23 November, 2009

Ariffahmi dan PMBK: Alhamdullilah, Dah Selesai


Salam untuk semua.

Benarlah seperti yang terdetik di hati saya bahawa akhirnya TGNA akan bertindak demi untuk PAS.

Sepatutnya hal ini telah berlaku lama sekiranya PAS Kelantan berani dan jujur serta membuang sikap "malu alah" kepada TGNA. Kronisme harus dielak kerana akhirnya akan mempalitkan organisasi.

Tahniah kepada TGNA dan tahniah juga kepada Ariffahmi kerana berjiwa besar dalam mempertahan imej mentuanya sebagai Pengerusi PMBK dan Menteri Besar Kelantan serta sebagai Mursyidul Am PAS melalui perletakan jawatannya sebagai CEO PBMK.

Kedatangan TGHH, Dr Haron Din, Salahudin, dan Dr Hatta, saya rasakan lebih kepada sokongan moral, memberi input, lagi pun nama TGHH dan Salahudin muncul dalam kemelut tersebut.

Salak Tinggi, Selangor, 4.45pm

2 comments:

  1. Belum selesai lagi tu SPRM baru buka fail...fail belum tutup lagi!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Bila lagi kroni2 disebelah satu lagi nak lepaskan jawatan?

    Terima kasih

    ReplyDelete