18 August, 2009

Insiden Gobala: Persoalan Status dan Hak Seorang Ahli Parlimen

Selamat berjumpa kembali ...

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menghalang tugas polis pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir semalam (17 Ogos 2009).

Beliau telah cedera dan dibawa terus daripada Hospital Bukit Mertajam ke mahkamah. Saya percaya kes ini tidak berhenti di sini sahaja. Sudah tentu, insiden ini akan menyeret PDRM ke dalam gaung kredibiliti yang dalam.

Persoalan yang dapat kita utarakan ialah:

a) Apakah sebenarnya status dan hak penjawat yang bergelar Ahli Parlimen? Kalau di dalam Parlimen, YB-YB ini memiliki imuniti penuh.

b) Sebagai wakil rakyat yang diundi oleh rakyat, dan mewakili parti tertentu, serta penglibatan penuh dalam parlimen dalam membahas dan meluluskan dasar-dasar kerajaan - adakah YB ini boleh disamatarafkan dengan penjawat awam biasa?

c) Ahli Parlimen, pada hemat saya, merupakan personal yang menjadi puncak atau asas dalam negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen.

Maka, layanan polis yang begitu kasar dan keras terhadap YB Gobala, pada hemat saya, pihak polis telah melampaui etika dan peraturan dalam pelaksanaan tugasnya. Cuba teliti video ini (http://www.youtube.com/watch?v=LPDwuD3n0Ws&feature=related)

Jadi, timbul persoalan lain, iaitu:

a) Polis, barangkali melihat Gobala sebagai Ahli Parlimen Pembangkang, yang tak seharusnya dihormati statusnya sebagai Ahi Parlimen, atau

b) Gobala sebagai seorang berbangsa India?

Insiden sebegini tidak seharusnya berlaku dalam keadaan rakyat begitu celik tentang hak asasi masing-masing yang melampaui batas-batas kemanusiaan.

Sesungguhnya, pada saya, insiden sebegini sebenarnya menjejaskan kredibiliti dan reputasi PDRM, yang kian hari kian merosot imej mereka khususnya apabila mereka mengendalikan pristiwa-peristiwa atau perhimpunan yang berkaitan dengan politik.

Dalam hati kecil saya, tidak mungkinkah tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Gobala? Dan ternyata desis hati kecil saya terjawab apabila penyokongnya telah mengadakan sidang media membantah kekerasan polis dakam penahanan Gobala. (http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/sidang-media-wakil-penduduk-pdg-serai.html)

Saya tidak mempersoalkan jenayah yang dilakukan Gobala, tetapi yang dipersoalkan ialah bagaimana penahanan dilakukan tanpa mempedulikan sikap profesionalisme, apatah lagi Gobala adalah seorang Ahli Parlimen yang mewakili suara penduduk Padang Serai.

Di Simpang 4, AS, 10.30pm.

1 comment:

  1. Salam,

    Apada hemat saya tidak kira Ahli Parlimen atau Rakyat Biasa, "nobody above the law". Kadang2 kita buat provokasi tapi bila ditegur pihak berkuasa ditampar, semata2 menjalankan tugas mereka. Pikr2 kan lah.. adakah jawatan YB memberi lesen pada kita menentang undang2 dan pihak berkuasa..????

    ReplyDelete