29 December, 2008

Hudud dan TGHH: Media Telah Kalah dan Khairy Pun Terkulai ...


Kita tidak tahu apa sebenarnya niat Khairy sanggup hadir sebagai penalis dalam “Wacana Perdana: Transformasi Politik Malaysia” yang diadakan di Dewan besar, Balai Islam Lundang, Kelantan, 20 Disember 2008.

Kita sepatutnya memberi ucapan tahniah kepada Khairy sebab sanggup hadir dan berhujah mewakili partinya. Husam, dari sudut kepimpinan PAS bukan calang-calang tokoh. Jarak umur antara mereka ialah lebih 10 tahun. Khairy tokoh muda malah terlalu muda, tetapi pengalaman politiknya cepat didewasakan memalui hubungan mentua-menantu dengan Pak Lah.

Satu perkara yang kita nampak ialah Khairy ialah calon Ketua Pemuda Malaysia. Barangkali kesanggupannya itu ada hubungan dengan pertandingan merebut jawatan no. 1 Pemuda UMNO Malaysia. Saya pasti sahamnya di kalngan penyokongnya dan simpatisannya melonjak.

Namun, apabila membaca laporan { http://www.malaysiakini.com/news/95336 }Malaysiakini, 23 Disember 2008, barangkali selain menyedut political milleage, tetapi juga mencari modal untuk PRK36 Kuala Terengganu. Tema postingnya, Husam longlai digertak DAP isu Hudud, jelas menampakkan hasrat sebenar beliau measuki gelanggang debat tersebut {http://www.rembau.net.my/}.

Terdapat tiga isu yang cuba ditonjolkan oleh Khairy untuk sumber ilham di PRK36, iaitu pertama, keangkuhan kuasa. Khairy menempelak bahawa sindrom ini telah berjangkit ke PR apabila DSAI dengan yakin bahawa perubahan kerajaan akan berlaku pada 16 September. Kedua, penguasaan DAP di Perak. Khairy merumuskan bahawa YB Nizar hanya sebagai boneka DAP. Ketiga, dan terpenting soal Hudud. Khairy berjaya mendesak Husam terhadap azam politik PAS untuk melaksanakan Hudud di Malaysia sekiranya berjaya mengambil alih Persekutuan.

Bagi Khairy, isu Hudud ini menjadi fokus beliau kerana beliau faham bahawa DAP akan menentang isu ini sekiranya cuba dilaksanakan di Malaysia. Dan, jelas bahawa niat tersembunyi beliau ini telah berjaya dimanipulasi oleh media milik mereka. DAP tanpa berlengah memberi respons { http://www.malaysiakini.com/news/95275} segera melalui LKS dan LGE. Dengan respons DAP ini, Khairy tersenyum kerana umpannya telah mengena ikan yang besar. Beliau mengira isu ini akan menjejaskan hubungan PR terutama dalam meyusun atur gerak kerja di PRK36 nanti.

Namun, bagi sesiapa yang mengikuti siaran langsung wacana tersebut atau melihatnya melalui VCD nampak jelas Khairy telah diasak hebat oleh Husam malah Khairy terdiam seketika apabila Husam mencabar Khairy supaya UMNO melaksanakan Hudud di Malaysia. Boleh dikatakan ketiga-tiga isu itu dijawab dengan tuntas oleh Husam. Malahan Husam mempersoalkan akan pendirian UMNO mengapa enggan mengambil Islam sebagai wadah perjuangan. Kata Husam, perjuangan yang memfokuskan Melayu semata-mata tidak akan berjaya kerana Melayu sebagai ras tidak akan diterima oleh orang Cina dan India, tetapi Islam, katanya, bukan milik Melayu tetapi boleh diterima oleh orang bukan Melayu. Islam itu universal, sambung Husam.

Namun, yang saya amat tertarik ialah bagaimana PAS mematikan isu ini dan sekali gus menyimpul mati permainan media milik mereka. Umum mengetahui bahawa Hudud ialah agenda khas PAS, dan tokoh yang memperjuangkannya secara konsisten dan vokal ialah Presiden PAS sendiri, dan Mursyidul Am PAS.

Sesiapa pun, rasa saya, akan menjangka bahawa PAS tidak akan senada dengan DAP. Namun, dengan method siasah syariah, PAS berjaya melunakkan isu ini. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat. Untuk pengetahuan, Husam telah pun membuat pembetulan {http://www.malaysiakini.com/news/95291} terhadap lontaran ideanya dalam wacana tersebut, dan disokong oleh TGNA, namun tanpa penegasan daripada Presiden PAS sendiri, isu ini akan terus dimainkan oleh mereka.

Apabila TGHH sendiri menegaskan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil (Mstar, 27 Disember, 2008).

Secara tersirat, penegasan TGHH ini {http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/27/mstar_berita/20081227194852&sec=mstar_berita}, yang selama ini dilihat tidak rapat dengan DSAI, PKR dan DAP, telah dapat melegakan kekeliruan. Penegasan ini mensasarkan banyak pihak – mematikan langkah media UMNO dan BN, melegakan penyokong Hudud dalam PAS, melegakan rakan-rakan dalam PR, dan melegakan simpatisan PR bukan Melayu.

Tahniah dan solute kepada TGHH., yang selama ini dilihat tidak rapat dengan DSAI, PKR dan DAP, telah dapat melegakan kekeliruan. Penegasan ini mensasarkan banyak pihak – mematikan langkah media UMNO dan BN, melegakan penyokong Hudud dalam PAS, melegakan rakan-rakan dalam PR, dan melegakan simpatisan PR bukan Melayu.

Tahniah dan solute kepada TGHH.

Di Serambi Simpang 4, AS

6 comments:

  1. kau ni bodoh dan buta lah. benda ni menunjukkan PAS ni pondan. nak buat hudud kena mintak izin dengan DAP bukan izin dari ALLAH SWT. aku cadangkan supaya pas bubarkan parti dan gabung aje dengan DAP dan lepas ikut aje telunjuk DAP senang cerita. orang islam tak perlu pejuang yang pondan macam pas ni. jangan nak pusing cerita khairy dan umno pulak yang ada niat buruk kat pas. pas memang lembik, pak turut, mat jenin, pondan, patung, boneka dan bodoh termasuk lah kau sekali. perjuangan islam dan hudud memang selama ini diperjuangkan oleh pas tak ada kena mengena dengan umno. satu dunia tahu yang umno dari dulu lagi perjuangkan ketuanan melayu dan sampai sekarang nie pun hanya umno aje yang pertahankan ketuanan melayu di mana ketuanan melayu itu adalah islam agama rasmi malaysia, raja melayu, istimewa melayu dan bahasa melayu. dan satu malaysia tahu yang pas dulunya pejuangkan ketuanan islam dan salah satu yang pas nak buat ialah hukum hudud. jangan nak pusing cerita dan persoalkan kenapa umno tak buat hudud. soalannya adalah kenapa pas takut pada DAP yang kafir tu, kenapa???? kenapa orang-orang yang mengaku pejuang islam itu takut dengan orang kafir yang ALLAH SWT laknat. isu ini tak ada kaitan dengan umno ia adalah pasal pas dan pejuangannya. kenapa pas perlu mintak izin dari DAP???? kenapa???? kenapa pas mesti masuk dalam pakatan rakyat yang pejuangkan ketuanan rakyat bukan ketuanan Islam, kenapa????? bodoh!!!! ketuanan rakyat bertentangan dengan ketuanan melayu di mana ketuanan rakyat hendak ratakan 4 perkara dalam ketuanan melayu termasuk lah Islam agama rasmi malaysia. kau faham tak??? bodoh!!!!! sekarang ni pas pejuangkan ketuanan rakyat iaitu ketuanan yang nak hapuskan islam sabagai agama rasmi malaysia, jadi pas ni sebenarnya apa??? kalau kau bersama dengan pas kau pun nak buang islam sebagai agama rasmi malaysia. faham tak???? bodoh!!!! kalau kau nak buang islam maknanya kau tu apa????? memang kau bodoh lah.... itu sebenar jawapan yang paling tepat untuk melayu macam kau ni.... BODOH!!!!!!

    ReplyDelete
  2. kau ni bodoh dan buta lah. benda ni menunjukkan PAS ni pondan. nak buat hudud kena mintak izin dengan DAP bukan izin dari ALLAH SWT. aku cadangkan supaya pas bubarkan parti dan gabung aje dengan DAP dan lepas ikut aje telunjuk DAP senang cerita. orang islam tak perlu pejuang yang pondan macam pas ni. jangan nak pusing cerita khairy dan umno pulak yang ada niat buruk kat pas. pas memang lembik, pak turut, mat jenin, pondan, patung, boneka dan bodoh termasuk lah kau sekali. perjuangan islam dan hudud memang selama ini diperjuangkan oleh pas tak ada kena mengena dengan umno. satu dunia tahu yang umno dari dulu lagi perjuangkan ketuanan melayu dan sampai sekarang nie pun hanya umno aje yang pertahankan ketuanan melayu di mana ketuanan melayu itu adalah islam agama rasmi malaysia, raja melayu, istimewa melayu dan bahasa melayu. dan satu malaysia tahu yang pas dulunya pejuangkan ketuanan islam dan salah satu yang pas nak buat ialah hukum hudud. jangan nak pusing cerita dan persoalkan kenapa umno tak buat hudud. soalannya adalah kenapa pas takut pada DAP yang kafir tu, kenapa???? kenapa orang-orang yang mengaku pejuang islam itu takut dengan orang kafir yang ALLAH SWT laknat. isu ini tak ada kaitan dengan umno ia adalah pasal pas dan pejuangannya. kenapa pas perlu mintak izin dari DAP???? kenapa???? kenapa pas mesti masuk dalam pakatan rakyat yang pejuangkan ketuanan rakyat bukan ketuanan Islam, kenapa????? bodoh!!!! ketuanan rakyat bertentangan dengan ketuanan melayu di mana ketuanan rakyat hendak ratakan 4 perkara dalam ketuanan melayu termasuk lah Islam agama rasmi malaysia. kau faham tak??? bodoh!!!!! sekarang ni pas pejuangkan ketuanan rakyat iaitu ketuanan yang nak hapuskan islam sabagai agama rasmi malaysia, jadi pas ni sebenarnya apa??? kalau kau bersama dengan pas kau pun nak buang islam sebagai agama rasmi malaysia. faham tak???? bodoh!!!! kalau kau nak buang islam maknanya kau tu apa????? memang kau bodoh lah.... itu sebenar jawapan yang paling tepat untuk melayu macam kau ni.... BODOH!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Diucapkan terima kasih kepada anonymous kerana mengingatkan saya akan makna ketuanan Melayu.

    Kenapakah DAP membantah? Anologinya ialah masih banyak di luar sana yang tidak memahami apa itu hudud dan qisas termasuk orang-orang Melayu yang bergelar Melayu dan begitu marah kalau dikatakan tidak Islamik.

    Hudud bukan agenda PAS semata-mata, tetapi sebahagian daripada Islam itu sendiri. Penerimaan Islam bermakna beriktikad untuk melaksanakan hudud apabila tiba masanya.

    Merujuk kepada Kelantan, Undang-Undang Hudud gagal dilaksanakan kerana halangan Persekutuan. Mengapakah UMNO sebagai parti teras BN tidak meminda perlembagaan? Bukankah ahli UMNO adalah Melayu dan beragama Islam?

    Soal DAP ialah soal politik. Politik adalah soal strategi. Ini maknanya bukan soal takut DAP tetapi menghormati perjanjian PR, dan ini soal kebijaksanaan PAS dalam berpolitik.

    Sejak bila PR nmahu menghapuskan Islam, B. Melayu, Hak istimewa orang Melayu, dan Raja-Raja Melayu? Bukankah ini telah termaktub dalam Perlembagaan?

    Walaupun anonymous tidak suka pada PAS dan PR, saya berharap tuduhan harus berdasarkan fakta dan hujah yang jernih.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  4. perjuagan ketuanan rakyat yang dijuangkan oleh pakatan rakyat itu lah fakta nya bodoh!!! sejak bila??? sejak tertubuhnya pakatan rakyat yang perjuangkan ketuanan rakyat lah bodod!!! kau nie tak sekolah ker??? nik aziz akan mati, anwar ibrahim akan mati, hadi awang akan mati. kau berani kata mereka akan hidup selamanya... bila dah mati yang tinggal adalah perjuangan pakatan rakyat yang perjuangkan ketuanan rakyat yang akan diteruskan oleh DAP... bodoh!!! ketuanan rakyat maksud semua rakyat adalah sama bila sama maksudnya tiada istimewanya islam, tiada istimewanya melayu kat malaysia ni dan akan jadi macam singapore, kau faham tak bodoh???? melayu bodoh!!! kau ketuanan rakyat dengan ketuanan melayu pun kau tak faham, nak cakap pasal hudud pulak, bodoh!!! apa kau tahu pasal hudud??? kenapa kau nak tukar cerita nak salahkan UMNO??? isunya adalah pas yang selama ni mengaku pejuang islam tapi nak buat hudud kena mintak izin dari DAP. kau tak faham ker, isu tu??? kau ni memang melayu bodoh sama macam pas, itu sebab asyik kena bodoh aje dengan DAP. kau kata pas bijak dalam politik sampai kena mintak izin dari DAP si kafir tu untukbuat hudud, itu bukan bijak itu bodoh dan pondan namanya. aku cadangkan pas supaya tukar nama lain jangan guna nama islam sebab pas sama ajer macam parti politik yang lain tak boleh tegakkan dan amalkan agama islam. dan islam itu kan tanggungjawab semua orang islam termasuk umno, jadi pas jangan mengaku lagi yang dia pejuang islam. mengaku aje yang dia adalah anjing DAP. tuduhan berdasarkan fakta??? yang kau tuduh khairy dan umno macam macam tu, berdasarkan apa??? berdasarkan bapak kau??? bodoh???? kau ni macam anwar ibrahim cakap berbelit-belit, kau tahu siapa lagi yang suka cakap belit-belit, YAHUDI lah, bodoh!!!!

    ReplyDelete
  5. satu lagi aku lupa, perlembagaan boleh tukar lah bodoh!!!!! kau ni memang tak sekolah!!!!!!

    ReplyDelete
  6. kau kata islam, bahasa melayu, hak istimewa melayu dan raja melayu telah termaktub dalam perlembagaan. maksud kau 4 perkara tu tak boleh dipinda lah. kalau tak boleh pinda, maksudnya hudud pun tak boleh buat lah sebab nak buat hudud kena pinda perlembagaan dan perlembagaan pulak tak boleh pinda. kalau perlembagaan tak boleh pinda, jadi apa yang umno buat iaitu tak pinda perlembagaan bagi benar kan pas buat hudud kat kelantan tu betul lah dan langsung tak salah dan yang salahnya adalah perlembagaan kerana tidak boleh dipinda. hujah yang kau bagi ni tak konsisten lah helang jagat, kau ni sama aje macam anwar dan nik aziz bila kena kat batang hidung semuanya boleh berubah, contohnya nik aziz, bila cakap pasal menantu dia, tiba-tiba kroni jadi amalan atau sunnah nabi pulak. kau pulak, bila cakap pasal hudud umno salah sebab tak pinda perlembagaan, bila cakap pasal 4 perkara dalam perlembagaan tu, ianya sudah termaktub dalam perlembagaan seolah tak boleh pinda tapi hudud yang juga sudah pun termaktub kat perlembagaan boleh pulak pinda tapi umno yang tak nak. kau sesat lagi menyesatkan... kau nie kena pergi berguru ni.

    ReplyDelete