13 October, 2009

Bagan Pinang dan Pas For All


Salam buat pengunjung,

dan selamat berjumpa kembali ..

Blog ini menjadi jarang diupdate. Entah kenapa akhir-akhir ini, saya banyak membaca dan meneliti dari blog ke blog. Sebenarnya banyak isu yang ingin dikupas, tetapi entah kenapa hati hanya selesa membaca ulasan-ulasan bloger-bloger lain yang lebih berpengalaman seumpama MSK, Topeng Perak Unmask, dan lain-lain. Bloger lain dibaca juga ulasan mereka.

Kepada pengabdi-pengabdi setia Pakatan Rakyat ini, diucapkan tahniah.

Dan tahniah juga kerana berkampung di Bagan Pinang, walaupun hasilnya agak mengecewakan, dan sebenarnya kita telah berusaha, TETAPI RAKYAT BAGAN PINANG TELAH BERSUARA!

Adat bertanding memang ada kalah menangnya tetapi kekalahan PAS di Bagan Pinang merupakan kekalahan yang luar biasa dan kalau diambil berat amat signifikan.

Adakah kita sebagai ahli politik telah mula berasa selesa dan mula bermain politik. Saya teringat apabila saya membaca satu artikel RPK, perbezaan antara ahli politik dengan aktivis politik.

Bagi RPK (Raja Petra), ahli politik obses dengan kuasa dan percaturannya, sedangkan aktivis yang difokuskan ialah perubahan. Maksudnya aktivis bergerak aktif atas dasar untuk melihat berlaku perubahan seperti yang dimanifestokan.

Faktor yang signifikan

Apabila dianalisis, pengundi bukan Melayu telah beralih arah. Boleh diteliti di sini [http://www.malaysiakini.com/news/114732]. Peratus untuk pengundi Melayu juga meningkat ke BN. Lihat di sini [http://www.malaysiakini.com/news/114934].

Saya merasakan bahawa tunjang kekuatan Pakatan Rakyat ialah kekuatan PAS. Saya rasa, saya tak perlu menghuraikannya lebih lanjut tentang PAS sebagai tunjang kerana bagi pemerhati politik mereka sedia maklum tentang hal ini.

Di Bagan Pinang, PAS mengemudi PRK, dan kita lihat bantuan DSAI agak kecil kerana beliau berada di luar negara. Maknanya, jentera PAS menjadi perhatian dan fokus apabila kekalahan ini begitu besar memihak kepada BN. Harus maklum, kita bukan mahu menang, tetapi sekuarang-kurangnya peluang untuk mengurangkan majoriti ada kalau diteliti dari segi calon dan integritinya.

Faktor dominan yang saya lihat ialah Gagasan PAS FOR ALL tidak terisi dengan tuntas. Penyokong bukan Melayu mendapat mesej bahawa PAS kurang serius dan hanya berminat untuk memancing undi. Bukti yang jelas, apa yang berlaku di Selangor.

Apa peranan PAS di Selangor? Cuba teliti isu ini:

a) Kematian Teoh Beng Hock - apa komen PAS Selangor?

b) Isu Arak - adakah PAS telah bertindak secara hati-hati?

c) Isu Selcat - apakah kesan komen terbuka Dr Hasan Ali terhadap penyokong PR dan bukan Melayu?

d) Isu kuil - Apa PAS Selangor buat untuk meredakan dan membantu pengundi India Seksyen 23?

Soal Khalid Samad dan isu kuil, jelas kelihatan bahawa Khalid dan MB Selangor dibiarkan bersendirian. PAS Pusat sunyi sepi. Jadi, kita dapat jangkakan bahawa pengundi India dan Cina mendapat mesej tertentu walaupun boleh dipersoalkan.

Politik adalah persepsi - apa yang khalayak mahu percaya. Khalayak tidak peduli tentang niat pemimpin walaupun baik. Persepsi berkait dengan aksi.

Kupasan isu ini yang agak menarik untuk bacaan, lihat Malaysia Waves (http://www.malaysiawaves.com/2009/10/pas-hilang-undi-india-kerana-sikap-pas.html).

Akhirnya

Insiden-insiden ini begitu hampir masanya dengan Bagan Pinang. Salehudin dan Dr Zul tidak mampu untuk "cover up" isu ini apatah lagi dengan segala halangan yang disengajakan oleh BN.

Untuk masa depan, PAS harus memilih:

i) Terus bercakap atas dasar Melayu dan kepentingan Islam (walaupun tidak salah) yang senada dengan UMNO yang telah pun ditolak total oleh rakyat. Penyokong PR bukan Melayu akan mendapat mesej bahawa PAS mendahulukan bangsa daripada agama (ISLAM). Saya tegas dengan pendirian ini.

ii) Mengutamakan strategi daripada dasar. Dasar telah pun termaktub dalam Perlembagaan PAS. PAS FOR ALL adalah strategi. Jadi, segala aksi wajib senada dengan PAS UNTUK SEMUA. Zahirkan keadilan Islam itu.

Ini turning point untuk PAS, tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, PAS akan terperosok kembali di Pantai Timur dan berundur ke belakang!!!

Barangkali saya perlu sentuh juga tentang isu kaitan PAS dengan nasionalisme Melayu, yang pada hemat saya masih menghantui sebahagian besar pimpinan utama PAS, tetapi memerlukan ruang yang lain.

Di Simpang 4, AS, 7.00pm


1 comment:

  1. tukar kan dari pas for all ke islam for all....

    ReplyDelete