Salam.
Memang dalam dua tiga hari ini terasa ingin mengulas tentang isu Ariffahmi. Namun didiamkan sahaja. Keinginan ini datang bila membuka blog Sheih Kickdefella pada 3 Disember.
"Sandiwara di Kelantan", itu tajuk postingnya (link). Marah terasa juga kerana masih "kenen" Tok Guru Nik Aziz. Namun, blog adalah hak peribadi, penyataan rasa dan penelitian yang personal terhadap sesuatu isu. Kita hanya setakat boleh memberi pandangan dan nasihat. Selebihnya, beliau kena ambil pertanggungjawaban.
Posting Sheih pada sebelah pagi.
Dan pada petangnya, Ariffahmi membuat statement tentang penjadualan perletakan jawatannya. Katanya, surat akan dihantar pada 24 Disember, dan mengikut terma perjanjiannya memerlukan tempoh 3 bulan untuk beliau benar-benar melepaskan jawatannya, iaitu pada 24 Februari 2010 (link).
Katannya lagi, semua itu telah dibincangkan dengan Tok Guru dan Lembaga Penasihat PBMK.
Persoalannya, beliau akan melepaskan jawatannya pada 24 Februari 2010. Dan ini semacam selari dengan kemusykilan Sheih Kickdefella yang mengatakan bahawa Ariffahmi tidak akan melepaskan jawatannya dalam tempoh terdekat ini.
Jadi, apa kesannya?
Saudara Mahfuz nampak akan kesan buruknya. Kerana itu menyarankan supaya Ariffahmi melepaskan segera jawatannya, tidak perlu menunggu 3 bulan (link).
Seharusnya, Tok Guru dan Lembaga Penasihat PBMK mencari jalan terbaik untuk menamatkan isu kronisme ini. Kalau PBMK perlu membayar sejumlah wang maka bayarkanlah.
Khalayak akan bertanya mengapa perlu menunggu 3 bulan? Pertanyaan-pertanyaan yang sukar untuk dijawab ini akan berputar-putar di media perdana dan media alternatif. Isu ini akan menjadi berjela-jela dan tidak mustahil akan kembali panas. Kita tidak tahu dengan pasti apa yang akan berlaku dalam tempoh 3 bulan itu. Apabila ini berlaku, isu ini begitu mengganggu.
Maka saya bersetuju sangat dengan saranan Mahfuz ini supaya Ariffahmi SEGERA MELEPASKAN JAWATANNYA. NOKTAH. DAN CEO BARU MASUK PEJABAT PBMK.
Mengapa tajuk di atas saya pilih?
Kerana saya pasti, selepas ini Mahfuz mesti akan kena hentam oleh blogger-blogger tertentu.
Kerana saranan Mahfuz ini sejalan dengan saranan Kickdefella.
Dan kerana Mahfuz nampak seperti menyokong Kickdefella yang mereka istilahkan sebagai "biawak" dan "bokbong" ....
Pendiriannya jelas. Kalau salah, tetap salah. Cuma yang berbeza ialah cara atau pendekatan untuk menyatakannya.
Saya juga berpendirian, yang diutamakan ialah isi atau content penyataan, bukan orangnya. Niat dan orangnya bersifat sekunder. Kini, sokongan memerlukan hujah!
Begitu juga sikap saya terhadap Geng UG - saya bukan membenci batang tubuhnya tetapi yang saya tidak bersetuju ialah soal "bersama dengan UMNO".
Akhir kalam, saya sangat-sangat berharap agar Ariffahmi diarahkan berhenti serta merta. Ini kerana banyak isu lain yang menuntut perhatian tuntas.
Simpang 4, AS, 11.00pm
ni bukan kira blogger ka atau org poltik ka..sebagai kerajaan dan pemipin yg berintegriti arifahmi kena resign!!!tak faham ka syarahan Dr Abu Hassan pasal integriti..aduhlaa nak ulas politik tapi x faham seelok belok politik!!
ReplyDeleteTerima kasih saudara Anon,
ReplyDeletePendapat saya sama seperti saudara. Mungkin pendirian agak samar. Saya sarankan saudara baca 4 posting saya yang terdahulu.
Kalau saudara membacanya, saya pasti saudara dapat membuat kesimpulan bahawa saya sedari awal berpendapat Ariffahmi sekali-kali tidak boleh dilantik sebagai COO dan CEO PBMK. Noktah.