07 February, 2016

Saga Mukhriz [Siri 3]: Teori Domino dan Harimau Tidur

Di bawah, petikan kata-kata yakin Datuk Seri Ahmad Bashah (DSAB):

Menteri besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bertekad Barisan Nasional (BN) negeri mampu memenangi dua pertiga kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu berkata, beliau yakin sasaran tersebut mampu dicapai sekiranya semua jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno negeri bersama-sama bekerja keras sebelum PRU14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada akhir Ogos 2018.
"Nak dapatkan (menangi) kerusi, kami (wakil rakyat) kena turun, jumpa rakyat bagi penerangan dan kerja keras bukan duduk sahaja," katanya ketika berucap pada Program Mesra Jiran Perdana dan Menyemai Kasih Sayang di Alor Star hari ini.
Ketika ini 21 kerusi Dewan Undangan Negeri dipegang BN, PAS (8), PKR (4), DAP (2) dan Parti Amanah Negara (1).- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-kedah-yakin-menang-dua-pertiga-kerusi-dalam-pru-14-kata-ahmad-bashah#sthash.pUUQRVVf.dpuf

Perbincangan seterusnya dapat menjawab jangkaan DSAB untuk memenangi minimum 24 (36) kerusi Dun Kedah.

Penulis mahu berkongsi atas 3 hujah/ alasan:

Peranan Team Mahathir pada PRU11 (2008)

Dengan bebasnya Anwar dari penjara membolehkan Anwar menyusun front pembangkang dengan agak baik. Anwar menjadi mediator antara Pas dan Dap yang berbeza dasar tetapi dapat bersama berdasarkan prinsip keutamaan iaitu memperjungkan nasib rakyat dengan matlamat menjatuhkan UBN.

Harus disedari Saga Anwar, kes mata lebam sejak 1998 dan tercetusnya reformasi, kebangkitan orang Melayu dan kaum Cina tidak menyeluruh. Kebangkitan orang Cina cuma signifikan pada PRU11 apabila Anwar berjaya menggabungkan Pas dan Dap dalam satu front.

Saga Anwar 1998 mencetuskan satu gelombang kemarahan rakyat yang ketara terhadap Mahathir sehinggakan sebelum PRU10, Mahathir terpaksa melepaskan kerusi PM kepada Pak Lah, Mr Clean. Pemerhati politik boleh dikatakan sekata, sekiranya Mahathir yang ketika itu dilabel sebagai Mahazalim, masih PM, kemungkinan besar Putrajaya tersungkur atau UBN menang tipis.

Sepanjang sepenggal Pak Lah menguasai Putrajaya, peranan KJ dan budak Tingkat 4 begitu menonjol sehinggakan banyak projek tinggalan Mahathir seperti Jambatan Bengkok di Johor dibatalkan menjejaskan survival kroni perniagaan Mahathir, maka dengan itu permusuhan antara Mahathir dengan Pak Lah tercetus. Nasihat dan teguran Mahathir tidak diendah malah sikap arrogant KJ dan Budak Tingkat 4 mewujudkan permusuhan terbuka dengan Mahathir. Akhirnya Mahathir terlalu marah sehingga bertindak keluar dari UMNO. Masa sama Anwar meningkatkan serangan dan masa sama perkukuh front pembangkang.

Saya percaya kejatuhan 5 negeri di Semenanjung pada PRU11 (2008) termasuk Selangor dan Kedah kerana teranjaknya sokongan orang Melayu terhadap PR akibat daripada serangan Mahathir pada kerajaan Pak Lah dan menantunya.

Integriti Mukhriz Melampaui Faktor Mahathir

Sedia maklum bahawa PM Najib diselubungi dengan pelbagai skandal dan penswastaan
(PEMANDU) dasar dan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi Malaysia,  dengan obsesnya pada matlamat ekonomi berpendapatan tinggi menjerumuskan Malaysia dalam belitan hutang yang kian meningkat sehingga melebihi paras 55% dari GDP. Masa sama kos hidup kian meningkat dalam keadaan lemahnya peningkatan dalam pendapatan rakyat.

Penyokong dan ahli Umno mula tersentak apabila kem Najib bertindak keras dalam mempertahan PM dari dalam. Muhyidin sebagai TPM disingkirkan dan Shafie Apdal digugurkan dari jatawan kabinetnya. Skandal 1MDB dan episod derma RM2.6b dan gangguan berterusan terhadap siasatan SPRM serta pegawai kanan polis memaksa Mahathir cuba mencetuskan gelombang dalaman Umno utk menjatuhkan Najib dari takhtanya.

Mukhriz yang sememangnya telah diketepikan oleh Pusat sejak PRU13 sebagai MB Kedah menyertai kem Mahathir dalam mengkritik urus tadbir Najib dan cara penyelesaian skandal tersebut. Tindakan Mukhriz ini menambah luka kem Najib apabila Mukhriz bertindak bertanding melawan Hishamuddin bagi pos Naib Presiden Umno. Hishamuddin, sepupu Najib hampir kalah.

Dalam situasi front pembangkang menggerakkan penentangan terhadap pendirian PM yang akan menandatangani TPPA, Putrajaya menggerakkan kudeta melalui team Ahmad Bashah terhadap Mukhriz sebagai MB dalam usaha melemahkan kem Mahathir.

Satu persoalan, Mukhriz menolak MOU dengan PM Najib, kenapa? Mukhriz cuba bertahan, berkebetulan ada pihak tertentu di istana Kedah menyukai Mukhriz. Namun, bapanya, Mahathir berdiam diri. Kenapa?

Mukhriz sedar bahawa akhirnya dia terpaksa mengalah. Pertahanannya selama hampir 2 minggu, selain menjejaskan imej team Ahmad Bashah tetapi juga imej PM Najib tercalar. Mukhriz barangkali menguji sejauh mana ahli Umno dan rakyat umumnya menerima kehadiran dirinya di atas pentas politik Kedah selama keberadaannya sebagai MB.

Krisis penukaran/ kudeta selama lebih 2 minggu, ternyata keperibadian Mukhriz menjadi cagaran. Akar umbi Umno, atas pagar dan front pembangkang melihat kudeta itu lebih kepada pertarungan antara Kem Najib dengan Kem Mahathir. Mempertahan PM Najib dianggap anti rakyat. Mukhriz dilihat lebih sebagai mangsa kezaliman dan kerakusan, apatah lagi selama ini beliau disabotaj oleh Pusat. Kesantaian peribadi Mukhriz dalam kalangan anak muda dan masyarakat setempat dan perhatiannya pada institusi pondok, dirinya disenangi. Ini memperlihatkan Mukhriz dapat berdiri sendiri melepasi pengaruh bapanya.

Teori Domino dan Harimau Tidur

Insiden kudeta Mukhriz ini ada relevansinya dengan situasi/ senario politik semasa.

Umno dilihat dalam keadaan yang rapuh sekarang kerana wibawa PM Najib terjejas teruk dalam kalangan rakyat, dalam negara dan luar negara. Tindakan Peguam Negara baru cuba membersihkan beliau dari skandal 1MDB dan wang derma RM2.6b seolah-olah dipersenda. Harga minyak dunia iaitu 30% sumber pendapatan negara terjejas teruk. Kutipan GST 6% tidak mampu menutup kurangan pendapatan dividen Petronas. Betapa serius ekonomi negara sehingga PM Najib terpaksa revise Bajet2016 dengan penjimatan 9 bilion.

Parti Pas di bawah Haji Hadi dan MSU telah selesai membersihkan penentangnya, saf profesional sehingga melahirkan Parti Amanah Negara. Terputusnya hubungan Pas dengan Dap atas isu Hudud,menyebabkan PR pecah dan diwujudkan semula Pakatan Harapan, Pkr, Dap dan Amanah.

Umno yang rapuh, dirapuhkan lagi dengan asakan team Mahathir dengan matlamat menurunkan Najib sebagai PM untuk menyelamatkan Umno dan kerajaan. Pas pula yang terkesan agak serius dengan kewujudan Amanah bertukar arah dengan bekerjasama dengan PM Najib/ Umno.

Kem PM Najib sedang mempersiapkan segala strategi dan alatan untuk menghadapi PRU14 dalam keadaan underdog. Namun, mereka amat menyedari bahawa sehingga PRU13, anjakan undi orang Melayu kepada front pembangkang hanya minimum (29%) menurun daripada PRU12 (36%). Ini menunjukkan ketergantungan orang Melayu pada Umno masih lagi kuat. Apatah lagi PM Najib telah mendapat sokongan daripada parti PAS. Situasi psyche orang Melayu ini boleh diibaratkan seperti harimau yang tidur. Soal kenapa psyche dan naratif Melayu sebegitu perlu ruang perbincangan yang lain.

Kehadiran Amanah dalam arena politik Malaysia boleh dikatakan dapat mengisi kevakuman politik yang dicari oleh golongan profesional. Prinsip dan dasar Amanah berdiri atau tertegak antara kekonvesionalan Pas dalam agama dan ultra Melayu dalam UMNO. Amanah cuba menerapkan Maqasid syariah dan menggunakan pendekatan Fiqih Setempat seperti dianjurkan oleh sarjana-sarjana Islam kontemporari seperti Sheikh al Qaradawi. Hal ini menarik minat pimpinan Pas dan ahli/penyokong Pas yang moderate dan atas pagar terhadap Amanah malahan disenangi oleh golongan bukan Melayu.

Amanah sedang berkembang pesat di Johor sehingga dikatakan Pas lumpuh di Johor. Tapak untuk Amanah berkembang di Johor nampaknya dibantu oleh sikap kritikal istana Johor terhadap pimpinan semasa Umno di Pusat sementelahan akar umbi Umno di Johor masih memendam rasa akibat penyingkiran Muhyidin dari kerusi TPM.Masalah di Johor ialah masyarakat Melayu Felda. Mereka adalah deposit tetap BN.

Di Selangor, nampaknya Amanah dapat mengisi kelompangan sokongan akibat sikap dan pendekatan politik Pas untuk bekerjasama dengan Umno dan sebaliknya berterusan mengkritik keras Dap dan Amanah.

Di Melaka dan Negeri Sembilan, diharapkan arus perubahan di Johor dan Selangor dapat mempengaruhi sikap dan pandangan politik Melayu di sini.

Di Pahang, isu Lynas dan terkini isu perlombongan Bauksit menjadi duri dalam daging bagi BN Pahang. MB Pahang kelihatannya tidak mampu untuk mengangani kedua-dua isu tersebut. Pas dilihat tidak lagi mewakili hasrat rakyat terbanyak walaupun di sini adalah tapak pengaruh timbalan presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man. Tapak yang agak subur untuk PH, namun masyarakat Melayu Felda menjadi halangan.

Dengan mengecualikan Terengganu, Kelantan sedang bergelut dengan krisis kepimpinan MB dan TMB yang lemah dan kelihatannya mesra UMNO. Amanah sedang mendapat perhatian pada arus bawah yang dibawah Datuk Wan Rahim, dengan dibantu oleh DHM yang mengasak Pas dari dalam.

Gabungan faktor kelemahan dan kegagalan team PM Najib mengrus negara dan ekonomi sehingga rakyat kini dibebani dengan kos hidup melambung tinggi pada ketika harga komiditi jatuh merudum, asakan team Mahathir terhadap PM Najib yang mendedahkan lagi kepincangan dalam negara, front pembangkang yang disertai Amanah, hanya menunggu untuk orang Melayu beralih sokongan kpd front pembangkang.

Sehingga episod kudeta Mukhriz terjadi, pendirian dan sikap politik orang Melayu (kawasan Malay Belt) tidak banyak berubah. Umno masih lagi dianggap penjaga dan penyelamat Melayu walaupun Mahathir sendiri berusaha untuk membongkar kebejatan pimpinan dalam UMNO.

Nampaknya episod Mukriz khasnya di Kedah secara tidak langsung berjaya membangunkan orang Melayu dari tidur mereka yang lama. Mereka telah mula bertanya kenapa dan apa salah Mukhriz sehingga beliau perlu dijatuhkan. Mereka bertanya siapa di belakang team Ahmad Bashah? Pertanyaan ini bukan sahaja datang dari kalangan akar umbi UMNO malah mengocak konsentrasi rakyat/ silent majority, dan disokong pula front pembangkang Kedah.

Episod ini memperlihat orang Melayu kampung dan semi bandar yang selama ini memihak UMNO mula berfikir dan menilai antara integriti seorang pemimpin dan kerakusan/ kezaliman pemimpin yang lain di tengah-tengah rakyat bergelut dengan kesukaran hidup harian. Ini adalah permulaan satu perubahan/ anjakan paradigma dalam kalangan orang Melayu.

Kesimpulanya, jika episod Mukhriz ini ditanggapi dengan betul dan diurus dengan cermat oleh front pembangkang dengan bantuan asakan team Mahathir sepanjang masa sehingga PRU14 (2018), tidak mustahil orang Melayu UMNO, silent majority Melayu akan beralih sokongan di Kedah.

Dan, perubahan paradigma org Melayu Kedah boleh dirangsang untuk menjadi katalis di negeri-negeri lain,di Perlis, meresap di Felda-Felda di Johor, di Negeri Sembilan, di Melaka, di Selangor, di Pahang, di Perak dan di Kelantan.

Persoalan seterusnya, apa reaksi front pembangkang terhadap episod kudeta Mukhriz ini? Apakah front pembangkang hanya melihat episod ini semata-mata dari sudut pertembungan antara dua kem dalam UMNO dan Mukhriz hanyalah mangsa?

....Bersambung...

Putera Kelana









06 February, 2016

Ahmad Bashah: Antara Realiti dan Fantasi

Akhirnya impian Ahmad Bashah tercapai. Ketegangan selama lebih 2 minggu yg mengheret istana, reda juga. Ahmad dan sekutunya serta penyokongnya gembira, tetapi Mukhriz terpaksa melepaskan kerusinya.

Rugikah dan kecewakah Mukhriz, sebaliknya adakah Ahmad Bashah yg akan menggalas tugas dan amanah yang amat berat akan dapat mengekalkan kegembiraan sehingga ke pru14? Satu persoalan yang sukar dijawab secara tuntas.

PM yang dipaliti Pelbagai Skandal

Walaupun Peguam Negara telah membersihkan PM, namun nampaknya dunia luar seperti Swiss, Perancis, Hong Kong dan Singapura masih meraguinya. Ekonomi negara makin suram. Ahmad Bashah mewakili kem Najib dan Mukhriz sebagai penyandang kerusi MB mewakili kem Mahathir.

Mukhriz yang dianggap bersih, rendah diri, disenangi tua dan muda, dan paling utama ialah Mukhriz dikatakan sebagai faktor utama kemenangan BN merampas semula Kedah pada pru13. Beliau vokal dalam mengkritik PM dalam isu skandal-skandal yg melibatkan PM, sevokal ayahnya memobilisasikan pihak tertentu dalam gerakan menjatuhkan PM.

Inilah situasi yg melanda negara dari ekonomi dan politik. PM dilihat bawa sengsara pada rakyat sebaliknya kem Mahathir membela rakyat dgn cara mengkritik dan berlanjutan kepada desakan PM meletak jawatan. Mukhriz sertai kem ayahnya.

Dilema MB Baru

Ada pendapat yg dikongsi  bersama dalam kalangan front pembangkang Kedah, faktor Mukhriz kerajaan BN Kedah agak sukar digugat, apatah lagi Pas berada di luar front pembangkang. 3 penjuru kemungkinan besar akan terhasil pd pru14.

Adakah pendapat di atas itu boleh diabai begitu sahaja oleh team Ahmad Bashah? Dengan nasihat yang betul, pendapat itu tentunya menggusarkan mereka.

Beranikah team Ahmad Bashah utk melakukan pembersihan orang-orang Mukhriz di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan serta di Wisma Persekutuan dan GLC?

Mampukah team Ahmad Basyah membawa masuk dana dalam skala besar untuk mengaktifkan pembangunan yang mereka dakwa Mukhriz gagal mainkan peranannya?
Jika berjaya, dakwaan bahawa Mukhriz gagal tidak sepenuhnya benar kerana kenapa Pusat boleh melepaskan dana ke Kedah apabila Ahmad Bashah sebg MB tetapi tidak berlaku dalam tempoh pentadbiran Mukhriz. Ternyata mesej yang dapat dibaca oleh rakyat Kedah ialah telah berlaku sabotaj terhadap Mukhriz. Dan siapa mereka itu? Tentunya rakyat dapat mengenal pasti mereka tersebut.

Jadi, sesungguhnya berbaloikah pihak yang menang dalam episod Saga Mukhriz ini?

....Bersambung...

Putera Kelana

Najib Menang, Mukhriz Gagal?

Imbasan: Mukhriz menyertai bapanya, Mahathir dalam kempen bersifat marathon menurunkn Najib sebagai PM. Bermula dgn misi cuba kuasai kerusi naib presiden melawan Hishamuddin (gagal) kerana Hisham adalah sepupu Najib. Kudis dlm hubungan Mukhriz-Najib bermula. Pru13, Mukhriz menang Dun Ayer Hitam, Umno kuasai Kedah. Kerajaan Pas Kedah kecundang akibat pergolakan dalaman dan hilang kredibiliti di mata rakyat Kedah.Skandal 1mdb dan derma 2.6b mula panas dan menjejaskan kestabilan ekonomi dan juga politik serta hidup rakyat kian terhimpit kerana gagalnya kabinet dapur Najib mengurus ekonomi sehingga hutang negara memcecah 800b, team Mahathir-Daim bangkit dgn misi menjatuhkan Najib. Muhyidin sebagai TPM dpt membaca Umno dlm bahaya akibat dr cara Najib mengurus negara, politik dan ekonomi di samping sikap berbelanja mewah pasangan pm dan isterinya, Tpm sertai kem MD. Kemuncaknya, Muhyidin tersingkir dari kerusi Tpm dan Zahid Hamidi mengisi tempatnya dan memjadi panglima perang Najib menjaga teritorynya.

Mukhriz dilantik sebg mb Kedah sebagaimana manifesto pru13 dgn mengetepikan Ahmad Bashah yg ketika itu adalah Pengerusi Perhubungan Negeri. Ahmad Bashah menjadi timb dan dipindahkan ke pusat serta dijadikan senator utk sertai kabinet. Kem Najib di pusat masih terkilan dgn visi Mukhriz dlm menanjak ke kerusi naib presiden. Modus operandi disusun dengan cara memblok peruntukan pembangunan ke kerajaan negeri. Peruntukan diberi sekadar utk kerajaan negeri dapat berfungsi. Dipercayai peruntukan pusat memgalir ke Kedah melalui ketua bahagian yg tentunya yg patuh pd kem Najib.Maka, pada mata rakyat pembangunan di Kedah terlalu lembab persis sama seperti situasi ketika Pas kuasai kerajaan negeri. Memang Langkawi dibangunkan agak pesat tp Umno Kedah tidak dapat manafaat secara langsung kerana projek yg masuk ke Langkawi adalah langsung dari pusat (kem Najib).

Pada ketika kem MDM (+Shafie Apdal) meningkatkan serangan pd Najib, Mukhriz yg berasakan dianak tiri oleh pusat menyertai kem bapanya dlm misi menjatuhkan Najib. Kudis telah mulai bernanah.

Melangkah ke tahun 2016 dgn wajah ekonomi dunia yg suram. Harga minyak dunia kian jatuh ke paras USD30, pendptan negara dari GST tidak dapat lagi menampung kurangan dari dividen petronas. Najib amat perlukan pelaburan asing. Krisis 1mdb tiada jalan penyelesaian yg tuntas maka Najib nampak TPPA sebagai penyelamatnya.

Gangguan besar kem MDM perlu dihalang. Tiba masa Mukhriz di Kedah ditumbangkan.
Ahmad Bashah melihat inilah peluangnya yg dinanti-nantikan selama ini. Telah melalui banyak pru kerusi mb masih bukan kepunyaannya.

Kemenangan Ahmad Bashah?

Ahmad Bashah (AB) telah pun mempunyai kemnya sendiri dlm kalangan adun tentunya dgn sokongan pusat melalui projek2 tertentu.

Tentulah hubungan kem AB dgn Mukhriz tidak lancar dan dingin. Keperluan menyingkirkan Mukhriz amat sesuai dan tepat jika mereka inginkn projek pembangunan skala besar diturunkan ke Kedah dan jika mereka mahukan jaminan kerusi adun tidak terlepas pd pru14.

Alasan penyingkiran telah sedia ada. Selain bersengkokol dgn kem bapanya, faktor lembabnya pembangunan dan melebarnya ketegangan hubungan antara kem Mukhriz dgn AB menjadi alasan kuat utk mereka berselindung di sebalik alasan penyingkiran Mukhriz dari kerusi mb.

Walaupun akhirnya Mukhriz berundur secara profesional tetapi prosesnya memakan masa selama 2 minggu dgn melibatkan istana, sebenarnya memperlihatkan ikhtiar kem AB dan Najib ibarat "menang sorak, kampung tergadai".Rakyat Kedah, silent majoriti, penyokong dan pimpinan PH serta akar umbi ( veteran Umno ) masih menyebut nama Mukhriz bukan AB. Malahan dalam media maya tersebar caption AB terlena dlm majlis rasmi.

Menariknya, Saga Mukhriz ini menghidangkan banyak kemungkinan2 bacaan politik khasnya dalam menelaah kecenderungan rakyat menjelang pru14 yang masanya tidak lebih 2 tahun lagi.
Inshaa Allah...bersambung lagi...
Putera Kelana..

20 April, 2014

SAKMONGKOL AK47: Re-thinking the PKR Elections

SAKMONGKOL AK47: Re-thinking the PKR Elections

http://helangjagat.blogspot.com/2014/04/pemilihan-pkr-antara-azmin-khalid-dan.html

Pemilihan PKR: Antara Azmin, Khalid, dan Saifudin

Salam. 

Selamat berjumpa kembali.
(Entri ini pada awalnya ditulis untuk mengisi ruangan komen, blog Sakmongkol AK47, Re-Thinking The PKR Elections)

Maaf, saya menggunakan medium BM kerana isu ini begitu menarik dan hati mendesak-desak untuk memberi sedikit pandangan.

Pandangan dari luar dan pandangan dari dalam tentu membawa sudut pandangan yang berbeza.

Begitu pandangan atau pendapat atau hujah orang politik dan hujah seseorang yang tidak aktif dalam politik, tentunya juga berbeza. Apatah lagi jika seseorang ahli profesional atau korporat yang telah sebati dengan prinsipnya tentunya juga berbeza dengan pandangan/hujah orang politik.

Inilah latar yang menyebabkan susut-sudut pandangan dalam komen tentang entry blog datuk Sabri ini.

Ini bleum lagi dimasuk kira hujah yang penuh dengan pengaruh sentimen peribadi tanpa memahami asas kenapa peribadi itu bertindak sedemikian.

Dalam pertandingan pemilihan PKR, antara pos yang penting dan kritikal ialah jawatan timbalan presiden. Hal ini kerana timbalan presidenlah yang mengetuai sekretariat pentadbiran parti yang diurus oleh setiausaha agung (sua).

Pokok perbincangan datuk Sabri ini ialah siapa yang seharusnya layak menduduki kerusi timbalan presiden PKR dan cuba menjawab mengapa Saifudin, Rafizi dan Nurul Izah membentuk team?

Saya masih berpendirian Khalid tidak sesuai sebagai timbalan presiden, begitu juga Saifudin, walaupun Saifudin sedikit disenangi oleh Pas dan mungkin juga Dap.

Khalid bukan berfikrah politik. Khalid menganggap jawatan MB persis sebagai ceo syarikat. Khalid lebih melihat kepada akaun dan lebihan simpanan. Memang kelihatannya Khalid cuba menerapkan urus tadbir yang baik dan mengurangkan rasuah, salah guna kuasa, mengelakkan kroni dan menolak akses orang politik dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Apakah benar segala yang saya gariskan di atas kelihatannya teratur? Di sinilah bezanya pandangan dari luar dengan pandangan dari dalam.

Kita harus membebaskan diri daripada perangkap minda bahawa segala tindakan atau protes atau teguran atau akses orang politik dalam pentadbiran negeri atau glc mestilah bebas daripada cara gaya Ubn mentadbir negara.

Untuk memahami senario pergolakan di Selangor, seseorang perlu memahami kenapa Anwar akhirnya terpaksa bertanding di Kajang. Jika seseorang itu memahami wawasan atau hujah atau rasional di sebalik langkah kajang itu, maka lebih mudah untuk difahami asas kritikan Azmin terhadap cara gaya Khalid mentadbir negeri Selangor.

Yang menegur Khalid bukan sahaja Azmin malah beberapa kali Khalid ditegur oleh Anwar sendiri. Mengapa sehingga Anwar terpaksa menegur? Tentu ada beberapa tindakan Khalid yang tidak dibincang secara tuntas bersama Anwar sebelum dilaksanakan atau boleh dikatakan Khalid seolah-olah memandang remeh pandangan Anwar.

Khalid adalah lantikan politik, bulan lantikan suruhanjaya perkhidmatan. Khalid ahli PKR dan mewakili Pas dan Dap. Khalid dalam mengurus negeri boleh bersifat profesional dan mengikut budi bicaranya, tetapi Khalid sebagai MB tidak boleh berdiri sendiri. Khalid sebagai MB tidak bebas dan dia terikat dengan dasar partinya PKR dan rakan partinya Pas dan Dap. MB fungsi asasnya ialah menterjemahkan wawasan/ matlamat/manifesto PR.

Adakah Khalid memenuhi fungsi asasnya? Kita ambil contoh terdekat MOU Air Selangor. Kesannya pada Selangor begitu besar impaknya dan meungkin membawa impak besar terhadap kuasa PR di Selangor. Mengapakah Anwar tidak dilibatkan dalam Mou tersebut? Apa pun alasan Khalid, MOU ini menunjukkan Khalid cuba bertindak sendiri dan cuba bebas dari ikatan dasar parti. Jika diteliti lagi, MOU imi begitu tergesa dalam keadaan Anwar bertanding di prk Kajang.

Dalam sidang Dun yang berlangsung kini, kita dapat lihat bagaimana adun Dap dah mula mempertikai Khalid khususnya dalam MOU Air Selangor dan Langat 2. Sebelum ini, adun Dap tidak pernah mengkritik Khalid. Mengapa? Ini menunjukkan Dap Selangor telah mula melihat kesan negatif dari cara gaya one man show Khalid dalam mentadbir Selangor.

Tentu ada yang bertanya kenapa adun Pas Selangor sunyi dan sepi. Atau adakah Khalid memberi layanan yang berbeza terhadap adun PKR, Dap dan Pas? Saya pulangkan kepada pembaca untuk mencari jawapannya.

Saya ingin memberi satu hujah lagi. Apakah makna sebenar Langkah Kajang itu? Adakah Anwar masuk ke dalam Dun Selangor hanya sebagai adun kanan atau biasa sahaja? Sebenarnya Anwar memberi isyarat bahawa akan berlaku pertukaran MB. Sebagai seorang individu yang dilantik oleh parti, walaupun dhubungannya dekat dengan istana, seharusnya atau sewajarnya melihat kepentingan parti terlebih dahulu.

Kini Khalid telah memilih untuk menentang Azmin. Walaupun itu adalah haknya tetapi sebagai seorang ahli parti dan kenalan rapat Anwar, adakah langkah Khalid mengisyaratkan sesuatu.

Soal Azmin, apabila Azmin bersuara dan menegur Khalid, itu bukan teguran Azmin secara individu tetapi teguran sebagai Pengerusi PKR Selangor, mewakili parti.

Parti perlu menegur apabila sesuatu tindakan/program yang dilihat mengancam parti atau program terhadap rakyat gagal dugerakkan secara tuntas kerana kesannya bukan pada MB tetapi akan ditanggung akibatnya pada parti dan PR.

Antara Khalid, Azmin dan Saifudin, siapakah antara mereka ini yang secara konsisten berdiri di belakang Anwar baik semasa susah atau semasa senang. Siapakah antara mereka bertiga ini yang menguasai network parti di seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak?

Anwar dijangkakan dengan apa cara pun akan cuba dipenjarakan, dan ini telah pun ditegaskan oleh Anwar dalam jelajah reformasi 2.0. Maknanya PKR akan bergelut dalam PRU14 tanpa Anwar.

Pas kini hasil daripada muktamar baru-baru ini begitu kuat arus menentang tahaluf siyasi hinggakan timbalan Presiden Pas dicabar sengit dan hampir kalah. Suhaizan menang tipis. Apakah maknanya semua ini. Hal ini tentunya mempengaruhi Saifudin yang dilihat rapat dengan Pas.

Saya telah cuba mengemukakan senario yang mendasari siapa Khalid dan siapa Azmin serta jangkaan terhadap Saifudin.


Siapa yang menduduki kerusi Timbalan Presiden akan menentukan survival PKR. Dan harus dimaklumi bahawa jika PKR lemah maka Dapo dan Pas juga turut lemah.

28 December, 2013

Ikhlaskah Pas dalam PR, Reaksi Kenyataan Wan Nik Wan Yusof, Hanya Pas dan Umno Dominan di Kelantan.

Salam Pencerahan.


[ Bersama rujukan entry MSO, Pas Kelantan Jangan Remehkan Keadilan]
Minda saya sering terganggu apabila menyusuri urutan peristiwa sejurus sebelum PRU13. Pada dasarnya, perkiraan atas kertas, PR berpeluang besar untuk menguasai Putrajaya, dengan solidnya sokongan Tionghua, dan dokongan kelas menengah, Gen Y, sebahagian anak muda,  juga di Sabah.

Namun momentum ini rupanya tidak kekal, sejurus sebelum pru dan semasa kempen pru, tercetus kempen-kempen yang menyerang sesama sendiri. Isu hudud, siapa PM jika PR menang dan soal mempertikai kredibiliti calon secara terbuka serta pertindihan kerusi.

Saya cuba menebak lebih jauh kenapa PR tidak mampu mengalihkan walau sedikit (sekurang-kurangnya 5%) sokongan Melayu desa kepada PR. Dan apabila diteliti kawasan-kawasan ini ditandingi Umno dan Pas dan sedikit PKR.

Parti manakah yang sebenarnya harus berperanan di kawasan malay belt ini, di desa-desa ini? Adakah Dap? Adakah PKR, atau adakah Pas?

Jawapan yang jujur ialah peranan ini terletak dibahu Pas dan dibantu oleh PKR. PKR tentunya peranannya terhad kerana lebih berbilang kaum.

Jadi, pertanyaan selanjutnya ialah sejauh mana Pas berperanan di peringkat akar umbi di kawasan Malay Belt ini. Di mana peranan Pemuda Pas di sini? Seolah-olah Pemuda Pas di bawah Tantawi hanya bersifat "ke dalam" dan berada jauh daripada landasan PR. Kita seakan-akan tertanya-tanya kenapa Tantawi dilihat kurang bersama dalam majlis atau aktiviti PR peringkat kebangsaan.


Saya lebih melihat Pimpinan Pemuda Pas Pusat tidak mendokong penuh hasrat dan gagasan PR. Pemuda sendiri dalam menghadapi PRU13 tidak mempunyai gagasan/ moto/visi sendiri yang serasi dengan gagasan PR sebagai asas dan sebagai pencetus gerakan ke luar parti. Dan, kini tanggapan saya ini agak jelas dengan apa yang berlaku dalam Muktamar 59 khususnya dalam pemilihan Pemuda dan rentetan sukarnya Suhaizan membentuk AJKnya.

Dalam konteks inilah saya cuba memadankan asumsi saya ini dengan kenyataan Wan Nik ini. Dan saya setuju 100% ulasan Mso dalam entrinya ini.

Kekalahan Pas sendiri di kawasan Malay Belt dan kekalahan calon PKR nampaknya jelas berpunca daripada Pas sendiri. Atas asumsi ini juga, kita boleh fahami kenapa post morterm PRU13 tidak dijadikan agenda dalam muktamar baru-baru ini. Kenapa? Kerana hasilnya pasti memalitkan individu/ pemain Pas di peringkat tinggi dan akhirnya melibatkan presiden Pas.


Nampak pemimpin Pas di peringkat akar umbi tidak dapat meyakinkan pengundi Melayu di kawasan Malay Belt. Dakyah Umno menggunakan media mereka terhadap momokan hilangnya status istimewa orang Melayu, Raja Melayu, Dap terlalu berkuasa dan Kristian menguasai. Buku Jingga dan gagasan Negara Kebajikan tidak sampai mesejnya ke bawah.

Kenapa? Hal ini kerana Pas tidak yakin penuh berada dalam PR, tidak yakin dengan Anwar sebagai pemimpin, ada sesetangah pemimpin peringkat atas dan pertengahan malahan bawahan masih meletakkan Melayu sebagai asas perjuangan. Pemimpin ini mengalami satu situasi krisis identiti dan kejutan budaya.


Saya akan bicarakan posting yang lain soal krisisi identiti dan kejutan budaya dalam kalangan pimpinan dan ahli Pas khususnya yang mendakwa dirinya ulama.

Kesannya, pemimpin Pas tidak sepenuhnya dapat meyakinkan orang-orang bawahannya dan akar umbi untuk menerima seseorang calon PR seperti calon parti sendiri. Jika akar umbi sendiri pun tidak dapat diyakini apatah lagi untuk meyakinkan orang melayu di luar parti. Inilah sikap yang mendasari sehingga kelihatannya berlaku sabotaj.

Inilah yang berlaku di Tanah Merah, di Machang dan lain-lain, tempat calon keadilan bertanding. Jelas dokongan pemimpin dan ahli Pas tidak solid. Rujuk entry mso, diberikan stastik untuk menyokong pendapatnya. Dan saya setuju.

Jika keadaan ini boleh berlaku di Kelantan maka tidak mustahil berlaku juga di Terengganu, Pahang, Kedah, dan Perak. Kita boleh bertanya punca sebenar Saifuddin Nasution kalah di Kulim dan Mat Sabu kalah di Pendang. Ada sesuatu yang ada "hidden agenda" dalaman parti dan dalam PR sendiri.

Akhirnya, sejauh mana sikap kebersamaan dalam PR nampak jelas daripada apa yang berlaku dalam Muktamar Pas 59 baru-baru ini. Apakah mesej sebenar yang dicuba disampaikan apabila Mat Sabu dan ketiga-tiga naib presiden Pas dicabar? Dan, apakah mesej yang cuba dilontarkan apabila ketua dewan ulama Pas meminta tahaluf siyasi disemak semula?

Tepuk dada, tanyalah selera. Sekilas ikan di air....

Wassalam.

Yang Dilupai Akan Dingati Semula, Ridhuan Tee

Salam. 

Ungkapan yang dikira amat menarik dan menggambarkan serta membuktikan kegelisahan dan serangan dilema yang kronik terhadap jiwa-jiwa Melayu yang agak moderat tetapi dalam masa sama terjerat dalam gua gelap ketuanan Melayu di Malaysia. Mereka ini terdiri ada pendidikan malah berph.d, diam di bandar, di pekan, di pinggir bandar, dan di desa yg berasakan Melayu akan terancam sekiranya PR menguasai Putrajaya. Mereka ini simpatisan Umno.

Adakah mereka tidak menyedari ke mana bangsa Melayu dan arah negara ini dipacu Umno yang mereka dakwa amat mereka cintai itu? Mereka berpendidikan, ada sijil, ada ijazah, dan media sosial begitu mudah capaiannya, agak mustahil untuk kita kata mereka tidak tahu. Laporan audit negara pun dah mengesahkan apa yang didakwa oleh PR.

Jika ungkapan yg diungkapkan dengan jelas dan menarik oleh Ridhuan Tee dalam Sinar Harian itu, dan beliau tidak perlu di perkenalkan fikrah politiknya kerana beliau juga kolumnis Utusan Malaysia.

Hemat saya, mereka ini telah mulai sedar dan mendapat gambaran sebenarnya siapa dia PM Malaysia yang bernama Mohd Najib Tun Razak dan wajah-wajah sebenar kabinet kerajaaan at the day.

Apabila seorang sosok yang begitu tegar sokongannya pada Umno boleh mengeluarkan kenyataan yang begitu jelas bahawa orang Melayu akan berpaling kepada pembangkang yakni PR maka boleh kita fahami betapa kecewanya mereka terhadap sikap angkuh dan begitu tipisnya nurani mereka pada kehidupan rakyat.

Nur Jazlan, yg sedikit vokal, pun bernada sama bahawa jika rakyat ditekan dengan siri kenaikan harga maka UBN akan kalah teruk di bandar.

Maka buat sementara ini, tahniahlah kepada penyokong UBN kerana anda menerima hadiah terbaik daripada PM yang anda sayangi.

Syukur, buka jendela, Malaysia masih aman.

27 December, 2013

Pas Pasca Muktamar 59: Renungan Singkat

Jika benar Pas yakin dengan konsensus tahaluf siasi, pertanyaan yang wajar diajukan:

a) Kenapa Mat Sabu sebagai timbalan presiden dicabar?
b) Kenapa tidak dikekalkan ketiga-tiga naib presiden Pas?
c) Kenapa kempen-kempen sebelum dan sejurus berlangsungnya muktamar begitu sengit, tidak beretika, menyerang peribadi, sehingga tidak ubah stail umno?

Sebelum itu, persoalan yang tidak terjawab ialah mengapa dan kenapa tiada sesi khas dalam muktamar untuk dibahaskan tentang bedah siasat/ post-morterm hasil PRU13 yang seingat saya dipertanggungjawabkan kepada Salahuddin Ayub?

Saya percaya bedah siasat telah pun dilengkapkan tetapi sengaja tidak dijadikan agenda muktamar.

Adakah memadai post morterm ini hanya dibentang dan dibahas hanya di peringkat pusat dan di"hiddenkan" daripada kalangan Pas negeri dan ahli?

Hal ini mengundang persoalan yang tidak terjawab dalam kalangan ahli dan memungkinkan timbulnya desas-desus yang tidak elok.

Kita sedia maklum sejurus sebelum PRU13, beberapa insiden yang dicetuskan oleh Pas sendiri, iaitu:

a. Digemburkan semula persoalan hudud sebagai respons terhadap kenyataan Karpal sedang Karpal hanya respon terhadap provokasi Utusan.

b. Soal siapa PM sekiranya Putrajaya berjaya dikuasai PR malah tersebar individu tertentu dalam Pas yang cuba mengangkat Ku Li sebagai PM.

Semasa kempen PRU13, tercetus juga 2 insiden besar yang merencat momentum PR dalam pru,

a) Pertindihan kerusi yang dilakukan oleh Pas malah tidak akur pada SUA Pas sendiri. Pertindihan kerusi di Kota Damansara dan di Sungai Acheh boleh diangkat sebagai contoh yang klasik.

b) TGHH sendiri dalam ceramahnya mempersoal kredibiliti calon di terengganu dan secara terbuka dan tersebar momokan "pil kuda".

Seolah-olah tiadanya sesi pembentangan dan perbahasan dalam muktamar yang lalu seperti ingin menyembunyikan sesuatu yang tentunya jika dibentang akan terkait personal-personal tertentu dalam PAS.

Inilah satu kegagalan terbesar muktamar Pas ke 59 baru-baru ini yang apabila post morterm ini sengaja dihilangkan daripada agenda, kekuatan dan kelemahan Pas disapu ke bawah karpet.

Jika dibentangkan, saya percaya hasil muktamar akan berbeza dan dapat membanteras kempen-kempen tidak beretika daripada terus berlanjutan.

Satu hal yang membimbangkan ialah punca sebenar mengapa dan kenapa Kerajaan PR yang dipimpin Pas Kedah gagal dipertahan. Tanpa perbahasan bedah siasat, Pas Kedah di bawah Mahfuz akan sekali lagi mengulangi kesilapan yang sama yang dilakukan oleh Pas negeri di bawah arwah Ustaz Azizan. Dan, kalau diteliti senarai AJK Pas Kedah, Mahfuz gagal menutralkan jenteranya.

Tentang Pas Kedah ini, akan disentuh pada bicara kali yang lain.

09 March, 2013

Pas Kedah, Ustaz Azizan, Pencerahan 3: Wawancara Dengan Sinar Harian

Salam. Agak menarik juga isi wawancara MB Kedah ini dengan Sinar Harian. Saya tidak ingin mengulas panjang isi temu ramah ini, anda boleh membaca keseluruhan wawancara di sini.

Saya akan sentuh di sini tentang 2 hal. Dua hal ini boleh kita jadikan bahan untuk kita merenung kredibiliti seseorang pemimpin.

Melabelkan Pengkritik atau Teguran Sebagai "Pengkhianat"

Saya tidak dapat mengetahui apa yang ada dalam pemikiran orang lain, apabila seseorang pemimpin yang melabelkan pengkritiknya sebagai pengkhianat. Tetepi, bagi saya, sebaik kita melabelkan seseorang itu dengan sifat negatif atau buruk, minda kita telah tertutup atau terhijab untuk melihat atau memfokus pada apa  atau isi yang dikritik itu. Atau, minda kita seoalah-olah enggan menerima kritikan itu, atau menganggap isi kritikan itu sebagai remeh, atau bermaksud negatif atau prejudis.

Saya perturunkan petikan daripada wawancara itu, "Saya akan guna kuasa sebagai ketua untuk pertahan Pas Kedah, malah saya akan buat tindakan sesuai untuk halang pengkhianat dalam parti terus berleluasa. Musuh dalam selimut akan diawasi untuk elak ia merebak.Tunggu masa sesuai sebab sekarang tumpuan pada PRU13, kita terpaksa buat, pemimpin yang tidak betul kita turunkan pangkat. Pengkhianat sudah dikenal pasti, cukup bukti kita fikirkan tindakan sesuai sebab saya bertanggung jawab terhadap parti. Tidak perlu kaitkan masalah kesihatan atau usia saya untuk saya lepaskan jawatan , ia bukan ukuran kepimpinan. Kepimpinan Pas Kedah lancar tetapi ada pengkhianat dalam parti yang mahu saya berundur.""

Sebagai seorang pemimpin, sebagai seorang ketua, apatah lagi pemimpin dalam organisasi berteraskan Islam, sepatutnya meletakkan sifat merendah diri, tasamuh, berlapang dada semasa menerima kritikan daripada pemimpin atau ahli lain. Seharusnya, kita bersangka baik bahawa kritikan itu berupa penambah-baik untuk kekuatan parti. Dan ini mematikan semangat bersyura.

Saya dipilih Pusat, bukan akar umbi lantik

Sekali lagi, saya tidak pasti anggapan atau tafsiran anda terhadap kata-kata di atas. Baca sedutan di bawah:

"Saya dipilih Pusat, bukan akar umbi lantik. Gesaan tak beri kesan, mungkin sebahagian ahli protes itu ada kaitan dengan pengkhianat dalam parti untuk gerakan jatuhkan sayaSaya tahu ada rangkaian dari utara hingga selatan namun ahli parti lebih 200,000 yang bagi sokongan. Saya tak akan buat gerakan balas, saya biarkan. Orang yang khianati parti akan makan diri suatu masa nanti."

Tentulah pihak Pusat memilih berdasarkan kriteria tertentu yang ketat, ilmunya, akhlaknya, kebolehan dan kemampuannya, dan paling utama ialah memelihara amanah dan mampu melaksanakannya dengan adil.

Ungkapan bukan akar umbi yang lantik, satu ungkapan yang bermaksud "kebal". Apabila ada sebahagian ahli telah hilang kepercayaan dan keyakinan pada kepimpinan seseorang, adakah Pusat akan terus mengekalkannya? Di manakah letaknya prinsip kebertanggungjawapan pihak Pusat? Hal ini bermaksud Pusat memperl;ekeh pandangan dan minda ahli. Ahli itu pelbagai, gabungan pelbagai lapis dan standard kepakaran.

Saya rasa cukup di sini dulu untuk kali ini. Posting ke seterusnya, kita cuba mengolah pemecahannya.



06 March, 2013

Pas Kedah, Ustaz Azizan: Pencerahan 2


Salam. Selamat berjumpa kembali. Isu ini dan barangkali dapat kita katakan sebagai kemelut Pas Kedah dan Ustaz Azizan ini kian menarik, kian mendebarkan. Namun, bagi simpatisan terhadap Pas, PR dan kerajaan negeri Kedah yang benar-benar inginkan sebuah kerajaan yang tatakelolanya yang berbeza daripada urus tadbir UBN amat menggusarkan mereka.

Pada posting yang lalu saya cuba menyorot 2 isu utama, iaitu hubungan MB dengan Dewan Ulamak Negeri Kedah dan isu yang mendasari tindakan Phahrolrazi dan Dr Ismail menolak pelantikan semula exco.

Saya cuba juga mengetengahkan beberapa persoalan yang seharusnya dijawab oleh pihak tertentu, khususnya Ketua Penerangan Pas Negeri. Sayang sekali jika isu-isu yang saya ketengahkan itu dianggap sebagai isu yang remeh, dan dianggap sebagai "troubleshooter".

Jawapan yang berupa penafian tanpa bukti, tanpa fakta, dan tanpa tindakan yang konkrit, hanya mengundang spekulasi yang tanpa berkesudahan, sedangkan isu pokok tidak terjawab, dan masalah menjadi kian kusut.

Percaturan dan Tangan-Tangan Ghaib

Kali ini saya cuba memfokus pada isu yang cuba diangkat oleh ahli-ahli Pas Kota Seputeh dan Megat Dewa serta protes kecil yang melibatkan juga Dewan Ulamak Negeri Kedah di Kompleks Pas Kedah. Kenapa dan mengapa mereka memecahkan tradisi "wala'" sehingga mereka sampai mmenuntut Ustaz Azizan meletakkan jawatan sebagai PSJ?

Ini bermakna, telah ada antara ahli-ahli Pas dan pemimpin peringkat cawangan dan kawasan yang telah "hilang kepercayaan" terhadap kepimpinan Ustaz Azizan sebagai PSJ. Kesan hilang percaya terhadap keepemimpinan peringkat parti, tentunya turut hilang kepercayaan juga terhadap kepemimpinan Ustaz Azizan  sebagai MB Kedah (secara tersiratnya).

Dakwaan mereka jelas iaitu terdapatnya tangan-tangan ghaib yang cuba mengatur bakal-bakal calon yang akan bertanding peringkat DUN dan Parlimen di Kedah dalam PRU13. Mengikut mereka, kawasan-kawasan terlibat ialah 11 DUN dan 4 atau 5 kawasan Parlimen. Yang menjadi persoalan ialah melibatkan tokoh-tokoh hardcore Pas Kedah, Phahrolrazi, Dr Ismail, Dr Hamdan, dan Dr Hayati.

Daripada sumber-sumbet parti, senarai pertama telah pun selesai 2 tahun lalu. Senarai pertama ini telah pun melalui prosedur parti. Dan kini, senarai ini dipercayai telah dirombak 2 kali, tanpa diketahui atau proses rundingan mengikut prosedur standard parti. Hal ini membuka ruang spekulasi bahawa terdapat percaturan orang-orang tertentu dengan maksud dan tujuan tertentu.

Khabarnya Phahrolrazi diletakkan di Parlimen Jerlun untuk diadukan dengan Mukhriz. Dr Hayati, kerana Pendang akan dibawa masuk Mat Sabu, maka Dr Hayati dipercayai pada asalnya ke DUN Tokai, dengan andaian YB Taulan akan bersara. Terkini Dr Hayati, khabarnya digandingan dengan Suraya di DUN Sungai Tiang. Dr Ismail dan Dr Hamdan, khabarnya tidak tersenarai.

Dan, kita sedia maklum siapa Mukhriz dan siapa Suraya. Dan, kita telah pun dapat menjangkakan apa hasilnya jika benar kedua-dua tokoh berhadapan dengan dua orang ayam tambatan Umno Kedah. Jerlun dan Sungai Tiang merupakan 2 kubu terkuat Umno Kedah.

Adakah Hanya Dengar Cakap(Hearsay), Siapakah Dalang dan Pengacau?

Kekuatan dan wibawa seseorang pemimpin terletak pada kekuatan hujah dan kekuatan dalam rundingan dan kekuatan dalam mendengar dan berlapang dada. Tanpa dua kekuatan ini dalam diri seseorang pemimpin memunculkan gaya diktator, komunikasi sehala, dan berpihak.

Sikap inilah yang mendasari makna kata-kata: dalang dan pengacau. Kata-kata ini, dalam konteks kepimpinan dan kepemimpinan dan rundingan, dua kata ini bermaksud juga prejudis, yang bukan sahaja tidak membantu untuk memecahkan sesuatu persoalan atau masalah malahan mencetus lebih banyak penentangan.

Sebagai pemimpin, kita tidak boleh beranggapan bahawa ahli dan pemimpin yang berada pada peringkat akar umbi dan juga pertengahan, tidak mempunyai ruang atau akses terhadap maklumat sulit. Kita jangan lupa mereka ada jaringan atau hubungan dengan pemimpin peringkat atas. Mereka sekali-kali tidak akan bertindak atas semata-mata atas dasar cakap "kedai kopi" atau andaian semata-mata. Mereka mungkin mendapat maklumat daripada sumber yang sahih. Mereka juga dapat menilai dan membaca apa yang tersirat daripada setiap tindakan pemimpin. Apatah lagi, kini kita berada dalam ledakan media sosial.

Ke mana Akhirnya?

Nampaknya isu ini akan mampu menjadi marak dan mampu membakar. Terkini, rasa tidak puas hati terhadap Ustaz Azizan masih lagi berterusan. Di bawah ialah sedutan daripada Sinar Harian yang memetik maklumat daripada sumber Pas Alor Mengkudu;

"Senarai calon Pas Kedah bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa ‘senarai haram’ kerana dibuat tanpa prosedur setelah senarai sedia ada dirombak sebanyak tiga kali, tanpa mendapat persetujuan akar umbi."

Dan, bandingkan pula, apa jawapan dan reaksi Ustaz Azizan, yang juga dimuatkan dalam Sinar Harian, hari yang sama;

Pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap saya termasuk parti, kini dikatakan pula senarai calon yang ada pada Pusat, itu senarai baru yang dirombak. Jika benar dakwaan itu datang dari sumber Pas Kedah, bagi saya ia amat malang sebab dalam parti ada pengkhianat,” katanya kepada Sinar Harian.

Saya pulangkan kepada pembaca untuk menilai dua penyataan di atas yang saya petik daripada Sinar Harian. Dan, dengan ini, saya membuka ruang untuk polemik dengan tujuan semata-mata mencari pencerahan.

Nantikan sambungannya.

02 March, 2013

Pas Kedah Menjelang PRU13: Mencari Integriti Ustaz Azizan

Salam. Kepada pembaca blog ini, terima kasih kerana anda masih setia. Sepanjang tempoh blog ini tidak terisi, saya lebih banyak membaca blog-blog yang lebih berwibawa.

Satu hakikat yang tidak boleh ditolak hasil daripada pemhaman saya terhadap PR dan arus perubahan yang ditunjangi oleh ketiga-tiga parti ini, yang diselaras oleh Anwar Ibrahim, ialah:

"mendorong dan membina satu kehidupan bermasyarakat, berbudaya dan berpolitik berasaskan tiga paksi utama: demokratik, ketelusan, dan keadilan dalam ruang lingkup masyarakat yang berbilang etnik, berbilang budaya, dan berbilang agama."
Dan, inilah juga dasar, hujah, premis yang saya pegangi setiap kali saya menulis dan mengupas isu-isu sejauh yang menyentuh tindak-tanduk aktor-aktor yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat.

Dalam konteks dan semangat inilah saya cuba menyorot sejauh mana integriti dan wibawa Ustaz Azizan sebagai MB dan sebagai PSJ Pas Kedah.

Ustaz Azizan dan Dewan Ulamak Pas Kedah

Walaupun MB mempunyai kuasa progatifnya, tetapi sebagai pemimpin, seorang MB biasanya seorang PSJ Negeri, maka individu ini masih tertakluk kepada struktur organisasi parti. Peranan Dewan Ulamak Pas Negeri ialah institusi semak dan imbang kepada MB, dan dasar-dasar yang diputuskan oleh MB seharusnya tidak bertentangan dengan dasar dan kehendak Dewan Ulamak. Walaupun wujud pertentangan, MB dan Ketua Dewan harus mencari jalan untuk berkompromi.

Saoalannya, adakah hubungan MB Kedah dengan Dewan Ulamak Negeri berada dalam situasi baik? Jika kita himbau pada tahun 2008, sebaik sahaja Ustaz Azizan ambil alih teraju kerajaan negeri dengan Pas sebagai tunjangnya, kita dikejutkan dengan perletakan jawatan TG Haji Rahim dan AJK Pas Pendang. Ini memberi petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak beres antara MB dan Dewan Ulamak, tentunya ada hal yang tidak dapat dikompromikan.

Kedua, krisis Phahrolrazi dan Dr Ismail yang enggan menerima pelantikan exco semula pada 2012. Dalam isu ini jelas, Dewan Ulamak Pas Kedah berdiri di belakang Phahrolrazi dan lain-lain. Ini tentunya mereka mempunyai asas yang kukuh untuk berbuat demikian, sehingga Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu sebagai jalan penyelesaiannya.

Yang dapat saya rumuskan daripada kemelut Pharolrazi ini berakarkan kepada beberapa persoalan:

a)  Sejauh mana MB menyelaras dasar-dasar negeri seiring dengan semangat Pakatan Rakyat dalam urus tadbir Kerajaan Negeri Kedah.
b)  Sejauh mana exco-exco dapat berperanan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah - pandangan dan kehendak setiap exco diterima dan dapat dilaksanakan dengan sokongan MB.
c)  Sejauh mana tender-tender kerajaan dan projek-projek kerajaan diurus dan pihak mana yang memperolehnya.
d)  Sejauh mana akar umbi dapat manafaat daripada kerajaan. Ke mana perginya lebihan wang berjuta-juta yang didakwa MB disalurkan? Adakah peruntukan untuk pembangunan Islam ditambah seperti dilakukan oleh LGE di Pulau Pinang? Adakah sekolah-sekolah agama di bawah kerajaan negeri dibantu nsecukupnya? Perumahan rakyat miskin yang diurus oleh kerajaan negeri di luar daripada peruntukan Persekutuan, adakah dilaksanakan dengan baik dan sampai ke golongan sasar?
e)  Pelantikan pegawai tinggi seperti KCS dan CEO-CEO GLC di bawah kerajaan negeri adakah diberi kepada individu yang layak dan serasi dengan aspirasi Pakatan Rakyat, atau sebaliknya?
f)  Sejauh mana persepsi umum, rakyat dan penyokong dan ahli parti terhadap hala tuju urus tadbir Kerajaan Negeri Kedah?
g)  Akhirnya, persoalan yang timbul ialah siapakah yang berperanan menentukan hala tuju urus tadbir kerajaan negeri? Peranan exco, tidak dapat dinafikan agak terhad, ketagangan berlaku antara MB dan Dewan Ulamak Negeri? Adakah MB bertindak sendirian?

Isu terkini, dalam masa yang cukup kritikal, Persekutuan yang pada bila-bila boleh membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU13 diadakan, penentangan terbuka oleh ahli terhadap MB mula tercetus dan mula merebak, dan melibatkan juga Dewan Ulamak Pas Kedah.

Isu-isu kritikal ini, saya akan postingkan pada posting yang berikutnya.

26 August, 2012

Tentang Mansor, Anwar Kecewa Lagi

Salam Syawal. Kes kebocoran mesyuarat strategik politik PKR Pulau Penang memang mengecewakan penyokong PR khususnya PKR. Mansor sendiri mengesahkan kebenaran butiran yang tersiar itu.

Saya beranggapan butiran yang sengaja dibocorkan itu bukan minit mesyuarat tetapi transkrip rakaman. Maksudnya, terdapat orang-orang dalam mesyuarat tersebut yang merakam keseluruhan perjalanan mesyuarat tersebut, untuk tujuan tertentu.

Kenapa sengaja dibocorkan? Sekurang-kurangnya ada dua tafsiran. Pertamanya, kepimpinan Mansor mungkin tidak disenangi sesetengah pemimpin PKR Penang. Kita tidak pasti adakah stail kepemimpinan Mansor atau lebih kepada sikap dan perangai peribadi Mansor yang kurang disenangi itu. Yang pasti memang Mansor tidak disenangi. Butiran transkrip itu memaparkan dengan jelas siapa Mansor - pandangannya tentang LGE dan DAP Penang keseluruhannya.

Kedua, mendedahkan sikap rakyat Penang khasnya kaum Cina tentang LGE dan DAP Penang. Kata-kata Mansor tentang LGE sebagai tokong, pada saya ialah Mansor cuba memperjelas sanjungan masyarakat Cina terhadap LGE DAP khasnya. DAP Penang nampak kuat kerana sanjungan terhadap LGE, mungkin kerana peribadinya atau gaya kepemimpinannya.

Dengan kedudukan dan sanjungan masyarakat Penang terhadap LGE dan DAP, wajarlah DAP menikmati kuasa tawar-menawar yang tinggi.

Seharusnya, Mansor dan PKR Penang melihat kekuatan LGE dan DAP ini dari sudut positif iaitu cuba menjadikan LGE sebagai teladan dalam berkhidmat kepada masyarakat Penang. Dalam keadaan kekuatan peribadi dan gaya kepemimpinan LGE memang agak payah untuk Mansor bergandingan dengan LGE. Yang penting ialah masyarakat Penang dan seberang dapat menanggap bahawa Mansor dan PKR Penang memiliki daya juang yang tinggi dalam menyampaikan khidmat ke bawah. Yang utama ialah kepedulian kepada masyarakat, bukan memfokus kepada kedudukan dan jawatan.

Cabaran utama dalam berkhidmat dalam komuniti Cina ialah kemampuan memperoleh kepercayaan masyarakat Cina terhadap kekuatan peribadi dan stail kepemimpinan.

Nampaknya Mansor boleh dikatakan gagal untuk menyaingi atau seiring dengan LGE.

Dan, dari segi "damage" kepada imej PKR Penang, kita agak kesal dengan kebocoran tersebut. Namun dari sisi yang lain, mendedahkan bahawa mugkin telah tiba masa Mansor digantikan dengan orang lain. Tidak rugi untuk menggantikan seseorang pemimpin yang secara jelas hanya berfikir untuk diri sendiri dan kelompok. Era politik kini ialah kepedulian kepada rakyat!

Barang kali mesej inilah yang cuba disampaikan oleh seseorang yang secara sengaja membocorkan sebahagian butiran mesyuarat tersebut. Mesej itu cuba disampaikan kepada Anwar sebenarnya. Wallahualam.

23 July, 2012

Hebatnya TPM Kita (3)...Referendum


Secara ringkasnya adakah wajar Referendum ini dilaksanakan, bolehlah kita nilai berdasarkan beberapa soalan di bawah:

1.  Masa:  Kini masa yang kritikal, saat-saat menjelang PRU13. Silap percaturan akan membawa padah.

2.  Hujah Khalid: Pengurusan SYABAS, harga air, dan sistem penyampaiannya. Di manakah tahap pencapaian SYABAS dalam soal membekalkan air terawat kepada rakyat Selangor?

3.  Hujah TPM: Benarkah berlaku krisis air di Selangor sehingga perlunya Pusat membela SYABAS dan bertegas ingin melaksanakan Langat 2?

4.  Siapakah stake holder dalam isu ini?

Jika stake holder dalam isu ini ialah rakyat Selangor maka wajarlah referendum ini dilakukan. Kerajaan Selangor tidak akan rugi apa-apa kerana peswastaan air sebenarnya dalam kuasa Pusat. Jika rakyat bersetuju maka kerajaan Selangor tidak dapat dipersalahkan kerana persetujuan rakyat itu bermakna rakyat Selangor sanggup membayar apa saja kos daripada program penswastaan (pembinaan Loji Langat 2).

Namun adakah Pusat sanggup menerima keputusan referendum itu? Bagaimana sekiranya hasil referendum menunjukkan rakyat tidak bersetuju?

Hemat saya ialah TPM telah terjerat dengan egonya sendiri! Nasihat saya untuk sekian kalinya ialah jangan sampai rakyat dapat membuat rumusan bahawa TPM semata-mata menjaga kroni daripada menjaga kebajikan rakyat Selangor!

Hebatnya TPM Kita (2)...

Agaknya kenapa TPM cuba menjadi jaguh dalam isu air selangor ini. Adakah kerana ingin menjaga air muka Noh Omar sebagai orang no 2 UMNO Selangor? Atau membela kroni UMNO, TS Rozali? Atau pada hematnya untuk menunjukkan betapa Pusat begitu prihatin akan nasib rakyat Selangor? Seolah-olah Khalid Ibrahim dan kerajaan Selangor hanya berminat bermain politik, dan bukannya membela nasib rakyat Selangor khususnya keengganan Khalid bekerjasama dalam pembinaan Loji Langat 2. Atau untuk menunjukkan betapa kerajaan negeri Selangor di bawah PR adalah kerajaan yang gagal?

Jika kita membaca lebih jauh TPM cuba mengaplikasi kaedah yang digunakan Isa Samad, Ahmad Maslan, dan Najib dalam menjayakan penyenaraian FGH walaupun ditentang hebat oleh ANAK dan sebahagian peneroka Felda.

Hakikatnya rakyat Selangor mampu menilai akan rasional tindakan Khalid dalam soal isu SYABAS dan isu Langat 2 ini. Khalid bertindak dalam rangka kebajikan rakyat Selangor dan Khalid tidak ingin selagi kuasa kerajaan Selangor berada di bawah PR, Khalid tidak mahu bersekongkol dengan kerakusan UMNO dan kroninya membebankan rakyat Selangor dan membiarkan Pusat bertindak sewenang-wenangnya dengan dana yang begitu besar semata-mata atas alasan dan hujah untuk rakyat Selangor, sedangkan hakikatnya rakyat Selangorlah yang dimangsai oleh TPM dan Pusat.

Jika kita bertanya lagi, adakah TPM berasakan dia telah menang? Apa yang cuba ditunjukkan ialah TPM cuba menjadi juara/ jaguh, sedangkan tindakan Selangor untuk "step in" pengurusan SYABAS masih lagi dalam pertimbangan Pejabat Peguam Negara.

Agaknya apa pula reaksi TPM dan Noh Omar apabila Selangor bercadang untuk melaksanakan REFERENDUM dalam isu air Selangor ini?

Isu Loji Langat 2: TPM Kita Ada Kelas...

Salam Ramadhan. Isu SYABAS, antara air mentah dan air terawat di Selangor telah beberapa kali diisukan, dan kali ini rasanya sedang menghampiri puncak atau klimaks. SYABAS dan CEOnya, TS Rozali sering menjadi fokus kerana pendapatannya berjuta-juta setahun,khabarnya mencecah 5 juta.

Kini, SYABAS memainkan isu catuan air di KL, WP, dan Putrajaya sekiranya situasi bekalan air yang meruncing. Kerajaan Selangor menolak cadangan SYABAS tentang catuan air ini kerana didapati bekalan air terawat masih mencukupi, apatah lagi air mentah.

Isu SYABAS ini sebenarnya isu kronisme dan salah urus yang jelas yang sinonim dengan UBN. Penswastaan air di Selangor berlaku sebelum PR ambil alih Selangor. Satu fakta yang ada ialah pengurusan SYABAS untung, kerajaan negeri Selangor rugi kerana seluruh aset perngurusan air milik Selangor diserah kepada SYABAS. Rakyat pula kerugian kerana harga airnya yang tinggi tetapi perkhidmatannya yang lemah.

Lantas, isu catuan air yang cuba dilaksanakan oleh SYABAS menyebabkan pentadbiran Selangor hilang sabar dan Khalid memutuskan untukambil alih SYABAS mengikut lunas-lunas undang-undang. Jelas, isu catuan air ini memerangkap pengurusan SYABAS kerana ternyata SYABAS lemah dalam pengurusan air terawat dan gagal mengurangkan di bawah 30% air terbuang. Pada masa sama air mentah di Selangor berlebihan.

Rupa-rupanya isu catuan air ini mempunyai muslihat tertentu, iaitu untuk mewajarkan pembinaan Loji Langat 2 yang menelan kos 8.65 bilion. Antara tujuan pembinaan loji ini penyaluran air mentah ke Selangor dari Pahang. Tujuan ini tersasar kerana air mentah di Selangor termasuk air bawah tanah berlebihan.

Pembinaan Loji Langat 2 ini mau tidak mau akan meningkatkan harga air sehingga 70%, sedangkan pada pandangan kerajaan Selangor projek ini tidak perlu.

Hebat TPM kita, beliau menegaskan akan meneruskan Loji Langat 2 walaupun tanpa Selangor. Apa maknanya ini? Adakah TPM benar-benar yakin bahawa rakyat Selangor menerima pembinaan loji yang amat mahal ini? Adakah TPM hanya mendengar pandangan kontraktor atau pihak yang terlibat dalam pembinaannya? TPM ini harus faham, rakyat Selangorlah yang akan menanggung kosnya.

Apatah tentang rasionalisasi pembinaan Loji Langat 2, fakta tentang gaji CEO SYABAS pun telah menyesakkan nafas masyarakat Selangor. Maknanya, jangan sampai rakyat Selangor menilai dan merumuskan bahawa SYABAS cuma batu loncatan sahaja. Yang ingin dicapai TPM ialah kroni dan wang atau dana untuk pilihanraya, dan memangsakan rakyat Selangor.

Memang sungguh ada kelas TPM kita!!!

20 July, 2012

Nampak Gaya PR Kempunan ke Putrajaya..

Salam Ramadhan. UBN dengan segala bala tenteranya serta aparatnya sedang mengasak PR tanpa jemu dan begitu tekun.

Terkini, PR didakwa  mula diresapi unsur-unsur subversif dan ganas. Mengikut Bukit Aman, melalui risikan mereka, PAS diresapi elemen JI, dan komunis menyelinap dalam DAP. Bukit Aman mengemukakan dakwaan pemimpin-pemimpin PR sering ke Bangkok dan selatan Thailand.


Bukit Aman juga mendakwa siri demonstrasi yang disokong PR seperti demo Lynas, Bersih dan Oren adalah tanda-tanda elemen JI dan komunis sedang menunggangi PR.

Adakah Najib sedang bergerak ke fasa akhir dalam mengekang kemaraan PR ke Putrajaya, iaitu dengan menggunakan thesis, ancaman dan penderhakaan terhadap kedaulatan negara, khususnya penderhakaan kepada institusi YDP Agong?

PR Selangor juga sedang dilanda kemelut Syabas dan pembinaan Loji Langat 2, serta perletakkan jawatan Latheefa Koya sebagai ahli majlis MPPJ (kerana komennya terhadap Khalid Ibrahim atas isu keprihatinan terhadap setinggan). Sebelum ini tercetusnya isu Faekah, SUP MB Khalid Ibrahim.

Khabarnya, pemimin-pemimpin tertinggi PR khususnya PKR akan diserang dan diaibkan melalui klip video biru yang telah  pun siap. (untuk perhatian pembaca, sila ke blog MSO untuk mengetahui maklumat tentang klip video biru ini!).

Anwar memulai siri ini dengan laporan blog proUBN tentang adanya laporan polis bahawa seorang mahasiswa utara tanah air telah diliwat Anwar walaupun polis telah menafikannya. Namun ini tidak mustahil untuk berlaku sebaliknya.

Najib melalui cybertroopernya sedang menyediakan minda rakyat untuk ke sekian kalinya menggunakan kaedah pembunuhan karektor pemimpin tertinggi PR - Anwar, Azmin, Nurul Izzah, Mohamad Sabu. Najib bergerak selangkah lagi dengan aparatnya cawangan risikan polis Bukit Aman - resapan elemen ganas JI an komunis dalam PAS dan DAP. Malahan, dakwaan ini sehingga kepada pembiayaan dan latihan oleh NGO luar terhadap PR!.

Politik adalah perjuangan persepsi. Setakat ini, PR telah berjaya mengungguli persepsi umum terhadap UBN dengan segala unsur kebejatan.

Adakah dengan orak langkah terbaru Najib ini, UBN akan berjaya mendominasi persepsi buruk terhadap PR khususnya aktor-aktor utamanya? Jangan lupa, Najib ada satu lagi instrumennya ialah Bajet 2013!

Adakah rakyat sekali lagi akan terpana dan terpesong? Hanya masa menentukannya!

08 June, 2012

PTPTN dan UNISEL: Kesian Najib, TPM dan MPT Tidak Cerdik!


Salam. Khaled Nordin, menteri Pengajian Tinggi mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar baru UNISEL. Katanya, pembekuan ini untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor untuk menyediakan percuma.

TPM, Mahyudin pula mempertahankan tindakan Si Khaled ini, dan komen Noh Omar begitu cerdik sekali, katanya, pinjaman ini akan dipertimbangkan sekiranya pihak kerajaan Selangor mengaku tidak mampu menyediakan pendidikan percuma.

Khairy pula menempelak tindakan PTPTN atau Kemnterian Pengajian Tinggi (KPT) membekukan pinjaman ini. Rasanya Khairy melihat seolah-olah UBN menjadikan pelajar sebagai mangsa atau dendam dalam soal perbezaan tanggapan antara UBN dan PR tentang pedidikan percuma.

Permainan psikologi ini yang digerakkan oleh Khaled ini amat berbahaya kepada survival UBN. Walau apapun alasan yang diberikan, rakyat, para pelajar yang terlibat, dan para ibu bapa mereka akan membaca bahawa ini tindakan balas dendam dan politik tidak bertamadun. Ini akan mengundang kejengkelan dan rasa meluat kepada UBN semakin merebak, apatah lagi dalam kalangan mahasiswa.

Rakyat akan mendapat mesej bahawa kedua-dua menteri yang bergelar Datuk Seri dan kedangkalan TPM begitu cetek deria ilmu tapi begitu tebal dengan sikap dan tindakan balasa dendam!

PR membentangkan pendidikan percuma dari Tadika hingga ke peringkat Ph.d dalam kerangka ekonomi yang lebih besar dan urus tadbir ekonomi yang telus dan sifar rasuah dan setalah menguasai Putrajaya. Pendidikan adalah tanggungjawab Persekutuan bukannya tanggungjawab kerajaan negeri perse.

Kalau kerajaan Selangor tidak mampu, rakyat memahaminya. Namun, mereka akan terjerat nanti sekiranya kerajaan Selangor untuk membantu pelajar-pelajar baru UNISEL tanpa bantuan PTPTN. Khalid Ibrahim mula bertindak dan memberi komitmen kerajaan negeri Selangor akan membantu. Khalid menyatakan sebagai langkah awal, dana bantuan ini akan dapat ditampung melalui pengapungan aset UNISEL iaitu 600 ekar tanah mlik UNISEL yang bernilai sekurang-kurangnya 30 juta.

Bayangkan sekiranya kerajaan Selangor benar-benar nekad untuk menjadi model pendidikan percuma, dan sekiraya mereka mampu menyediakan dananya, akan mengesahkan bahawa PR mampu melaksanakannya sekiranya menguasai Putrajaya pada PRU13 nanti. Dan, saya percaya kerajaan Selangor mampu merealisasikannya.

Hasil akhirnya ialah rating PR akan melonjak naik, dan UBN akan tercungap-cungap terjerut dengan permainan yang sengaja mereka mainkan. Jadi, yang sebenarnya memusuhi rakyat bukannya PR tetapi UBN sendiri!

29 April, 2012

Anwar Fobiaisme 1: Hishamuddin Conteng Arang


Salam. Saya akan memulakan siri yang saya namakan sebagai Anwar Fobiaisme. Saya tidak pasti akhirnya siri ini namun niat di hati saya ialah sekurang-kurangnya sampai PRU13 nanti. Sentral serangan terhadap PR ialah Anwar. Pada sisi pemikiran penstrategis UBN ialah runtuhnya Anwar, maka pergabungan Pas, Dap, dan PKR akan berkecai.

Persoalan yang begitu kabur jawapannya ialah mengapa dan kenapa Hishamuddin mengulangi cara dan taktik KDN dalam melayani Bersih 2 terhadap Bersih 3. Apa sebenarnya yang ada di dalam kotak pemikiran pemikir-pemikir KDN dengan organnya PDRM (Cawangan Khas (SB), FRU, Anggota Beruniform)?

Apakah Hishamuddin tidak dapat menjangka bahawa dalam zaman ledakan teknologi IT, pihak KDN amat sukar membuktikan tahap profesionalisme dalam mengikuti SOP Polis dalam menyurai perhimpunan? Adakah provokasi-provakasi yang dibuat dalam dapat disembunyikan?

Kini pun telah terserlah siapa yang benar dan situasi sebenar dalam insiden "terbalikkan kereta polis". Begitu juga tentang siapa yang memulakan memecahkan benteng hadangan yang mengelilingi dataran merdeka sebaik sahaja Anwar memulakan ucapannya?

Insiden peserta Bersih disuraikan dengan ganas dan dipukul malahan bukan sahaja melibatkan pemimpin PR malahan melibatkan para peguam pemerhati dan wartawan media alternatif. Adakah insiden-insiden ini boleh mewajarkan tindakan polis?

Adakah dengan tindakan Hishamuddin ini, Bersih 3 gagal? Ambiga mengisytiharkan berjaya dengan anggaran kehadiran secara keseluruhannya 300,000 peserta.

Sebaik sahaja Hishamuddin meletakkan tugas kepada Datuk Bandar KL untuk tidak membenarkan dataran merdeka digunakan sebagai venue baik atas apa alasan pun, Hishamuddin telah meletakkan DBKL dan Ketua Polis KL berada dalam tahap tekanan psikologi tertinggi. Hal ini kerana penganjur Bersih tetap menyasarkan dataran merdeka sebagai venue mereka.

Kita boleh bayangkan tahap "fear" dan "gementar" di pihak penguatkuasa DBKL, Polis, dan FRU untuk menghadapi rempuhan jangkaan puluhan ribu peserta bersih. Mereka adalah manusia biasa yang terpaksa melunaskan tanggungjawab dan arahan. Mereka sebenarnya sedang mempertaruhkan nyawa. Berbeza dengan peserta Bersih, tahap kesediaan mereka untuk menerima risiko adalah tertinggi. Peserta bersih didorong oleh harapan dan cita-cita. Mereka bertekad mencipta sejarah.

Maka dalam keadaan yang bertentangan ini, sedikit insiden yang terhasil daripada provokasi mudah membakar dan marak. Maka terjadilah "keganasan".

Siapakah yang harus memikul tanggungjawab ini? Ambiga? PR? Anwar? atau Hishamuddin? Siapakah sebenarnya yang menanggung aib dan akibatnya?

Inilah yang saya maksudkan kerana fobia akan Anwar dan gabungannya telah memesongkan akal jernih dalam tindakan yang akhirnya imej Najib yang telah sedia tercalar kian tercalar dan hitam, bukan sahaja pada khalayak rakyat tempatan malahan di pentas antarabangsa.

Wajarkah PRU13 berlangsung dalam waktu terdekat ini? Adakah Najib berani menanggung musibahnya? Dapatkah Hishamuddin dan IGP tidur lena mulai sekarang.

23 April, 2012

Isu PTPTN: Anwar Harus Jawab Dakwaan Mahathir dan Saifuddin


Salam. Dalam konteks PTPTN ini, PKR dan PR sedang merangka pemansuhan PTPTN dalam rangka pendidikan percuma untuk rakyat sehingga ke universiti. Saya menjangkakan isu PTPT dan pendidikan percuma akan menjadi konsensus PR dalam manifesto PR pada PRU13 nanti. UBN mula meniup isu bahawa tiada kesepakatan dalam PR tentang isu ini. Kita mengharapkan Pas dan Dap bertindak bijak dalam hal ini.

 Pada hemat saya, ada beberapa isu atau persoalan berhubung dengan isu ptptn dengan pendidikan percuma yang cuba diperjuangkan oleh PR.

Pertama, isu ini amat dekat dengan isu generasi muda dan mahasiswa. Apabila isu ini dijuarai oleh PR, dengan mudah dapat memancing kebangkitan generasi muda dan mahasiswa, yang rata-ratanya datang daripada keluarga golongan menengah dan berpendapatan rendah baik berasal dari kota dan desa.

Rakyat terbanyak rasanya memahami dan menerima akan komitmen PR dalam usaha pemansuhan PTPTN dalam rangka pelaksanaan pendidikan percuma kepada rakyat. Ini sebenarnya selaras dengan Buku Jingga dan penerusan visi PR iaitu ketuanan rakyat. Rafizi sendiri telah pun sanggup berdebat dengan Khairy tentang isu ini malahan telah pun merumuskan beberapa prinsip dan dasar asas dalam usaha PR merealisasikan pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN.

Kedua, sejauh mana keikhlasan PR dalam memperjuangkan isu ini, adakah semata-mata ingin memancing undi generasi muda dan mahasiswa dalam PRU13 ini? Persoalan ini cuba dieksploit oleh UBN.

Ketiga, isu pemansuhan PTPTN ini dianggap oleh UBN sebagai momokan dan satu usaha pemancingan undi. Hujah asas mereka ialah hanya beberapa negara di dunia ini yang menjalankan dasar pendidikan percuma, itupun dimungkinkan oleh faktor cukai yang tinggi. Hujah UBN, jika PTPTN dimansuhkan, negara akan bankrup.

Tentang hujah UBN bahawa isu PTPTN dan pendidikan percuma ini hanya satu momokan dan hanya semata-mata usaha pemancingan undi oleh PR, maka dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Sekurang-kurangnya terdapat dua kenyataan pihak UBN bahawa Anwar juga terlibat dalam usaha mewujudkan PTPTN pada tahun 1997. Pertama, dinyatakan oleh Mahathir, dan keduanya oleh Timbalan KPT iaitu Datuk Saifuddin Abdullah. Ketika ini Anwar ialah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Saifuddin mengaitkan pewujudan PTPTN selari dengan cadangan Prof Ungku Aziz (1973) supaya diwujudkan Tabung Siswa. Hemat saya cadangan Ungku Aziz ini lebih dalam konteks biasiswa, dan tentunya lebih berorientasikan kebajikan dan tidak membebankan mahasiswa dan keluarganya.

Kenyataan Saifuddin agak luar biasa dan menyimpang daripada stail politiknya. Cuba teliti, kenyataan Saifuddin ini,  “Namun pada 1997, kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Oleh itu, kerajaan terkilan dengan tindakan ketua pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan.
“Tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai,”

Saifuddin menuduh Anwar bermuka-muka, tidak jujur aka tidak ikhlas dalam usaha Anwar mereformasi PTPTN dan mengusahakan pendidikan percuma kepada rakyat sekiranya PR menguasai Putrajaya.

 Satu hakikat ketika itu merupakan tahun-tahun kritikal dalam hubungan Anwar dengan Mahathir. Tahun 1998 Anwar diheret ke penjara. Tentunya, ketika ini pandangan-pandangan Anwar dalam polisi kerajaan tidak lagi dipedulikan oleh Mahathir.

PTPTN ini diusulkan oleh Najib yang ketika ini ialah Menteri Pelajaran. Ketika ini juga Najib membentangkan Akta Pelajaran yang baru yang membolehkan penubuhan IPTS dan penggunaan BI sebagai bahasa pengantar di IPTA dan IPTS.

Ketika ini juga kita boleh lihat bercambahnya IPTS seiring dengan dasar meluaskan peluang pendidikan tinggi dalam kalangan rakyat. Jadi, IPTS memerlukan dana untuk operasinya, maka perlu disediakan dana yang besar untuk menampungnya. PTPTN ialah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan dana untuk IPTA dan IPTS sekali gus melanggar perlembagaan iaitu pelajar bumiputra perlu diberi biasiswa dalam konteks hak istimewa orang Melayu dan bumiputra.

Tentunya ketika itu, Anwar berharap pelaksanaan PTPTN tidak seperti hari yang membebankan mahasiswa, dan Anwar sebenarnya tidak sempat memantaunya kerana tahun 1998 beliau dihumban ke penjara.

Kita sebenarnya tidak tahu dengan pasti apa pandangan dan harapan Anwar terhadap PTPTN pada waktu mula-mula diwujudkan. Tentunya Anwar ada falsafah dan prinsipnya sendiri.

Maka untuk menghapuskan kekeliruan ini dan menjawab dakwaan Mahathir dan Saifuddin bahawa Anwar bermuka-muka aka tidak jujur dalam isu PTPTN ini, wajarlah Anwar memberi penjelasan dalam ceramah-ceramahnya tentang prinsip dan falsafahnya mengenai PTPTN.