Agak lama juga blog ini tidak "update" - kekangan rutin. Awal tahun terlalu banyak hal yang perlu dibereskan! Insyak Allah blog in akan kembali aktif selepas tugas-tugas mendesak ini selesai.
Walaupun agak "bz" perkembangan terkini dalam dunia politik dan kemasyarakatan tetap diikuti secara dekat.
Kesan Domino Adun Bota:
Nampaknya kesan domino daripada tindakan Datuk Nasarudin (Adun Bota) keluar BN dan terjun ke PKR telah melarat pula ke Negeri Sembilan. Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya 3 Adun yang berpotensi untuk melompat, walaupun ketiga-tiga Adun ini menafikannya. MB NS, 30 Januari 2009 telah menafikan yang didakwanya sebagai khabar angin ini. Baca di sini, {http://www.malaysiakini.com/news/97316}.
Kerusi Datuk Tajol dan DS Hassan kian panas nampaknya.
Isu PPSMI, dan Pak Samad:
Begitu juga dengan PPSMI, boleh dikatakan seluruh pejuang bahasa (BM) menolak dasar ini. Satu hakikat yang diketahui umum, tetapi tidak boleh dibuktikan betapa keputusan UPSR dan PMR dimanupulasi untuk menjustifikasikan dasar ini oleh kerajaan.
Soal dasar ini, yang menjadi fokus kepada pejuang bahasa ini ialah soal rakyat terbanyak, rakyat di desa, rakyat yang sepatutnya diberi perhatian serius kerana faktor "kedaifan" sosioekonomi. Merekalah yang akan menerima kesan langsung akibat dasar ini. Saya seorang yang berkecimpung dalam pendidikan, saya maklum kesan ini.
Mengapa saya tidak timbul soal golongan menengah tinggi dalam kaitannya dengan PPSMI. Mereka adalah orang-orang yang beruntung dan mampu. Mereka boleh bila-bila masa mencari alternatif dalam pendidikan yang mereka sesuai untuk mereka. Mereka tidak berhalangan kerana mereka mampu! TETAPI BAGAIMANA DENGAN RAKYAT TERBANYAK DAN BAWAHAN? Jawapannya tentunya pembaca sudah makluminya. Ini bukan soal fahaman politik tetapi soal masa depan bangsa!
Saya teruja tentang isu ini apabila salah seorang ikon sasterawan Malaysia, A. Samad Said, bersuara bahawa jika demo hari ini gagal mencuit rasa pemerintah maka PRU13, beliau meminta rakyat menyatakan pendirian mereka {http://www.malaysiakini.com/news/97289}. Pak Samad, non partisan selama ini, dan beliau pada saya adalah ikon sastera Malaysia. Pencapaian Pak Samad dalam sastera Melayu merupakan puncak ketinggian BM. Apabila beliau mula bersuara, yang dulunya secara solo secara berani memulakan "MOGOK SENI", sudah tentu isu ini perlu perhatian yang serius daripada pihak kerajaan!
YB Zul:
Posting Nobisha yang memetik pendapat YB Zul tentang perlunya ahli UMNO menyeberangi PAS untuk kepentingan Islam dan Melayu, agak menarik, sehinggakan Nobisha menelah bahawa YB Zul menyokong gagasan penyatuan UMNO-PAS. Rujuk di sini, {http://nobisha.blogspot.com/2009/01/apa-mesej-tok-guru-kepada-pkr.html}.
Tentang YB Zul (AP Kulim-Bandar Baharu) MSO pernah mengulasnya soal pendirian kepartian beliau akhir-akhir ini. YB ini seolah-olah terkeluar daripada arus perdana PKR dan PR. Rujuklah posting MSO dalam blognya.
Komen saya:
Soal siapa lebih baik antara PKR dan PAS sebenarnya tidak timbul. PKR bergerak dalam paradigma politik yang berbeza dengan PAS. Begitu juga PAS. Namun kedua-duanya saling melengkapi dan saling memerlukan. PAS masih gagal, sekurang-kurangnya buat masa kini, untuk bergerak pada peringkat nasional dan Persekutuan. PKR lebih berkemampuan ke arah itu. PAS pula memerlukan PKR untuk sokongan golongan profesional dan bukan Melayu.
Gabungan antara PKR dan PKR adalah lebih utuh dan mengambil kira arus perdana politik Malaysia yang tidak cenderung menidentifikasikan politik perkauman. Dokongan terhadap agenda Islam dan hal-hal berkaitan Melayu dan Bumiputera akan lebih genuine.
Testimoni saya ini boleh disokong bagaimana PRK36 KT telah berjaya menggembleng ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP dalam memenangkan PAS.
Politik Malaysia adalah unik dan tidak boleh menafikan peranan bukan Melayu. Begitu juga dengan faktor pengundi baru atau golongan muda. Sifat pengundi muda yang lebih terdedah kepada pendemokrasian maklumat dan menyanjungi ciri-ciri keintelektualan dalam politik serta peranan agama dalam politik akan mendominasi politik Malaysia. Mereka tidak janggal lagi untuk mengungkapkan citarasa politik dalam perspektif multiracial.
Memang sedia maklum bahawa Gagasan Pakatan Rakyat tidak sunyi daripada kelemahan dan masalah. Mereka masih dalam proses mencari titik pertemuan, mencari keserasian, dan tentunya sedang menuju satu "sintesis". Masing-masing parti masih berperang antara kepentingan ideologi dan tuntutan ahli parti. Namun, ini pada saya, masalah yang normal, dan saya percaya amat disedari oleh pihak pemimpin teratas.
Dan jangan lupa tentang gambaran buruk terhadap prestasi dan perjalanan kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR oleh media milik kerajaan, dan sabotaj daripada kakitangan kerajaan yang masih berorientasikan kerajaan lama.
Secara ringkasya, masa depan Malaysia sebenarnya bukan lagi di bawah UMNO dan BN, tetapi di bawah PR, dengan syarat mereka tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan, dan membuktikan bahawa ideologi mereka selaras dengan tindakan. Rakyat tidak mahu melihat berlakunya "double standard" dan "dualisme" dalam pengaturan pemerintahan dan kehidupan.
Di Simpang 4, AS
No comments:
Post a Comment