05 January, 2009

Beberapa Pertanyaan Untuk UMNO ...

Saya mengira lanskap politik Malaysia akan berubah dan tetap akan berubah.

Mengapa?

Politik kini bukan lagi ditentukan oleh golongan veteran atau hampir veteran. Politik kini ditentukan oleh pengundi muda, golongan pertengahan (profesional dan non profesional), dan pengundi berumur akhir 40-an. Rata-rata mereka berpendidikan, begitu terdedah dengan maklumat, mampu menilai, minda yang tidak terkongkong, kehendak dan keperluan yang berbeza, pergaulan sosial yang lebih meluas, mobiliti sosial yang aktif, dan lebih menjurus kepada proses pendemokrasian yang dinamik.

Mereka yang mencecah umur 50-an dan ke atas baik yang terdiri pengundi atas pagar, penyokong pembangkang (proPR), atau yang menyokong BN akhirnya akan memilih mana wadah (parti) yang terbaik yang sesuai dengan arus perdana.

Saya mahu fokuskan kepada pengundi berumur 50-an dan ke atas yang bersikap atas pagar (proBN) dan yang menyokong BN. Bagi yang proPR tentunya akan terus menyokong PR. Soalan yang diajukan kepada mereka ialah:

1. Pendidikan:

a. Cukupkah peluang anak bumiputera di IPTA dan IPTS?
b. Memadaikah nisbah antara graduan sains (profesional) dan sastera di IPTA? Di IPTS, bagaimana? Cukupkah usaha kerajaan dan IPTA untuk mengekalkan nisbah tersebut?
c. Kurssus di IPTA - mengapakah pengangguran garduan begitu tinggi?
d. Cukupkah dana pinjaman PPTN? Adilkah ansuran bayaran pinjaman? Memadaikah hanya kelas pertama pinjaman ditukar kepada biasiswa? Mengapakah tidak dicontohi pinjaman MARA?
e. Ke mana perginya jaminan Perlembagaan bahawa graduan bumiputera dibiayai pengajian secara biasiswa bukan pinjaman? Di manakah kebertanggungjawaban sosial kerajaan?
f. Bukankah telah termaktub dalam Perlembagaan bahawa bahasa pengantar pendidikan di institusi pendidikan adalah Bahasa Melayu?
g. Bukankah pelaksanaan PPSMI menodai bahasa pengantar pendidikan? Bukankah data-data terkini menunjukkan murid luar bandar menjadi mangsa? Sokongan data saintifik tidak mengesahkan bahawa BI tidak semestinya membawa kemajuan sains dan teknologi malahan kajian membuktikan negara-negara maju menggunakan bahasa mereka sendiri namun masih maju malah menerajui kemajuan - contoh klasik, Jepun dan Korea Selatan.
h. Banyak lagi ... Cukup dulu.

2. Ekonomi dan Politik:

Soalan ringkas yang ingin saya tanyakan ialah apakah tahap kronisme, nepotisme, rasuah, dan kemerataan pengagihan sumber? Apakah wajah sebenar pertandingan dalam Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009? Adakah semangat dan matlamat DEB tercapai? Data terkini ekuiti bumiputera, bagaimana? Apakah wajah sebenar agensi penguatkuasaan dan undang-undang serta kehakiman? Institusi Raja-Raja Melayu, bagaimana?

3. Sosial:

Soalannya, indeks jenayah? Gejala sosial, bagaimana? Di manakah komitmen pemimpin Melayu dalam kerajaan untuk membanteras gejala sosial yang sebahagian besarnya remaja dan belia Melayu? Adakah ada langkah-langkah proaktif atau bersifat reaktif dan sambil lewa? Soal PATI bagaimana? Terbelakah rakyat bawahan akibat krisis kewangan global, dan kejatuhan teruk harga komoditi?

4. Agama:

Soalan dasar ialah adakah BN mempunyai "blueprint" agar "addin" terlaksana di Malaysia atau kerajaan hanya berfungsi untuk memperlengkap prasarana agama semata-mata? Adakah wujud penyelarasan antara program-program sosial dengan nilai agama? Islam Hadhari, adakah menepati konsep Islam sebenarnya? Apakah penerimaan rakyat secara umumnya?

Jawapan-jawapan terhadap keempat-empat kelompok persoalan itu akan menentukan sama ada kerajaan bersifat:

i) Kepentingan-kepentingan bangsa Melayu dipelihara dan dapat dibuktikan.
ii) Teori pengasingan kuasa dijunjung dan dipaktikkan.
iii) Keluhuran Perlembagaan dipertahan.
iv) Nilai-nilai moral dan agama mengawal perjalanan kerajaan serta berlaku pengamalan “good governance”.
v) Sama ada kerajaan bercorak eletis atau prorakyat.

Jawablah persoalan-persoalan ini secara jujur.


Di Serambi Simpang 4, AS

No comments:

Post a Comment