08 January, 2009

Betul Ke BN Menang Besar Di KT ...


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau optimis pencapaian Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akan lebih baik daripada pilihanraya umum Mac lalu.

Dengan tajuk "Najib Optimis BN Menang Lebih Besar", Najib begitu yakin bahawa BN akan menang nanti. PAS dan PR tiada isu sehinggakan terpaksa menggunakan gambar Altantuya, yang baginya, tidak relevan sama sekali. begitulah lapor Malaysiakini, 6 Januari 2009. {http://www.malaysiakini.com/news/95885}

Apa kata Wan farid pula, Buletin Utama, TV3 (7 Januari 2009), Wan Farid menjelaskan bahawa mereka melaksanakan strategi ceramah kelompok kecil, dan fokusnya atau tema kempennya ialah kesejahteraan semua pengundi KT.

Kalau diteliti, Wan Farid melampaui peranannya sebagai calon. Kata Nobisha {http://nobisha.blogspot.com/2009/01/wan-farid-kena-jadi-pengantin.html}, Wan Farid terlalu banyak bercakap sehinggakan terlepas cakap yang tidak sepatutnya khususnya cuba mengomentari kata-kata TGNA bahawa "mengundi BN itu berdosakah?".
Koh Tsu Koon juga risau tentang pengundi muda Cina yang cenderung pmengundi pembangkang.

BN juga cuba mempengaruhi pengundi KT dengan membatalkan penswastaan IJN. Melalui pengamatan tingkah laku BN selama ini, penangguhan dan akhirnya pembatalan pembelian saham IJN daripada Khazanah oleh Sime Darby, diragukan. Kalau BN jujur, alhamdulillah.

Benarkah BN akan menang besar? Apa isunya?

Isu hudud telah selesai.

Isu calon PAS yang dikatakan calon kompromi dan digembar-gemburkan bahawa kumpulan penyokong PR tidak senang dengan calon PAS, dan mungkin jika memberi komitmen penuh, bukan lagi menjadi isu. Semua pemimpin PAS turun semasa penamaan calon termasuk Husam.

Isu pertelagahan PAS-DAP tentang isu pelaksanaan syariat telah selesai. Pemimpin besar DAP hadir, LKS, LGE, Tan Sin Giew.

Komitmen Anwar? Beliau pun telah pun hadir dan memulakan kempennya di KT, malah penjelasan yang ditunggu-tunggu tentang pendirian Anwar tentang pelaksanaan syariat Islam oleh PAS dan PR telah pun diberi. "Kata ketua pembangkang itu, tidak ada hak mana-mana orang bukan Islam untuk mempertikaikan hak orang Islam".{http://www.malaysiakini.com/news/95950}.

Kehadiran Anwar ini penting untuk merealisasikan kekukuhan dan kemantapan PR. Sedia maklum bahawa Mustafa Ali (PSJ Terenggannu) pernah mempertikaikan projek Anwar, 16 September, dan seolah-olah PAS Terengganu tidak berapa berperanan semasa PRK Permatang Pauh. Dengan kehadiran Anwar ini, isu tiada kesepakatan dalam PR, dan isu PAS diperkuda oleh PKR dan DAP terhakis sama sekali.

Kini, terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi KT. Di hadapan mereka sedang terhidang dua pilihan. Pilihan pertama, dengan motto "menjaga kesejahteraan pengundi KT" dan pilihan kedua "ketuanan rakyat".

Gelanggang telah terbuka untuk orang-orang KT!

Di Serambi Simpang 4, AS


No comments:

Post a Comment