan masalah.
Sesungguhnya permasalahan yang kritikal ini menuntut penyelesaian yang "brilliant". Soal sebesar ini tidak wajar hanya dibebankan semata-mata di bahu Nizar seorang sahaja. Seluruh pemikiran Pakatan Rakyat harus digembleng tanpa mengira kepentingan parti dan kelompok.
Pada hemat saya, jika benar Jamal dan Man telah menyeberang, Pakatan Rakyat Perak mesti mengambil inisiatif tertentu. Sekurang-kurangnya ada 2 pilihan:
Pembubaran DUN
a) Menunggu sehingga kes rasuah kedua-dua Adun ini telah sama ada bersalah atau tidak. Kalau bersalah, PRK akan berlangsung. Kalau mereka tidak bersalah maka status mereka Adun kekal. Cabaran kepada PR Perak sekiranya mereka tidak bersalah ialah mereka tentu sekali membuat roadshow menjaja kelemahan-kelemahan atau isu-isu dalaman kerajaan Perak atau isu-isu dalaman PKR, PAS, dan DAP. Sudah tentu tidak mudah untuk Pakatan Rakyat untuk menangkisnya. Kesannya pada rakyat tentu sukar diramalkan.
b) Membubarkan DUN. Opsyen ini harus dipertimbangkan dengan teliti dan mendalam. Pada hemat saya, kalau kes rasuah kedua-dua Adun itu berakhir dengan keputusan bersalah, DUN tidak perlu dibubarkan. Yang dibimbangkan ialah kes mereka sengaja digugurkan dan mereka tidak bersalah. Ada satu lagi keadaan yang menggusarkan, untuk menunggu kes mereka dibicarakan yang tentunya memakan waktu, dapatkah dijamin tidak berlaku lompatan daripada Adun yang lain.
Jadi, bagi saya, pembubaran DUN adalah opsyen yang tidak boleh diabaikan. Sekiranya keadaan genting, DUN wajib dibubarkan. Kita serahkan semula mandat kepada rakyat Perak.
Trend Pengundi
PRK Permatang Pauh dan PRK36 KT, dan sambutan yang hangat terhadap kemasukan Datuk Nasa ke PKR menandakan arus kecondongan pengundi ke arah Pakatan Rakyat. Senario pada Mac 2008 dengan senario terkini selepas 11 bulan PR berkuasa adalah berbeza. Rakyat dah boleh melihat bahawa Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN malah lebih baik lagi.
Dengan keyakinan masyarakat bukan Melayu kepada PR terutama PAS memberi kelebihan kepada PR. Dalam masa sama, UMNO masih dalam mode pemilihan agung. Persaingan antara mereka masih lagi berlaku dan belum reda. Mereka mudah hilang fokus.
Jika dianalisis majoriti yang BN peroleh untuk kerusi-kerusi DUN yang mereka menangi masih banyak di bawah seribu atau ratusan malah puluhan. Banyak DUN yang bahaya kepada BN. Mereka perlu bekerja keras dalam keadaan mereka terpaksa mempertahan diri.
Akhirnya, saya kira Pakatan Rakyat tidak perlu gundah kalau DUN Perak dibubarkan. Kalau PR menang bermakna UMNO dan BN menemui jalan mati. Kalau kalah, PR tidak risau, keputusan itu adalah keputusan rakyat. Yang utama berjuang dahulu dan biarkan Allah menentukan yang terbaik untuk rakyat Perak.
Di Simpang 4, AS,12.40am
saya sekong jika di bubar kan DUN perak,,,,,, biar rakyat yg menentu kan nasib mereka,, nak elok atau nak tak elok,, nak elok pilih PR (DAP,PAS DAN PKR)
ReplyDeleteKrisis lompat-,melompat ini adalah makanan orang-orang sabah. Kerajaan PBS pimpinan Pairin Kitingan telah menggunakan kedua-dua cara iaitu membubarkan DUN tidak membubarkan DUN. Bagi kes membubarkan DUN kerajaan Pairin kitingan dapat kembali kerajaan Sabah dan dalam kes tidak mahu membubarkan DUN Pairin Kitingan dengan hormat telah menyerahkan kerajaan kepada UMNO dan BN setelah Anuar Ibrahim berjaya membawa masuk adun-adun PBS ke UMNO dan BN antaranya Lajim Okin dan Robin Balang. Tetapi impak daripada tipu hela Anuar Ibrahim pada Pairin Kitingan akhirnya allah nampaknaya hukuman itu di dunia dan semua orang tonton dan lihat . Oleh itu jangan sesekali TIPUm
ReplyDelete