Kadang-kadang sumber berita harus dinilai sama ada faktanya sahih atau tidak. Pemberitaan atau penulisan tidak berimbang dikhuatiri kita menjaja fitnah.
Keyakinan politik adalah hak mutlak peribadi. Seseorang itu berhak untuk menyokong siapa dan membenci siapa. Namun kalau kita memilih untuk menggunakan mata pena kita untuk melontarkan idea atau teguran, nasihat, atau kritikan, sumber berita harus berimbang.
Saya timbulkan hal ini kerana isu ini berkaitan dengan PR Perak.
Zahid dan Tadika di Perak
Diberitakan oleh Berita Minggu pada 4 Januari 2009, Zahid, Menteri yang diamanahkan menjaga fortpolio agama mendedahkan kerajaan Perak menutup 700 Tadika Kemas di Perak, dan katanya lagi, ini mengancam 11 000 murid tadika. Rujuk {http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090103225302/Article/}
Betul ke Zahid? Peliharalah fotrpolio itu. Dan ada blogger yang memetik mentah-mentah berita ini tanpa mendapat maklumat sahih terlebih dahulu.
Mengikut blog Cina Islam (YB Titi Serong, Perak), kenyataan Zahid ini adalah kenyataan politik, dan untuk meraih political milleage semasa musim pilihan raya kecil di KT. Drs. Khalil Idham, menjelaskan bahawa dakwaan Zahid ini adalah bohong dan fitnah.
Israel dan Gaza
Saya akui saya seolah-olah enggan untuk mengulas isu berdarah ini. Dalam hati sesungguhnya segala rasa amarah menggelegak.
Namun apabila mengenangkan jiran-jiran Palestine - Mesir dan Jordan - sebangsa dan seagama pula - tidak membuka pintu sempadan, sedangkan pembunuhan dan penyembelihan berlaku, apa lagi yang dapat kita harapkan. Stop!
Pada saya kita boleh berdemonstrasi dan himpunkanlah berjuta-juta demonstarsi di seluruh dunia Islam dan Barat, tidak akan ke mana pun.
Penyelesaiannya satu sahaja.
Selagi dunia Islam tidak memiliki seorang atau sekumpulan orang yang benar-benar dihormati oleh dunia Arab isu ini tidak akan selesai selamanya. Palestine dan Israel hanya dapat diselesaikan oleh dunia Arab sendiri. Kalau muncul individu atau kumpulan ini, maka dengan mudah untuk menggembleng segala sumber yang dipunyai oleh negara-negara Islam dan dengan mudah untuk menekan Amerika, Israel, dan PBB.
Sebenarnya masyarakat dunia Islam sedang menanti Sang Tokoh ini. Sedia maklum, dunia Islam sudah mempunyai sumber ketenteraan dan teknologi ketenteraan, iaitu Iran, dan Pakistan.
Barang kali buat masa ini, yang diperlukan oleh Palestine ialah dana. Usaha Malaysia menyediakan bantuan dana US1 juta adalah tindakan terpuji Pak Lah. Di samping itu, ,arilah kita berdoa dan solat hajat agar penduduk Palestine dan Gaza diberi pertolongan oleh Allah s.w.t.
Di Serambi Simpang 4, AS.
No comments:
Post a Comment