Azizi menulis dalam blognya, yang khas dituju kepada Pemuda PAS yang seolah-olah mereka melupai siapa diri mereka. Tindak-tanduk mereka seolah-olah berartikulasi dengan PKR. Tiada lagi gema takbir, yang dilaungkan ialah reformasi. Azizi merujuk khusus kepada tingkah laku pemuda PAS di PRK Permatang Pauh.
Azizi seolah-olah begitu jengkel dengan tingkah pemuda ini sehingga lupa bahawa diri mereka adalah ahli PAS, bukan ahli PKR.
Sekali lagi faktor Anwar.
Sekali lagi Anwarlah yang menjadi penyebab.
Kejengkelan Azizi ini lebih kurang sama dengan ulasan dan kritikan Mohd Sayuti Omar dalam blognya. MSO merumuskan bahawa pemimpin-pemimpin PAS seumpama Husam, Salahudin, Dr Hatta, sekadar menyebut beberapa nama seperti terpukau dengan Anwar, pada masa sama melupai presiden dan Parti mereka.
Pada saya, teguran, kritikan dan rasa tidak senang ini datangnya apabila kedua-dua penulis ini melihat secara fizikal dan lahiriah. Tidak adil rasanya kritikan ini.
Mereka yang mewakili PAS berhempas-pulas memperkukuh Pakatan Rakyat, berhempas-pulas cuba menjayakan agenda PR. Tujuan mereka hanya satu: meruntuhkan BN dan UMNO dari persada kuasa, dan digantikan dengan pemerintahan PR. Usaha yang besar dan amat berat tidak mampu didokong oleh PKR dan DAP sahaja. PAS harus memainkan peranannya. Kalau PAS hanya menjadi pemerhati, dan melihat dari jauh sahaja, atau pemerhati pasif, tetapi mendakwa bahawa mereka adalah rakan PR tetapi tidak proaktif, apakah yang akan terjadi kepada PAS jika Tuhan mengizinkan berlakunya peralihan kuasa tersebut.
Kepada pengkritik sebegini, usahlah mengulangi kesilapan Cikgu Pa yang memperkecilkan usaha PKR untuk menjayakan agenda 916 itu. Sepatutnya teguran-teguran sebegini janganlah didedahkan secara terbuka kerana dengan pendedahan ini menampakkan pekung kita:
1. Ketidakyakinan PAS terhadap personaliti Anwar. Apa agaknya reaksi daripada penyokong Anwar di luar sana pada sikap PAS ini?
2. Menampakkan seolah-olah Anwar tidak mempedulikan Islam dan kemelayuannya.
3. Memperlihatkan seolah-olah Anwar begitu rakus dan gila kuasa.
4. PAS seperti tidak ikhlas menjadi rakan dalam PR.
5. PAS seperti melanggari keputusan muktamarnya sendiri.
6. Yang terpenting ialah apakah reaksi penyokong-penyokong PR yang terdiri daripada bukan Melayu, dan Kelab Penyokong PAS?
Akhirnya, kita sebagai ahli atau pemimpin haruslah membezakan posisi kita apabila kita cuba menegur. Adab menasihat haruslah dijaga, dan jagalah perpaduan jamaah atau rakan segabungan. Kesannya perlu dijangkakan terlebih dahulu. Di luar sana, mereka memerhati kita. Di luar sana terdapat penyokong kita yang tidak berparti, yang mendokong aspirasi yang sama. Di luar sana juga penuh dengan musuh-musuh kita yang pada bila-bila masa akan menyerang kita jika wujudnya ruang hatta sehalus lubang jarum.
Oleh itu, berhati-hatilah dalam kita menegur ... Sepatutnya kita sebagai veteran atau pemimpin tak kiralah pada peringkat mana, mengambil sikap membela rakan, dan kalau ada yang tidak kena tegurlah secara keluarga, bukan mendedahkan kepada khalayak rahsia rumah tangga kita.
Minta Husam, Hatta, Nasaruddin, Salahuddin yang menjadi pengkagum Anwar masuk PKR. Lagipun masih dalam circle Pakatan Rakyat. Di situ mereka boleh disintuklimau untuk kekal bersama Anwar, come what may.
ReplyDeleteAssalamualikum
ReplyDeletesaya setuju dengan sdr.
Sebagai Ahli PAS saya juga kecewa kerana Parti yang membawa kibaran Islam seolah-olah menjadi penglkhianat dari persepakatan yang diputuskan oleh muktamar atau syura kita.
Ini akan memberi imej buruk terhadap pas yang mencerminkan perjuangan islam yang penuh dengan curiga terhadap ikatan muafakat, terlalu mementingkan diri sendiri, tidak ikhlas dalam persahabatan dan terlalu jumut sehingga membelakangkan hikmah dan strategi menghadapi lawan.
Kita seharusnya memberi fokas untuk menumbangkan kezaliman BN secara muafakat bukan melihat laba dimasa depan. bila hubungan persahabatan di dahului oleh melihat keuntungan dan harta serta pangkat maka hilang;ah nilai keikhlasan kita pada sahabat dan pada pegangan kita pada agama.
sila ke blog saya ... zikrijilani.blogspot.com
Silalah saudara saudari support blog dibawah. Bookmark dan vote utk saya. Terima Kasih. Masuk beramai-ramai support saya. Tgk iklan
ReplyDeletewww.amirul-hakimi.blogspot.com
www.funpiz.blogspot.com
www.madukini.blogspot.com
www.bizniaga.blogspot.com
www.lagusempoi.blogspot.com - THE BEST MP3 Songs. Free
Buat Kimasabe,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi memberi komen dan melawat blog saya, saya harap kunjungilah lagi dengan komen-komen saudara.
Saya rasa mereka, Husam, dan rakan-rakannya bukanlah bermaksud mengagumi Anwar secara peribadi tetapi lebih kepada agenda yang ingin dibawanya. Mereka saya lihat bersikap pragmatik dan proaktif.
Saya berpendirian Islam akan lebih dihargai sekiranya Anwar atau Pakatan Rakyat memerintah berbanding dengan UMNO. Track record UMNO membuktikan segala-galanya. Cuba himbau apa kata TDM terhadap PAS dan Nabi besar kita tentang janggut, serta para ulamak.
Mereka bersama Anwar dengan tujuan untuk melihat agama kita dimartabatkan. Berikan dulu mereka peluang dan ruang. PAS tidak akan rugi apa-apa, betul tak.
Wallahualam.