26 January, 2009

Selamat Datang Datuk Nasarudin, Wan Farid, Bagaimana?


Pertama-tama, terima kasih tak terucap buat penyinggah yang setia. Blog ini agak lama tidak diupdate. Almaklum, awal tahun baru, tugas rutin begitu banyak dan mendesak.

Buat semua orang Tiong Hua, Selamat Menyambut Tahun Baru, Gong Xi Fa Cai. Khabarnya, tahun baru ini tahun lembu - menggambarkan keteguhan. Moga-moga dengan datangnya tahun baru ini, azam untuk meneruskan perubahan semakin teguh dan semakin meriah.

PRK36, keputusan siapa yang menang atau siapa yang kalah begitu meresahkan dan mendebarkan. Walaupun media internet yang proPR mengunjurkan bahawa PAS sentiasa mendahului, namun hati tetap gundah-gulana, dan saya tetap berpendirian ketika itu bahawa peluang kemenangan ialah 50-50.

Namun begitu, saya secara peribadi, begitu teruja apabila lebih kurang pukul 9 malam, media internet memaklumkan bahawa kerusi Parlimen KT berjaya dirampas oleh PAS dengan majoriti yang agak selesa. Tahniah kepada orang KT kerana sanggup menanggung risiko dan sanggup berubah sedangkan dalam PRU12, Terengganulah yang menjadi benteng kuat UMNO dan BN dalam mana negeri-negeri Melayu telah berubah.

Kata KJ dalam debat Transformasi Politik Melayu, Anwar dengan projek 916 tidak lebih daripada "arrogance of power" sebagai tempelak terhadap hujah Husam bahawa salah satu faktor kekalahan UMNO dan BN di banyak tempat kerana faktor keangkuhan kuasa. Satu persoalan yang mendasar, adakah benar dakwaan KJ itu?

Nampaknya KJ perlu lebih bermuhasabah. Kalau Permatang Pauh tidak boleh dijadikan ukuran bahawa tsunami politik politik masih berdenyut dan segar, bagaimana pula dengan PRk36? KT adalah milik BN, tetapi kenapa terlepas daripada genggaman?

Bagaimana pula dengan kemasukan Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Bota, Perak yang memasuki pintu PKR?{http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/25/mstar_berita/20090125174149&sec=mstar_berita} Beliau bukan orang sembarangan. Beliau bekas Pengerusi Felcra. Apakah isyaratnya dan apakah ertinya? Salah satu dorongan kuat yang membuatkan Datuk Nasarudin ini ialah kemenangan PAS dalam PRK36.
Terkini, singgahlah di blog Cina Islam {http://idhamlim.blogspot.com/2009/01/terkini-beberapa-orang-lagi-adun-umno.html}, khabarnya akan ada ADUN UMNO akan bersantai pada wadah Pakatan Rakyat Perak.

Dalam konteks ini, saya juga terbaca ulasan dan jawapan Wan Farid dalam Mstar, 25 Januari 2009 {http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/25/mstar_berita/20090124175048&sec=mstar_berita}. Beliau secara jelas, dalam blognya, cuba membuktikan bahawa beliau sebenarnya bukan bersifat eletis, sombong, dan sukar senyum. Ringkasnya, beliau cuba berhujah bahawa bukan faktor dirinya yang menyebabkan kekalahannya itu.

Sesungguhnya, bukan kerana faktor personalitinya, tetapi kerana parti yang dianggotainya yang dilihat masih bongkak, enggan berubah, dan elitis. Bagi UMNO dan BN, kerusi dan jawatan yang utama bukan permasalahan kesempitan dan kesusahan rakyat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini. Saya kira Wan Farid adalah mangsa, walaupun kita akui Wan Farid merupakan sebahagian daripada gerombolan Tingkat Empat.

Untuk Wan Farid, suka saya ingin mencadangkan kalau benar beliau ingin berjuang untuk rakyat, berpindahlah ke wadah perjuangan yang sememangnya berjuang untuk rakyat. Jika beliau masih bersama dengan partinya yang dilihat hanya sibuk mengatur diri dalam perebutan jawatan Mac 2009, hasrat dan perjuangannya cuma akan tenggelam begitu sahaja.

Adakah ini merupakan petanda arus dan ombak projek 916 akan mula membadai?

Di Serambi Simpang 4, AS.

No comments:

Post a Comment