16 March, 2010

Rerefresh Jiwa yang Galau ...

Salam.

Agak keletihan juga dengan sepak terajang pentas politik Melayu dan Malaysia. Hati kadang-kadang begitu panas.

Ekonomi kian muram walaupun Najib dengan gembiranya mengumumkan 4.5% pertumbuhan pada suku ketiga tahun ini. Kalau kita baca analisis pakar ekonomi dalam Malaysiakini, boleh menyesakkan dada kita sebagai akibat ketidaktentuan dasar atau program Najib dalam ekonomi.

Dalam ekonomi kita kian merudum sedangkan negara jiran sekitar kita sedang melalui pemulihan, pihak UBN masih sanggup memperuntukkan dana yang besar (RM300 juta) bagi memancing YB-YB Pakatan Rakyat.

Biarkanlah kita tinggal sekejap pentas ini.

Kita menghiburkan diri dulu khas buat lelaki-lelaki yang pernah kandas dalam hidup ... "untukmu kekasih" ..

Sesekali menyelak jendela kenangan ... bermain dan berasakan semula akan rasa ngilu kerana tertusuk sembilu cinta yang engkar ...

.... hati kita kian menjadi lembut dan sensitif, yang sesungguhnya adalah asas kekuatan perjuangan masa depan ....

Simpang 4, AS

2 comments:

  1. Baru sekarang saya menemui bloger di hati.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Bukankah asas perjuangan tu bertunjangkan nurani? Kerana itu hati perlu dihidupkan dan dirangsang. Buat saya, semakin pahit, semakin perit pengalaman duka yang dialami, semakin tajam hati itu ...selain munajah pada Allah ... akhirnya menajamkan lagi rasa sacrifice ..

    Kalau anda tidak setuju ... itu hak saudara ...

    ReplyDelete