02 January, 2010

Aduhai ... Akan Beginikah Sudahnya PAS Kelantan?

Salam.

Saya tidak tahu akan rasa dan fikiran orang lain, tapi buat saya ....

Cukup meresahkan! Cukup menggusarkan!

Dan tulisan di bawah adalah penyataan dan luahan kegusaran saya ....

Posting Zul Kulim dan Tulang Besi (setakat ini 3 posting) yang membicarakan "tangan-tangan ghaib" di belakang TGNA dalam mengatur percaturan politik PAS Kelantan demi "family matter" dan "kerajaan perpaduan versi 2".

Berundurnya Anual Bakhri Haron dan Ustaz Saiba menandakan pengaruh Nik Abduh dan Ariffahmi dan "geng ghaib" telah berjaya menjinakkan TGNA.

Zul Kulim menyuarakan kebimbangan yang amat sangat bahawa PAS Kelantan sedang menuju keruntuhan. Episod ini akan menemui hujangnya yang gerhana, , katanya,

"Apa pun, natijah daripada ini semua kemungkinan besarnya akan melemahkan Kerajaan Negeri. Dengan terpelantingnya tokoh-tokoh muda, hebat dan dinamik dalam saf kepimpinan negeri Kelantan ini, saya khuatir "bulan purnama" yang menyinari bumi "Serambi Mekah" selama 20 tahun ini akan menjadi malap dan pudar, dan kelak hanya masa dan ketika sahaja menanti untuk "gerhana sang bulan" berlaku di Kelantan! Wallahua'lam".

Zul menyimpulkan akan terhasilnya "gerhana sang bulan" kerana wujudnya tangan ghaib atau kuasa ketiga dalam menyusun barisan kepimpinan kerajaan negeri demi kepentingan tertentu. Tegas Zul:

"Saya melihat seolah-olah di Kelantan kini sudah ujud satu "tangan ghaib", atau "Kuasa Ketiga" yang memainkan peranan menyusun semula barisan kepimpinan Kerajaan Negeri demi menjaga periuk nasi dan kepentingan pihak tertentu".

Bagi Tulang Besi, Ariffahmi merupakan fraksi UMNO, dan Nik Abduh merupakan penyokong tegar UG. Malah, Tulang Besi memberi bukti bahawa Nik Abduh juga hadir semasa pertemuan Dr Hassan Ali dan NAsha dengan Blogger PAS dan UMNO.

Maklumat yang Tulang Besi dapat, pengunduran terhormat Anual Bhakri dan Ustaz Saiba ada kaitannya dengan Nik Abduh dan Ariffahmi. Malahan begitu juga dengan pengganti mereka berdua juga dicadangkan oleh Nik Abduh.

"Sekarang pun calon2 menggantikan Annual Bakhri dicadang dan dipilih oleh Nik Abduh dan Arifahmi. (Itu maklumat yang saya dapat)".

Benteng terakhir daripada pencerobohan UMNO terhadap TGNA ialah Husam. Roboh Husam, maka memudahkan fraksi UMNO berfungsi. Husam dikhabarkan akan dikorbankan pada Februari 2010. Zul Kulim pun mengikut maklumat yang beliau dapat ialah akan berlaku rombakan dalam barisan pimpinan kerajaan negeri, dan beliau terperanjat apabila salah satu nama exco kanan terlibat sama dalam rombakan itu (terpelanting!).

Sahabat-sahabat sekalian boleh membayangkan apa kesannya kepada PAS Kelantan dan PAS secara keseluruhannya apabila Husam terpelanting. Pada saya kekuatan PAS Kelantan mutakhir ini selain Tok Guru sendiri ialah Husam Musa.

Robohnya PAS Kelantan bermakna susah payah dan jerih-perih untuk menjayakan Konvensyen pertama PR di Shah Alam baru-baru ini hanya sia-sia. Hal ini kerana kekuatan dan ikon PAS ialah TOK Guru Nik Aziz dan PAS Kelantan.

Wallahua'lam

Simpang 4, AS

3 comments:

  1. kenapa tak tanya TGNA? kenapa TB dijadikan rujukan? adakah sumber TB itu soheh sangat? tanya TB dulu dia kata dapat maklumat pejumpaan Nasa dgn najib di landon? betul ke tidak? setelah diminta bukti ditempat mana, masa bila dia tak dapat beri jawapan pun hanya dalih2 sahaja. Org bergini kah yg dijadikan rujukan? memalukan..

    ReplyDelete
  2. Biarkanlah apa2 yang TGNA nak laksanakan. Jangan diganggu dia. Dia tahu apa yang baik untuk PAS. Kalau TGNA terpaksa 'memotong' peranan Husam dalam PAS Kelantan, pastinya ia adalah untuk kebaikan rakyat Kelantan juga.
    Husam pun tak sunyi dari buat silap serta menjadi 'liability' kepada TGNA. Walaupun TGNA 'sayang' pada Husam..., itu tidak bermakna bahawa orang2 PAS Kelantan ramai yang sukakan Husam.
    Kerana TGNA terlalu 'sayangkan' Husam lah, politik PAS Kelantan jadi kelamkabut.
    Leave it to TGNA to resolve the matter.

    ReplyDelete
  3. 2o tahun penasihat bagi pandangan, ok je kelate. Bila menantu jadi penasihat bagi, kelam kabut dibuatnya.

    ReplyDelete